Monday, June 4, 2012

cuti

assalamualaikum . 


masih lagi mood cuti sekolah even cuti aku dah lama start sejak enam bulan yang lalu . phewww ada ke orang cuti lama macam aku? ditambah dengan lagi sebulan yang akan datang , baru boleh start hidup baru di tempat baru . cehh cehh cehhh


boring pulak bila semua kawan-kawan dah start sambung belajar, fb pon sunyi jee. tak tahu kenapa tetiba jadi sunyi macam tak bernyawa. haihhhh soooo bored!! kerja aku asyiklah blogwalking kalau dah on laptop ni . lepas tu asyiklahhh ngantuk yang teramat. mencikkkk dengan diri sendiri . dah lah few days ni kesihatan merudum disebabkan hormon. so marilah kita bantai tidur untuk elakkan rasa sakit *sangat takde life*


hmm hari Selasa ni nak pi jalan-jalan KL jap, nak pergi rumah makcik-makcik kat sana sampailah hari Sabtu , huiiiii aku balik-balik JB je nanti, CA pon dah sampai Perlis . how sadd!! ni pon dia pergi family vacation dekat Tioman . ingatkan nak ikut , sukahati kau je nak ikut , kau tu bukannya family dia pon . okeyyyy fine fine aku sekadar family dalam angan-angan dia je . puihhhh!! hahaha.


Balik dari KL nanti , barulah aku akan start busy menyetelkan segala urusan untuk daftar kat CUCMS dan jugak urusan berkaitan MARA .ni pon tengah tunggu pukul 5 petang baru boleh download segala surat menyurat dari website dia, eisshhhh nak kutuk siket boleh tak . MARA ni dah kenapa ek suka tak punchtual . Mula-mula boleh start bukak website dia hari Jumaat , tapi ditangguhkan pulak ke hari ni pukul 10 pagi. bila aku bukak pukul 11.30 pagi, dia cakap bukak pukul 5 petang pulak. haduiiii boleh eh macam tu? ni bukan first time terjadinye punnn . dah banyak kali dah . apa kelas? MARA kot , satu badan yang penting, satu Msia ni kau pegang , kiranya banyak bergantung dekat website dia kan . tapi perangai tak efisien langsung. banyak sangat masalah teknikalnya. whatthechicken?? dah dah , malas nak komplain , aku komplain pon, dia jugak yang tanggung kos belajar aku nanti , jangan jadi orang yang tak mengenang budi izzati... hmm baiklah =='


Hari Sabtu lepas*tetiba cakap pasal hari Sabtu , wateverrr* cousin aku datang JB. huyeyyyyh happy sangat sebab dapat jumpa diorang walaupun hanya satu malam je. sebab hari ahad mereka dah gerak balik Kajang. macam biasa lahhh , mari kita menyemarakkan nafsu shoping masing-masing. takpun, cuci mata jelahhh dekat Bazar Karat . okeyyy melayang jugak duit aku dekat sini, hampehh betul lah si Yanie ni. tapi takpelaaa bukan selalu termakan hasutan sepupu tersayang ni. hahaha


ohhh tu dia, yang belah kanan akuu . kami sebaya :D


that one in purple tu ialah kakak dia . yang kakak mestilah geng dengan kakak jugak :)


okeyyy dah tu je mahu cerita , tak puas lah jumpa sekejappp sangat! takpe, maybe next time ya ^^
boring sangat dah aku ni , sambil update, sambil makan kismis . *motif?









Wednesday, May 30, 2012

sahur empat minit .

assalamualaikum . 


al-kisah pada suatu pagi .....


4.45 - alarm cell phone aku bernyanyi mengikut arahan. dan tanganku jugak mengikut arahan terus hentikan alarm tu , good job ! dalam hati , malas nyaaaaaa nak bangunnnn!!


5.14 - tercelikkan mata. baru tersedar yang aku kena jugak sahur, kalau tak nanti pengsan. puihhhh tak payah nak lembik sangat aaaaa.  terus pergi dapur, minum air masak satu cawan. buat Nestum Nesvita dalam mug, air panas separuh, air masak separuh . supaya lidah tak melecur, boleh minum laju-laju takut tetiba tengah sahur azan subuh berkumandang . aku taknak gagal lagi hari ni. muahahha. sambil suap nestum sambil doa-doa harap aku dapat bertahan sepanjang hari ni . 


5.18 - okeyyyy dah licin mug aku . hantar kat dapur . takpayah basuh, nanti bunyik air menggangu orang lain nak tidur . aku kalau sahur masa selain bulan Ramadan memang forever alone. haha. minum air masak lagi banyak-banyak. kang dehydration , susah pulak. lepas dah yakin aku akan bertenaga, masuk bilik semula. mata layu okeeyyy sebab malam tadi tidur lambat . ehhh memang hari-hari pon tidur pukul dua. tetiba dengar azan subuh . pehhhh dalam hati berkata-kata, nasib baik sempat sahur walaupun empat minit :)










Tuesday, May 29, 2012

sayam bayam^^

pakcik pakcik !


dulu pakcik kuat online, macam orang gila dah daku tengok siang malam pagi petang pakcik online. asal tanya, watchyuuu doing? pakcik mesti jawab tengah online , takpayah tanya pon dah tahu, memang tengah online jugak! sampai orang yang bertanya pon dah tahu jawapannya. bila log in fb memang status pakcik dulu yang menjelma. ehhh bukan satu bukan dua bukan tiga . entahh , rasanya tak terkira . wkwkwkwkwk. 


tapi sekarang pakcik dah berubah kan kan kan. mengapa kah ? sebab penat ehh dengar daku membebel?kehkehkeh. sekarang hobimu lebih terarah pada peti televisyen. wahh skema ayat daku. memang tv tu je pakcik hadap sampai tengah malam bawak ke pagi. aishhhh rasanya tv tu pon dah jemu tengok muka pakcik yang berkaca mata Giordano tuu . agak-agak macam nak panggggg! je pipi pakcik . agaknyalaa. anyway, daku lagi suka pakcik ngadap tv dari fb. i love the changes that you make :)


di samping itu, pakcik pon suka main game kat laptop sampai lebam lebam bijik mata macam kena tumbuk kan kan kan. pakcik hantu game Football Manager. berangan jadi manager football team lettewww!>,< ye, pakcik suka cerita pasal game tu kena rangka strategi lah, facilities lah, training lah , gaji lah bla bla bla. kengkonon game tu membantu dalam pelajaran. hmmmm baiklah. boleh diterima tentang tu. memang tak dapek den nak larang kegemaran pakcik lagipon bukan pakcik mengabaikan daku pon. walau sesibuk mana pon pakcik menguruskan pasukan, daku tetap dihatimu kan kan kan. baik pakcik mengaku! puihhhhhhh. hahaha!


pakcik pakcik. daku bangga bila pakcik jadi salah seorang Askar Wataniah tawww^^  Teringin nak tengok pakcik pakai baju askar tu depan mata tapi memang mustahil aaaa. ape kejadah nak pakai baju askar tetiba. kan nampak abnormal di situuu . hihi. takpe, tengok jelahh foto-foto pakcik dan rakan seperjuangan tu tapi tak boleh la tengok selalu. agak-agak la dherrr . ye, tahniah sebab pakcik Gagah . jyeahhh itu faktor penting tuuu andai kata suatu hari nanti pakcik kena  usung keranda daku bawak masuk kubur, pakcik leh angkat tanpa sakit-sakit pinggang. ehh tetiba lak cakap pasal ni pehal =='


pakcik pakcik. tenkiuuu for everysinglething since two and half years we known each others. selain the girls, pakcik la kawan kala suka duka selama ini. pakcik la pakar kaunseling di saat daku butuh nasihat. bila daku malas belajar, pakcik jadi tukang bebel,yes i loikee it very much. tak lama lagi, tugas tu akan bermula please be ready yaa. bila puasa, pakcik la yang tukang kejut sahur, pakcik memang tukang kejut yang tak kenal putus asa. hahaha! dan pakcik juga CA daku kini dan insyaAllah until forever. 
tenkiuuu,sayam =)




ikhlas dari daku kepada pakcik :D





Saturday, May 26, 2012

JB sedih ditinggalkan :'(


assalamualaikum . hari ni mood sedih boleh ? kehkeh nak sedih tapi pergi ketawa dah kenapa.sedih taw bukak fb then tengok mereka up status nak meninggalkan JB . 


she's heading to UM. Asasi Sc Fizikal . hebakkkk !


aida!!! kembar kuh! she's heading to KMNS. nanti datang Cyber ehh makcik . hihi :)



Farzana pon ke UM jugak, Sc Hayat . walaupun tak rapat , tapi berbual jugak :)


ateh !jiran selang serumah kuh! memasing nak jadi org KL kannnn .


ni lagi sorang nak ke KMNS . untunglaaa ada geng .sampai enam tujuh orang masuk sana . UNTUNGLAA


budak ni pon sama! tengok tuu dia tag nama Kembar Sama Nama gua . Aida ngan Put :(


Emon ni, kalau dia takde dalam kelas, memang sunyi jee. suka kacau kalau aku ngantuk-ngantuk , hehe
dia paling jauh - UNIMAS. naik kapaltebang tuu . 


Setakat ni , tujuh orang ni je aku nampak up status nak tinggalkan JB. next week komfem ada lagi . lepas tuu, semua dah start new life diorang . AKU JE MELANGUK SENGSORANG  kat rumah ni . haihhh tensi gua. CA pon sama je! balik Perlis dah tak lama lagi . okey dah . tu jeee . bai ! *tetiba emo sebab kena tinggal.


belajar rajin-rajin ye sayang-sayang semua . JAGA DIRI :)
**put-jangan pening sokmo!
**siti-jangan kerja merajuk je. kehkeh
**aida-kalau tensi , kol iteww teros oke?
**shab-jangan asyik makan panadol. not good lah sayang.
**wan-semoga mencapai impian nak jadi Engineer. 
**haziq-jangan garang-garang sangat, hehe
**emon-telinga untuk mendengar. orang cakap, dengan betul-betul ye.haha



gonna miss them . >,<
soryy i screencapture status u olls but this is for our frenship :)
ada masa, peluang, dan rezeki, we'll meet again, InsyaAllah.






Friday, May 25, 2012

Rapuh -____-

rapuh tu tajuk lagu baru di blog ini .
dah lama kot cari lagu ni, tapi baru jumpa sebab taktahu tajuk dia sebenarnya Rapuh, by Opick.
Lagu ni buat jiwa yang kusut kacau bilau jadi tenang.
jiwa yang tenang jadi bertambah tenang aman harmoni je :)
Lagu ni jugak selalu ada dekat mana-mana drama yang tacing-tacing.
Heee so tu sebab suka lagu ni , menenangkan. mengingatkan kita pada si DIA.
Allahuakbar :D


''meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta..''


#nak download kat 4shared tapi takreti laa haha . kena tunggu dikmok balik kem ler ni.