Thursday, February 28, 2013

#hectic!

yeayy its me again, on Friday! Salam Jumaat untuk semua :)

Kenapakah ayat macam budak baik?? Well, daku memang baik, undeniable, cant deniable. 
Ok, stop merepek. Baiklah. Jumaat hari favourite daku sebab dah tak payah pergi kelas dengar lecture buat tuto dan sebagainya. Jumaat dikira sebagai weekend boleh? haha ok, lawak hambar. 

Move on. Fyi, next Monday and Tuesday saya akan menghadap soalan MIDTERM. maigaddd! midterm yang menyumbang 30% untuk final result semester 3. Bagaimanakah aku nak score subject Bio and Physics ni? Soalan quiz pon teragak-agak nak jawab, lepastu result kelaut, inikan pula midterm. Hmm kadang-kadang tak semestinya kita study bagai nak rak, then result kita pon cun bagai nak rak. Cehhh bukan nak cakap aku study bagai nak rak, study laaa tapi bagai nak rak itu tidaklaaaa, well yeayhh study. study awal-awal, malam before quiz tu baca lagi segala notes, namun result tetap membuatkan diriku hampa -__-.  Bab Physics jangan cakaplah, menangis aku sebab tension punya pasal. Cepatlah habis sem 3 ni, tak sanggup dah dapat result Physicssss. Mungkin banyak sangat dosa. Kena usaha lagi, dalam semua aspek. kan? InsyaAllah. Doakan lah saya berjaya melepasi semua dugaan ini dengan tenang.

Next, im done with the speaking component for MUET. hehe how was it?? Alhamdulillah, berpuas hati dengan apa yang aku dah lontarkan. topic BEST WAY TO HELP IN COMMUNICATION will never be forgotten. fiuhhhh. Another three components akan dihadap next week, lepas selesai midterm. Baguslah tak bercampur aduk. hihi

hari meMUETkan diri. 
saja gedik pakai spec orang. bila pakai specs, terasa muka sama macam akak :)


Ohh yee, last Tuesday, i joined futsal yu knowwww. Sekian lama tidak berlarian, hamek kauuu, pancit di tengah court. Event sesama budak Foundation kiteww batch 7 yang awsome sangatttt ! Tujuan nak fund raising Almaklumlah nak buat grand dinner kannn. Watever. Larat main dua game je, wakil kelas saya, 7B Bersatu katanyaaa. haha Third game masing-masing pakat tarik diri. wakaka penat wehhh macam nak pengsan rasanya. Lagipun, dah kalah, malas nak kalah lagi . pffffftt -__-

 naik kereta orang. Saya yang start enjin yu knoww. Yang bawak ialah Apis. 
Respect kat dia. Muka nakal tapi baik dan bertanggungjawab. 
Sesuai jadi suami ni, siapa mahu? wakaka
Kitorang berangan je ni ada kereta sendiri :p
 Kita mana ada kereta. menumpang je mampu tsk tsk tsk

Nampak tak siapa yang nak sepak bola tuuu? HAHA 
padahal jerit je lebih. Maaf kalau ada yang terpaksa dengar pekikan saya :p

Dah lama tak berpeluh satu badan. Untung ada futsal ni haaa bolehlah membakar kalori yang berleluasa. Haa game ni kitorang main dekat Seri Kembangan sesuai untuk yang kembang menjadi kempis. Sukahatiakujeee.  Nama tempat ni Tonga De Futsal ye, dan depan dia ada KFC yawww seronoknyaaaa! ke situ lah kami lepas game, topup balik kalori yang terbakar tadi. Good Job! Balik rumah, semua yang main menanggung sakit-sakit badan. Kecuali the boys kot. Muka memasing cam gian main futsal je aku tengok. Yang girls nampak sangat dah lama tak exercise. and Ye, im one of them :)

Jam sekarang menunjukkan pukul 3 petang. Bagi chan aku nak tidoq. Malam kang nak hadap notes Biology semoga tidak menjadi Biol. Itu jaa update untuk kali ini. Thankyou for reading! Assalamualaikum may Allah bless you :D



p/s : -its March, eleventh month :)
        -akward moment when we met the person-in-sleep, in real life^^








Saturday, February 23, 2013

Assalamualaikummm. 

Rasa nak menjerit sekuat hati. 
I is boringgggg..!!!!
Sumpah boring bila weekend dekat sini. 
Rasa macam takde life langsung
Boleh je bukak buku, study sampai lebam.
Tapi bila bukak buku Giancoli Physics yang tobal tuuu, satu apa pon aku tak paham. 
Ye lahhh tajuk electric lah voltage lah apekah itu semua??
Sampai tertidur dengan lenanya berjam-jam. 
Okey, thats what happen petang tadi lepas balik dari workshop MUET.
nak study kena ada mood, ada semangat. 
Lepas tu bangun jeee, hadap laptop pulak sampai tak tahu nak buat apa dekat laptop ni
Boring sangat boring
Keluar bilik, ohh Sofi ada dekat dapur :)

"Sofiiiiii..aku boringgggg.." sambil melekatkan badan pada dinding dapor.
"aku pon boring tak tahu nak buat benda betul ke benda salah.."
benda betul ialah study
benda salah ialah layan movie ke, game ke, HAHA
"Haaa benda salah pon aku tak tahu dah nak buat apa.."

Nampak tak keboringan melanda seluruh isi rumah. boring la wehhhh. Rasa macam nak balik Johor :(
Hmm Isnin ni ada speaking test for MUET. doakan daku boleh bercakap dengan lancar beserta idea yang mencurah-curah. at least Band 3 untuk enter Fakulti farmasi ^^,
Sekian .



Thursday, February 14, 2013

lasciare ^^

Assalamualaikum inche Jumaat si penghulu segala hari :)

Right now still in JB menghabiskan sisa-sisa cuti midsem yang seminggu lamanya
Apakah yang aku buat setakat ini? 
Ngehehe 
termenung mengenang nasib diri dan masa depan, 
nonton TV yang dari pagi sampai ke petang mesti rancangan MaharajaLawak lah BetulkeBohong lah
Ngadap laptop berjam-jam walaupun takde pape yang interesting 
Keluar masuk bilik pergi dapur carik makanan 
Settlekan lab report yeahhhh *yang ni agak kebanggaan untuk diri sendiri. tenkiu mr.sapik :)
Hantar my part for Biology's poster winkwink :)
Study ada laaaaa siket siket. Alhamdulillah good enough for a lazy me haha
Melunas rindu pada buah haties! yeayy walaupun lima orang je yang boleh datang
Dan adalah kepelikan sebab I is tak sabar nak balik Cyberrrr. 
Haha saya rindu kampus yang cantik modern dan bersih gila tuuu :D
Tapi nanti bila dah sampai tiga empat minggu balik sana, komfirm mula terbayang-bayang bumi JB ni
Ngehehe macam mintak penampar kan. 

sayang ngat ngat <3


p/s: lasciare tu maksudnya cuti in Italian hihi 




Sunday, February 3, 2013


try untuk jadi professional.
Allah ada . 
InsyaAllah :)



Friday, February 1, 2013

perempuan

Perempuan. 
luarannya terserlah kekuatan
buat itu ini sambil gelak ketawa dengan kawan-kawan. 
nyanyi lagu jiwang macam takde perasaan. 
tapi tanpa kita tahu, 
cintanya baru putus di tengah jalan. 
tenang dia bercerita rentetan perjalanan
tapi hati dia yang bergelodak,
tak siapa tahu kan? 
aku paham. 
hanya senyum tengok dia punya ketabahan
aku paham, sebab aku pun perempuan :)

ada yang cakap, "aku taknak rasa perit tu.."
yang lain sambung, keperitan yang amat sangat
itu cakap orang yang berpengalaman
aku yang memerhati, hanya mampu ukir senyuman
yang penuh makna dalaman
dalam hati aku berdoa
aku taknak rasa sakit tu yang confirm berpanjangan
pasti aku trauma dalam kehidupan
sebab aku kan perempuan :)

siapa nak cinta yang bertahun-tahun dijaga retak tak dapat diselamatkan
tapi mungkin takdir Tuhan 
itu yang terbaik untuk mereka rasakan
aku still harap 
keputusan rasional dipertimbangkan
sebab aku paham sangat hati seorang perempuan.
Hmm bertabahlah wahai kawan :)






teringat.

Tiba-tiba teringat . Bila makin dekat nak balik ni makin teringat dekat macam-macam.  

Teringat dekat adikku sayang. Macam tak percaya je dia dah masuk boarding school. Alhamdulillah, rezeki dia dapat offer masuk SM Sains Seri Putri. Nun kat tengah KL tuu, betul-betul depan PWTC. hari tu dua hari sebelum daftar, sempat jugak pergi usha sekolah tu supaya ayah tak sesat kan. Mak aihhh mengkagum dan menjeles pulak! budak sekolah tu jalan 10 menet dah sampai shopping mall gempak-gempak, aku ni? jalan 10 minit baru sampai tempat tunggu bas. wakaka sangat sedih teringat nasib diri sendiri. 

untunglah boarding school dekat dengan mall. belajar rajin-rajin ye adik mok. hehe

Lima hari lagi kami pulang ke JB tercinta untuk CNY. i is tak sabar nak balik rumah. dah hampir sebulan tak makan dekat rumah, takpergi jalan-jalan dengan ibu akak, balik ni nak perabih duit akak boleh? haha ehh tak tak, duit sendiri ada, guna la. WISELY. okey, wisely :)

Apa lagi yang aku dok teringat? Hmm entah lah, taktahu kenapa maghrib tadi dok teringat kenangan puasa tahun lepas. haha mungkin maghrib dikaitkan dengan waktu berbuka so tahun lepas berpuasa di rantau orang, hari pertama buka puasa sangat lah menyedihkan. taknak lah kenang yang sedih. Hari terakhir buka puasa, dalam bas on the way balik raya dengan tunang saya, haha . ni kalau teringat takpe, sebab sweet. puihhh -____-

Lagi satu nak kongsi, hari tu time lab Bio, kami diajar cara mengawet serangga. okey, bukan bunuh serangga tuu, tapi mencabut nyawa dengan cara terhormat. then belah abdomen dia, keluarkan segala organ dia yang berlendir tuh.  hihi sangat best dan alhamdulillah, tak geli ponnnn. Memanglah tak geli, sebab kecik kan, cuba bedah manusia, taktahu macam mana. So, takpayah lah jadi doktor, kasi peluang untuk orang lain :)

mihhhmihhh kecik je cengkerik tuu, dah selamat diawet. 
look, aku rimas pakai glove tuu, susah okey, tu yang laju je cabut. pakai tangan lagi feeling. 
hahahha

Okeyy rasanya tu je nak cakap. mood tak berapa mari. tak sabar nak balikkkkkk!! Assalamualaikum :)