Wednesday, June 27, 2012

Dejavu Di Kinabalu : mata keluar LOVE^^

Assalamualaikum . 


Sekarang ni dekat TV3 tengah hot drama Dejavu Di Kinabalu pukul 7pm sampai 8pm . Ohh tak suka betol timing untuk drama slot Akasia ni lahhh! Kacau waktu maghrib je, dahlah semua pon ngetop ngetop, kalau boleh taknak miss satu episod pon , malahan satu saat pon taknak tinggal, makanya kena lah pandai-pandai adjust supaya tak solat di akhir waktu kan. Hmm ehh TV3, tukar boleh tak timing nie? buatlah dari 6.30pm sampai 7.30pm, kan nice tuuu . Tapi, siapa lah diriku ini, takde siapa pon dengar luahan hati ini. tsk tsk tsk :'(


Dah takpayah nak drama sangat . Aku kalau tak minat gilaa dekat citer ni, takkan aku buang masa tulis dekat sini. Untonglaa citer ni dapat masuk blog yang takde siapa baca nie. kahkah. Hmm tapi seriously citer sangat BEST, ROMENTIK, JIWANG, SWEET dan segala bagai lagi. 


yang buat lagi feeling haruslah Hero dan Heroinnya . 
Tiz Zaqyah a.k.a Nadhirah dan si hensem Akasha a.k.a Ammar


Akasha adalah salah sorang hero malaya yang menjadi pujaan hatiku. Cehhhh . hahaha suka style dia, pakai baju lain dari lain, sempoi gilaa, berlakon pon natural sangat! bila dia tersenyum , aku pon ikut tersenyum!!muahahha parah betol. Tiz pulak biasalah, comel macam kucing, pakai apa pon cantik, suara serak-serak basah tapi takde lah minat kat dia sangat.  Layan jelah tengok diorang ni berlakon Isnin sampai Khamis.kalau boleh nak mengikuti sebab citer ni pon lain dari yang lain jugak. Plot dia menarik*tetiba jadi pengulas drama Melayu*, tak boring oke tengok !sebabnya aku dah jatuh cinta dengan Akasha.eh eh? boleh ? hahah

Siapa yang tak mengikuti citer ni, biar aku citer kan siket-siket eh apa yang aku paham dan berdasarkan my point of view. Nadhirah ni sebenarnya dah bertunang dengan bos dia, Bazli lakonan Nazim Othman yang serious memanjang dan sangat caring dekat dia sebab sebelum ni Nadhirah ada penyakit jantung kronik. Tapi, sekarang Nadhirah dah sihat walafiat lepas jalani pemindahan jantung. Haa kiranya dia dapat jantung dari orang lain yang dah mati. Nadhirah ada sorang kakak iaitu Uzma lakonan Rabecca Al-Islam. tak suka aaa watak akak dia ni, annoying sangat, cekci pulak tuu. Oke, kenapa aku tak suka? nanti kejap lagi aku citer. Masuk pulak bab hero pujaan, Ammar. Ammar seorang interior designer yang baru balik dari Australia.Pergi Australia untuk merawat hati yang luka lepas makwe dia si Innara lakonan Aisyah Ilyas mati. Mulamula ingatkan pempuan ni Shikin Kamal, rupanya salah orang, dua-dua pon tak femes sangat! ewahhh engkau mengata orang tak femes, macamlah diri sendiri tu femes sangat izzati! oke, sambung balik. Dan macam ada jodoh, si Ammar dengan Nadhirah ni selalu sangat terjumpa secara kebetulan. Bila jumpa je, mulalah si Nadhirah ni pegang dada dia, konon jantung berdegup kencang letteww! Sebenarnya, jantung yang ada dalam badan Nadhirah tu, ialah jantung si Innara. Haaa patut pon berdegup kencang bila nampak Ammar, sudah tentu itu pakwe dia. So sekarang ni si Ammar dah jatuh cinta dengan Nadhirah, tapi Nadhirah ni dah ada tunang. Achaner tuuu? Walaupon macam tu kan, diorang tetap spend time together tu yang masuk mood sweet romentic dan lain-lain tuu. hihih.Yang buat saket hati, si Uzma sebok pulak nak tackle Ammar. kecohh la lu minah! -____-

Okeyyy tu je serba siket pasal citer ni setakat ini. Akan datang kita belum tahu tapi yang penting aku eksaited nak tengok walaupun Khamis minggu depan aku dah takdapat tengok. Abaikan pasal minggu depan. Lagi satu, yang buat citer ni best sebab diorang bukan berlakon dekat KL je, tapi dekat Kundasang,Sabah and Gunung Kinabalu pon diorang redah jugak. Tu yang hari-hari berangan nak pergi Honeymoon dekat Kundasang lepas tu panjat Gunung Kinabalu denga yang tercinta tuu. cehcehcehhh betapa televisyen mempengaruhi fikiran aku. kehkeh

Subhanallah, cantik kan? macam dekat NewZealand :D
 nak pergi sini suatu hari nanti.lallalalala~

Next, apa lagi yang ngetop dekat citer ni? of course lah background music dia. Tak lengkap cerita chenta tanpa lagu yang jiwang membuai perasaan. Bila tiba part romentic je mesti kuar lagu Butterfly, lagu blog aku ni. Hahah mood sangat Dejavu Di Kinabalu sekarang ni. Part korus tuuu, membuatkan aku terbang macam butterfly. Over sangattt!nyampah! wkwkwkw. Nak tahu tak, dalam citer ni, yang buat aku makin berchenta dengan Ammar,bila saat dia main Gitar sambil nyanyi lagu ni untuk Nadhirah. aauuwww terus mata aku keluar love . haha sweet kann . ada jugak diorang duet nyanyi lagu ni, suara Nadhirah dah la cekci, memang terbayang bayang je scene ni. Apa pon tak boleh aku ni. Rindu pulok nak dengar CA aku main gitar. puiiihhhh :p

Makanya, nampak tak keterujaan aku dengan citer ni. Haaa aku bukan manusia yang suka tengok TV sangat, hanya citer tertentu je berjaya buat aku melekat depan TV, contohnya citer Dejavu Di Kinabalu ni. hehe hopefully akan ada happy ending. Aku perlu pikir guane aku nak tengok citer ni bila dah masuk Cyber lah. takot tak sempat je nak hadap laptop tengok kat Tonton.my kannn. We'll see then. By the way, Ammar, i heart yuu! wakakka

Akasha pakai baju kuning ?? aku nak jugakkkk !


yeayyy KUNING sama dengan AKASHA
haha layan jelah tingtong aku ni 


















Monday, June 25, 2012

maaf ikan =='


Tak tahu lah kenapa, makin hari makin aku tak boleh telan ikan. 
huhuhhh
kenapa hah? aku rasa macam hanyir je . 
padahal tak hanyir pon, lagi-lagi kalau ibu masak, mestilah sedap. 
tapi bila aku makan , macam takleh nak telan. 
Makanya, makan ayam dan seafood je setakat ni. 
soryy ikan :)
ibu bising, dia cakap nanti aku dah jauh, macam mana lah, makan apa pon tak boleh. 
Hahah
takpe, boleh kurus!! yeayh :D


adik aku ni. 
budak ni lah yang ada kat rumah jadi kawan bergaduh dengan aku.
ehh nanti aku dah takde kat rumah,komfem dia rindu nak layan aku yang annoying nie.haha :)










Saturday, June 23, 2012

gedik ohhhh!

Assalamualaikum ^^,


Aku kenal dua manusia ni sangat-sangat. yeahh, diorang sepasang. Hmm sepasang yang boleh dikatakan sehati sejiwa sherashi bershame. auwww Hahahah. Harmoni ke? boleh ahhh jarang ohh gaduh. Few days ago diorang ni tak pergi Genting mahupon Cameron Highland pon, tapi tetiba je dingin semacam. ada la tuu yang tak kena. Both of them tahu laa, aku nak cakap pon tak reti. hiks! Dingin yang macam mana tu? alahai, yang tanya sepatah jawab sepatah tuu, haa begitu laaa. Dalam dingin tak dingin tuuu, aku rasa si lelaki ini sangat Gedik ohhh!*yeayy sama dengan tajuk! Mari kita reveal kegedikan tersebut based on their text :p


Situasi pada waktu malam. siang memang tak dipedulikan. henfone campak kat laut.


L: Hai  #kalau dingin memang cakap hai, no sweet words
P: Hai, cari siapa?
L: Entah, tataw nak cari siapa.
P: Carik lah sayaaa!!#femfuan ni emo, sebab dah sehari suntuk tak dipedulikan
L: Perlu ke? #takde perasaan, menci !!
P: Entah, suka hati laaa #sentap letteww
L: Haha.takpayah nak sentap sangat la kan!! #ye, si L akan tahu bila dan bagaimana kalau si P dah mula sentap.tapi still buat tak tahu. 
P: Biarlah biarlah biarlah*libasrambot*
L: Kaw pehal nak libas rambot?*tarikrambot*
P: Saket rambot itew.Tercabot nanti. #ini gedik
L: Padan muka. Tayah nak gedik ar #okey fooinee!
P: Ehh.pergi tido lah kaw!entah taufan apa entah malam nie #tercabar dah 
L: Aikk. halau?oke. #dia pulok sentap
P: Aishh mana ada. alaa! sini laa! #turunkan ego siket.baiknyaaa. kehkeh
L: Dah laa! Tepi laa!*ambek bantal* #ohhhMG!konon-konon tido sama bilek
P: Taleh!!*rebut balik bantal*
L: Ambiklah, memang dah biasa tido beralaskan lengan #Haa Gedik ohh!
P: Takpayah nak buat ayat lah. sini jelahh #ajak niee, bukan halau pon
L: Tido luar sedap kott #ceahh jual mahal.
P: Yelah.orang dah tak sudi, takkan kite nak terhegeh-hegeh
L: Akhirnya, awak keluarkan jugak ayat tu. Dah agak dah-,-
P: Dah la, nak tido. sedih ohh awak buat saya macam ni. sedih tawu tak!!! #emo gila
L: Pergi ar tido #memang tawww, pembuli!


************************************************************************************************************

10 minit kemudian :-

L: Krikk krikkk krikkk. emm memang cengkerik je yang teman. #ehhhh? tetiba lak. tadi sombong sangat. gedik ohhh! haha
P: Untunglah ada cengkerik nak teman, orang nak teman, dia taknak -___-
L: cengkerik ohh cengkerik. 
P: Emmm. #jom buat serangan balas.
L: Tengok tv laa. Tv,nak teman kite tak? #Eeeii gedik ohh! masa ni si femfuan dah gelak dalam hati, kahkah
P: Emmm. #keraskan hati walaupon dah ketawa tadi. 
L: Emmm. 
P: Emmmm. 
L: Boring laa tv ni. Tokk tokkk tokkk*ketukpintubilik* #masih feelingfeeling jadi roomate
P: Nak apa? #keraskan hati. prasan garang betol femfuan ni^^
L: Nak ambik kain . #KAHKAHKAH. again, Gedik ohhh! tetiba je nak kain.kain apa wehhh?kahkah. sungguh tak berhenti gelak si femfuan ni tengahtengah malam tuu.
P: Ambiklaah. dah keluar bilik, tutup pintu semula. #cehh jual mahal.gudjob! :p
L: Emmm.
P: Ape lagi ? 
L: Emm.takde bantal peluk. #Ehhhh?gedik ohhh!
P: Mana saya taw mana awak biar bantal peluk awak!
L: Yelaa, tido depan laa. 
P: Okey. 
L: Nak pergi tido rumah sebelah laa #ugotletteww
P: Pergi laaa.
L: Nak kawen lagi satu la. #gedik ohhh gedik! tetiba aku pulak marah
P: Saya mati ea. #emo angattt! kehkeh
L: Tadi awak cakap okey jee. tu yang saya try
P: Engat saya bagi? no wayyy! #ehhh tamak taww
L: Tapi, tido depan awak bagi.
P: Tu awak yang nak kan? saya tak suruh pon kan? #grrrr macam budak lah ini laki
L: Yelaa. Tido dalam laaaa. 
P: Yeayyy ! #tapi dalam hati jelaa . hahah!

************************************************************************************************************

Berapa level kegedikan si lelaki? ke, si femfuan pon gedik jugak ??? 














Friday, June 22, 2012

U-K-A-Y-S

Assalamualaikum everybody!


Sekarang kalau bukak blog frankly speaking ni dah tukar lagu again and again. kali ni lagu terpilih ialah Ukays-Bila Diri Disayangi. Phewwww tajuk jiwang tak agak-agak. macamlah aku ni jiwang sangat! aku tak jiwang k, aku manja je ewww puuihhhh hahahhaha.


takde lahhh, aku ni jenis boring kalau bukak belog orang, asyik lagu yang sama jeee. tak bertukar-tukar. lama-lama aku lowerkan terus volume speaker supaya lagu tu hanya dengar sayup-sayup je. sebab tu aku taknak orang buat belog aku macam tuu. kehkeh padahal dunia ni penuh dengan karma. apa yang aku buat kat orang, akan terjadi dekat diri sendiri jugak. ye ye aku sedar! bukan kejam mana pon tindakan aku kan so abaikan lah.


Layan je lagu ni. evergreen okeyy Ukays ni, banyak lagu diorang sedap telinga mendengar. Hari tu Aida call aku and masa tengah bergosip pasal apa entah, dia boleh nyanyi lagu ni pulak! heeyy rindu nak dengar Aida nyanyi-nyanyi. mesti dia akan selitkan jugak apa-apa lagu dalam hidup dia. haha So aku pon letaklah lagu ni dekat sini. tribute to her and orang-orang yang saling berkasih sayang. hiks!! okey bai ^^











Tuesday, June 19, 2012

jangan taww jangan!

Assalamualaikummmm . 

hari ni nak share siket pasal 7 PERKARA BERBAHAYA SELEPAS MAKAN. emmm kalau dalam bahasa mudahnyaa, Lepas Makan Tamow Buat 7 Perkara Ini yaa. takmow takmow *goyang-goyangkan jari telunjuk*



1.Jangan Merokok ----> Kajian pakar mendapati, kalau awak semua*awak laaa, saya tak merokok, saya benci perokok* hisap 1 batang rokok selepas makan, seolah-olah awak menghisap 10 batang rokok!! haaa bermaksud, peluang nak dapat penyakit kanser makin tinggi, lalu cepat mati. Alahai, kesian lorhhh kesayangan awak semua, Jadi sila berhenti merokok. makan Niquitin untuk meghilangkan ketagihan. insyAllah kalau berniat baik, Allah akan tolong permudahkan :)



2.Jangan Terus Makan Buah-buahan---> Kalau kita terus makan buahan-buahan selepas makan, nanti perut kita akan dikembungkan dengan angin. tu yang berangin je badan kannn. orang kita selalu terus capai buah-buahan lepas basuh tangan. ni saya pon buat, lagi-lagi kalau buah yang sejuk contohnya buah jambu batu. auummm faveret kitewww . Tapi lepas ni jom tukar style! makan buah1 atau 2 jam selepas makan , Takpon 1 jam sebelum makan. baru perut tak penuh angin :)




3.Jangan Minum Teh------> Sebab? daun teh mengandungi kandungan acid yang tinggi! ni menjadikan kandungan protein dalam makanan contohnya ayam,ikan yang kita selalu makan akan bertambah. dan apa yang saya baca, proses penghadaman akan bertambah sukar. baiklah, jangan minum teh selepas makan, ye. alaaa best ke minum teh lepas makan ni ? best jugak, kalau Teh O. kalau teh susu, boleh muntah saya. haha 


4.Jangan Longgarkan Tali Pinggang------>melonggarkan tali pinggang selepas makan akan memudahkan usus dalam perut kita berpintal, jadi ni akan menyukarkan oksigen, nutrien dan darah dihantar kepada bahagian usus kita. bila semua elemen penting ni dah tersekat, tu yang buat kita rasa loya,pening,muntah,sembelit,sakit perut,perut pon bengkak. bahaya kan ? benda-benda kecil macam ni kita selalu tak pandang, termasuklah saya, pernah jugak lepas makan je, bukak tali pinggang, kononnya kenyang sangat, kononnya nak bagi senang bernafas. yang engkau pergi makan tak ingat dunia tu kenapa?nasib baik usus tak berpintal. kahkah 






fink betul femfuan ini. tu belt tuu, jangan bukak-bukak. baru leh sekat makanan kau. hihi


5.Jangan Mandi----->Ni aku selalu buat!! jom tengok kenapa jangan mandi selepas makan. Rupanya, mandi selepas makan menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan badan bertambah! Makanya, jumlah darah di sekitar perut berkurangan, seterusnya melemah sistem penghadaman kita!kena elakkan ye amalan mandi selepas makan. jom kita mandi sebelum makan. patutlah orang cakap jangan mandi lepas makan , nanti perut boleh buncit. fakta dari sudut sains dah dapat :)





6.Jangan Berjalan-Jalan----->Pernah dengar ni:- ''After a meal walk a hundred steps and you will live till 99''. Sebenarnya fakta ni tak betul.Dari apa yang saya baca, berjalan menyebabkan sistem penghadaman tak dapat menyerap makanan yang kita makan. Solusinya, duduk je lah diam-diam tak payah nak berjalan sangat lah kan! tapi kalau kadang-kadang tu boleh laaa, contohnya masa tengah shoping. gilaa kau nak duduk diam dalam shoping mall selepas makan. mana boleh! haruslah nak jalan jugak. miahaha


7.Jangan Terus Tidur-----> Nanti makanan yang dah selamat kita makan tak boleh dihadamkan dengan sempurna. Belum siap proses kau dah tidur apehal. Nanti boleh dapat gastric dan jangkitan pada usus.Tapi aku selalu je buat benda ni. wakaka yelahhh lepas makan je, mesti ngantuk. betol tak? sila bersetuju. lalu apa lagi, konon niat di hati nak baring-baring je, at last zzzzzz sampai dua jam! sungguh tak senonoh punya manusia. Lepas ni tolonglah berubah. ni semua demi kesihatan kita jugak :)





Tu diaaa lengkap dah 7 Perkara Jangan Dibuat Selepas Makan. aku jumpa artikel ini dekat FB. tetiba terasa nak kongsi dekat sini. Tapi ai tak copy paste okeyyy. artikel tersebut dalam bahasa Inggeris, kiteww tukar jadi bahasa ibunda supaya senang nak menghurai dan menasihatkan awak semua. cuba kalau tetap buat dalam Englishh, terus OhhhMyEnglishhh!!hambek kaw! saya pilih entry ini untuk dikongsi*macam banyak sangat je pilihan, padahal satu ni je pon* sebab perkara ni sangat menarik dan dekat di hati dan memang ada dalam rutin kita semua. Oleh ituuu,*ayat karangan sangattttt* lepas ni ayuhlah kita menukarkan rutin harian ke arah yang lebih sihat! yeeaayyy! :D  Oh yee,saya harap entry ini dapat membantu, takpon menambah pengetahuan pembaca saya.*kaw ingat kaw novelis kerrr?*okeyyy bai. assalamualaikum, thanks for reading.


we spent our time eating at pizza hut but no one of us order the food named pizza :p








Monday, June 18, 2012

medical check up O.o

assalamualaikum :)


hari ni aku pergi buat medical check up bersama ayah dan ibu tercinta. mula-mula tak ada dalam perancangan pon ibu ikut sekali, tapi makin dah dekat dengan hari nak pergi buat med.chekap ni, aku jadi seram pulak kena uruskan diri sendiri sorang-sorang dekat hospital tuu, jadinyaaa, aku ajak ibu, buat muka kesian, kalau tak ibu taknak layan, cehhh . sorry mum, kacau yu kerja . hihi. bukan apa, HOSPITAL okeyhhh ! aku takut hospital! muahaha tengok hospital pon meremang badan kiteww apatah lagi masuk hospital and buat itu ini dekat sana. Lagi-lagi kalau HSA JB, dengan sesak nya dekat sana, dengan sana sini orang sakit , tapi alhamdulillah, ayah taknak pergi buat med chekap aku kat sana, lambat katanya. biasalahhh  sana orang ramai, nak tunggu result pon, dua minggu baru boleh dapat .walaupun free. ohhh benda ni memang kalau boleh nak settle dengan cepat :)


and we went to Hospital Penawar PG. non-government so result med chekap dapat dalam hari yang sama jugak! bayaran? RM 228 merangkumi pelbagai test . test yang aku buat bukan yang basic okeyy,MARA kan banyak cekadak , HIV test pon kena jugakkkk kiranya berbaloi sangat! ini private hospital yang termurah setelah disurvey oleh incik Ayah.ada hospital yang charge RM298+++ see the diiference? so, hari ni aku promote Hosp.Penawar Pasir Gudang kepada awak semua. boleh lah pergi kalau nak buat med chekap di private hosp. di samping selesa, tak perlu menunggu lama, di sini jugak staff nye baik-baik senyum sentiasa. hehe aku dah macam duta pulak . oke tak dapat bayaran pon take, asalkan aku memang suka hosp ini :D




gitewww. haha sila datang jangan pikir banyak-banyak^^
waktu operasi : 24hours

aku nak citer pengalaman aku buat med.chekap. wahhh dah hampir 18 tahun hidup di dunia yang fana ini, baru pertama kali buat proses ini sungguh aku berdebar. tapi tak lah sekuat debaran nak ambik result SPM mahupun debaran mahu berjumpa si dia. ewahhh kemain. okeyy jangan main sangat, mari kita teruskan. alaaa takde gambar lah. elehh buat med.chekap pon nak bawak kamera. takyah nak poyo sangat aaaa. fokus izzati,focus. 

1. parking kereta. pastu jalan siket menuju hospital meredah terik mentari. panas ek Johor sekarang. me not like it. ayah jalan laju sangat, lepas tu aku dengan ibu kena marah sebab jalan terkedek-kedek. haiyooo sabar la ayah , tak lari pon hosp niee. padahal jam dah pukul 10.45am and we have to back home before 2pm. my dad have to work! sampai je, terus pi kaunter cakap nak buat med.chekap dan nurse tu terus buat pengiraan kos untuk aku. settle!

2. then kena tunggu dalam 5 menet dekat depan bilek rawatan kot. mana aku taw nama-nama bilek dekat situu.sambil tunggu tu aku tanya-tanya la ibu pasal urine test segala bagai. *masa ni lah ko nak tanya, selama ni kat rumah taknak tanya.takpaham* aku tak pernah pon buat urine test ke hape selama ini tapi aku tahu la macam mana kannn tapi bila kena buat untuk diri sendiri, aku cakap dengan ibu, ''erghhhh taknak laahh!tak suka laaa..'' boleh gitu ? wakaka then nurse dalam tu panggil and she gave me the bekas to do the urine test. aku punya muka time ni takpayah cakap la, sangat berat hati yu knowww. aku tak suka lah. haha apa-jenis-manusia-aku-nie?

3. Lalu dengan ditemani ibu*ni lah tujuan aku ajak ibu, boleh beliau teman aku, ai kan anjerrr* aku pergilah buat urine test lepas tu submit balik the bekas dekat nurse tadi. Cehhcehhh citer macam senang benorrr aku buat kan padahal ni aku skip ke niee. jangan tak tahu cubaan ketiga lepas minum 2 botol air mineral secara paksa baru nurse cakap, Okeyy . 

4. Masuk bilik rawatan, ibu ikot. yang best nyaa, memang ni semua aku sorang, takde pesakit lain. semua tumpuan kat aku. First, duduk ambil tekanan darah. ni dah biasa, selalu je buat kat rumah sebab ayah beli mesin dia. lepastuu, ambil darah. Haaa ni lah yang aku lemah sangat!! aku tahu ambil darah ialah sakit dan jarumnya besar dan darah yang diambil ialah banyak ohhhh!masa ambil darah , yang buat ialah nurse pempuan melayu. dia baik. lembut je, nasib baik tak garang.heee mula-mula carik urat dekat tangan kanan, tak jumpa okeyyyy!katanya, urat aku halus sangat*masalah betol aku ni ek* Carik pulak dekat tangan kiri. susah jugak nak jumpa urat tu, habis dijentik disapu ubat, sampai ibu pon tumpang carikan urat, at last jumpa! start dicucuk. OMG sakettttt!aku cuba tak layankan sangat perasaan tu. Tapi, malangnyaaa darah langsung tak dapat diambil. kau bayangkan jarum besau gedabak tu dah full masuk dalam kulit, darah pulak tak tersedut langsung. kenapa nieee?aku dah cuak dah. mana darah akuuu?  Jarum terpaksa ditarik balik. Nurse mintak izin nak cucuk lagi sekali. aku dah berkerut kot masa tuuu. nasib baik ada ibu. kalau aku sorang-sorang dah meleleh agaknya. hahaha . masa nak cucuk second time nie, nurse yang ambik tekanan darah tadi datang kat aku, sibuk pulak dia buat test rabun warna atau tak. saja je nak alih perhatian kitewww. tapi tetap sakettt bila jarum menyucuk. terkeluar jugak ''adoi adoi saketnya..'' dari mulut aku. gilaaa emo pempuan ni -_____- akhirnya, BERJAYA! sayu je aku tengok darah aku . tsk tsk :'(

sebab tu aku taknak jadi doctor. yang ni pon dah lemah, apatah lagi nak handle orang eksiden segala. aku jadi pharmacist je laa. 


5. lepas ambik darah, pergi buat X-Ray pulak. ni pon kena tunggu dalam 10 minit. yang lain semua lelaki, aku je pempuan. pelik di situu . mana pempuan lain?Hmm masa tunggu ni, aku cuak lak tetiba. sebab adik aku cakap, x-ray ni sakit. kecoh lah dia, apesal dia bagitahu, kan aku dah takot!! then bila turn aku, masuklah. kena tukar baju khas utk x-ray kan. pempuan biasa laa, leceh nak bukak itu ini, sampai akak tu tanya aku, dah siap ke belum. hihi. Lepas tu, aku kan blur-blur ayam, aku tengok baju tu semacam je! ada tali lah, besar pulak tu. Sampai aku tanya akak tuu, ''akak baju nie, yang tali tu belah depan ke belakang?''
wakkakaka bodohnyaaaa aku.akak tu jawab,''mana-mana pon boleh.'' dah siap tukar baju, aku pon keluar lah, tetiba akak tu cakap, ''ehhhh tudung bukak jugak'' whathheesillynyeaku!
mana aku tahu kena bukak tudung. ibu pon tak cakap. ibu cakap bukak baju-baju dan rantai je. okeyyy, malu saye. nasib baik Akak, kalau Abang? taknak aku buat X-ray kat sini lagi lain kali. muahahha. then, buat lah x-ray. Tak sakit pon!! sekejap je dah siap. Tapi ibu cakap aku paling lama kat dalam tuu. ye aaaa kalau aku taw kena bukak tudung, dah lama aku pakai tudung Express je. ni dengan bawal berlilin tu, hodoh sungguh lepas buat x-ray tuu.

6. dah dapat Film X-ray. hantar kat bilek rawatan tadi. lepas tu buat ujian rabun ke tidak , lepas tu lagi jumpa doktor. Check itu ini, bayar dan settle!!! hauyeahhh boleh balik! tak suka pergi hospital lama-lama!aku settle pukul 1pm, result keluar pukul 2.10pm. cepat kan? :) tapi ayah dengan ibu pergi ambik result tu malam sebab ayah kan kerjaa. alhamdulillahh, takde masalah kesihatan , HIV pon takde. kahkah takut sangat kan. Ibu saja nak kenakan aku, dia cakap aku ada penyakit darah gemuruh! hahah nak perli letttewww!!


Okeyyy itu saja pengalaman pertama aku buat med.chekap. banyak benda bengong aku buat dan terjadi. hahah malu kot! sakit dekat tempat ambil darah masih terasa. eishhh cepatlah baik. takmow rasa sakit lama-lama. Selesai sudah satu urusan. alhamdulillah :)

Friday, June 15, 2012

kenapa merudum nieeeee T_____T

Assalamualaikum salam 1 Malaysia*keluarkan jari telunjuk ala-ala Najib . kahkah 


ohoho lamanya tak mencurah isi hati kat sini sampai tak tahu dah nak cakap apa. jangan salahkan aku kalau post ni banyak merapu . blog kiteww suka hati kiteww lahh *lempang diri sendiri* hahah. oke, marilah kita berpaling pada tajuk di atas. apekah yang merudum ? ekonomi ? ekonomi M'sia aku tak tahu, almaklumlah kiteww  bukan dalam bidang itewww so baik jangan buat-buat tahu. kalau ekonomi diri sendiri tuuu , alhamdulillah masih ada jugak kertas-kertas dalam purse tu buat penyambung nyawa daku. wakakaka . Tapi tu semua orang bagi , alahai hasil ihsan orang rupanyaaaa -___- bila entah nak dapat rasa duit hasil titik peluh sendiri. oiihhhh i hate sweating !! taknak berpeluh , tapi tapi tapi , kena jugak carik duit sampai berpeluh supaya dapat duit sendiri . jadinya, bila anak-anak sedara datang rumah , bolehlah kongsi rezeki tu dengan diorang pulak. ehhh janganlah aku cakap macam ni, adik-bradik aku pakat beranak ramai-ramai sampai sedozen ^^




alololo aku giget sorang-sorang kang!! haaa. 
kenapa yang depan tak berambut tu berketul-ketul badan dia. aishhhh ;)


eeiii tengok tuuuu panjang betul chikaro ni merapu dari tajuk kan! nak bagitahu ni, kesihatan daku merudum these few days! :'( tak payah ahhh buat smiley muka sedih siap ada air mata an an . Dimulakan dengan suatu pagi yang tak berapa pagi. bangun-bangun, pergi jenguk jiran belakang tuu, dia dah siap sidai baju ke belum.  okeyyy makcik tersebut tak basuh baju agaknya hari ni. oh yeee, aku memang suka lumba dengan makcik tuu sape sidai baju paling cepat! muahaha dengan makcik pon nak lumba . whattheeeduck! nampaknya kali ni aku takde saingan lah ye. so aku dengan mamai nya mulakanlah sesi membasuh baju.  alaaa bukan aku yang basuh pon, mesin yang buat kerja tu. tapikannn. bila part membilas tu kena pakai manual. -_____-sementara tunggu mesin, aku minom milo makan nasi goreng . okeyy time ni dah keluar sign ngade-ngade. minom milo macam nak muntah pulak padahal tu favourite akuu nasi goreng pon makan ciput je. abaikan perasaan ini teruskan membilas bebaju batch pertama. kedua dan ketiga . gilaaa banyak baju! takdelahhh aku kan cakap lebih, tak banyak mana pon. tapi banyak jugaklahhh sila percaya :D




percayalah sepanjang basuh baju, ada je rasa nak tumbang. kepala berdenyut-denyut, mata nampak tak nampak jee. cehhh lembik sungguh! tapi aku kuatkan jugak diri yang lemah ini. takkan nak buat kerja separuh jalan. at last setelah dua jam berhempas pulas dari membasuh-membilas-menghanger-menyidai kat ampaian bawah matahari terik*menci ar panas panas* settle jugak akhirnyaa. makcik belakang rumah masih belum menyidai baju walau sehelai. yeayyy aku menang kali ni sebab selama ni asyik tumpas je . puiihhh orang lepas subuh dah start memesin , aku lepas Dhuha pon lom tentu start nak menang guane ^^ Lepas ituu , sesi mengemas dapor pulak. ni lah tugas hari-hari sepanjang cuti ni. dah boleh dapat sijil . okey settle dapor. jenguk lagi sekali ampaian makcik belakang rumah. EH EH EH. dah penuh dah ampai diaaa!! unbelieveable! wakakaka tak sangka aku cepat beberapa minit . kehkehh puas hati ambo . trolololol~




Kemudian, masuk bilek, tengok diri sendiri dekat cermin, Ya Allah, sebijik macam MAID imported dari Indon . muahahhaha dengan seluar petak-petak macam kain pelikat ehh terpakai kain pelikat suami pulok dengan rambut takpayah nak cakap lah. Harap-harap takde orang nampak aku sidai baju masa tuuu . malu mak, nok ! kalau ada jiran yang nampak , mesti dalam hati berkata-kata, ''sejak bila Kak Tipah*bukan nama sebenar ibuku* ambik orang gaji nieeee..'' 




hai neng! saya bibik Indon mari . pengalaman nggak banyak dong!
kalau mahu khidmat saya uwangnya harus tinggi. rm3000/month . 
okebai.


Nak dipendekkan cerita, semenjak peristiwa yang diceritakan tadilah aku mula rasa tak sehat. sakit-sakit badan. petang tu terus demam! demam urat ke demam rindu. ahhh tak payah nak ngade-ngade. demam urat kott sebab aku memang jarang basuh baju . bukan tugas daku, harap maklum.  demam panas jugak laaa lepas makan panadol , terus selubungkan badanku yang kecil ini*kecil sangattt!! tangan di dada mata ke langit* dalam selimut ucuk itewww. ehhh selimut itu tak busuk pon, tapi kalau takde selimut tuu , memang aku tak lena tidor . hikhik*konon comel la ?* selera makan turut merudum hokeyhhh makan lebih siket , terus macam nak muntah! pastu diri lama-lama terus pening! haihhhh dah kenapa aku niee. sungguh rasa tidak selesa dengan diri sendiri . 


So, tu je nak citer . alhamdulillah, mencapai matlamat nak update hari ni . cepatlah kembali ke keadaan asal wahai badan . banyak urusan kita kena buat lepas nie. MARA lah CUCMS laaah. malas pulak aku nak isi borang kalau dah asyik nak termuntah je. ni mesti sebab perut masuk angin lah ni. makan pon buat syarat jee.heishhhhh. okeyyy bye . nak pergi isi borang sebelum ayah bebel . hahah. assalamualaikum :)











Sunday, June 10, 2012

ALLAH selamatkan kamuu!


assalamualaikum salam 10 jun 2012 ^^


simple jee. mood nak menaip kureng laaa . 
malam tadi dapat dengar CA main gitar sambil nyanyi. hahaha!
manis gilaa walaupun birthday dia,patut aku yang nyanyi, tapi dia pulak yang nyanyi. 
suara aku tak sedap weyhh nyanyi lagu happy birthday pon satu line je, lepastu stop. wakakaka
oke dah . taknak tulis banyak-banyak . next month birthday kiteww pulak . 
nak request banyak-banyak boleh kan ? ^^








Saturday, June 9, 2012

again


 ehh lagi sekali nak cakap , aku tak sabar wehh nak sambung belajar!! *ini serius bukan main-main* tengok kawan-kawan yang dah start study, amboih status masing-masing, kemain . lebih kurang 23 hari lagi aku duduk dekat Johor nie. lepas tu dah boleh start life baru , takdelah baru sangat . just masuk fasa baru dalam kehidupan nie. cewahhh . okelah . tu je nak habaq. cepatlah masa berlalu!!


p'/s:- balik la johor . plis plis. hahah :D




Wednesday, June 6, 2012

hari ni ?


hari ni penat . 
mula-mula pagi pergi melawat bakal kawasan taklukan aku dekat Cyberjaya .
yeayyy dah jumpa, so nanti InsyaAllah tak sesat. 
lepas tuu, pergi cuci mata dekat Sogo .
orang? mak aihhhh macam nak runtuh bangunan tuu. 
sesak nafas mak, nak!
lepas tu, pergi membeli belah dekat Jalan TAR. 
sungguhlah rambang mata aku tengok segala tudung mudung baju bajuan dekat situ. 
tak beli sangat pon, KEPERLUAN kena pentingkan daripada KEHENDAK :)
memang sakan lah berjalan hari ni sampai sakit-sakit badan.
Kitorang kalau pergi KL memang ni lah rutinnya . 
tapi tapi tapi 
aku sedih jugak . hilang mood jugak . ibu perasan rasanya. huhu
ya Allah , sungguh aku tak memaknakan apa yang aku cakap pagi tadi. 
baru nak tanya-tanya , tetiba terus terdiam.
yup, mungkin cara aku bertanya tu salah. 
yup, salah ambo dehh abe,
takpelahhh , kenalah tanggung apa yang aku dah buat padahal aku pon tak terfikir apa yang difikir. 
sumpah demi Allah !!
hukumlah aku ni walaupun dah tahu aku tak tahan dengan semua ni. 
haiyaaaii dah lama tak macam gini.
sedihhhh ohh
aku tetap doakan semoga semuanya selamat sejahtera . 
aku mintak maaf ^^

''Ya Allah, kau lancarkanlah segala urusan hambaMu di dunia ini, sihatkanlah yang sakit, bahagiakanlah yang sedih, Kau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..''










Monday, June 4, 2012

cuti

assalamualaikum . 


masih lagi mood cuti sekolah even cuti aku dah lama start sejak enam bulan yang lalu . phewww ada ke orang cuti lama macam aku? ditambah dengan lagi sebulan yang akan datang , baru boleh start hidup baru di tempat baru . cehh cehh cehhh


boring pulak bila semua kawan-kawan dah start sambung belajar, fb pon sunyi jee. tak tahu kenapa tetiba jadi sunyi macam tak bernyawa. haihhhh soooo bored!! kerja aku asyiklah blogwalking kalau dah on laptop ni . lepas tu asyiklahhh ngantuk yang teramat. mencikkkk dengan diri sendiri . dah lah few days ni kesihatan merudum disebabkan hormon. so marilah kita bantai tidur untuk elakkan rasa sakit *sangat takde life*


hmm hari Selasa ni nak pi jalan-jalan KL jap, nak pergi rumah makcik-makcik kat sana sampailah hari Sabtu , huiiiii aku balik-balik JB je nanti, CA pon dah sampai Perlis . how sadd!! ni pon dia pergi family vacation dekat Tioman . ingatkan nak ikut , sukahati kau je nak ikut , kau tu bukannya family dia pon . okeyyyy fine fine aku sekadar family dalam angan-angan dia je . puihhhh!! hahaha.


Balik dari KL nanti , barulah aku akan start busy menyetelkan segala urusan untuk daftar kat CUCMS dan jugak urusan berkaitan MARA .ni pon tengah tunggu pukul 5 petang baru boleh download segala surat menyurat dari website dia, eisshhhh nak kutuk siket boleh tak . MARA ni dah kenapa ek suka tak punchtual . Mula-mula boleh start bukak website dia hari Jumaat , tapi ditangguhkan pulak ke hari ni pukul 10 pagi. bila aku bukak pukul 11.30 pagi, dia cakap bukak pukul 5 petang pulak. haduiiii boleh eh macam tu? ni bukan first time terjadinye punnn . dah banyak kali dah . apa kelas? MARA kot , satu badan yang penting, satu Msia ni kau pegang , kiranya banyak bergantung dekat website dia kan . tapi perangai tak efisien langsung. banyak sangat masalah teknikalnya. whatthechicken?? dah dah , malas nak komplain , aku komplain pon, dia jugak yang tanggung kos belajar aku nanti , jangan jadi orang yang tak mengenang budi izzati... hmm baiklah =='


Hari Sabtu lepas*tetiba cakap pasal hari Sabtu , wateverrr* cousin aku datang JB. huyeyyyyh happy sangat sebab dapat jumpa diorang walaupun hanya satu malam je. sebab hari ahad mereka dah gerak balik Kajang. macam biasa lahhh , mari kita menyemarakkan nafsu shoping masing-masing. takpun, cuci mata jelahhh dekat Bazar Karat . okeyyy melayang jugak duit aku dekat sini, hampehh betul lah si Yanie ni. tapi takpelaaa bukan selalu termakan hasutan sepupu tersayang ni. hahaha


ohhh tu dia, yang belah kanan akuu . kami sebaya :D


that one in purple tu ialah kakak dia . yang kakak mestilah geng dengan kakak jugak :)


okeyyy dah tu je mahu cerita , tak puas lah jumpa sekejappp sangat! takpe, maybe next time ya ^^
boring sangat dah aku ni , sambil update, sambil makan kismis . *motif?