Assalamualaikummmm .
hari ni nak share siket pasal 7 PERKARA BERBAHAYA SELEPAS MAKAN. emmm kalau dalam bahasa mudahnyaa, Lepas Makan Tamow Buat 7 Perkara Ini yaa. takmow takmow *goyang-goyangkan jari telunjuk*
2.Jangan Terus Makan Buah-buahan---> Kalau kita terus makan buahan-buahan selepas makan, nanti perut kita akan dikembungkan dengan angin. tu yang berangin je badan kannn. orang kita selalu terus capai buah-buahan lepas basuh tangan. ni saya pon buat, lagi-lagi kalau buah yang sejuk contohnya buah jambu batu. auummm faveret kitewww . Tapi lepas ni jom tukar style! makan buah1 atau 2 jam selepas makan , Takpon 1 jam sebelum makan. baru perut tak penuh angin :)
3.Jangan Minum Teh------> Sebab? daun teh mengandungi kandungan acid yang tinggi! ni menjadikan kandungan protein dalam makanan contohnya ayam,ikan yang kita selalu makan akan bertambah. dan apa yang saya baca, proses penghadaman akan bertambah sukar. baiklah, jangan minum teh selepas makan, ye. alaaa best ke minum teh lepas makan ni ? best jugak, kalau Teh O. kalau teh susu, boleh muntah saya. haha
4.Jangan Longgarkan Tali Pinggang------>melonggarkan tali pinggang selepas makan akan memudahkan usus dalam perut kita berpintal, jadi ni akan menyukarkan oksigen, nutrien dan darah dihantar kepada bahagian usus kita. bila semua elemen penting ni dah tersekat, tu yang buat kita rasa loya,pening,muntah,sembelit,sakit perut,perut pon bengkak. bahaya kan ? benda-benda kecil macam ni kita selalu tak pandang, termasuklah saya, pernah jugak lepas makan je, bukak tali pinggang, kononnya kenyang sangat, kononnya nak bagi senang bernafas. yang engkau pergi makan tak ingat dunia tu kenapa?nasib baik usus tak berpintal. kahkah
fink betul femfuan ini. tu belt tuu, jangan bukak-bukak. baru leh sekat makanan kau. hihi
5.Jangan Mandi----->Ni aku selalu buat!! jom tengok kenapa jangan mandi selepas makan. Rupanya, mandi selepas makan menyebabkan aliran darah pada tangan, kaki dan badan bertambah! Makanya, jumlah darah di sekitar perut berkurangan, seterusnya melemah sistem penghadaman kita!kena elakkan ye amalan mandi selepas makan. jom kita mandi sebelum makan. patutlah orang cakap jangan mandi lepas makan , nanti perut boleh buncit. fakta dari sudut sains dah dapat :)
6.Jangan Berjalan-Jalan----->Pernah dengar ni:- ''After a meal walk a hundred steps and you will live till 99''. Sebenarnya fakta ni tak betul.Dari apa yang saya baca, berjalan menyebabkan sistem penghadaman tak dapat menyerap makanan yang kita makan. Solusinya, duduk je lah diam-diam tak payah nak berjalan sangat lah kan! tapi kalau kadang-kadang tu boleh laaa, contohnya masa tengah shoping. gilaa kau nak duduk diam dalam shoping mall selepas makan. mana boleh! haruslah nak jalan jugak. miahaha
7.Jangan Terus Tidur-----> Nanti makanan yang dah selamat kita makan tak boleh dihadamkan dengan sempurna. Belum siap proses kau dah tidur apehal. Nanti boleh dapat gastric dan jangkitan pada usus.Tapi aku selalu je buat benda ni. wakaka yelahhh lepas makan je, mesti ngantuk. betol tak? sila bersetuju. lalu apa lagi, konon niat di hati nak baring-baring je, at last zzzzzz sampai dua jam! sungguh tak senonoh punya manusia. Lepas ni tolonglah berubah. ni semua demi kesihatan kita jugak :)
Tu diaaa lengkap dah 7 Perkara Jangan Dibuat Selepas Makan. aku jumpa artikel ini dekat FB. tetiba terasa nak kongsi dekat sini. Tapi ai tak copy paste okeyyy. artikel tersebut dalam bahasa Inggeris, kiteww tukar jadi bahasa ibunda supaya senang nak menghurai dan menasihatkan awak semua. cuba kalau tetap buat dalam Englishh, terus OhhhMyEnglishhh!!hambek kaw! saya pilih entry ini untuk dikongsi*macam banyak sangat je pilihan, padahal satu ni je pon* sebab perkara ni sangat menarik dan dekat di hati dan memang ada dalam rutin kita semua. Oleh ituuu,*ayat karangan sangattttt* lepas ni ayuhlah kita menukarkan rutin harian ke arah yang lebih sihat! yeeaayyy! :D Oh yee,saya harap entry ini dapat membantu, takpon menambah pengetahuan pembaca saya.*kaw ingat kaw novelis kerrr?*okeyyy bai. assalamualaikum, thanks for reading.
we spent our time eating at pizza hut but no one of us order the food named pizza :p


No comments:
Post a Comment