Saturday, August 3, 2013

throwback Romadhon :)

Assalamualaikum Haaaa Romadhon dulu dengan sekarang ada beza ke?

Romadhon Masa Kecik
Ingat lagi, first time belajar puasa masa umurku enam tahun. Budak tadika uolls. Masa ni still menetap kat Nogori Sombilan. Ibu lah yang ajar puasa-puasa ni haaa. Ingat lagi, Bangun sahur, makan sambil tutup mata sebab mengantuk punya pasal, lepas tu ayah ajar niat puasa. Ingat lagi, Ayah yang ajar niat-niat ni. Ayah sebut sepatah-sepatah, aku ikot sepatah-sepatah Hahah. First day puasa, rasanya bertahan sampai tengahari sajo. Ingat lagiii, tu semua pasal tangan ni gatal bukak peti ais lalu ternampaklah air sirap sejuk dalam jag. Air sirap je ponnnn tu pon boleh terliuq tah hape-hape. Sekarang ni nampak air sirap buat tak pandang je. Ingat lagi, lepas dah nampak air tuuu, aku pon mengendeng kat ibu cakap nak minom, dan ibu pon bagi. Gila taknak bagi? Kang kiteww pengsan baru tawu. Hahah Lalu tamatlah puasa pertamakuuuu. Bahagiaaaaa. tuih

Tu zaman very the hingusan. Bila dah sekolah rendah, dah pindah johor lain pulak halnya. Ingat lagi, masa ni lah aku belajar pergi surau. Wakaka orang pergi surau untuk solat Terawih, aku dan rakan-rakan pon sebok nak pergi jugakkkk..Pergi surau kemain awal lagi sampai ada kawan yang solat maghrib kat surau tuu. Kalau dekat surau, orang tua solat kat dalam, budak-budak port dia kat beranda. Siap karpet sejadah bagai. Tu yang seronok beramai-ramai mengimarahkan surau di bulan Romadhon. Tapi berjemaah masa solat Isyak sajo. Tu pon kalau sabor nak tunggu tok imam baca ayat-ayat panjang kan. Hihi. Datang nakal nye tuuu, lepas azan je terus we olls start solat Isyak sendiri. Kemainnnn. Lepastuuu terus berterawih sendiri kadang-kadang buat lapan rakaat, kadang-kadang buat enam rakaat. BOLEH?SUKAHATI JEEEE.. paling syokk untuk dikenang, bila dah siap solat berimamkan diri sendiri, start pulak main batu seremban dengan diorang Ahahah biseng tak hengat sampai kena marah dengan pakcik-pakcik kat dalam tuuuu. Sungguh lah nakal sangat masa tuuu :p

Rindu nak main batu seremban. Budak sekarang ni tahu ke uncang segi tiga berisi kacang hijau ni ape? 

And, bila Ramadhon, mesti berkait dengan bunga api mercun bagai. Cakap pasal bunga api, mesti aku teringat kisah ni. Alkisah nya, satu malam ni entah kenapa budak surau ni tak ke surau. Family lain semua berterawih. Adek aku taktawu lah dia main kat mana kan. Yang ada kat rumah cuma aku dan kakak. Idea bermain bunga api pon timbul. Ingat lagi tak bunga api kat bawah ni:-

Bunga Api merah-putih paling murah banyak asap Hahah
sebatang seposen je rasanya :)

Disebabkan banyak asap, kitorang pon create lah cara main yang lain siket dari biasa. Kalau cara biasa kau bakor je bahagian warna merah tu kat api, pastu menyalalah dia, pastu kau pon pusing-pusing kan bunga api tu dengan muka excited sampai lah habis sambil hidu asap. Boring sangat. Makanya, kitorang tukar, patah-patahkan bahagian merah tu into smaller size, then bakar lepastu baling. Haaa macam ni baru seronok boleh menguji tahap keberanian, antara berani ke tak sebab benda tu dah pendek, risiko tangan kita nak terkena api masa nak bakar tu tinggi. Hihi Lagi best sebab sometimes, bila dah baling, bunga api tu akan terbang. Waaa Tapi kalau salah baling tu dah kes lain. Dan ni lah yang terjadik. Pernah satu kali kitorang terbaling bunga api tu dekat motor jiran kami. Dah agak something bad gonna happen sebab kemain lama bunga api tu terbakar atas seat motor Cik Omar. Takut k masa tu terus lari masuk rumah. Tak lama tuu nampak cik Omar pergi kat motor dia, rupanya seat motor dia berlubang. So sorry pakcikkk ==,

Romadhon Masa dah Remaja *giteww*
Remaja means dah sekolah menengah. Masa ni lah mula ikot ibu pergi surau(yang sama) untuk solat terawih secara serious(cehhh) sebab dah tawu dosa pahala. Hahah Kawan-kawan sepermain batu seremban pon dah banyak pindah. Tapi takdelah rajin sangat pon terawih masa ni. And the life goes on sampailah habis Form Five. Masuk tahun seterusnya iaitu tahun lepas, aku dah mula sambung belajar kat Cyberjaya dah mula berpuasa sebagai perantau. Sobs. Ingat lagi, first day puasa tanpa family, sangat sadis. Hahah ada housemate je, dan first day puasa jatuh on weekend. Dah pukul lima setengah petang baru intai kat dapur apa bahan yang ada untuk dimasak. Luckily we are allowed to cook. Ayam ada, bawang takde, telur takde cili takde semua takde. Hahaha nasib kicap adooo. Berangan nak masak ayam kicap padahal bawang pon takde nak menumis bagai. Pedulikan semua kekurangan tuuu, masak jugak ayam-kicap-takde-bahan makan dengan nasik putih. Alhamdulillah, hidup jugak sampai sekarang :)

bila dah lengkap bahan, nasi ayam pon we olls masak k :D

nasik lemak sebagai penutup bulan romadhon tahun lepas. 
Housemates aku semua terbaikkkk. Rindu >,<

Romadhon tahun lepas feel nak balik raya sangat lah membuak-buak beli tiket balik JB for two kemain awal. Sampai rumah malam raya tahu? Feeling perantau sangat Hahah

Romadhon tahun ini *2013*
Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati bulan barokah ni dan paling penting tahun ni sebulan weh puasa denga family di JB. hihi Alhamdulillah habis sudah foundation selama setahun so cuti sementara nak ke degree program ni, dapatlah manfaatkan masa dengan perkara berfaedah yang sebelum ni susah aku nak sempurnakan. Yelahhh dah lama taw tak free masa bulan puasa. Bila Allah kasi peluang ni, kalau tak manfaatkan rugi sangat taknak lah menyesal nanti. Hmmm makin dekat nak raya ni, mengundang sebak pula. Sobs. Tahun lepas balik raya berdua  Salah naik train sama-sama, bukak puasa hari terakhir pon macam tu jugak. Hahah Tipu tipu tipu kalau hati ni langsung tak terasa(izinkan daku melayan perasaan jap). Tahun ni dah tak sama. Oke takpe, ni semua kehidupan and life must go on. Semoga berbahagia di hari raya Heheh. Sebak jugak sebab komfem akan merindui Ramodhon. Sahur, bukak puasa, teraweh sama-sama dengan ibu ayah. Ohh yeaa, dari first time belajar puasa, ayah tak pernah lupa nak ingatkan untuk niat. Hari-hari ok bezanya sekarang dah pandai niat sendiri Hiks. Hopefully diberi kesempatan untuk kita semua merasai Ramadhon tahun seterusnya.
Aminnnn :))


Okeyyy habis jugak entry throwback ni dalam masa beberapa jam. Kenangan kan, bukan untuk dilupakan, tapi untuk dikenang. So, Thanks for viewing. Bye nak tidur esok masih sahur InsyaAllah.