Saturday, March 31, 2012

hati

assalamualaikum awak . ye , awak . awak yang tengah baca post saya nihh .


kali ni nak bahasakan diri sebagai saya , dan awak untuk yang membaca boleh kan? kalau tak boleh , kena jugak bolehkan oke :) macam pelik , saya pon kekok jugak ni hehe, tapi nak jugak bersaya berawak ! saya nak cerita ni pasal hati saya, ye hati kurniaanNya yang sangat subjektif .




Few days ago, hati saya sangat tak tenteram . ye sampai stress dibuatnya .sebenarnya rasa ketidaktenteraman ni dah lama ada since awal tahun lagi . mesti awak nak tahu kan kenapa saya tak tenteram ? bukan saya sorang je rasa macam ni , tapi saya pasti kawan-kawan sebaya saya pon sama jugak . ni semua pasal UPU lah ! hehe *cehh macam berat sangat je masalahnya budak ni kan . saya penat taw fikir nak pilih course apa untuk sambung belajar ni , bukan setakat course , tapi which univercity pon sama . yelahhh masa tu result spm pon belum ketahuan lagi tapi dah kena isi borang , dah tu budak-budak kat fb asyik lah cakap pasal hal ni mana tak stress . however, saya amek keputusan untuk tunggu dulu sampai result saya keluar . baru lah jelas siket nak selesaikan segala kecelaruan di minda , barulah sedar diri kos mana yang layak untuk saya >,<




alhamdulillah, result saya selamat dikeluarkan *macamlah result tu ibarat baby yang baru dilahirkan setelah dikendong selama 9 bulan oleh ibunya, muehehhe. alhamdulillah, result saya dapat memudahkan sesi mengisi borang UPU tuhh . tapi . engatkan lepas dapat result , lapanglah siket hati ni, rupa-rupanya makin stress dibuatnya . makin susah nak buat pilihan . mana nak pikir dapat ke tidak kos yang saya idamkan tu, lagi nak pikir pasal peluang kerjaya lepas ni . benda ni bukan main-main , ni semua melibatkan masa depan yang saya langsung tak dapat teka . so , kenalah pikir betul-betul sampai memeningkan kepala . hari demi hari tarikh tutup nak isi borang tu makin dekat . ibu ayah dah berbunyik suruh isi cepat-cepat . heyyy depa tak tahu anak ketiga depa ni nak isi pasal maklumat peribadi kat borang UPU tu pon dah berdebar-debar , apatah lagi bahagian nak pilih-pilih kos tu . haihhh ni lah kelemahan saya , awak ! saya takut tak bertempat . hehehh . yang saya dapat buat , isi borang tu berkali-kali tapi bila sampai kat part nak memilih 8 pilihan tu, saya stop! kesian , LOSER ME !!





Akhirnya , saya tunggu along saya balik rumah dulu . saya nak dengar pendapat and bebelan dia . yelah orang dah ada pengalaman , dah berjaya pulak tu . hmm bukan sebelum ni dia tak pernah bagi panduan ke apa, rajin je dia call , texting dengan saya pasal ni semua . tapi, saya kan manja *ewww* so saya nak jugak suruh dia tengok apa yang saya isi . ohhh manja ke gedik saya nie ? hahaha . impian termakbul jugak bila penyudahnya dia yang penuhkan 8 pilihan tu ikut turutan . dengan saya sekali lah duduk sebelah kan . yeayyy !! rasa beban kat bahu ni jatuh serta merta . hmmm nasib baik ada along yang rajin melayan saya yang gelabah ni , awak ! lepas ni dah tak payah nak fikir pasal hal yang satu ni masa nak makan , nak tidur , tengah shower, tengah lipat baju tengah apa-apa pon! settle satu masalah , alhamdulillah :) boleh dikatakan 90% saya pilih program asasi di UIAM . saya tak pasti sama ada saya layak atau tak . tapi saya nak sangat belajar dekat sana , saya nak mulakan hidup baru , berubah ke arah yang lebih baik . tapi kalau tak dapat buat asasi ,  saya akan ke matriks . tak kesah lah, orang kata , kalaw nak berubah tu , dekat mana-mana pon boleh , yang penting nawaitu kita , kan ?






Sekarang ni saya cuma berdoa je banyak-banyak untuk diri saya and kawan-kawan tersayang agar dikurniakan masa depan yang cerah . humm memang manusia ni sangat lemah kan ? semua perlukan pertolongan dari DIA . macam saya lah , kalau dulu dok mintak keputusan SPM yang cemerlang , sekarang ni mintak ditempatkan dekat universiti terbaik, nanti dah dapat , doa lagi mintak dipermudahkan kehidupan baru hmmm malu pulak asyik meminta-minta. Tapi Allah tu maha pemurah , maha penyayang . DIA lagi suka kita meminta-minta daripada tak minta langsung ! saya bersyukur sangat , dengan apa yang ada ni, saya harap awak pon sama jugak and dapat yang lebih baik daripada saya . Awak nak tahu tak ? hati saya sekarang ni dok resah gelisah semacam . bukan pasal UPU lagi dah , tapi pasal hubungan sesama manusia . hmm susah nak descibre into word,wak . hati manusia ni tak boleh diteka apa yang tersirat . saya asyik fikirkan hal ni dua tiga hari ni , dulu pernah jugak hal ni menghantui otak , tapi hilang sekejap, baru-baru ni sebok pulak muncul balik !




hmmm tapi saya nak share dengan awak . kalau hati tak tenang , dekatkan diri dengan DIA . tapi kenalah berterusan , jangan bila ada masalah baru nak dekat , sombong namanya tuu . bukan setakat solat 5 waktu , tapi kenalah buat amalan sampingan kalau nak extra hasil . contohnya baca Quran . and yang terbaru saya amalkan baca Al-Mathurat lepas Zuhur and Asar . saya sedar , saya kena berubah untuk jaminan kehidupan kat 'sana' nanti. mula-mula memang susah nak buat , tapi tak salah kalau paksa diri untuk buat jugak ! lama-lama akan jadik kebiasaan , macam saya yang dah biasa online berjam-jam sehari , takkan baca mathurat setakat 20 minit tak boleh ? so unfair ! so, saya harap awak doakan saya istiqamah dalam hidup, oke .. orang sekarang dok berebut-rebut kejar cinta dunia yang tak kekal , cinta yang abadi tu pandang sebelah mata je, padahal cinta yang disanjung sangat tuu , tak indah mana pon*saya dah rasa , heww loser me, again !* tetap buat kita pening kepala memikirkannya . Saya perasan , ramai kawan-kawan saya sekarang rajin post hadis-hadis Nabi , terjemahan-ayat Quran dekat fb . thanks to you guys sebab dah bagi makanan rohani kat saya yang sangat perlukan itu semua :)





sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik , orang dah tunjuk arah, kita bukan buta nak terus berjalan tanpa berhenti sekejap sampai kena hentam dengan lori ,tak sempat bertaubat . semoga hati saya dan hati awak akan tenang sentiasa dengan redaNya ^,^










*saya malu , saya bukan sesiapa nak cakap pasal hal agama , tapi tak salahkan kalau kita saling berkongsi dan beringat antara satu sama lain. saya pon macam awak , dalam usaha menjadi orang yang lebih baik di mata masyarakat dan jugak mata DIA . walau tak banyak perubahan , siket pon jadilah untuk tambah peluang kita merasa nikmat syurga :)


Tuesday, March 27, 2012

midnight -__-




sudah ada yang itu tapi masih sayang yang ini .
kebenda ? 
i dont understand babe -___-



















sahabat :)

Assalamualaikum .


Time aku update entry ini ialah jam 4 petang which is masa yang sedap nyeeee kalau tidur petang . hahaha sebab tu on this lappy biar bijik mata nie segar tak nampak katil  ^,^


Hmm dah seminggu result SPM keluar . and aku tak de perasaan nak cakap pasal keputusan ni semua . Tapi, alhamdulillah , my friends and I managed to get great result ! at least , ada lah sejarah yang terlakar oleh batch'94 yang degil nieee :) Apa yang penting bagi diri aku sendiri, dapat tengok ibu, ayah , cikgu-cikgu and others tersenyum gembira . Alhamdulillah, rezeki dari Allah .




And semalam aku pergi Tasek . disuruh pergi sebenarnya . So, dapat lah jumpa lagi sekali my classmates even just a few of us yang ada . we all sat together inside the bilik kaunseling with cikgu Hafsah , our kaunselor , and we talked about our future together . Happy rasanya bila aku dengar planning masing-masing . Hussein and Zahin nak jadi doctor , Wanie akauntan-to-be , Farzana gonna be a dentist, Amir nak masuk bidang seni bina , Haziq dengan Amira nak jadi cikgu , as for myself kalau ada rezeki nak jadi Pharmacist . Fatimah pon nak jadi doctor . heee seronoknya kalau ni semua jadi kenyataan . Hopefully rezeki masing-masing murah , aminnn :)




Then we all makan sama-sama kat kantin . best sangat ! makan sambil terus menerus berbual . aku rindu dekat moment macam nie . Sebenarnya kitorang memang selalu macam ni time sekolah, banyak buat activity sama-sama , berjemaah katanyaa . haha and bila semalam saat tu berulang lagi, aku appreciate sangat-sangat even just ada 6 orang . Banyak benda yang diceritakan, banyak perkara yang ditanyakan .almaklumlah , lama tak jumpakan, berbulan-bulan . Si Amir pon suka je guna peluang yang ada semalam cari pasal dengan aku . Aku pon lebih kurang jee . kitorang memang suka gaduh macam masa sekolah dulu . huiii rinduuuuu :(




kat bilik kaunseling ....




aku : amir, kau mintak kos apa ?
dia  : seni bina . arkitek-to-be niee*sambil buat muka poyo
aku : ohhh nanti boleh buatkan aku rumah !
dia  : boleh , nanti aku buat rumah kau senget-benget
aku : grrrrrr!!




***************************


kat kantin..

dia  : zati, kau na jadi pharmacist ke?
aku : a'ah okey tak? *zahin buat thumbs up , amir angguk-angguk
dia  : ohhh jual ubat laaa nanti . hahha
aku : tapi dengan kau , aku bagi ubat gila. 
dia  : aku nak viagra taw! *sambil buat muka kartun
aku : grrrrrr budussss . HAHA




Ahhhh rindu nak bergaduh dengan mamat niehh . memyakitkan hati jee  , lepas ni masing-masing dah ke tempat lain. kalau dapat sambung belajar kat tempat yang sama, alhamdulillah . Hussein ada suggest nak buat gathering before masing-masing berterabur, hopefully menjadi plan beliau . aminnnn .




Yang aku perasan, semua kawan-kawan aku, kalau dah pergi Tasek , memang liat nak balik . suka je lepak-lepak . termasuklah aku . hikhik . even dah takde kena mengena , tetap nak stay lama-lama . sayang sangat kat Tasek nieeeee. <3




gambar masa hari ambik result :)

suka taw lepk sampai petang kat Tasek :)


cikgu ali yang mesra selalu tak penat bagi penerangan :)


itu sahaja gambar terbaruu . nak tengok gambar yang semalam alaa yang aku kena suruh pergi sekolah tuuu kena cari dalam surat khabar Utusan . cehh promote tawww. hahaha . k lahhh . bai ('',)





p/s : si gemok kembali pulang :)

Friday, March 16, 2012

apa aku rasa? #5

Assalamualaikum .


hai lama tak tulis kat sini . ni semua sebab ibu jari aku yang kanan ni luka macam kena pisau . masa kejadian bila pon aku tak sedar, tengok-tengok je jari ni dah pedih semacam masa basuh tangan . haihh takde kena mengena pon ! bukannya aku taip pakai ibu jari . hihi 




baiklah, apa kabar semua? bajet macam ada orang baca je blog ni .haha . takpe takpe aku tengah boring memang cenggini . ibu, ayah dengan si adik bukan main lagi riuh kat depan tengok final Raja Lawak 6 . minat pulak aku rancangan tuh , nak tanya siket , lawak ke dherrr? biarlah kan , tahniah je lah kepada si pemenang . Encik Ayah bukan main sampai undi bagai . pemurah ayah aku tuu . Haaa banyak membebel sudah . 




Hari ni dah hari Jumaat , minggu depan hari dan waktu yang sama, aku dah dapat tahu result SPM aku ghuper apa. haha 21 haribulan ni pukul 10 pagi insyaAllah segala penantian akan berakhir . phuhhhh cakap macam tak nervous langsung pulak . siapa je yang tak nervous ? aku pon termasuk dalam golongan yang nervous tapi masih dalam keadaan terkawal . belum ada lagi mimpi result ke hape . haiyaak tengoklah nanti malam hari selasa aku mimpi ke tidak . Masa UPSR dulu, aku mimpi aku dapat 4A1B. memula cam tak percaya kan, tapi sebenarnya betul okey mimpi tuhh  . kalau diingatkan , memang aku meratap masa dapat result tuhh selama beberapa hari . ye ahhh ni salah satu keburukan kalau kita selalu berada di atas, bila jatuh secara tiba-tiba , hamek kawww! Tu pon, aku umur 12 tahun  iman tak kuat lagi . haha Alhamdulillah , walaupun tak dapat 5A macam yang diidamkan, still boleh sambung belajar kat Tasek yang disayangi . awwww rindu Tasek! Masa PMR pon, aku mimpi malam sebelum pergi ambik result tuh . Sekali lagi mimpi tu jadi kenyataan, Alhamdulillah..




Tapi, result yang lepas dah takde gunanya lagi . Result SPM yang lagi 4 HARISAHAJALAGI akan jadi penentu masa depan aku . Aku sendiri masih kabur and tertanya-tanya macam mana lah keadaan aku nanti . Kalau keputusan tu seperti yang aku harapkan , mesti aku akan gembira banget , tapi kalau sebaliknya, reda jelah , nak buat macam mana . what you give is what you get back . Sekarang ni tiap-tiap malam sebelum tidur aku dok memikir pasal result . Makin aku pikir setiap subject , makin aku rasa tak yakin. Astaghfirullah, syaitooooonn sungguh konghajak ! Takpelahh aku serahkan semuanya dekat Yang Maha Berkuasa . Takdenya aku nak meratap kalau aku tak dapat Straight A's nanti . Aku dah lapanbelastahun dah, so i've to behave like one lah . Iman pon Alhamdulillah dah bertambah so aku harap,everything akan terkawal . Dah banyak ujian cabaran masalah aku lalui dengan tenang tanpa air mata takkan untuk kali ni aku tak boleh kan ?Aku harap aku dan kawan-kawan akan dapat result terbaik dan menggembirakan ibu ayah cikgu-cikgu semua . Aminnn :) Cukuplah aku dapat tengok semua orang happy dengan result nanti . its good enough . 




Nak cakap pasal UPU pulak . Sampai sekarang aku belum isi yang LapanPilihanProgramandUniversiti tuh . aku sangat tak yakin sebenarnya . Aku just dah godeh segala laman web KPM tuh and another website yang berkaitan dengan Universiti dan Course yang aku minat lepas tuh aku tulis kat kertas lepas tuh aku letak kat sebelah komp ni . Kenapa ek aku lebih tertarik kat Medic Field yang kena belajar all the science subjects especially Bio and Chemist . Padahal aku lebih teror cececehh takdelah teror sangat tapi aku lagi rajin and cepat buat Maths? ni mesti sebab dari dulu aku dah niat nak jadi Pharmacist lepas tu terus usha-usha medic field yang lain langsung tak pandang Maths yang ku sanjung tinggi masa sekolah dulu . Lagipon si Along dengan Akak dah dalam bidang kira mengira ni. So sebagai adik yang sedang merancang masa depan, aku rasa bertanggungjawab meluaskan karier ahli keluarga . ahahaha cakap besar tau kau ni izzati . Dah lah , senang-senang tunggu je lah result tu keluar baru decide nak amik bidang apa  -____-






Tak sabar sangat nak pergi sekolah Rabu ni bukan sebab tak sabar naw nak tengok result tapi tak sabar nak jumpa all the classmates . Mesti sume dah besar kan ? macam aku . ngehhehe . Kay la ehhh aku dah takde pape nak tulis lagi . Ni pon tengah chat dengan kakak pharmacist cantik pasal scholarship . hewhewww rindu pulak nak tengok muka kak Diba . awww gedik taw . k bai, assalamualaikum . :)



Saturday, March 10, 2012

i know im lateeee

Assalamualaikum :)




woohhh kena taip ini entry laju - laju sebab i know im lateeee . 
i know im lateee wishing my special one's birthday . ehehehe
ehhh special one tu bukan pakwa kita tapi, teacher kitaa.
teacher Eliyana yang omey tuuu :)


Dear teacher Eli ,
first of all I wanna hug and kiss you muahh muahhh
soryy for this late birthday wishes .
i know im lateee because actually im so confused when is your birthday . ampun dong !
anywayyy,
allow me to speak in Malay please English teacher ? I dah lama tak buat essay in BI so my grammar gonna be tunggang langgang . heheh



Happy belated 26th Birthday ! best nya 26years old already married !
Semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dunia akhirat .
Semoga bahagia dengan yang tersayang ! tak sabar nak dapat baby teacherrr . hihi 
Thanks for being a wonderful teacher ! may Allah bless you .
Harap sangat dapat jumpa teacher lagi . InsyaAllah soon .
Ohh teacher im so jealous sebab ada orang lain rapat dengan teacher!sebab teacher sangat baik and friendly.
Yeahhh kena kongsi teacher dengan mereka juga . its okeyyy .
till here je lahh , again sorry i know im lateeee .
:))

Friday, March 2, 2012

MARCH :- bulan tiga dah ?

Assalamualaikum semuaaa :)


Heyy dah bulan tiga dah ? errr ni yang buat aku seram sejuk ni tambah-tambah lagi JB ni sekarang musim hujan. adoi laaa bulan tiga means bulan yang akan membongkar keputusan SPM aku ! yeee bukan aku sorang je, tapi semua calon SPM yang ambik peksa tahun lepas. okeyy so, tak payah aaa nak gabra tak tentu hala . lambat lagi apa yang orang semua kata 22 Mac tuu . Banyak lagi masa untuk aku bertenang , tidur lena-lena tapi takleh makan kenyang-kenyang . Hmm actually aku tengah dalam misi 'Mengekalkan Berat Badan' nih. HAHAHA*gelakkan diri sendiri . dah nak habis cuti baru nak adakan misi . Cehhh tapi still ada masa okeyy supaya kelihatan maintain seperti dulu sebab aku BUKAN GEMOK pon macam yang 'orang' tu selalu bising , rabun letteeww kan ? :p




Sekarang aku makan nasi sehari sekali sahaja . walaupon Ibu selalu suruh makan nasi dua kali ke hape, aku tetap makan sekali . haaa bagus tak bagus izzati ni ? phewww puji diri sendiri ? sungguh tak malu -_____-
Yee boleh dikatakan aku ni istiqamah tahu ? hihi harap-harap berat tak naik melebihi 55kilo. huwaaa tu pon aku rasa cam berat gilaa ! tapi buat masa ni memang tak pernah melebihi angka ituuu, mendekati tu ada laa tapi tak berapa nak dekat kot ? hahaha . kalau nak control supaya tak melebihi 50kilo tu cam mustahil je . Nanti BMI aku jadi tak stabil . tak best aaa gituuu  tak fit katanyaa. hoho Lagipon aku ni agak tinggi so taknak aaa kurus sangat nanti senang-senang terbang ditiup angin *hiperbola sungguh*




Okeyy la tu sahaja nak cakap. takde yang menarik pon berlaku kat aku buat masa ni kalau ada pon biar aku dengan Allah je yang tahu , Alhamdulillah kadang-kadang dia bagi kita rasa sedih tuu tapi kita tak taw akan tiba rasa gembiraa yang amat sampai kembang kuncup hati ni haaa. tapi nak happy sangat pon tak digalakkan jugak kan . Ibu selalu cakap , jangan suka-suka sangat nanti bawak duka. Haaa aku selalu ingat perkara ni :)
Kesimpulannya tak perlulah berlebihan mempamerkan segala apa yang kita hadapi, bersederhana tu kan sunnah Nabi :)  Till here je lahh . bye assalamualaikum .



muka terbaru*macam ada je muka terlama?*
macam nak tampar muka sendiri sebab pipi terkeluar berlebihan dari tudung T____T
Tapi takpe kot HAHA 





p/s : alahai akak(bukan akak kandung)macam over sangat lah kak ? cool jek laaa macam kitaa . heww >,<