Friday, March 2, 2012

MARCH :- bulan tiga dah ?

Assalamualaikum semuaaa :)


Heyy dah bulan tiga dah ? errr ni yang buat aku seram sejuk ni tambah-tambah lagi JB ni sekarang musim hujan. adoi laaa bulan tiga means bulan yang akan membongkar keputusan SPM aku ! yeee bukan aku sorang je, tapi semua calon SPM yang ambik peksa tahun lepas. okeyy so, tak payah aaa nak gabra tak tentu hala . lambat lagi apa yang orang semua kata 22 Mac tuu . Banyak lagi masa untuk aku bertenang , tidur lena-lena tapi takleh makan kenyang-kenyang . Hmm actually aku tengah dalam misi 'Mengekalkan Berat Badan' nih. HAHAHA*gelakkan diri sendiri . dah nak habis cuti baru nak adakan misi . Cehhh tapi still ada masa okeyy supaya kelihatan maintain seperti dulu sebab aku BUKAN GEMOK pon macam yang 'orang' tu selalu bising , rabun letteeww kan ? :p




Sekarang aku makan nasi sehari sekali sahaja . walaupon Ibu selalu suruh makan nasi dua kali ke hape, aku tetap makan sekali . haaa bagus tak bagus izzati ni ? phewww puji diri sendiri ? sungguh tak malu -_____-
Yee boleh dikatakan aku ni istiqamah tahu ? hihi harap-harap berat tak naik melebihi 55kilo. huwaaa tu pon aku rasa cam berat gilaa ! tapi buat masa ni memang tak pernah melebihi angka ituuu, mendekati tu ada laa tapi tak berapa nak dekat kot ? hahaha . kalau nak control supaya tak melebihi 50kilo tu cam mustahil je . Nanti BMI aku jadi tak stabil . tak best aaa gituuu  tak fit katanyaa. hoho Lagipon aku ni agak tinggi so taknak aaa kurus sangat nanti senang-senang terbang ditiup angin *hiperbola sungguh*




Okeyy la tu sahaja nak cakap. takde yang menarik pon berlaku kat aku buat masa ni kalau ada pon biar aku dengan Allah je yang tahu , Alhamdulillah kadang-kadang dia bagi kita rasa sedih tuu tapi kita tak taw akan tiba rasa gembiraa yang amat sampai kembang kuncup hati ni haaa. tapi nak happy sangat pon tak digalakkan jugak kan . Ibu selalu cakap , jangan suka-suka sangat nanti bawak duka. Haaa aku selalu ingat perkara ni :)
Kesimpulannya tak perlulah berlebihan mempamerkan segala apa yang kita hadapi, bersederhana tu kan sunnah Nabi :)  Till here je lahh . bye assalamualaikum .



muka terbaru*macam ada je muka terlama?*
macam nak tampar muka sendiri sebab pipi terkeluar berlebihan dari tudung T____T
Tapi takpe kot HAHA 





p/s : alahai akak(bukan akak kandung)macam over sangat lah kak ? cool jek laaa macam kitaa . heww >,<
       


No comments:

Post a Comment