Wednesday, December 29, 2010

Dearest December ('',)

Assalamualaikum and hi everyone :)


        Alhamdulillah di saat-saat akhir cuti sekolah ni  Allah masih bukak kan pintu hati aku untuk menyiapkan homework :) *Yek eleh minah ni itu pon nak kecoh ke? maybe ada yang akan cakap macam tu tapi bagi aku that was the biggest rahmat from Him and I really appreciate it ! Dan seboleh boleh nya aku cuba untuk siapkan homework Addmath yang baru aku sedar wujud kelmarin . WTH? haha teruk kan?  Tapi at least aku sedar and dah separuh jugak aku buat Hauyeah ! :D Ehh dah dah banyak pulak bersuka ria kan aku ni? So this entry maybe will be the last entry for this year.What?Apesal,tak percaya?Betul,aku tak tipu sebab 2010 akan meninggalkan kita semua beberapa hari lagi.Mungkin jugak ni entry ter-shahdu aku. Am I gonna be cry during posting this entry? Oke we'll know it after I'm finish writing,Haha tiba tiba taip entry cakap campur-campur Ekcely,saje ja,nak test aku punya English Language still oke atau tidak Almaklumlah sekolah dah nak mula tiga empat hari lagi. :) Haa lagi satu ni mungkin entry terpanjang , ehh bukan semua entry aku panjang berjela ke?Hmm i think so, but who cares right?


          First of all,aku tak tahu lah perasaan apa yang mengiringi aku ke tahun 2011 nanti . Nanti?? nanti tu tak lama pon lagi Izzati oi . Oke fine perlu ke rasa gembira? Entahlah mungkin jawapannya YE. tapi dalam pada berkata ye tu ada jugak perasaan sedih nak tinggalkan tahun 2010 yang amat bermakna ni.Hmm semua tahun pun sangat bermakna bagi aku and hampir setiap tahun perasaan yang sama menghantui aku.Tapi bak kata orang kita kena bersedia menempuh segala perkara baru yang tak terduga dek akal fikiran.And Im sure that I will really miss this year very much, sebab ape? Sebab tahun ni banyak perkara best yang terjadi dalam hidup aku,yang tak terjadi dalam tahun tahun lain tapi aku harap sangat terjadi lagi pada masa yang akan datang *yang best je oke,yang tak best takpayah lah :p  So lets check it out apa yang best best sepanjang tahun ni, kira macam flash back la kan Hehe :p




           Dimulakan dengan sekolah dulu lah ye,almaklumlah aku kan still SCHOOL STUDENT yang bijak pandai cerdik cantik manis HAHA*gelak besar sebab tu semua auta :) So tahun ni sangat bersyukur aku ditemukan dengan kekasih hati  deskmate yang sangat best Hauyeah! Siapakah yang beruntung kena puji dengan aku ni?Dan si dia ialah ....  AIDA IZZATI a.k.a. Mekda Hai mekda!semoga mekda baca entry ini thehehe :) Bestt whoo duduk sebelah dia hari hari Yela sape tak suka dapat duduk dengan orang yang sekepala dengan kita kan?Lagi lagi aku ni , gonjeng je lebih tapi bukan aaa dengan semua orang just dengan sape sape yang dah lama kenal aku lah kan kalau yang tak kenal sangat tuh aku ni malu malu miaww miaww je Hoho.Tapi aku rasa kitorang ni boleh kamcing sebab nama pon nak sama kadang-kadang cikgu pon keliru nak panggil apa . Selalu cikgu panggil dia Izzati tapi tu nama panggilan aku so aku buat bodoh jela,dah cikgu panggil dia kan buat apa nak menyibuk nyibuk . and si aida lagi lah tak hirau sebab dia dok engat cikgu panggil aku, lepastu cikgu pon tercengang cengang mesti cikgu pikir 'budak Izzati ni pekak ke apa,aku panggil tak dengar',kan cikgu kan? Haha Kesian cikgu , soryyy aa cikgu sapa suruh keliru :p Dengan aida aku hepyy sepanjang masa . Pegi mana-mana mesti ada dia kalau takde memang lah orang tanya Cehh poyo je bunyi Haha Pendek kata,dia peneman setia kalau tak dengan dia,dengan makcik sorang lagi tu .Siapakah? nanti kejap lagi aku gebang k? Haa lagi satu sejak duduk dengan aida,aku dah terikut ikut perangai dia yang suka nyanyi tu . Kalau dulu boleh la cakap aku ni buta rabun music tapi sejak dah berdua dengan dia,aku pun dah reti nyanyi bila ada kelapangan So,Tenkiuu Aida , hehe tahun depan kita duduk sama sama lagi eh? :)


tadaaa!here we are! tengok tuu atas meja siap ada love yang sama,Hehe <3
rinduu seyhh tengok environment kelas aku ni :)


             Oke,selain aida ada lagi sorang yang jadi peneman aku ke mana-mana atau nak senang kitorang bertiga ni dah macam kembar atau lagi tepat diorang lah yang aku panggil Kembar Sama Nama.So yang sorang lagi ni is PUTERI SHAHIRAH a.k.a. Put Bila dengan put je hati rasa bahagia jiwa rasa gembira Haha.Kalau tak aida,put lah yang sudi dengar semua problem(s) aku selama ni kalau aku 'emergency' pon dia yang selalu setia ada dengan aku Hehe :) Haa lagi satu kalau aku tengah touching manja-manja dengan aida,dekat put lah aku menyempit * pssst ini rahsia tau! Aku suka kacau put pasal anything especially 'that' thing , tapi lepas tu siap lah badan aku kena cucuk dengan dia so what, put?am i care?Haha padahal suara aku lah yang terpekik manja nyaring kat situ jugak :) Hmm tahun depan kita dah tak boleh bersuka ria macam ni taw put,kita kena struggle nak SPM . haih sibuk la kau SPM suka ganggu kebahagiaan kitorang :p Tapi tahun depan kita tetap akan OPEN TABLE dengan mekda sekali oke ? <3 

Haa ini lah kami :)
engat lagi tak kitorang lah mangsa si banjingan tu?

         So,conclusionnya aku bersyukur dipertemukan dengan mereka ini and ramai lagi mereka yang lain tapi mereka yang inilah menjadikan hidup aku lebih dihargai and bermakna . They rawk my life,babe! :) Aku harap tahun 2011 nanti frenship kami akan berkekalan tanpa sebarang permusuhan . Setakat gaduh gaduh manja tu biasa lah kan , nanti kita main pujuk pujuk pulak ok Haha :p Tahun ni jugak lah yang jadikan aku lebih gagah kuat berbanding dulu . Cehh cakap macam bagus kan ? who cares? Bagi aku 2010 ni tahun paling busy kat sekolah . Aku rasa macam banyak sangat benda aku buat kat sekolah tuu Almaklumlah kata dah Form Four kan?Adat lah tu buat itu buat ini daripada awal tahun sampai tengah tahun aku selalu je stay kat sekolah sampai petang lepastu after puasa sambung balik busy aku tu . Ni bukan mengeluh ke menyesal ke apa tapi lebih kepada mengenang ke-busyy-an Hehe :) I hope 2011 ni tak kan jadi se-busy 2010 . sebab aku nak SPM kan? mesti lah nak lebih focus and struggle bagai nak gilaa So adik adik junior tolong lah ye bagi kerjasama kat aktiviti yang ada,jangan buat donno je.Akak-akak senior ni bukan gila kuasa,tapi tak sampai hati tengok cikgu handle apa kejadah semua tu tanpa bantuan :) 


          And semua orang tahu tahun ni aku baru je kenal apa itu cinta Addmath,Biology,Chemistry,Physic . Haha terkenang masa awal awal tahun , ehh bukan awal tahun je but sampai sekarang aku senang nak touching dengan all these subjects.Naseb baik ada pendengar setia.Siapa rasa dia pernah mendengar keluh kesah aku pasal semua subjucts ni,TERIMA KASIH banyak banyak oke. ye,aku ni cengeng biasalah perempuan emo penuh emosi lah katakan. :p Tapi segala nasihat awak-awak tu akan aku ingat sampai bila-bila and aku sentiasa jadikan kekuatan untuk menghadapi subjects yang bertambah susah ni.I hope tahun 2011 akan jadi lebih mudah untuk aku.Exam tahun ni pon result macam malu-malu je je nak nampak kan belang Cehh Haha tunggu lah tahun depan Izzati akan bangkit . Aminnn :) psstt...Semoga pendengar setia tahun ni akan tetap setia sampai tahun depan :D


 tenkiu google seakan memahami hatiku :)


           Last sekali,tahun ni aku ada PAKGAD Hehe kenapa mesti cakap pasal pakgad?sebab pakgad ada dengan aku kat sekolah untuk 2010 sahaja.Dia dah tak sekolah next year so memang edisi terhad je ni.Hmm memang tak best lah takde pakgad kesian aku kena tinggal sorang sorang takde geng nama 'gad' lagi Haha :) Bersyukur sebab dapat kenal pakgad yang suka buat aku gelak sorang-sorang,dia kadang-kadang macam pakar motivasi aku,bila dia dah berhujah memang berasap lah kan malas aku nak betah kang makin berasap sampai terbakar pulak kang :) Tapi dia pun suka menyakat aku sampai rasa nak tumbuk dia,pernah jugaklah bergaduh berhari-hari atas sebab sebab yang tak munasabah , masing-masing nak tunjuk ego kan ambik kau! :) Dan aku berharap kami akan terus baik ,tak main cakar-cakar sampai bila-bila. Kalau lupa each other kitorang dah siapkan janji dah , so kena ikut rules lah kan. Sendiri mau ingat lah babe! thehehe TENKS FOR EVERYTHING oke pakgad! piece yawww..

sorry takde gambar bersama yaww!HAHA :p 


           Aku rasa tu je kut nak kenang,tahniah lah kepada mereka-mereka yang tersenarai di atas sebab anda sentiasa diingati sepanjang 2010 ni engat senang ke nak jadi tetamu hati aku? susah ye bukan senang,Haha :)Ohh siyes aku akan rindu 2010 tapi tak sabar nak 2011 sebab nak habis SPM hehe Hmm perkara wajib nak buat setiap hujung tahun is azam or wish list.So mari mari kita tengok apa azam aku untuk 2011 and harap sangat boleh tercapai Insyaallah :)
MY WISH LIST  :
  • Menyempurnakan lagi solat aku :)
  • Buang sikap malas dekat belakang rumah sekejap,supaya sentiasa RAJIN bila 2011
  • Masuk apa-apa acara masa HARI SUKAN nanti *tapi malu lah ada orang tengok,korang tutup mata ea? :p
  • Jadi PREFECT yang berkaliber,tak ponteng duty,Haha*cuba ikhlas kan diri untuk hal yang satu ni :)
  • Kurangkan online,lebihkan REVISION ! *boleh ke?ehh mesti boleh :)
  • Nak dapat A untuk markah Koko :D
  • And of course,Dapat 9A+ untuk SPM *chaiyok chaiyok ! :p

Dah tu sahaja wish list aku untuk 2011 tak boleh lebih lebih , biar siket asalkan tercapai kan kan?Okey lah penat dah aku menaip kat sini .Semoga harapan bukan sekadar impian . Kurangkan kontroversi Tingkatkan prestasi  :) 







p/s: Aku tak nangis pon oke tulis entry ni Haha syahdu tu adelaa..im not a feelingless 
      person :) 
      Saya akan rindu awak 2010 , awak jgn lupa saya taw ,thehehe :)
      Tak sabar nak sekolah, doakan aku tak 'tercari-cari' .. hmm..







Tuesday, December 28, 2010

Days with Them :)

Assalamualaikum n hi..


Apa khabar blog ku sayang?aww sayang gituuu Haha dasar gedik!Oke oke ni nak bagitaw aku and my beloved family baru je selamat sampai dari Europe Jumaat yang lalu.Alhamdulillah we have a very safe and great journey! :) Pheww gilaa cantik tempat tempat kat sana Hmm tapi Malaysia tetap di hatiku :) Ecehh belum apa apa lagi dah auta aku nih Hahaha Tak la,ekcely kitorang bukan nya pergi Europe tu pon,jejak kan kaki pon tak apetah lagi nak bersoping soping kat sana.Hmm belum ada rezeki lagi la nak pergi sejauh tuu tapi Europe is my dream vacation :) Nak jugak berusaha sampai ke sana one day nanti Insyaallah lagi seploh tahun sampai lah aku kalau tak dengan keluarga , mesti dengan suami sendiri Hahaha Ciss berangan je aku ni SPM pun tak lepas lagi,ni kalau ibu tawu anak dara cun gedik dia ni pikir macam orang dah nak kahwen mesti aku dapat jelingan maut dia free-free punya tak payah mintak . Owhh setakat jelingan manja ibu tu takpe lagi jangan dapat cubitan tebuan dia aku memang tak sanggup.Alahai ngeri pulak nak engat Haha :p 


Okeyy meh sini nak cerita pasal family holiday this December yang sangat bermakna*ayat dramatik up to you lah nak baca atau tak aku tulis ni pun untuk kenangan diri sendiri tapi kalau baca anda memang superbbb Haha tak abez abez ayat superbb tu kan Hmm dah lah sebelum aku merapu lagi better aku cepat cepat mengarang .. Dimulakan dengan bismillah..


AHAD 19/12/2010
Dengan langkah penuh yakin aku n family gerak ke Melaka , owkey ni bukan jalan kaki tapi naik kereta lah kan nak mam ke apa pergi Melaka jalan kaki Haha sampai sana pon dah petang dalam pukul 6 and keluarga aku pun memang nak pergi sana sebab nak melawat pakcik aku masuk ICU Hmm tapi aku tak ikut pon pergi hospital sebab takut lah kan tengok orang dalam tu , nak bau ubat ubat pon tekak ni dah loya semacam kang tak pasal pasal aku yang koma sapa nak jawab?Haa sapa nak tanggung kos rawatan budak gedik macam aku ni?:p


ISNIN 20/12/2010
Monday blues lah katakan,so gerak pon lambat lambat je nak teruskan journey Hehe dasar berat tulang.Hari ni kitorang plan nak ambush rumah abang aku kat Damansara konon konon nak spotcheck la rumah dia rupa apa kandang lembu ke reban ayam Huh jahat sungguh aku ni kan tapi tengah syok syok dok berhimpit dalam kereta tu boley pulak jam masa nak dekat dengan Seremban.Masing masing dah kepochy nak taw apa yang langgar apa Haha 


see how kepochy my family sister is?siap ambik gamba terbaik punyaaa
but ekcely lori kitar semula kott yang terbalik :)

Oke dah dah jum teruskan journey kita sampai kat Damansara pon dah petang and rasa cuak je sebab condo abangku dekat atas pokok.Eh tak tak dekat atas bukit.Dah lah atas bukit lepastu tingkat 16 Haih!Sabar je laa naseb baik ada lif kalau tak siape je kut yang jadi mangsa kena dukung aku naik tangga tuu Ye aa kena ada orang carry aku kalau taknak aku mam kat situu :p Wahh keadaan rumah macam ape ? macam rumah laa Haha engat abang aku tu slekeh ke? Yeah lepastu kitorang plan nak pergi i-city tapi tapi tapi hujan lah pulak T_T sayuu je tengok rintik-rintik hujan turun membasahi bumi drpd tingkat 16*ayat takley bla :p
Tapi*sekali lagi at last hujan berhenti jugakk and dengan excitednya bersiap lah ala kadar je sebab dah malam anddd here we go ! =,=

Ni masa mula mula sampai malu malu lagi,Hikhik
adek,kaki kau tak kepit ea?tak sopan la dik,try tengok akak2 ko ni haa :p

apakah??? Haha ni mesti dah ada niat nak jadi pemburu berjaya :)

Merak yang Angkuh*tiba-tiba :)
cantik kan?? :)

romantica de amor*caption d fb jugak! haha
cantik kan lampu lampu kat belakang tuh? 
awwsome!!

here's my family :)
kesian ibu kena pegang payung,Hehe

ini pula sibling aku :)
along aku yang sudah kerja, masyuukk!
kakak aku yang suka buat aku ketawa sampai semput lepastu terus tidur!
diri sendiri yang suka pukul orang lain bila geram HAHA :p
adik yang suka jerit jerit macam kena sampuk
oke,huru hara bukan? :)

Then after dah puas pusing pusing kat i-city kitorang pergi makan dekat dekat area situu Pheww dah tiga hari berturut-turut sehh makan lewat malam.Makin naik lemak lah lemak lemak kitorang ni haa tapi takpe kutt sebab bukan selalu Hehe Lepastu sampai condo along pukul satu lebih Haih serammm seyhh aku dah seram sejuk tapi buat muka kewl jea.Haha yelaa nanti kalau cakap takut kang datang benda yang tak diundang kang?sape nak jawab ? :p

SELASA 21/12/2010
Pagi pagi lagi dah bangun dengan penuh semangat especially ibu sebab kitorang plan nak ambush Sogo pulak Haha mahu shoping shoping sikett*sikit ke? :p Sampai sana dah nak dekat pukul sebelas.Jalan-pilih-beli-bayar-suka :) tu yang berlarutan yaww! Tapi ibu tak puas jugakk Haila haila takpe pergi pulak Jalan TAR  oh mak kau! berpinar mata aku tengok kain kayan warna warni Ceett naseb baik dapat beli,Haha :D Ok dah dah,sila balik *halau diri sendiri
Lepastu pergi rumah Pakteh kat Semenyih Kajang pulak,masa on the way along ku yang kaya ituuw belanja adek adek dia yang godik nih Prosperity McD yeaay!! :) *senyum sampai pipi makan dalam kereta naseb baik tak berkecah Ohh itu tandanya aku dah besar tak sememeh macam dulu Hee.Bila dah sampai rumah Pakteh terus buat macam rumah sendiri,masing-masing terbedor tidur kat sofa,Haha penat okeyh!Menapak kat Sogo and Jalan TAR dari pagi naseb baik berbaloi baloi. :)

Malam pulak pergi makan Whoaa sedapp gilaa nasi lemak yang aku makan tuu Hmm mana tak gemuk malam pon melantak nasi ber-lemak kan?*am i care :p Then kitorang(aku and cousins) pergi downtown dekat Cheras pon membeli belah jugak sampai pukul 1 pagi Hehe sangat tidak sihat kan?tapi takpe,setahun sekali *menyedapkan hati yang gundah :) Jum aa cuci mata tengok gambar gonjeng kitorang Haha 

yanie-yana-intan-ili-izzati
yanie and yana,cousin yang susah sangat nak jumpa,bila dah jumpa,haa ambik kau!

ehh air Miloo :)
ye,aku duta air milo among my frens , Haha
abang Milo pon aku ada oke :p

Haa ni semua yang pergi downtown tuu except si kecik Amri*kecik ke? haha

RABU 22/12/2010
Hmm ekcely we all semua plan nak pergi PD tapi tak jadi la pulak kan Sedih gilaa huh Tapi tukar plan pergi mandi mandi kat Desa Water Park,Yeaay! Exited macam budak tadika pulak kan naseb baik lah bila dah sampai sana tak panas terik,cuaca redup redup je Hehe tapi muka tetap hitam Haha! Sooryy dherr takde gambar pon masa kat sana syiook je berendam beramai-ramai.Mandi-mandi ni dah macam acara rasmi tahunan pulak dahh bila engat engat balik sebab last year kitorang pergi A Famosa Water Park,last two years pergi Sunway Lagoon! :) Yang best nye fobhia aku kat gelongsor tinggi tinggi tuu dah hilang dahh Yes! Dah lama tak try naik kan so masa kat A Famosa last years keberanian aku ada balik sejak tragedi*tragik la sangat! masa kecik kecik tuu Haha :) So,sekarang dah tak takut dahh :) Ombak dekat Desa ni pon best sangat tahu?Tapi tengah sedap sdap digulung,dipukul ombak hujan lah pulak Haih kacau je orang nak mandi.Then dah pukul empat lebih dah punn patut lah kitorang kena balik kan.Sampai rumah je terus makan macam dah kebulur setahun.Haha :D

KHAMIS 23/12/2010
Sebenarnya hari ni plan nak balik JB dah,dah sedih sedih dengan yanie malam tadi,Haha *dasar gedik! Tapi bila bangun je semangat berkobar kobar nak iron baju tiba tiba tak jadi balik pulak.Sebab???Sebab ibuku yang still ade fulus nak ambush Sogo lagi fer d second time! What the Fruit? :) oke,fine ikut je la kan kalau dok memerap pon boring jugakk.Shoping sampai petang,sampai ibu puas hati,sampai duit dia tinggal infiniti baru balik semula . Again,masing masing terbedor tidur TAPI aku tak ea..Sebab dah berhajat nak main bedmiton Haha buang tebiat apa? Suka hati laa boleh membakar lemak terkumpul kan? Owyeay! Whooaa tak sangka aku dah engat balik skill main badminton Haha sebab before ni aku pernah main macam haremm :) Lepas ni boleh berlagak main kat depan rumah sendiri Hehe =,=  

Malam tu pulak tidur lambat gilaa sebab main Saidina ramai-ramai :) Best gilaa mula-mula duit aku banyak je lama lama tinggal siket Dah laa malas nak main lagi tapi kena habiskan jugak.Mata dah ngantuk sangat sangat pon kena stay sampai habis . At last tak habis ponn sebab semua orang dah give up!Haha macam ape jea kan? 

JUMAAT 24/12/2010
Yeah,balik jugak JB akhirnya. Bye bye semua orang Semenyih,Bye bye Sogo*ibu cakap dalam hati :p
Bila lagi laa dapat jumpa cousins aku tu semua tahun depan lah kutt Aminnn :) On the way balik tu kitorang singgah lagi kat Hospital Melaka tengok pak cik aku yang still belum sedar. And dis time aku beranikan diri jugak masuk kat ICU tuu. Haih seram je tengok semua wayar berselirat kat badan pesakit tuu Bila tengok je pakcik aku,terus tekak rasa loya nak muntah. Haa dah sah kerjaya doktor takkan aku pilih. Soryy la Mr. Beh,penat penat sir ajar Biology tapi saya taknak jadi Doctor :) Hmm at last aku and beloved family selamat sampai JB lebih kurang pukul 6.30 petang tanpa sebarang masalah except hujan lebat yang menakutkan.Tapi takpe ayah aku kan super power boleh je dia drive elok elok , aku je takut lebih :)


okeyy lahh itu saje nak story seminggu lebih aku tinggalkan JB Rawkk City ni.Rindu kat awak lah JB . <3

ehh siapakah si cantik poyo ini?
Ceett penat aku pilih port taw nak posing,HAHA 
~thx fer reading my post !





Friday, December 17, 2010

wahhhh ! Superb !

Assalamualaikum and hi :)

Ambooooii tengok tu,tengok tuu.. bukan main lagi tajuk tak nak kalah,Haha. Ekcely nama je superb tapi ke-superb-an tu datangnya daripada masalah dalam diri aku,Haih! Hmm hari ni bila bangun tidur je ehh, bukan setakat hari ni tapi sejak beberapa hari kebelakangan ni*cakap macam KEL :) dalam otak aku asyik lah pikir pasal mende alah ni ish siutt je menggangu ketenteraman hidup aku. Dah lah aku ni baru je nak dapat kebahagiaan,Haha*TOINK! Nak taw tak ape masalah aku sekarang ni? Pehh tak sangka cuti sekolah kali ni aku jumpa satu penemuan taw Haha

Malas nak cerita panjang lebar Hmm Masalah aku ialah-susah nak tidur-INSOMNIA!!! betul seyhh aku tak tipu pon dalam hal-hal tidur ni Sedih lah jugak sebab tidur ni kan aktiviti masa lapang,Haha tapi tiba tiba je sekarang tak boleh tidur . Tapi bukanlah tak boleh tidur langsung , bukan lah mata ni cantik celik je 24 jam, cuma dah tak boleh beradu suka suka hati aku je macam dulu T_T waaa!lagi nak buat muka sedih poyo sungguh kau kan izzati?:p Setelah aku berfikir fikir mungkin ni lah balasan buat aku yang suka tidur Haha :)

Bukti?Bukti aku susah nak tidur macam biasa?Okeyh fine ! aku boleh bagi. Biar beta bercerita :) 

Selalunya bangun 6.30a.m. Ewahh ewahh sejuk mata mak mentua sendiri tengukk senyum lebar sampai ke telinga :) Haha Ehh tak tak,nehii nehii bangun pukul onam songah tu untuk solat subuh je lepas tu aku direct menuju kembali ke arah lubuk tersayang. Hah?lubuk?apa kejadah tuu?okey lubuk tu a.k.a. my katil. :p Rutin ni memang tak berubah even ada insomnia atau tak sebab wajib kan*prasan alim :p

Lepas tu janganlah tanya pukul berapa aku bangun balik Haha pasti membanggakan menjengkelkan :p Tapi tak lah lewat selewat lewatnya sampai matahari terpacak.Lebih kurang empatpuluhlima menet Amazing Race nak start aku bangun lah Haha Tak teruk oke,tak teruk kan? :) But sejak aku sahkan sendiri yang aku ada insomnia ni,makin awal pulak aku boleh bangun?WTH?lepas tu dah bangun langsung tak rasa ngantuk selalunya lepas aku bangun tu komfem aku dok tersadai kat sofa dulu barang lima ke sepuluh menet baru lah mandi ke hape ke kan?wahh!yang ni aku tak kesah lah kan coz its a positive effect for me.

Dah tuu sesi petang pulak. Sebelum insomnia,Izzati ni kalau tak tidur petang memang semua orang pelik lah kan,sibuk tanya kenapa tak tidur bagai konon konon aku ni tersangatlah kuat tidur tapi its really a fact,Haha Since dah ada insomnia ni,tak ngantuk pulak mata ni.Haih! Sakit jiwa aku mengenangkan nasib badan,Haha ada ke orang macam aku ni? :p Tapi bila sesekali ngantuk tu datang aku cepat cepat halau pergi sebab kalau aku layankan jugak ghupe ape aku nak tidur malam nanti kan kan?am i right? :)

Dan akhirnya tiba juga waktu malam,Huhu Sayu je hati ni bila dah malam,terkulat kulat aku dok pikir,boleh tidur ke tak ni?Haha Kesiaan kan. Selalunya malam lepas Isya' je aku terus ngecek cik mek molek tu-my kakak nak online kat lappy dia,Hoho :) Kasi ayat baek punya sampai dia kasik. Kadang kadang kalau nak bodek lebih aku siap nyanyi lagi lirik lagu Senyum,Haha

khas ye untuk cik ililolly :p

Tu diaaa.. baik kan aku puji dia cantik,Haha :p Tapi tak kira lah aku puji ke tak dia memang akan kasi punya Hehe . So aku online sampai pukul 12.30a.m. Hmm bagi orang lain tu dah kira lewat kan tapi aku pulak mesti rasa macam awal sangat sangat sebab bila dah insomnia ni,aku akan amek yang lama untuk dapat tidur.Pukul 2.30-3.00a.m. baru lah dapat lelapkan mata dengan jayanya.Aku sangat care pasal ni sebab tak lama lagi nak sekolah kalau tak dapat nak pulih,camano?Hmm bayangkan lah ape gaya nya aku atas katil tu berjam jam kan.Haa semalam lagi syiookk!Pukul 11p.m. dah offline dengan niat suci murni nak tidur,dengan harapan setinggi gunung,mata ni boleh lelap on time.zzzzz.. :)


Tapi hampehh!Pukul 12 aku bangun balik pergi kat lappy sementara akak tinggalkan sekejap,sibuk nak tengok Seruan Pulau Nami aku pergi baca blog Peti Suara Hee comel gilaa , tu belog kapel tahu? Sampai lah ke pukul satu aku pulang ke lubuk kesayangan. Tak ngantuk lagi tiba tiba Waahh hengpong pink sakura kuh menguit Haha naseb baik ada insan berhati mulia msg kan boleh lah layan sambil mengharap mata ngantuk,Berjaya kah? insan sorang ni boleh pulak berkongsi apa yang dia buat untuk senang tidur,Haha lawak sangat sangat aku pon dok bergelak sakan manja lah dalam hati HAHA :) Sakit pipi taw.Tapi what he's saying is not impossible to be happen one day soon HAHA sudah lah tuu tak boleh engat sehh.. :p


Galak layan hengpong si kakak pon galak layan lappy lepas tu dia suruh aku tengok vidiyo Maria Elina*betulkah? :p Wahhh semakin galak lah kitorang mengekek tengok coz they're so funny! :) Lepas tuu dah pukul 3.00 a.m. Abangku pulang dari kota,Bapaku lupa bawak henset.Ehh apa aku mrepek? Malas nak cerita biar kami je yang taw,Haha Along pon pelik adik adik dia yang cun tapi gedik tak tidur lagi,mengekek tak henti tapi control control sebab adik lagi satu dah tidur,nanti dia marah.*who cares? :p Cukup lah kata si kakak. Dia suruh tidur aku pon kembali ke lubuk buat yang ke berapa kali nya.At last,berjaya jugak tidur jam 3.45a.m. HAUYEAH!!! 


So,see??betapa lamanya masa aku nak tidur malam?bingit tak?then bila dah pagi cepat je aku bangun langsung tak ngantuk.INSOMNIA lah ni!Tapi bangga jugakk sebab mata aku tersangat lah SUPERBBBB!!! :)


 syioook je tidur macam ni.
rindu nak jadi sleeping beuty macam dulu,HAHA :P





p/s: cepatlah hilang insomniya! i beg u.. :) 

 

Tuesday, December 14, 2010

Ape Saya Rasa? (2)

Assalamualaikum and hi..


Ehh tajuk ni sama je kan kan macam tajuk post yang dulu tuu . Ye aa aku kalau dah boring memang suka merepek meraban ikut suka hati aku je . Entry dulu aku cakap aku BORING , Tapi sekarang dah lama lama cuti ni aku dah tak rasa boring sangat dah sebab apa pon aku tak tawu laa maybe dah biasa kut cuti,Haha sungguh tak logik alasan tu kan?:) Mungkin jugak sebab rumah ni dah tak sunyi macam before ni Almaklumlaa si clown kakak tu dah cuti sem dia so ada lah yang jadik tukang kecoh kat sini Nak harapkan aku dengan si adik berdua memang tak kan jadi aa kan sebab aku ni kan pendiam*poyo nye kau! :p




Okeyy so sekarang ni ape pulak yang aku rasa? Ye,aku rasa RINDU!! Cehh cakap jea rindu mesti dah pikir lain kan. Memang aa suka hati lah kan , Haha . Aku sekarang seorang perindu setia .  Perh,ayat tak boley blah pulak kau ni Izzati. Cakap pasal rindu ni,apa maksud rindu??For me rindu tu terjadi bila yang kebiasaan dah tak jadi kebiasaan lagi dah.*mendalam wooh maksud tuh.haha Siyesly,memang banyak sangat kebiasaan yang dah tak ada sekarang niy sebab tu aku rindu sangat sangat lagi lagi bila cuti sekolah ni :) So,meh sini aku list kan perkara-perkara yang tetiap hari aku dok terkenang-kenang time cuti ni :-



  • Paling aku rindu mesti lah kesayangan-kesayangan aku kat sekolah tu haa.Classmates aku yang tersangat lah riuhh sekampung Tak sedar diri kelas kat bawah bilik guru ada hati nak bising macam kat Pasar Larkin macam cikgu Jasni cakap, Haha :) Hmm tahun 2010 ni actually boleh dikatakan semua classmate aku bertukar especially the boys.Yang tahun lepas semuanya dah pindah merata rata tinggal lah yang tak pindah and most of them are budak AA masa Form 3. So memang terasa lain la jugak masa awal tahun dulu sebab nak biasakan diri dengan budak budak ni.Cara diorang lain sangat dengan cara classmates aku last year.Tapi alhamdullilah,aku berjaya gak bergandingan bersama sama diorang mengharungi onak and duri sepanjang setahun ni dalam kelas oren tuuuh,Owhhh rindu gila-gila seyyhh kat 4SN1.. :) Sorry aa aku ni banyak hiperbola kan kan?*sukahati lah!

  • Lepas tuu aku rindu nak pegi sekolah pagi pagi . Pukul 6.55 selalu dah sampai dah,dah siap sedia menyingsing lengan meniru menyalin homwerk budak cina yang pandai genius bijaksana tuh!Fuhh geram seyhh diorang semua otak macam hape tah lagi lagi Addmath lah kan,aku punya lah terkial kial dok paham step nak solve soalan tu,pusing je belakang si Zhi Tong dah siap dah!Boleh pulak dia buat keje subject lain? Pheww!tiru  salin je lah kan jalan kerja dia dah buat tapi lepastuh gigih lah aku dengan Si Aida memaham kan balik.Kalau tak paham jugak buat buat paham sudaa.. :) Tapi memang rinduu gila lah nak tengok scenery budak budak kelas tu main copy copy homwerk,saling tolong menolong,Haha Bagus kan kitorang seboleh boleh taknak cikgu marah sebab tu berusaha siapkan jugak,Hoho

  • Haa,lagi aku rindu nak PJ!Haha..Rindu nak pakat pakat dengan classmates malas nak bawak baju sekolah sebab malas nak salin baju after PJ :) Hahaa ni lagi satu ada hati nak buat masalah dengan cikgu Jasni tuu dah lah kelas dekat sangat dengan bilik bertapa dia!Kadang-kadang kalau PJ dengan cikgu tu dia selalu suruh buat yang bukan bukan.Ye aa aku kan berat tulang*berat bontot sebenarnya Haha.malas sungguh nak buat benda merepek repek tuuu nanti komfem sakit kaki tangan anggota badan semua nak turun naik tangga Almaklumlahh aku kan malas nak exercise so sekali buat terus sakit sakit sampai seminggu :) Lepastu next week nya slalu harap yang cikgu allow kitorang main sendiri.Nanti boleh main bola ke main musang-musang ke dengan the girls.Hahaha,macam budak tadika je kitorang main,kan?Suka hati lah!Hmm..Rinduu!!

  • Dekat seniors Form 5 pon aku rindu jugakk! Kak Zaty,Kak Mai,Kak Soya,Kak Nad,ramai lagi lah . Penat nak list,Haha Rindu nak gosip gosip,  nak bye bye diorang semua. Kadang kadang bila dah jumpa tak leh nak pisah punya lah banyak nak bergosip sampai tak hengat dunia :) Diorang semua baik sporting childish comel cantik cun,Hehe.Berbakul bakul aku puji ni ekhlas ke?Of coz lah ekhlas,tak kan lah tak kan?Ehh lupa plak kat sorang ni. Haha,Pakgad! sape pakgad? Ade lah orang tuu kan,haha.. Dah lama tak dengar dia dok teriak teriak panggil aku Makgad. kenapa Makgad?Well biarlah rahsiaa :) Tapi tahun depan dah tak jumpa dah diorang ni semua,dah SPM so takkan nak menyempit kat Tasek lagi kan?Bagi can lah kat aku and the Geng jadik senior tahun depan,Hehe*aku nak jadi senior kejam lah,boleh tak? :p Really hope dapat jumpa diorang lagi lepas ni :)

  • Then,rindu nak tengok orang ramai-ramai kat Tasek . Selalunya time petang petang kat Tasek ni ramai orang stay.macam macam aktiviti lah kitorang ni buat.Kalau kawad mesti ada KP,KRS,PKBM.Yang ni memang wajib ada tetiap tahun konon konon gigih berlatih,Hoho tapi main je la lebih kut?Kan?Ni lah yang best nya kat Tasek sampai buat aku rasa nak pegi sekolah hari hari,sebab Tasek selalu meriah macam ada keramaian :) Kat dewan memang penuh aa kan kawad lah,badminton lah,usha orang lah . Ehh,usha orang?haha tak senonoh betul kan? Sape punya keje lah tak berfaedah langsung oke?No Good, Haha.Lepastu kat padang pulak mesti ada,komfem  lah mesti ada punya,tak caya sudah*annoying gilaa mesti ada budak budak practise Bola dengan Rugby,Fuhh sape lah yang kemaruk rugby tuu kan?Tak tawu lah aku,Haha Ganas wooh game tuu sampai peluk peluk Hehe *suka nya kau izzati tenguk itu semua :p So,conclusionnya aku rindu weyh kat kemeriahan Tasek :)

Ni separuh je ni classmate aku!ramai tak datang sebab dah hujung tahun
Fuhh pemalas sungguh :p Tapi rindu gilaa :)

Ada gak gambar kenangan dengan seniors kesayangan ni,Hehe
tapi ada lagi tiga empat orang tak turun lah pulakk
Rinduu lah kat korang! <3

Ni kelas oren akuu..! Rindu sangat sangat!
Hmm excited pulok nak sekolah nak jumpe semua! :)

Owkeeyy itu saja yang nak aku bebelkan hari ni.Ekcely banyak lagi yang aku rindu tapi cukup cukup lah kan.Conclusionnya yang aku rindu semua banyak yang berkaitan Tasek :)
Bersyukurr wooh dapat sekolah sini sebab best gila gilaa.. Dah laa. Tak sabar pulak nak pegi sekolah lepas kan rindu kat semua yang ada tapi kat senior(S) tak boleh la kan diorang dah takde T_T Sedih pulak..Korang,korang kena taw taw,aku rindu sangat sangat sangat kat korang semua,yang tak mention pon,yang nak aku rindu pon kalau tak malu,termasuk sekali taw!Hmm lagi berapa hari je lagi nak sekolah dah..! Yeayyy!! :)






p/s: Selamat 'PENGANTIN BARU' , Semoga berbahgia :) HAHA *GEDIK
          






Friday, December 10, 2010

R.A.B.U. 8/12/2010

Assalamualaikum n hi.. :)


Setelah berkali-kali plan and berkali-kali jugak plan yang dibuat tak jadi at last keluar jugak aku dengan clasmate-clasmate kesayangan Hehe.Even tak ramai pon yang dapat join dating meeting kali ni tapi suasana tetap sama.8 orang yang join boley la cakap macam 18 orang,Haha.Okeyla tu kan daripada tak berjumpa langsung lagipun ni semua boley eratkan saluran rahim silaturrahim antara kitorang.Almaklumlah masing-masing dah berpecah belah.Eyy ni bukan berpecah belah sebab bergaduh ke hape ea tapi sebab masing-masing dah sekolah lain-lain , masuk SBP la kann kawan kawan aku kan sume pandai cerdik bijaksana*HEHE BANGGA TAK?


Mastermind untuk kali ini ialah si comel gebu pandai iaitu Haji Bob,Haha . Mula mula aku macam malas je nak join tapi sebab boring je terperap macam anak dara tunggu pinangan kann so aku pon decide untuk join,kalau tak nanti kesian Bob kan?Aku pasti sangat sangat dia nak lepaskan gian main Bowling tuu..So dia cakap jumpa kat Angsana pukul 1.30p.m. Tapi boleh pulak aku  terlupa yang kitorang ada plan hari tu,Haha.Pukul 12.30p.m baru aku teringat then bergegas mencari baju paling mahal sesuai untuk dipakai.Ke hulu ke hilir lah aku untuk bersiap macam nak pergi dating dengan pakwe tapi sebenarnya nak jumpe membe je,Haha.Time tu lah baru nak cas henpon yang dah tersangat low baterynye*clumsynye :p




Naseb baik la aku ni cepat tangkas pantas bersiap kan sebab dah dilatih dengan latihan ala-ala ketenteraan oleh ayah Si Polis* heh.hiperbola sungguh kau! dapat jugak aku siap on time.Fuhh bangga !Haha even cik Putri dah lima menet menunggu :) Kitorang berdua tumpang cik Zie untuk pergi sana nak save budjet lah katakan..Hehe..Tunggu punya tunggu punya tunggu kat depan uuhh tak sampai sampai jugak minah tuu..Dan ketika tulah satu benda bodoh jijik berlaku kat kitorang . Ciss!! Ini tragedi ke malapetaka kat kitorang pon aku tak taw sebab kitorang ni kan perempuan lindungan Kaabah,sangat sangat terkejut okeh ape yang kitorang nampak!eeww..!


Nak taw tak ape yang jadik??Ish nak cerita pon macam tak sanggup je actually aku dah fobia lah nak menunggu kat depan tu haa.Oke dipendekkan kan cerita ada lah sorang banjingan nih lalu depan kitorang naik moto kapcai dia tuu Of coz lah lelaki kan*CELAKA! Lepas tu bila lalu kat depan kitorang boleh dia tunjuk dia punya *#$%&^* ??What the Heck??Ko ingat kitorang nih hape nak tunjuk benda alah tu?Ko ingat cantik menarik tertarik kau memang de Bomb ke ? Puuii ! Bukan sekali oke banjingan tu lalu kat depan kitorang and kitorang bukan nya bodoh nak hadap dia lalu lalang tapi memang sangat tak expect dia nak lalu banyak kali,Haih.Then kitorang pon masuk kat dalam siket,selamat lah , tak jadik ape kan.Kalau tak memang aku ban sume jantan kat dunia nih*emo!sukahati aku lah!




Oke,cukup cukup lah pasal si Banjingan tak guna tu Baik mati je kut daripada hidup lepastu menakutkan anak dara cun macam kitorang nih.Aku hampir nak cancel je taw pegi hang out tapi sebab nafsu nak main bowling tuu kuat,aku pegi jugak,Hahaha :p Then tak lama tu cik Zie pon sampai and fetch kitorang ke Angsana.Memang dah lambat pon tapi the boys tak marah,Hehe. Sampai-sampai je terus panjat  naik eskalator pergi kat Bowling Centre!Tiba tiba jumpa membe sekolah rendah:Fahmi kat sana. Sampai hati dia tak ingat aku kan?Haha nak buat camane kitorang satu kelas masa darjah 4 and 5 je kutt lepastu dia dah pindah.Aku pun masa kat sekolah rendah shy-shy-cat je patutlah dia tak prasan sangat kewujudan aku!Haha :)


Memang aa aku nih langsung tak pro main boling asyik masuk longkang je kan kan Kesian seyhh,Haha.Bob yang terror bangat main benda alah tuu..Aku ni pakat ambik bola kaler pink
and hijau je..Takpe aa at least taklah aku nih tak main langsung macam sebelum nih :) Malas lah nak membebel panjang panjang, sila lihat gambar ok?


kan dah cakap,aku pakat pilih bola kaler pink jea,Haha
si laki ni nama dia Odan :)

Yeah!itu dia si Izzati bermain guli bowling,Haha
Gaya dah ade kan kan??weewiiitt! :)

Ni antara kesayangan-kesayangan aku,HEHE
ade lagi tapi malu nak ambik gambar kut?

anak dara cun*hehe yang jadi mangsa Banjingan tuu 
kesian kitorang kan kan? :)
naseb baik ade Putri,kalu aku sorang camno?
ade ke hero nak selamatkan? :p

Okeyy dah dah..cukup cukup la tuu. After dah main satu game penat pulak nak pujuk si Bob berhenti.Boley dia nak sambung main lagi satu game,Haha penat oowh dah lah semua orang lapar.So destinasi seterusnya ialah McD yawww!! :) i loike! Tapi tak sempat pon nak menikmati burger gemuk gemuk tu sebab asyik bercakap bergosip tanpa henti.Well biasela sekali sekala jumpe mesti banyak nak cerita kan :)

Here it is..
Prosperity!! :)
Tapi ni Sapik sowang je makan.Haha


Hmm. agak lama lah jugak kitorang bergurau senda kat situu sampai orang lain dah bertukar ganti kan baru kitorang bla dari situu..Lepak depan Dunkin Donut pulak. Tup tup ternampak teacher Afzah Hanim yang kiut miut tuu Hehe Dengan pantas kitorang bergambar dengan teacher kesayangan tu taww! Ala-ala artis kuut teacher masa tuu Yelaa kan jumpe jumpe je trus snap picca,Haha :)
 
Ni la teacher kitorang.Dia stylish taw kat skolah :)


And finally, si anak dara anak dara pujaan ni pon bergerak balik naik Cab. Aku rasa Pak Cik Driver tu tensi kut asyik dengar kitorang menjerit bercakap je sepanjang perjalanan.Naseb Pak Cik lah ye,sapa suruh taknak join kan kan?Haha


Sudah lah penat dah aku menaip.Conclusionnya Rabu 8/12/2010 memang best sangat sangat!sebab dapat jumpe kesayangan(s) aku,Hehe Even masa mula mula nak gerak tu terjumpa si Banjingan tak cukup akal..Tapi sedih jugak taw sebab kembar Sama Nama tak dapat join,Aida Miss Youu much much!!

bye peeps!!


p/s: Kita tetap kawan kan? <3