Wednesday, May 30, 2012

sahur empat minit .

assalamualaikum . 


al-kisah pada suatu pagi .....


4.45 - alarm cell phone aku bernyanyi mengikut arahan. dan tanganku jugak mengikut arahan terus hentikan alarm tu , good job ! dalam hati , malas nyaaaaaa nak bangunnnn!!


5.14 - tercelikkan mata. baru tersedar yang aku kena jugak sahur, kalau tak nanti pengsan. puihhhh tak payah nak lembik sangat aaaaa.  terus pergi dapur, minum air masak satu cawan. buat Nestum Nesvita dalam mug, air panas separuh, air masak separuh . supaya lidah tak melecur, boleh minum laju-laju takut tetiba tengah sahur azan subuh berkumandang . aku taknak gagal lagi hari ni. muahahha. sambil suap nestum sambil doa-doa harap aku dapat bertahan sepanjang hari ni . 


5.18 - okeyyyy dah licin mug aku . hantar kat dapur . takpayah basuh, nanti bunyik air menggangu orang lain nak tidur . aku kalau sahur masa selain bulan Ramadan memang forever alone. haha. minum air masak lagi banyak-banyak. kang dehydration , susah pulak. lepas dah yakin aku akan bertenaga, masuk bilik semula. mata layu okeeyyy sebab malam tadi tidur lambat . ehhh memang hari-hari pon tidur pukul dua. tetiba dengar azan subuh . pehhhh dalam hati berkata-kata, nasib baik sempat sahur walaupun empat minit :)










Tuesday, May 29, 2012

sayam bayam^^

pakcik pakcik !


dulu pakcik kuat online, macam orang gila dah daku tengok siang malam pagi petang pakcik online. asal tanya, watchyuuu doing? pakcik mesti jawab tengah online , takpayah tanya pon dah tahu, memang tengah online jugak! sampai orang yang bertanya pon dah tahu jawapannya. bila log in fb memang status pakcik dulu yang menjelma. ehhh bukan satu bukan dua bukan tiga . entahh , rasanya tak terkira . wkwkwkwkwk. 


tapi sekarang pakcik dah berubah kan kan kan. mengapa kah ? sebab penat ehh dengar daku membebel?kehkehkeh. sekarang hobimu lebih terarah pada peti televisyen. wahh skema ayat daku. memang tv tu je pakcik hadap sampai tengah malam bawak ke pagi. aishhhh rasanya tv tu pon dah jemu tengok muka pakcik yang berkaca mata Giordano tuu . agak-agak macam nak panggggg! je pipi pakcik . agaknyalaa. anyway, daku lagi suka pakcik ngadap tv dari fb. i love the changes that you make :)


di samping itu, pakcik pon suka main game kat laptop sampai lebam lebam bijik mata macam kena tumbuk kan kan kan. pakcik hantu game Football Manager. berangan jadi manager football team lettewww!>,< ye, pakcik suka cerita pasal game tu kena rangka strategi lah, facilities lah, training lah , gaji lah bla bla bla. kengkonon game tu membantu dalam pelajaran. hmmmm baiklah. boleh diterima tentang tu. memang tak dapek den nak larang kegemaran pakcik lagipon bukan pakcik mengabaikan daku pon. walau sesibuk mana pon pakcik menguruskan pasukan, daku tetap dihatimu kan kan kan. baik pakcik mengaku! puihhhhhhh. hahaha!


pakcik pakcik. daku bangga bila pakcik jadi salah seorang Askar Wataniah tawww^^  Teringin nak tengok pakcik pakai baju askar tu depan mata tapi memang mustahil aaaa. ape kejadah nak pakai baju askar tetiba. kan nampak abnormal di situuu . hihi. takpe, tengok jelahh foto-foto pakcik dan rakan seperjuangan tu tapi tak boleh la tengok selalu. agak-agak la dherrr . ye, tahniah sebab pakcik Gagah . jyeahhh itu faktor penting tuuu andai kata suatu hari nanti pakcik kena  usung keranda daku bawak masuk kubur, pakcik leh angkat tanpa sakit-sakit pinggang. ehh tetiba lak cakap pasal ni pehal =='


pakcik pakcik. tenkiuuu for everysinglething since two and half years we known each others. selain the girls, pakcik la kawan kala suka duka selama ini. pakcik la pakar kaunseling di saat daku butuh nasihat. bila daku malas belajar, pakcik jadi tukang bebel,yes i loikee it very much. tak lama lagi, tugas tu akan bermula please be ready yaa. bila puasa, pakcik la yang tukang kejut sahur, pakcik memang tukang kejut yang tak kenal putus asa. hahaha! dan pakcik juga CA daku kini dan insyaAllah until forever. 
tenkiuuu,sayam =)




ikhlas dari daku kepada pakcik :D





Saturday, May 26, 2012

JB sedih ditinggalkan :'(


assalamualaikum . hari ni mood sedih boleh ? kehkeh nak sedih tapi pergi ketawa dah kenapa.sedih taw bukak fb then tengok mereka up status nak meninggalkan JB . 


she's heading to UM. Asasi Sc Fizikal . hebakkkk !


aida!!! kembar kuh! she's heading to KMNS. nanti datang Cyber ehh makcik . hihi :)



Farzana pon ke UM jugak, Sc Hayat . walaupun tak rapat , tapi berbual jugak :)


ateh !jiran selang serumah kuh! memasing nak jadi org KL kannnn .


ni lagi sorang nak ke KMNS . untunglaaa ada geng .sampai enam tujuh orang masuk sana . UNTUNGLAA


budak ni pon sama! tengok tuu dia tag nama Kembar Sama Nama gua . Aida ngan Put :(


Emon ni, kalau dia takde dalam kelas, memang sunyi jee. suka kacau kalau aku ngantuk-ngantuk , hehe
dia paling jauh - UNIMAS. naik kapaltebang tuu . 


Setakat ni , tujuh orang ni je aku nampak up status nak tinggalkan JB. next week komfem ada lagi . lepas tuu, semua dah start new life diorang . AKU JE MELANGUK SENGSORANG  kat rumah ni . haihhh tensi gua. CA pon sama je! balik Perlis dah tak lama lagi . okey dah . tu jeee . bai ! *tetiba emo sebab kena tinggal.


belajar rajin-rajin ye sayang-sayang semua . JAGA DIRI :)
**put-jangan pening sokmo!
**siti-jangan kerja merajuk je. kehkeh
**aida-kalau tensi , kol iteww teros oke?
**shab-jangan asyik makan panadol. not good lah sayang.
**wan-semoga mencapai impian nak jadi Engineer. 
**haziq-jangan garang-garang sangat, hehe
**emon-telinga untuk mendengar. orang cakap, dengan betul-betul ye.haha



gonna miss them . >,<
soryy i screencapture status u olls but this is for our frenship :)
ada masa, peluang, dan rezeki, we'll meet again, InsyaAllah.






Friday, May 25, 2012

Rapuh -____-

rapuh tu tajuk lagu baru di blog ini .
dah lama kot cari lagu ni, tapi baru jumpa sebab taktahu tajuk dia sebenarnya Rapuh, by Opick.
Lagu ni buat jiwa yang kusut kacau bilau jadi tenang.
jiwa yang tenang jadi bertambah tenang aman harmoni je :)
Lagu ni jugak selalu ada dekat mana-mana drama yang tacing-tacing.
Heee so tu sebab suka lagu ni , menenangkan. mengingatkan kita pada si DIA.
Allahuakbar :D


''meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta..''


#nak download kat 4shared tapi takreti laa haha . kena tunggu dikmok balik kem ler ni. 










Tuesday, May 22, 2012

sahabat :)

Assalamualaikum heyyoo hari ni dah 2 Rejab ^^


Just wanna share the event happened last Thursday between me and my sahabat :-

"AIDA-PUTERI-FATIMAH-WAN-AZIQ-EMON-SHAB"

Memandangkan lepas ni masing-masing akan berhijrah ke tempat lain untuk sambung belajar, marilah kami  sama-sama berkumpul for the last time ya . Lepas ni komfem susah dah nak gather beramai-ramai macam zaman sekolah dulu . Yeahh masa sekolah dulu, diorang nilah yang jadi pendamping setia aku . hihi semua sekepala seperangai semalas serajin sekuat makan sekuat gosip sekuat jalan-jalan .

Macam biasa, plan mahu berjimba dekat CS memang aaa takde tempat lain . Alhamdulillah boleh dikatakan semua kroni aku *wahh kroni giteew* dapat datang kecuali dua orang peminat K-POP yang tegar :- AMIRA & SHERY haihhh masing-masing tak boleh join, sibuk berK-POP ke hape hah ?busy lah konon , sedih wehh tak dapat jumpa korang =='


sambil tunggu Emon and Aziq, moh la kita bergambar bajet pelancong ^^

Then macam biasa aaa masuk CS , after pastikan semua anak itik dah cukup , marilah kita berjalan terkedek-kedek naik Level 5 beli ticket movie. Sape yang jadi mak itik? yee aku dan Aida yang jadi mak itik jalan laju . yang lain sume saaangat anak itikkk , takpelahh kasi chan diorang jalan berombongan lepas ni belum tentu dapat kann tsk tsk -,-


anak itik yang comel aziq-timah-shab :)


Nak decide tengok movie apa punya lah susah . tak tahu pon cerita apa yang best . At last , semua setuju tengok cerita SAFE . genre: ACTION . genre hantu tidak mendapat undi ye. hahaha

aku bagi 10 bintang untuk movie ni! best gilaaaa :D
budak Cina tu pon berani betul berlakon citer tembak-tembak ni heheh


Hero dia smart gilaaa *dah lah smart, gila pulok tu*

Overall ceghiter ni best sangat sesak nafas tengok sebab asyik suspens memanjang! sampai yang beli popcorn pon tak sempat nak makan, punya lah syok tengok depa dok tembak-tembak . Aku pulak dok peluk-peluk lengan Aida sambil menjerit . wakaka gilaa drama kau izzati ! Heyy memang neves okeyyy tengok depa selamba je tembak kepala orang O.o


Ehh lupa pulak . sebelum masuk panggung , we all pergi makan dulu kat Foodcourt . Ohh i like this moment , dah lama tak makan semeja dengan diorang . masing masing dok cerita pasal matriks laa diploma laa . haihh tak lama lagi aku je sorang-sorang kat JB ni , diorang semua dah mendaftar . Sambil cakap-cakap sambil makan . yeayy! makan Sizzling Yee Mee lagi ! ohhh my favourite food dekat sane , sedap gils ! ditambah dengan milo ais memang berselera mak itik ni ^^


here we are ! 
ohh tak boleh tengok aa sizzling tuu rasa lapar pulak 


Ehh lupa pulak , ada jugak empat orang jejaka yang follow kitorang on that day . jejaka yang bijak pandai semuanya ZAHIN-SHIFAQ-IMRAN-FAIZUL

Zahin , thanks belanja aku Coolblog tapi Fatimah yang habiskan haha
Shifaq , banyak cakap rajin bergurau 
Faizul, kerana kau kitorang gather , so tenkiuu :)
Imran , long time no see tak tahu nak cakap ape niee :p

Next ialah sesi melawat kedai-kedai kat CS tuu especially inner City. macam nak kaut je semua yang dijual kat dalam tuu haha . dan amazingly , the jejaka(s) follow je the gadis' menyoping . wahaha sangat aku tak sangka . veryy the penyabar ok mereka bertiga*imran dah balik* Suka jugak moment nie. saling rambang mata, tapi tengok je , window shoping lah katakan . kang kalau shoping betul-betul , memang sehelai sepinggang je kang yang tinggal =,= Aku telah menyinggah masuk ke PADINI ditemani Put, Aida, Wan, n Shab. Rajin betul diorang tolong aku buat pilihan. Rajin sejak azali ke rajin sebab abang promoter tu hensem? kehkeh :D

Dalam pukul 5, gerak lah anak-anak itik ni balik ke rumah masing-masing. naik bas beramai-ramai. ohhh saat perpisahan dah hampir . Emon yang pertama turun. okeyy salam-peluk-ciom makcik ni yang akan ke over the sea , meredah laut cina selatan. Yang lain turun dekat Angsana . salam-peluk-cium jugak dekat sana , tak hirau orang lain yang memandang. diorang apa taw value of our friendship . huhuhh . Hopefully ada chance , kita semua dapat jumpa lagi okeyy . kite sayang awak sume sangat-sangat <3











Sunday, May 20, 2012



kadang-kadang, gurauan tu perlu bertempat .
#takenoteeverybody :)







Friday, May 18, 2012

pssst !!





cucms :)

assalamualaikum .

syukur alhamdulillah , impian selama ini , yang aku mintak-mintak setiap kali sujud , akhirnya termakbul . Im going to Cyberjaya University Colege of Medical Science(CUCMS) for Foundation in Pharmacy by MARA.  thank you MARA , i love you muahh muahh . haha

Mimpi jadi kenyataan . tapi 5 Julai nanti baru kena daftar . mak aiihhhh sebulan lebih lagi aku kena duduk terperap dekat rumah. kawan-kawan semua dah nak daftar end of this month and early June nanti . how i wish this little girl ada kat rumah ni , boleh main dengan dia . hmm toksah nak berangan la izzati :'(


malam tadi before tidur cakap pasal budak kenit ni dengan CA .
sekali , terus meresap jadi mimpi . haha . omey miss you budak bajet *xoxo


my college-to-be 


Tak jadi nak menjejak ke UIA . huhuhh . its okeyy rasanya aku dah buat pilihan yang tepat. bila aku pilih nak masuk sini , terus hati jadi tenang , dah tak dilema . tak perlu lagi memilih antara dua . InsyaAllah gonna be an accredicted Pharmacist one day soon.Aminn.




Sunday, May 13, 2012

masin ? manis ?

assalamualaikum :)


tajuk pon berkaitan dengan masak memasak ye hari ini . muahaha sejak bila izzati berubah ke arah bidang masakan ? haaa mesti ada punya kan yang berkata-kata macam tu dalam hati . macam aku tak tahu je. takpe-takpe , aku sedar aku memang tak pro memasak macam ibu. tapi at least di kala umur menginjak 18 tahun ni*wahh ayat aku* aku dah tahu masak benda simple-simple . ya, senang cakap, kalau dulu aku tak reti masak benda tu , sekarang aku dah tahu . tak payah tengok resepi beb! hahaha satu kebanggaan untuk diri sendiri *booooo!




Tapi kan kan , satu kelemahan aku , ehh aku rasa semua orang yang baru belajar masak ada masalah ni lahh . masalah tak reti nak agak berapa banyak nak letak garam kat masakan tuu.malu sangat bila ingat balik pasal ni . malu pada diri sendiri . wakaka tak boleh pakai betul ! aku memang selalu fail lah bab-bab ni . selalunya bila rasa , mesti masin ! adik aku cakap, rasa garam , konghajooor awak , penat ahkak masak taw. Kang kalau tak letak garam, tawar lah pulak ! dah lah sambil masak, sambil berdebar-debar . aku tak boleh kalau time masak , ada ayah kat rumah . jadi segan sangat .. yes , ayah sangat risau kalau aku masak . haha! pernah sekali , aku goreng udang *nyummmeyyh*  kan bila masuk dalam kuali , bunyik dia . bedesirrrr kan ? terus ayah datang kat dapur , jenguk apa yang berbunyik tuu .takut anak dara dia melecur ke , takut dapur rumah ni terbakar ? okeyyy harapnya yang pertama tu laa. hikhik .




Hmm back to the topic pasal garam tuuu, pernah ke orang takut nasi goreng dia rasa masin , lepastu dia letak gula ? jawapannya , pernahhhh ! ye, aku lah manusia yang buat macam tuu . wuhuhu sadiss tak dengar ? kalau masak lauk , letak gula tu sangat normal lah untuk seimbangkan rasa , tapi ni nasi goreng !! whatthheee-??jangan-sampai-mak-mertua-aku-cakap-benda-ni-dahlah . muahaha . tapi takpeee, LEARN FROM MISTAKES . semua orang pon pernah alami apa yang aku alami ni kan ? ke aku sorang je yang macam ni ? erkk --, Well at least ada usaha untuk tak membiarkan masakan berperisa garam .




Dan lagi satu, aku malu kalau ayah rasa apa yang aku masak . hahaha . sebab aku takut dia komplain, tapi ayah tak pernah komplain okeyyy . untunglaaa agaknya time ayah rasa , dia dapat part yang secukup rasa kot ? sebab tuu dia akan cakap, 'bolehh lah niee takdelah teruk pon' . lepas dengar je ayat tuu , terus hati ni berbunga-bunga . kahkah . then ibu balik, dia makan pulak , terus ibu cakap , ' sedap la nieee, dah boleh kahwen! ' woowww terus macam nak lompat tinggi-tinggi capai bintang di angkasa. haha!! begitulah agaknya perasaan setiap orang yang memasak , bila dipuji komfem gembira,bunga-bunga di taman hati kembang tak kuncup-kuncup ^^ 




so , kesimpulannya , marilah kita puji masakan yang kita makan . tak kiralah siapa yang masak. Ibu ke, nenek ke, gelprenggg ke, isteri ke , kawan ke. kan dapat pahala kalau buat orang rasa gembira ? hihi . tapi nak puji pon, biarlah ikhlas , kalau pujian tu tak ikhlas , orang yang masak tu dapat rasa tahu ? haaa merajuk nanti, mogok taknak masak lagi, padan muka . haha.  okeyy , rasanya tu je yang aku nak share hari ni . SAYA TAK HANDAL TAPI SAYA BERUSAHA :) 




Thursday, May 10, 2012

tak sabar

Assalamualaikum


kalau sebelum ni tak sabar nak tunggu result UPU keluar sampai termimpi-mimpi, sekarang alhamdulillah , yang dinanti telah memunculkan diri . cewaahh macam ayat untuk pakwe pulak . puihhhh hahahaha . result keluar hari isnin lepas ,7mac2012 . beriya aku nak tunggu tepat pukul 12am konon-konon nak terus serbu website KPT, dengan my mum sekali sanggup tidur lambat dari kebiasaan . tiba-tiba kawan aku yang punya suara paling manja:-Fatimah bagitahu result keluar pukul 12pm . maksodnya macam oke-dah-boleh-tutup-laptop-pergi-tidur-sekarang-esok -baru-terjah-website-KPT . Cehhh buat penat je berdeba-debar. Dan esoknya dahlah TER-bangun lambat , sejuk pulak tuu rasa malas nak mandi*oiihhh anak dara , serabainya kau* tapi TETAP MANDI sebab taknak digelar kambing . lepas mandi tak sarapan pon sebab takde selera almaklomlah terlebih nervous aku terus on lappy-bukak website yang sememangnya tengah jam gilaa . haiyaa satu rumah aku angkut laptop sebab nak cari line . konon dengan cara tu boleh buat internet laju la ? haha . tah hape-hape =,=



Alhamdulillah , ini keputusannya :

firstly , aku bersyukur sebab dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi :)


Lagi-lagi asasi di UIA, boleh dikatakan terjamin sebab degree dekat sini jugak . hmm . tapi tapi asasi kat sini dua tahun lah pulak . agak lama . entahlah kadang-kadang aku rasa okey je dua tahun, sebab ada kelas bahasa . Bahasa arab dan bahasa omputeh . kadang-kadang aku rasa macam lambat gilaa . teruk aku nak kena belajar , dahlah pemalas! lepastuh bahasa arab dengan takde basicnyaaa. haihh tulah dulu masa sekolah agama kuat ponteng ! macam mana nak pandai bahasa syurga tuuu =,= . Bahasa omputeh pon macam lah aku bagus sangat . hmm kalau orang lain boleh , takkan aku tak boleh kan . ayat penyedap hati je nie.


Yang sedihnyaa ni bukan kos idaman hatiku . aku teringin sangat nak study pharmacy !! dapat kos Sains Kesihatan ni membuatkan daku agak kecewa . kalau boleh , nanti masa Taaruf week nak tukar kos dehh . boleh nggakk ? nak tukar ke Asasi farmasi . ada lagi beberapa sebab yang buat aku tak sure nak masuk UIA niee. entahlahhh.  Tapi dalam masa yang sama , dah tertarik jugak hati ni dengan UIA . adoi cakap pon macam apa dah nie . kejap tak sure, kejap tertarik hati . whatteheyyy . tertarik hati bila dah join group CFS IIUM 2012/2013 kat fb . huhu . betapa fb boleh memengaruhi pemikiran remaja hari ini . wahhh ayat macam nak buat karangan BM masa PMR . wakaka


Dalam masa yang sama , aku tengah tunggu result MARA . dekat situ aku ada apply Foundation Pharmacy . tak tahu dapat ke tidak . andai kata dapat , mana aku nak pilih . dilemma lagi sekali-,- Takpe-takpe istikharah penentu segalanya . kalau nak cari petunjuk tentang 'itu' boeh pakai istikharah takkan yang ni dok buleh ? haa tetiba pakai bahasa negeri Aida. harharhar. Kesimpulannya, TAK SABAR nak tunggu 15 Mei ni bersamaan dengan hari result MARA didedahkan . kalau takdapat , memang akan ke UIA , tapi kalau dapat? wallahualam :)


Friday, May 4, 2012

30 Sifat Wanita Lelaki Patut Tahu...


Assalamualaikum! hari yang mendung menjemput rasa ngantuk je kan ?kihkih . hari ni aku nak share something interesting that I read from FB :)
Sila lah baca , tak rugi pon okeyyy beside dapat tambahkan pengetahuan . 
kalau anda lelaki, ehhh ada ke lelaki baca belog aku ni ? lagilah berguna infos ini . take note please :p




30 Sifat Wanita Lelaki Patut Tahu...



1. Bila dia berkata dirinya sedih tetapi dia tidak menangis, itu bermakna dia menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia berdiam diri dan tidak mengendahkan anda bila anda melakukan kesalahan, adalah lebih baik beri dia masa untuk bertenang sebelum kembali memujuk.

3. Seorang wanita amat sukar untuk membenci sesorang yang dia cintai (kerana itu amat sukar bagunya untuk melupakan orang yg dicintai itu)

4. Jika seorang wanita mencintai seseorang lelaki, lelaki itu sentiasa ada di ingatannya setiap saat dalam sehari, walaupun di samping lelaki lain.

5. Bila seseorang lelaki senyum pada seorang wanita dan merenung ke matanya, wanita itu akan cair hatinya.


6. Seorang wanita suka dengar pujian, tetapi tidak tahu macam mana reaksi yang patut ditunjukan kembali.






gambar tiada kena mengena dengan tajuk ,hihi


7. Bila seseorang lelaki selalu mengayat seseorang wanita, wanita itu pasti mengagak lelaki itu sukakan dirinya. Jadi jika hanya menganggap sesorang wanita itu sebagai kawan, kurangkan senyuman dan elak dari merenung matanya.

8. Jika anda tak suka pada sesorang wanita yang menyukai anda, terangkan dengan lembut.


9. Jika seseorang wanita mula menjauhkan diri, biarkan dia bersendirian. Jika anda masih menganggap dirinya sebagai sahabat, beritahu padanya.

10. Seseorang wanita suka menceritakan perasaan mereka, tentang musik, puisi, gambar menarik dan juga penulisan menarik yang menggambarkan perasaan mereka (Ini menjelaskan kenapa wanita suka menulis blog atau jurnal tentang diri mereka)


11. Jangan sesekali beritahu seseorang wanita yang dirinya tiada berguna atau bernilai.

12. Jangan terlalu serius, itu mengundang kebencian.

13. Jika seseorang wanita menerima panggilan pertama dari seseorang yang dia sukai, dia mungkin menunjukan sikap acuh tak acuh. Tetapi sesudah telefon anda letakkan, dia akan melonjak kegembiraan dan ingin mencerita pada kawan-kawanya tentang panggilan anda itu.

14. Satu senyuman amat berharga buat seseorang wanita.




okeyy tak comel pon cartoon ni -,-




15. Jika anda suka seseorang wanita, buat langkah pertama. Biar dia kenali diri anda dahulu.

16. Jika seseorang wanita berkata dia tidak dapat bersama kerana sibuk dengan tugas, jauhkan diri, dia tidak memerlukan anda di saat itu.

17. Jika dia masih menghubungi atau mengharap panggilan anda, kekal bersamanya.

18. Jangan menduga perasaan wanita, tanyakan apa perasaan dia sebenar-benarnya.

19. Mendengar perkataan "Aku cintakan kamu" adalah satu pengesahan tentang kecantikan yang ada pada dirinya.

20. Selepas seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, dia akan berfikir kenapa dulu dia tidak pernah perasan terhadap diri lelaki tersebut sebelum ini

21. When class pictures come out, a girl would first check who is standing next to her crush before actually looking at herself.

22. Bekas kekasih seseorang wanita akan sentiasa di memorinya. Tetapi kekasihnya sekarang sentiasa di hatinya.

23. Wanita suka untuk kegembiraan.

24..... "Hi" yang ringkas mungkin dapat memberi satu makna yang tak ternilai pada seseorang wanita.

25. Sahabat seorang wanita yang paling baik adalah seseorang yang tahu dan memahami perasaannya dan apa yang sedang dia lalui.

26. Yang paling dibenci adalah berpura-pura baik dengan seorang wanita tetapi hanya untuk merapati kawan wanita tersebut.



haaa ni shweett :)


27. Cinta adalah mengikut tertib berikut; kesetiaan, mengambil berat dan kebahagiaan untuk wanita yang dicintai.

28. Sesetengah perempuan sukakan kecantikkan, ada yang suka kebijaksanaan. Namun yang paling disukai adalah seorang lelaki yang mampu mencintai dan mengambil berat tentang diri mereka.

29. Seorang wanita hanya mahu dicintai, tidal lebih dari itu.


30. Jadilah diri anda seadanya.









okey cukuplah 30 . tu pon belum tentu diingat . haha . okey bai :D




p/s :layout blog iteww baru !! header semua pon kena tukar la nih ? malas nyaaa. ehh tetiba terminat warna ni lah, baby blue <3





Thursday, May 3, 2012

masam ?


adoi lah . 
kenapa boleh ter-masam masam ni .
kita kan manis .
aku salah ehh ? 
hmmm -,-







Tuesday, May 1, 2012

caca marba . erk ?

assalamualaikum . 


Aku serabut sungguh pasal gathering . ni yang aku tak suka kalau handle benda-benda macam ni. tapi demi kawan , aku turutkan jugak . haihh la kawan . tolong lah bagi kerjasama kalau ye pon taknak bekerja bersama-sama pon!aku jugak yang makan hati sorang-sorang -,-




esok my lil KP''s junior nak lawan kawad peringkat negeri . harapkan yang terbaik daripada mereka . aku tumpang menyibuk esok boleh kan ? haha *tak suka fikir nak pakai baju apa, bajet artis ke kau izzati?=,=




Takut dengan kucing masih tak hilang . aduhhh kenapa ni? susah la macam ni sebab kat dunia ni memang berkucing pon. hmmm . masa tu pergi kedai makan ada kucing, langsung tak jadi nak makan banyak . hihi punya la takut . deyyymm aku memang suka bazer duit orang ke apa ? kenapa dulu masa kecik aku tak takut kucing, dah besar gedang ni baru tak mengada-ngada takut ? *note:ibu said,nanti pakwe/suami aku kena bawak makan kat tempat high class yang tak berkucing je la gamaknya . wahhh kemain high maintenance khaannn . hakhak




nak ceghita ni , *kalau taknak baca, sila tekan pangkah merah sekarang* hari Sabtu malam Ahad lepas aku telah keluar malam dengan best friend ku, Zie . whattheeheyy anak dara keluar malam ? tak bertamadun langsung . heww sanggup aku kutuk diri sendiri . hakhak. TAPI haaa ada tapi nya tuu. kami bukanlah keluar bersahaja nak buang masa, kami keluar nak jumpa kawan sekolah rendah yang dah lama gila  sangat tak ketemu! siapakah ? jeng jeng jeng . ada orang tu siap tanya lagi, laki ke fomfuan aku nak jumpa ni? haha jeles ke bang ? actually her name is Yana for short . Yana pindah KL *wahh orang KL giteww* masa darjah 3 . sedih gila time tu walaupun masih hingusan , tetap merasa kehilangan seorang sahabat . nanti aku nak post pasal kisah kami bertiga lah . hihi  . Jumpa dia malam tu sekejap sangat dekat Bazar Karat JB tu haa plan pon last minit tapi dapat jugaklah melepaskan rindu :) i love you both Zie and Yana . ehh ter-habiskan RM60 pulak malam tuu . wehh kau bab buang duit takpayah ajar eh Izzati . ehh biasa brooo !




sebenarnya tak tahu nak update apa . kahkah sebab tu entry ni caca-marba . kejap cakap pasal gathering , kejap cakap pasal budak kawad, kejap cakap pasal ketakutan dengan kucing kejap cakap pasal keluar jumpa kawan lama . aku pelik dong , page view blog ni banyak pulak tetiap hari sejak dua menjak tiga menjak ni . siapakah yang menye-stalk belog cikai ku ini . hmm point to ponder T___T


aku suka lah pakai bawal printed ni corak dia cunnn, senang tak payah iron kalau nak pakai . HAHA
cakapjelahkaupemalasizzati :)






okeyyy bai .