Showing posts with label memory. Show all posts
Showing posts with label memory. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

gedik ohhhh!

Assalamualaikum ^^,


Aku kenal dua manusia ni sangat-sangat. yeahh, diorang sepasang. Hmm sepasang yang boleh dikatakan sehati sejiwa sherashi bershame. auwww Hahahah. Harmoni ke? boleh ahhh jarang ohh gaduh. Few days ago diorang ni tak pergi Genting mahupon Cameron Highland pon, tapi tetiba je dingin semacam. ada la tuu yang tak kena. Both of them tahu laa, aku nak cakap pon tak reti. hiks! Dingin yang macam mana tu? alahai, yang tanya sepatah jawab sepatah tuu, haa begitu laaa. Dalam dingin tak dingin tuuu, aku rasa si lelaki ini sangat Gedik ohhh!*yeayy sama dengan tajuk! Mari kita reveal kegedikan tersebut based on their text :p


Situasi pada waktu malam. siang memang tak dipedulikan. henfone campak kat laut.


L: Hai  #kalau dingin memang cakap hai, no sweet words
P: Hai, cari siapa?
L: Entah, tataw nak cari siapa.
P: Carik lah sayaaa!!#femfuan ni emo, sebab dah sehari suntuk tak dipedulikan
L: Perlu ke? #takde perasaan, menci !!
P: Entah, suka hati laaa #sentap letteww
L: Haha.takpayah nak sentap sangat la kan!! #ye, si L akan tahu bila dan bagaimana kalau si P dah mula sentap.tapi still buat tak tahu. 
P: Biarlah biarlah biarlah*libasrambot*
L: Kaw pehal nak libas rambot?*tarikrambot*
P: Saket rambot itew.Tercabot nanti. #ini gedik
L: Padan muka. Tayah nak gedik ar #okey fooinee!
P: Ehh.pergi tido lah kaw!entah taufan apa entah malam nie #tercabar dah 
L: Aikk. halau?oke. #dia pulok sentap
P: Aishh mana ada. alaa! sini laa! #turunkan ego siket.baiknyaaa. kehkeh
L: Dah laa! Tepi laa!*ambek bantal* #ohhhMG!konon-konon tido sama bilek
P: Taleh!!*rebut balik bantal*
L: Ambiklah, memang dah biasa tido beralaskan lengan #Haa Gedik ohh!
P: Takpayah nak buat ayat lah. sini jelahh #ajak niee, bukan halau pon
L: Tido luar sedap kott #ceahh jual mahal.
P: Yelah.orang dah tak sudi, takkan kite nak terhegeh-hegeh
L: Akhirnya, awak keluarkan jugak ayat tu. Dah agak dah-,-
P: Dah la, nak tido. sedih ohh awak buat saya macam ni. sedih tawu tak!!! #emo gila
L: Pergi ar tido #memang tawww, pembuli!


************************************************************************************************************

10 minit kemudian :-

L: Krikk krikkk krikkk. emm memang cengkerik je yang teman. #ehhhh? tetiba lak. tadi sombong sangat. gedik ohhh! haha
P: Untunglah ada cengkerik nak teman, orang nak teman, dia taknak -___-
L: cengkerik ohh cengkerik. 
P: Emmm. #jom buat serangan balas.
L: Tengok tv laa. Tv,nak teman kite tak? #Eeeii gedik ohh! masa ni si femfuan dah gelak dalam hati, kahkah
P: Emmm. #keraskan hati walaupon dah ketawa tadi. 
L: Emmm. 
P: Emmmm. 
L: Boring laa tv ni. Tokk tokkk tokkk*ketukpintubilik* #masih feelingfeeling jadi roomate
P: Nak apa? #keraskan hati. prasan garang betol femfuan ni^^
L: Nak ambik kain . #KAHKAHKAH. again, Gedik ohhh! tetiba je nak kain.kain apa wehhh?kahkah. sungguh tak berhenti gelak si femfuan ni tengahtengah malam tuu.
P: Ambiklaah. dah keluar bilik, tutup pintu semula. #cehh jual mahal.gudjob! :p
L: Emmm.
P: Ape lagi ? 
L: Emm.takde bantal peluk. #Ehhhh?gedik ohhh!
P: Mana saya taw mana awak biar bantal peluk awak!
L: Yelaa, tido depan laa. 
P: Okey. 
L: Nak pergi tido rumah sebelah laa #ugotletteww
P: Pergi laaa.
L: Nak kawen lagi satu la. #gedik ohhh gedik! tetiba aku pulak marah
P: Saya mati ea. #emo angattt! kehkeh
L: Tadi awak cakap okey jee. tu yang saya try
P: Engat saya bagi? no wayyy! #ehhh tamak taww
L: Tapi, tido depan awak bagi.
P: Tu awak yang nak kan? saya tak suruh pon kan? #grrrr macam budak lah ini laki
L: Yelaa. Tido dalam laaaa. 
P: Yeayyy ! #tapi dalam hati jelaa . hahah!

************************************************************************************************************

Berapa level kegedikan si lelaki? ke, si femfuan pon gedik jugak ??? 














Monday, June 18, 2012

medical check up O.o

assalamualaikum :)


hari ni aku pergi buat medical check up bersama ayah dan ibu tercinta. mula-mula tak ada dalam perancangan pon ibu ikut sekali, tapi makin dah dekat dengan hari nak pergi buat med.chekap ni, aku jadi seram pulak kena uruskan diri sendiri sorang-sorang dekat hospital tuu, jadinyaaa, aku ajak ibu, buat muka kesian, kalau tak ibu taknak layan, cehhh . sorry mum, kacau yu kerja . hihi. bukan apa, HOSPITAL okeyhhh ! aku takut hospital! muahaha tengok hospital pon meremang badan kiteww apatah lagi masuk hospital and buat itu ini dekat sana. Lagi-lagi kalau HSA JB, dengan sesak nya dekat sana, dengan sana sini orang sakit , tapi alhamdulillah, ayah taknak pergi buat med chekap aku kat sana, lambat katanya. biasalahhh  sana orang ramai, nak tunggu result pon, dua minggu baru boleh dapat .walaupun free. ohhh benda ni memang kalau boleh nak settle dengan cepat :)


and we went to Hospital Penawar PG. non-government so result med chekap dapat dalam hari yang sama jugak! bayaran? RM 228 merangkumi pelbagai test . test yang aku buat bukan yang basic okeyy,MARA kan banyak cekadak , HIV test pon kena jugakkkk kiranya berbaloi sangat! ini private hospital yang termurah setelah disurvey oleh incik Ayah.ada hospital yang charge RM298+++ see the diiference? so, hari ni aku promote Hosp.Penawar Pasir Gudang kepada awak semua. boleh lah pergi kalau nak buat med chekap di private hosp. di samping selesa, tak perlu menunggu lama, di sini jugak staff nye baik-baik senyum sentiasa. hehe aku dah macam duta pulak . oke tak dapat bayaran pon take, asalkan aku memang suka hosp ini :D




gitewww. haha sila datang jangan pikir banyak-banyak^^
waktu operasi : 24hours

aku nak citer pengalaman aku buat med.chekap. wahhh dah hampir 18 tahun hidup di dunia yang fana ini, baru pertama kali buat proses ini sungguh aku berdebar. tapi tak lah sekuat debaran nak ambik result SPM mahupun debaran mahu berjumpa si dia. ewahhh kemain. okeyy jangan main sangat, mari kita teruskan. alaaa takde gambar lah. elehh buat med.chekap pon nak bawak kamera. takyah nak poyo sangat aaaa. fokus izzati,focus. 

1. parking kereta. pastu jalan siket menuju hospital meredah terik mentari. panas ek Johor sekarang. me not like it. ayah jalan laju sangat, lepas tu aku dengan ibu kena marah sebab jalan terkedek-kedek. haiyooo sabar la ayah , tak lari pon hosp niee. padahal jam dah pukul 10.45am and we have to back home before 2pm. my dad have to work! sampai je, terus pi kaunter cakap nak buat med.chekap dan nurse tu terus buat pengiraan kos untuk aku. settle!

2. then kena tunggu dalam 5 menet dekat depan bilek rawatan kot. mana aku taw nama-nama bilek dekat situu.sambil tunggu tu aku tanya-tanya la ibu pasal urine test segala bagai. *masa ni lah ko nak tanya, selama ni kat rumah taknak tanya.takpaham* aku tak pernah pon buat urine test ke hape selama ini tapi aku tahu la macam mana kannn tapi bila kena buat untuk diri sendiri, aku cakap dengan ibu, ''erghhhh taknak laahh!tak suka laaa..'' boleh gitu ? wakaka then nurse dalam tu panggil and she gave me the bekas to do the urine test. aku punya muka time ni takpayah cakap la, sangat berat hati yu knowww. aku tak suka lah. haha apa-jenis-manusia-aku-nie?

3. Lalu dengan ditemani ibu*ni lah tujuan aku ajak ibu, boleh beliau teman aku, ai kan anjerrr* aku pergilah buat urine test lepas tu submit balik the bekas dekat nurse tadi. Cehhcehhh citer macam senang benorrr aku buat kan padahal ni aku skip ke niee. jangan tak tahu cubaan ketiga lepas minum 2 botol air mineral secara paksa baru nurse cakap, Okeyy . 

4. Masuk bilik rawatan, ibu ikot. yang best nyaa, memang ni semua aku sorang, takde pesakit lain. semua tumpuan kat aku. First, duduk ambil tekanan darah. ni dah biasa, selalu je buat kat rumah sebab ayah beli mesin dia. lepastuu, ambil darah. Haaa ni lah yang aku lemah sangat!! aku tahu ambil darah ialah sakit dan jarumnya besar dan darah yang diambil ialah banyak ohhhh!masa ambil darah , yang buat ialah nurse pempuan melayu. dia baik. lembut je, nasib baik tak garang.heee mula-mula carik urat dekat tangan kanan, tak jumpa okeyyyy!katanya, urat aku halus sangat*masalah betol aku ni ek* Carik pulak dekat tangan kiri. susah jugak nak jumpa urat tu, habis dijentik disapu ubat, sampai ibu pon tumpang carikan urat, at last jumpa! start dicucuk. OMG sakettttt!aku cuba tak layankan sangat perasaan tu. Tapi, malangnyaaa darah langsung tak dapat diambil. kau bayangkan jarum besau gedabak tu dah full masuk dalam kulit, darah pulak tak tersedut langsung. kenapa nieee?aku dah cuak dah. mana darah akuuu?  Jarum terpaksa ditarik balik. Nurse mintak izin nak cucuk lagi sekali. aku dah berkerut kot masa tuuu. nasib baik ada ibu. kalau aku sorang-sorang dah meleleh agaknya. hahaha . masa nak cucuk second time nie, nurse yang ambik tekanan darah tadi datang kat aku, sibuk pulak dia buat test rabun warna atau tak. saja je nak alih perhatian kitewww. tapi tetap sakettt bila jarum menyucuk. terkeluar jugak ''adoi adoi saketnya..'' dari mulut aku. gilaaa emo pempuan ni -_____- akhirnya, BERJAYA! sayu je aku tengok darah aku . tsk tsk :'(

sebab tu aku taknak jadi doctor. yang ni pon dah lemah, apatah lagi nak handle orang eksiden segala. aku jadi pharmacist je laa. 


5. lepas ambik darah, pergi buat X-Ray pulak. ni pon kena tunggu dalam 10 minit. yang lain semua lelaki, aku je pempuan. pelik di situu . mana pempuan lain?Hmm masa tunggu ni, aku cuak lak tetiba. sebab adik aku cakap, x-ray ni sakit. kecoh lah dia, apesal dia bagitahu, kan aku dah takot!! then bila turn aku, masuklah. kena tukar baju khas utk x-ray kan. pempuan biasa laa, leceh nak bukak itu ini, sampai akak tu tanya aku, dah siap ke belum. hihi. Lepas tu, aku kan blur-blur ayam, aku tengok baju tu semacam je! ada tali lah, besar pulak tu. Sampai aku tanya akak tuu, ''akak baju nie, yang tali tu belah depan ke belakang?''
wakkakaka bodohnyaaaa aku.akak tu jawab,''mana-mana pon boleh.'' dah siap tukar baju, aku pon keluar lah, tetiba akak tu cakap, ''ehhhh tudung bukak jugak'' whathheesillynyeaku!
mana aku tahu kena bukak tudung. ibu pon tak cakap. ibu cakap bukak baju-baju dan rantai je. okeyyy, malu saye. nasib baik Akak, kalau Abang? taknak aku buat X-ray kat sini lagi lain kali. muahahha. then, buat lah x-ray. Tak sakit pon!! sekejap je dah siap. Tapi ibu cakap aku paling lama kat dalam tuu. ye aaaa kalau aku taw kena bukak tudung, dah lama aku pakai tudung Express je. ni dengan bawal berlilin tu, hodoh sungguh lepas buat x-ray tuu.

6. dah dapat Film X-ray. hantar kat bilek rawatan tadi. lepas tu buat ujian rabun ke tidak , lepas tu lagi jumpa doktor. Check itu ini, bayar dan settle!!! hauyeahhh boleh balik! tak suka pergi hospital lama-lama!aku settle pukul 1pm, result keluar pukul 2.10pm. cepat kan? :) tapi ayah dengan ibu pergi ambik result tu malam sebab ayah kan kerjaa. alhamdulillahh, takde masalah kesihatan , HIV pon takde. kahkah takut sangat kan. Ibu saja nak kenakan aku, dia cakap aku ada penyakit darah gemuruh! hahah nak perli letttewww!!


Okeyyy itu saja pengalaman pertama aku buat med.chekap. banyak benda bengong aku buat dan terjadi. hahah malu kot! sakit dekat tempat ambil darah masih terasa. eishhh cepatlah baik. takmow rasa sakit lama-lama. Selesai sudah satu urusan. alhamdulillah :)

Saturday, May 26, 2012

JB sedih ditinggalkan :'(


assalamualaikum . hari ni mood sedih boleh ? kehkeh nak sedih tapi pergi ketawa dah kenapa.sedih taw bukak fb then tengok mereka up status nak meninggalkan JB . 


she's heading to UM. Asasi Sc Fizikal . hebakkkk !


aida!!! kembar kuh! she's heading to KMNS. nanti datang Cyber ehh makcik . hihi :)



Farzana pon ke UM jugak, Sc Hayat . walaupun tak rapat , tapi berbual jugak :)


ateh !jiran selang serumah kuh! memasing nak jadi org KL kannnn .


ni lagi sorang nak ke KMNS . untunglaaa ada geng .sampai enam tujuh orang masuk sana . UNTUNGLAA


budak ni pon sama! tengok tuu dia tag nama Kembar Sama Nama gua . Aida ngan Put :(


Emon ni, kalau dia takde dalam kelas, memang sunyi jee. suka kacau kalau aku ngantuk-ngantuk , hehe
dia paling jauh - UNIMAS. naik kapaltebang tuu . 


Setakat ni , tujuh orang ni je aku nampak up status nak tinggalkan JB. next week komfem ada lagi . lepas tuu, semua dah start new life diorang . AKU JE MELANGUK SENGSORANG  kat rumah ni . haihhh tensi gua. CA pon sama je! balik Perlis dah tak lama lagi . okey dah . tu jeee . bai ! *tetiba emo sebab kena tinggal.


belajar rajin-rajin ye sayang-sayang semua . JAGA DIRI :)
**put-jangan pening sokmo!
**siti-jangan kerja merajuk je. kehkeh
**aida-kalau tensi , kol iteww teros oke?
**shab-jangan asyik makan panadol. not good lah sayang.
**wan-semoga mencapai impian nak jadi Engineer. 
**haziq-jangan garang-garang sangat, hehe
**emon-telinga untuk mendengar. orang cakap, dengan betul-betul ye.haha



gonna miss them . >,<
soryy i screencapture status u olls but this is for our frenship :)
ada masa, peluang, dan rezeki, we'll meet again, InsyaAllah.






Tuesday, May 22, 2012

sahabat :)

Assalamualaikum heyyoo hari ni dah 2 Rejab ^^


Just wanna share the event happened last Thursday between me and my sahabat :-

"AIDA-PUTERI-FATIMAH-WAN-AZIQ-EMON-SHAB"

Memandangkan lepas ni masing-masing akan berhijrah ke tempat lain untuk sambung belajar, marilah kami  sama-sama berkumpul for the last time ya . Lepas ni komfem susah dah nak gather beramai-ramai macam zaman sekolah dulu . Yeahh masa sekolah dulu, diorang nilah yang jadi pendamping setia aku . hihi semua sekepala seperangai semalas serajin sekuat makan sekuat gosip sekuat jalan-jalan .

Macam biasa, plan mahu berjimba dekat CS memang aaa takde tempat lain . Alhamdulillah boleh dikatakan semua kroni aku *wahh kroni giteew* dapat datang kecuali dua orang peminat K-POP yang tegar :- AMIRA & SHERY haihhh masing-masing tak boleh join, sibuk berK-POP ke hape hah ?busy lah konon , sedih wehh tak dapat jumpa korang =='


sambil tunggu Emon and Aziq, moh la kita bergambar bajet pelancong ^^

Then macam biasa aaa masuk CS , after pastikan semua anak itik dah cukup , marilah kita berjalan terkedek-kedek naik Level 5 beli ticket movie. Sape yang jadi mak itik? yee aku dan Aida yang jadi mak itik jalan laju . yang lain sume saaangat anak itikkk , takpelahh kasi chan diorang jalan berombongan lepas ni belum tentu dapat kann tsk tsk -,-


anak itik yang comel aziq-timah-shab :)


Nak decide tengok movie apa punya lah susah . tak tahu pon cerita apa yang best . At last , semua setuju tengok cerita SAFE . genre: ACTION . genre hantu tidak mendapat undi ye. hahaha

aku bagi 10 bintang untuk movie ni! best gilaaaa :D
budak Cina tu pon berani betul berlakon citer tembak-tembak ni heheh


Hero dia smart gilaaa *dah lah smart, gila pulok tu*

Overall ceghiter ni best sangat sesak nafas tengok sebab asyik suspens memanjang! sampai yang beli popcorn pon tak sempat nak makan, punya lah syok tengok depa dok tembak-tembak . Aku pulak dok peluk-peluk lengan Aida sambil menjerit . wakaka gilaa drama kau izzati ! Heyy memang neves okeyyy tengok depa selamba je tembak kepala orang O.o


Ehh lupa pulak . sebelum masuk panggung , we all pergi makan dulu kat Foodcourt . Ohh i like this moment , dah lama tak makan semeja dengan diorang . masing masing dok cerita pasal matriks laa diploma laa . haihh tak lama lagi aku je sorang-sorang kat JB ni , diorang semua dah mendaftar . Sambil cakap-cakap sambil makan . yeayy! makan Sizzling Yee Mee lagi ! ohhh my favourite food dekat sane , sedap gils ! ditambah dengan milo ais memang berselera mak itik ni ^^


here we are ! 
ohh tak boleh tengok aa sizzling tuu rasa lapar pulak 


Ehh lupa pulak , ada jugak empat orang jejaka yang follow kitorang on that day . jejaka yang bijak pandai semuanya ZAHIN-SHIFAQ-IMRAN-FAIZUL

Zahin , thanks belanja aku Coolblog tapi Fatimah yang habiskan haha
Shifaq , banyak cakap rajin bergurau 
Faizul, kerana kau kitorang gather , so tenkiuu :)
Imran , long time no see tak tahu nak cakap ape niee :p

Next ialah sesi melawat kedai-kedai kat CS tuu especially inner City. macam nak kaut je semua yang dijual kat dalam tuu haha . dan amazingly , the jejaka(s) follow je the gadis' menyoping . wahaha sangat aku tak sangka . veryy the penyabar ok mereka bertiga*imran dah balik* Suka jugak moment nie. saling rambang mata, tapi tengok je , window shoping lah katakan . kang kalau shoping betul-betul , memang sehelai sepinggang je kang yang tinggal =,= Aku telah menyinggah masuk ke PADINI ditemani Put, Aida, Wan, n Shab. Rajin betul diorang tolong aku buat pilihan. Rajin sejak azali ke rajin sebab abang promoter tu hensem? kehkeh :D

Dalam pukul 5, gerak lah anak-anak itik ni balik ke rumah masing-masing. naik bas beramai-ramai. ohhh saat perpisahan dah hampir . Emon yang pertama turun. okeyy salam-peluk-ciom makcik ni yang akan ke over the sea , meredah laut cina selatan. Yang lain turun dekat Angsana . salam-peluk-cium jugak dekat sana , tak hirau orang lain yang memandang. diorang apa taw value of our friendship . huhuhh . Hopefully ada chance , kita semua dapat jumpa lagi okeyy . kite sayang awak sume sangat-sangat <3











Saturday, April 21, 2012

keramaian @ Kempas Indah :)

Assalamualaikum selamat petang , jangan tidur petang taw nanti boleh jadi gila . haha


mukadimah agak mengerikan ye walaupon aku sendiri selalu je tidur petang , wakaka setakat ni belum gila lagi, masih waras . alhamdulillah >,< Hari ni hanya mahu share photos yang di captured masa Ustazah Fdzilah buat BBQ kat rumah dia untuk budak-budak 5SN1 2011 pada 14 April. rasa disayangi sangat-sangat sebab ustazah sanggup buat event ni khas untuk meraikan keputusan SPM kitorang yang semuanya gempak . Alhamdulillah untuk subjek Agama Islam , all of us managed to get A :) Jiran-jiran dan guru-guru lain turut dijemput memeriahkan lagi suasana . Best sangat sebab dapat jumpa my classmate yang dah lama tak jumpa. selalu jumpa dekat FB je , tak feel langsung -,-  So thank you ustazah sebab adakan majlis ini walaupun siang tu hujan sangat lebat , takut aku nak keluar .




dimulakan dengan ini budak . her name is Izzah anak ustazah 
sangat bam bam . sedap je peluk tapi dia gengster kalau mula-mula kenal . 
lepas tu , suka je kalau orang panggil dia Izzah Hariz . ombak rindu lah sangat 
nama tu dah lah sensitif . terasa mak =,=


hmm yang tiada dalam gambar ni Wan, Aida, Shab,Haziq.
aida pergi mana entah , tapi yang lain tak dapat datang :(


ustazah Fadzilah . big thanks to her , muaahhxx :)


cikgu Ali and the boys yang memeriahkan suasana .
 kalau buat event , mesti ada cikgu Ali kay baru best . 
ohh gambar boys tak banyak pulak kali ni , semua pemalu . erk -,-


mana aida hah ? aida suka menghilang ke apa ni -,-
ehh perasan tak, teacher Eli came join us that day!
puas hati dapat jumpa beliau even teacher main merajuk-merajuk kannn . hehe :)
oh ye,cikgu Surya pon datang , tu anak-anak dara dia yang kecik kat bawah tuu .


dah nak balik . baru ada Aida . tapi geng Salmah pulak yang balik awal . 
tengok Izzah tuu , geram betul dengan dia ^^,


Lama jugak dekat rumah ustazah , dah pukul 10 lebih baru gerak balik . Thanks syafik sebab hantar aku, putri dengan yana. Wahh ramai betul member yang dah berkereta sekarang . senang , main tumpang-tumpang . aku bila entah nak drive . adoi T____T . Haaa lepas ni kitorang dah plan nak buat Final Gathering. kasi gempak sikeeet ! harap jadi kenyataan, InsyaAllah :)





Sunday, April 15, 2012

congratulations !



setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :

PLATUN KADET POLIS(P) SMKTU 

sebab berjaya menggondol  johan Kawad Kaki (GO)
dan dapat ke peringkat negeri . 

*ayat macam dalam sijil . lepas ni print je, bagi sorang satu kat diorang HAHA


sangat berbangga dengan kemenangan mereka. even aku tak masuk pon , aku rasa teramat
 gembira . berbaloi jugak datang tengok diorang practise selama dua hari . lepastu ikot   
diorang lawan dekat SMK Impian Emas . puas dapat tolong mereka apa yang patut especially bab pakaian , banyak kali aku round kat setiap sorang nak make sure tiada bulu-bulu kelihatan di baju *ohh budak kawad tahulah apa yang aku sedang perkatakan ini . bukan bulu apa pon haha . yeah , u know it . no need I explain kan . lepas tuu , nanti aku nak follow diorang pergi kawad peringkat Negeri . Hmm tahun ni buat dekat Ulu Tiram je ? dekat Todays Mall pulak tuu . ada jugak nipis purse aku tu nanti kang ! macam taktahu je izzati ni suka beli macam-macam walaupun duit ada takde je . hihi . we'll see how it goes.nak make sure budak-budak ni buat yang lagi baik daripada persembahan diorang dekat IE ni . insyaAllah kalau menang , ke kebangsaan pulak ye dak ? kalau tak pon, at least diorang merasa jugak jadi wakil Johor Bahru :)


- okey bai tu saje nak berbicara di sini . assalamualaikum , tahniah juniors !



p/s :tahniah juga untuk sarjen platun ini sebab dapat anugerah Sarjen Terbaik . 
      go Pina go :) 



Tuesday, March 27, 2012

sahabat :)

Assalamualaikum .


Time aku update entry ini ialah jam 4 petang which is masa yang sedap nyeeee kalau tidur petang . hahaha sebab tu on this lappy biar bijik mata nie segar tak nampak katil  ^,^


Hmm dah seminggu result SPM keluar . and aku tak de perasaan nak cakap pasal keputusan ni semua . Tapi, alhamdulillah , my friends and I managed to get great result ! at least , ada lah sejarah yang terlakar oleh batch'94 yang degil nieee :) Apa yang penting bagi diri aku sendiri, dapat tengok ibu, ayah , cikgu-cikgu and others tersenyum gembira . Alhamdulillah, rezeki dari Allah .




And semalam aku pergi Tasek . disuruh pergi sebenarnya . So, dapat lah jumpa lagi sekali my classmates even just a few of us yang ada . we all sat together inside the bilik kaunseling with cikgu Hafsah , our kaunselor , and we talked about our future together . Happy rasanya bila aku dengar planning masing-masing . Hussein and Zahin nak jadi doctor , Wanie akauntan-to-be , Farzana gonna be a dentist, Amir nak masuk bidang seni bina , Haziq dengan Amira nak jadi cikgu , as for myself kalau ada rezeki nak jadi Pharmacist . Fatimah pon nak jadi doctor . heee seronoknya kalau ni semua jadi kenyataan . Hopefully rezeki masing-masing murah , aminnn :)




Then we all makan sama-sama kat kantin . best sangat ! makan sambil terus menerus berbual . aku rindu dekat moment macam nie . Sebenarnya kitorang memang selalu macam ni time sekolah, banyak buat activity sama-sama , berjemaah katanyaa . haha and bila semalam saat tu berulang lagi, aku appreciate sangat-sangat even just ada 6 orang . Banyak benda yang diceritakan, banyak perkara yang ditanyakan .almaklumlah , lama tak jumpakan, berbulan-bulan . Si Amir pon suka je guna peluang yang ada semalam cari pasal dengan aku . Aku pon lebih kurang jee . kitorang memang suka gaduh macam masa sekolah dulu . huiii rinduuuuu :(




kat bilik kaunseling ....




aku : amir, kau mintak kos apa ?
dia  : seni bina . arkitek-to-be niee*sambil buat muka poyo
aku : ohhh nanti boleh buatkan aku rumah !
dia  : boleh , nanti aku buat rumah kau senget-benget
aku : grrrrrr!!




***************************


kat kantin..

dia  : zati, kau na jadi pharmacist ke?
aku : a'ah okey tak? *zahin buat thumbs up , amir angguk-angguk
dia  : ohhh jual ubat laaa nanti . hahha
aku : tapi dengan kau , aku bagi ubat gila. 
dia  : aku nak viagra taw! *sambil buat muka kartun
aku : grrrrrr budussss . HAHA




Ahhhh rindu nak bergaduh dengan mamat niehh . memyakitkan hati jee  , lepas ni masing-masing dah ke tempat lain. kalau dapat sambung belajar kat tempat yang sama, alhamdulillah . Hussein ada suggest nak buat gathering before masing-masing berterabur, hopefully menjadi plan beliau . aminnnn .




Yang aku perasan, semua kawan-kawan aku, kalau dah pergi Tasek , memang liat nak balik . suka je lepak-lepak . termasuklah aku . hikhik . even dah takde kena mengena , tetap nak stay lama-lama . sayang sangat kat Tasek nieeeee. <3




gambar masa hari ambik result :)

suka taw lepk sampai petang kat Tasek :)


cikgu ali yang mesra selalu tak penat bagi penerangan :)


itu sahaja gambar terbaruu . nak tengok gambar yang semalam alaa yang aku kena suruh pergi sekolah tuuu kena cari dalam surat khabar Utusan . cehh promote tawww. hahaha . k lahhh . bai ('',)





p/s : si gemok kembali pulang :)

Wednesday, February 22, 2012

Shab 18th Birthday :)



ini kawan aku nama dia Shab. comel kan ? ye, kawan aku sume comel macam aku


Assalamualaikukum  :)
ohh sebelum tuu, entry ni , entry tertunggak ibarat bil elektrik rumah cik Senah belakang rumah . so, sekarang baru nak jelaskan panjang lebar :)


Hari Khamis -16 Feb pukul 7.20 maghrib .
aku tertidur sebenarnya HAHA ya allah ank siapa ni buruk perangai kan -____-
Tapi terbangun sebab dengar bunyik phone ,
 ''i love you, you love me, we are happy family .. blablabla..''
tu bunyik phone aku tuu menandakan ada mesej masuk . konon comel la letak lagu Barney?ok fine.takcomel
Rupanya Shab hantar mesej , dia ajak  makan pizza sempena birthday dia pukul 8 malam 
Lepas tu aku dah gelabah , pikir nak pakai apa, baju belum gosok, siapa nak hantar , siapa lagi pergi , put pergi ke tak - see? gelabah gilaa sampai mesej semua orang tapi sorang pon tak balas T_____T
Tetiba Aida kol, dia tanya aku pergi jamuan Shab ke tak, dah lah dengan rileks nya dia bercakap time tuu! aku pon pelik, si Shab ni kenapa ajak orang last minit ?
at last, aku tanya Aida, ''Shab ajak bila ?"  dan Aida dengan cool nya jawab ,''hari Sabtu nih''

OK FINEEEE!AKU SALAH TARIKH RUPANYA LAMBAT LAGI . DAMN ! memalukan nasib baik belum kech-kecoh kat rumah . thehehe malu sendiri  

Lepas tu dah hari Sabtuu . kite pon pergi dekat Pizza Damansara Aliff ayah hantar . hewheww seghonok gila dapat jumpa Aida. Wan dengan Shab dekat luar tuh . Lepastu lagi , aku masuk Kfc sebelah tuu ha belikan my adik burger dia. Dan for the first time , aku melangkah je, budak-budak kerja kat situu cakap SelamatDatang
secara berjemaah denga lantangnya ! At first macam pelik , aku pusing belakang pandang Aida dengan Wan , lepastu semua ketawa . bengong kan . malu weehhh ! -___- Tapi meriah kott macam tuuh Kfc lain takde pon ? O.o


Ehh lupa pulak. Jemputan birthday celebration tuu bukan dari Shab sorang , tapi dari partner dia jugak. hihi nama dia Kad . si Kad pon bawak member-member dia jugak . so, dah beli Kepsi mestilah kena masuk pizza. okeyyy malu yang amat kalau nak tahu aku time tuh . rasa macam dalam zaman Ais . haha .sebab apa ? sebab aku tak kenal langsung mereka tu semua . Kad pon jumpa dia baru few times. Tapi buat tak tahu jelahh . Sabar jo laaah kan , masa order pizza tu very the muafakat Hahaha i like . lama-lama dah okeyy kott dengan diorang . tak lah diam je, ada yang ramah-tamah tu yang mencairkan ais kat si perempuan pemalu ni . Yeee betul, aku memang pemalu dengan orang yang langsung tak kenal , dah kenal pon malu jugakk sebenarnya hikhik *kau pikir comel ke gelak macam tu izzati ?*


Jom tengok gambar jelah ehh. dah tak taw nak cakap apa dah . buuuuu kat diri sendiri Lol :p


Shab dengan Wan . Wan sekarang dah ambek Pra Dip kat UTHM . engineering tuu ? kau mampu? aku tak mampu :)


me with Aida . dua-dua dok tanam anggur je kat rumah . HAHA 


All of Us . tapi ada sorang member Kad yang dah balik awal. kenapa tah ?


Ituu saja nak share :)
By the way, big thanks to Shab and Kad sebab belanja kami *untonglah Shab ada org sayanggg..*
i'll really enjoy the night lagi-lagi dapat jumpa girlfriends :-))
till here , k bai. assalamualaikum~


Tuesday, February 14, 2012

kerinduan

assalamualaikum :)


tadi petang aku pergi Tasek yang dirindui  .
bukan setakat pergi, tapi siap masuk sekali walaupon rasa was-was haha
aida pon aku angkut sekali
hmmm alahai bila masuk tengok kat padang , penuh dengan budak budak ni
masing-masing dengan akitiviti diorang
netball ada, memanah ada, rugby pon ada. errk rugby ? hmmmm
kat luar dewan and cendawan(pondok tempat lepak) pon penuh jugak
apa lagi kalau bukan dengan budak kawad 
rindu dekat kemeriahan Tasek waktu petang !!!! 
tujuan aku datang pon sebab ni lah, nak tengok my lil KP kawad
unfortunately hari ni diorang habis awal . apa masalah tah ?
whatever
 yang penting bila kitorang datang je , ramai juniors yang still kenal lagi
muka memasing kemain eksaited Sumpah rindu diorang!
malu pon ada 
ye ahh masuk sekolah pakai baju luar, ber-pashmina bagai  TAPI still pakai tracksuit 
gila kau nak pakai jeans? T________T
sempat jumpa my classmate, Cikok wahh dah jadi trainer rugby mamat ni . untunglaa boleh selalu datang sini
lepas tu jumpa cikgu Surya and Cikgu Sheda :))
aku tak taw kenapa aku terlalu sayang sekolah ni .
maybe banyak sangat kenangan manis kat sini 
love Tasek forever <3




ramai yang sentap aku datang Tasek tak roger-roger diorang dulu 
memang nak jumpa my cikgu Ali pon. tak sangka dia dah balik :(



lepastu cikgu siap tag aku kat status dia lagi :-


omey nya cikgu kitaaa nak main tembak-tembak HAHA


thats all for tonite . 
Tasek, rindunya kat awak !!!*macam Tasek tu manusia*
ok bai .




Sunday, February 12, 2012

still the same :)

Assalamualaikum.


Penat gila hari ni . Tapi takpe kalau kepenatan tu berbaloi dan memberi kegembiraan yang tak dapat dibeli kat mana-mana kedai dalam dunia ni . haiyaaa! ayat pertama pon macam puitis siket HAHA . hari ni happy sekali lagi sebab dapat hang out dengan dua best friend aku yang dah lama sangat tak jumpa . yang sorang ni dah kawan dengan aku since Darjah Satu lagi . haaa gila lama okeh kawan dengan dia . satu sekolah sampailah Form 3. then bila form 4, dia pindah SAMURA . budak SBP ni  *winkwink* ehhh lupa pulak nak bagitahu nama dia, nama dia panjang, but I call her Zie for short :)  Haa lagi sorang pon aku dah lama kenal dengan dia, since sekolah rendah jugak . Tapi rapat sebab kitorang duduk together dekat sekolah agama . yeahhh aku ni pemalas nak datang sekolah gama , dia pon sama . dekat sekolah gama, kitorang duduk tiga orang :- dia , aku, puteri . tiga-tiga ni selalu tak datang . ehehhh . nasib baik ustaz tu cool je dengan budak bertiga ni. *tetiba rindu kenangan lama lol* tapi lepas habes sekolah rendah si Afiqah ni pindah SSP . hmm kawan-kawan aku semua budak SBP seyhhhh 


takde keje menconteng kat Paint haha 
see? i still remember about my kelas kat Sek Agama okeyy :p


cukup setakat itu kenangan dulu-dulu. hihi mari kita focus tentang hari ini . macam tak biasa je kalau hang out takde tempat lain nya nak di pergi , komfem-komfemlah kat Bandar Petak tu (read:-City Square) dan takde benda lain nak dibuat kalau pergi sana, mesti tengok wayang . dan aku lupa nak cakap siapa je yang join today . hihi sori sori. yang ada hari ni ialah Aku sebagai Yang Berusaha, Aida sebagai Teman Setia kemana aku pergi dia mesti boleh teman and absolutely Zie dan Pikah sebagai Yang diundang last minit .   Dah lama aku ngidam nak tengok cerita ni :--

-
-
-
-
-
-

cerita Azura 
masa tengok thriller filem ni macam best sebab tu nak tengok sangat 


Masuk panggung dah lah lambat sepuluh minit . haha ni semua sebab Zie dangan Pika lambat sampai . gelisah je aku tunggu dengan si aida sampai plan nak masuk panggung dulu and tinggalkan ticket untuk diorang kat Abang jaga ticket tuuu*kejam sangat tapi tak buat pon plan tu. haha Hmm kesimpulan cerita ni ? not bad at all . aku suka Neelofa dalam cerita ni, cantik je baju-baju dia *ni lah perempuan ye, takde benda lain nak tengok. ada ke patut tengok baju orang  Lepas tu si ShahJazle ni pandai pulak berlakon nangis-nangis macam Aron Aziz dalam Ombak Rindu . Mamat ni pon pandai dress up almaklomlah anak orang kaya T____T


masa ni si Lofa@Azura nyanyi . Hahha omel angat <3




Ohhh damn romantic cerita ni . untunglah kalau ada lelaki yang setia sanggup tolak harta semata-mata demi perempuan , tak ego sangat pulak tu . Ada ke lelaki macam ni sekarang? *point to ponder*



Lepas habes tengok wayang , ke surau then ke Food Court . muak kott asyik makan Kepsi  Mekdi semua tuh . Empat-empat pakat makan Sizzling yeayyyy yummy ! Dah kenyang mestilah ke lokasi wajib -MPH membelek novel , belek je kay, kalau beli mampuih kena bebel dengan ibu . T_________T pendam perasan.
Then tetiba baru sedar Cs dah dipenuhi orang Cina sebab malam ada Pesta Ching Gey ? im not sure with the spelling . plus tahun ni JB jadi tempat pelancaran. Si Najib pon datang . nak tengok perarakan ke ? haha
Okeyy serius jam jalan kat luar , sempat jugak aku menyelit nak tengok what happen around kan . dasar busybody . Naseb baik lah dapat Cab pergi Angsana pulak. sambung jalan kat sana . hewheww


 huru hara je pic ni Hhaha rindu kat diorang dah terubat <3


thats all the memory for today , bijak kan keluar time Pesta Ching Gey . lepas tu cuak sendiri sebab tak boleh balik . nasib baik dapat can bertambang rm12 . dah lah pakai duit afikah belum bayar taw kat dia , tak sempat busy benor berjalan . . eheh nanti lain kali kitorang bayar yeee 

k peace :) hope there's another million chance to meet them . berbalik kepada tajuk hari ni, apa yang still the same ? of course lah diorang. dah lama tak jumpa. masih sama perangai macam dulu. haha especially Afiqah :)