Monday, June 18, 2012

medical check up O.o

assalamualaikum :)


hari ni aku pergi buat medical check up bersama ayah dan ibu tercinta. mula-mula tak ada dalam perancangan pon ibu ikut sekali, tapi makin dah dekat dengan hari nak pergi buat med.chekap ni, aku jadi seram pulak kena uruskan diri sendiri sorang-sorang dekat hospital tuu, jadinyaaa, aku ajak ibu, buat muka kesian, kalau tak ibu taknak layan, cehhh . sorry mum, kacau yu kerja . hihi. bukan apa, HOSPITAL okeyhhh ! aku takut hospital! muahaha tengok hospital pon meremang badan kiteww apatah lagi masuk hospital and buat itu ini dekat sana. Lagi-lagi kalau HSA JB, dengan sesak nya dekat sana, dengan sana sini orang sakit , tapi alhamdulillah, ayah taknak pergi buat med chekap aku kat sana, lambat katanya. biasalahhh  sana orang ramai, nak tunggu result pon, dua minggu baru boleh dapat .walaupun free. ohhh benda ni memang kalau boleh nak settle dengan cepat :)


and we went to Hospital Penawar PG. non-government so result med chekap dapat dalam hari yang sama jugak! bayaran? RM 228 merangkumi pelbagai test . test yang aku buat bukan yang basic okeyy,MARA kan banyak cekadak , HIV test pon kena jugakkkk kiranya berbaloi sangat! ini private hospital yang termurah setelah disurvey oleh incik Ayah.ada hospital yang charge RM298+++ see the diiference? so, hari ni aku promote Hosp.Penawar Pasir Gudang kepada awak semua. boleh lah pergi kalau nak buat med chekap di private hosp. di samping selesa, tak perlu menunggu lama, di sini jugak staff nye baik-baik senyum sentiasa. hehe aku dah macam duta pulak . oke tak dapat bayaran pon take, asalkan aku memang suka hosp ini :D




gitewww. haha sila datang jangan pikir banyak-banyak^^
waktu operasi : 24hours

aku nak citer pengalaman aku buat med.chekap. wahhh dah hampir 18 tahun hidup di dunia yang fana ini, baru pertama kali buat proses ini sungguh aku berdebar. tapi tak lah sekuat debaran nak ambik result SPM mahupun debaran mahu berjumpa si dia. ewahhh kemain. okeyy jangan main sangat, mari kita teruskan. alaaa takde gambar lah. elehh buat med.chekap pon nak bawak kamera. takyah nak poyo sangat aaaa. fokus izzati,focus. 

1. parking kereta. pastu jalan siket menuju hospital meredah terik mentari. panas ek Johor sekarang. me not like it. ayah jalan laju sangat, lepas tu aku dengan ibu kena marah sebab jalan terkedek-kedek. haiyooo sabar la ayah , tak lari pon hosp niee. padahal jam dah pukul 10.45am and we have to back home before 2pm. my dad have to work! sampai je, terus pi kaunter cakap nak buat med.chekap dan nurse tu terus buat pengiraan kos untuk aku. settle!

2. then kena tunggu dalam 5 menet dekat depan bilek rawatan kot. mana aku taw nama-nama bilek dekat situu.sambil tunggu tu aku tanya-tanya la ibu pasal urine test segala bagai. *masa ni lah ko nak tanya, selama ni kat rumah taknak tanya.takpaham* aku tak pernah pon buat urine test ke hape selama ini tapi aku tahu la macam mana kannn tapi bila kena buat untuk diri sendiri, aku cakap dengan ibu, ''erghhhh taknak laahh!tak suka laaa..'' boleh gitu ? wakaka then nurse dalam tu panggil and she gave me the bekas to do the urine test. aku punya muka time ni takpayah cakap la, sangat berat hati yu knowww. aku tak suka lah. haha apa-jenis-manusia-aku-nie?

3. Lalu dengan ditemani ibu*ni lah tujuan aku ajak ibu, boleh beliau teman aku, ai kan anjerrr* aku pergilah buat urine test lepas tu submit balik the bekas dekat nurse tadi. Cehhcehhh citer macam senang benorrr aku buat kan padahal ni aku skip ke niee. jangan tak tahu cubaan ketiga lepas minum 2 botol air mineral secara paksa baru nurse cakap, Okeyy . 

4. Masuk bilik rawatan, ibu ikot. yang best nyaa, memang ni semua aku sorang, takde pesakit lain. semua tumpuan kat aku. First, duduk ambil tekanan darah. ni dah biasa, selalu je buat kat rumah sebab ayah beli mesin dia. lepastuu, ambil darah. Haaa ni lah yang aku lemah sangat!! aku tahu ambil darah ialah sakit dan jarumnya besar dan darah yang diambil ialah banyak ohhhh!masa ambil darah , yang buat ialah nurse pempuan melayu. dia baik. lembut je, nasib baik tak garang.heee mula-mula carik urat dekat tangan kanan, tak jumpa okeyyyy!katanya, urat aku halus sangat*masalah betol aku ni ek* Carik pulak dekat tangan kiri. susah jugak nak jumpa urat tu, habis dijentik disapu ubat, sampai ibu pon tumpang carikan urat, at last jumpa! start dicucuk. OMG sakettttt!aku cuba tak layankan sangat perasaan tu. Tapi, malangnyaaa darah langsung tak dapat diambil. kau bayangkan jarum besau gedabak tu dah full masuk dalam kulit, darah pulak tak tersedut langsung. kenapa nieee?aku dah cuak dah. mana darah akuuu?  Jarum terpaksa ditarik balik. Nurse mintak izin nak cucuk lagi sekali. aku dah berkerut kot masa tuuu. nasib baik ada ibu. kalau aku sorang-sorang dah meleleh agaknya. hahaha . masa nak cucuk second time nie, nurse yang ambik tekanan darah tadi datang kat aku, sibuk pulak dia buat test rabun warna atau tak. saja je nak alih perhatian kitewww. tapi tetap sakettt bila jarum menyucuk. terkeluar jugak ''adoi adoi saketnya..'' dari mulut aku. gilaaa emo pempuan ni -_____- akhirnya, BERJAYA! sayu je aku tengok darah aku . tsk tsk :'(

sebab tu aku taknak jadi doctor. yang ni pon dah lemah, apatah lagi nak handle orang eksiden segala. aku jadi pharmacist je laa. 


5. lepas ambik darah, pergi buat X-Ray pulak. ni pon kena tunggu dalam 10 minit. yang lain semua lelaki, aku je pempuan. pelik di situu . mana pempuan lain?Hmm masa tunggu ni, aku cuak lak tetiba. sebab adik aku cakap, x-ray ni sakit. kecoh lah dia, apesal dia bagitahu, kan aku dah takot!! then bila turn aku, masuklah. kena tukar baju khas utk x-ray kan. pempuan biasa laa, leceh nak bukak itu ini, sampai akak tu tanya aku, dah siap ke belum. hihi. Lepas tu, aku kan blur-blur ayam, aku tengok baju tu semacam je! ada tali lah, besar pulak tu. Sampai aku tanya akak tuu, ''akak baju nie, yang tali tu belah depan ke belakang?''
wakkakaka bodohnyaaaa aku.akak tu jawab,''mana-mana pon boleh.'' dah siap tukar baju, aku pon keluar lah, tetiba akak tu cakap, ''ehhhh tudung bukak jugak'' whathheesillynyeaku!
mana aku tahu kena bukak tudung. ibu pon tak cakap. ibu cakap bukak baju-baju dan rantai je. okeyyy, malu saye. nasib baik Akak, kalau Abang? taknak aku buat X-ray kat sini lagi lain kali. muahahha. then, buat lah x-ray. Tak sakit pon!! sekejap je dah siap. Tapi ibu cakap aku paling lama kat dalam tuu. ye aaaa kalau aku taw kena bukak tudung, dah lama aku pakai tudung Express je. ni dengan bawal berlilin tu, hodoh sungguh lepas buat x-ray tuu.

6. dah dapat Film X-ray. hantar kat bilek rawatan tadi. lepas tu buat ujian rabun ke tidak , lepas tu lagi jumpa doktor. Check itu ini, bayar dan settle!!! hauyeahhh boleh balik! tak suka pergi hospital lama-lama!aku settle pukul 1pm, result keluar pukul 2.10pm. cepat kan? :) tapi ayah dengan ibu pergi ambik result tu malam sebab ayah kan kerjaa. alhamdulillahh, takde masalah kesihatan , HIV pon takde. kahkah takut sangat kan. Ibu saja nak kenakan aku, dia cakap aku ada penyakit darah gemuruh! hahah nak perli letttewww!!


Okeyyy itu saja pengalaman pertama aku buat med.chekap. banyak benda bengong aku buat dan terjadi. hahah malu kot! sakit dekat tempat ambil darah masih terasa. eishhh cepatlah baik. takmow rasa sakit lama-lama. Selesai sudah satu urusan. alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment