Wednesday, June 27, 2012

Dejavu Di Kinabalu : mata keluar LOVE^^

Assalamualaikum . 


Sekarang ni dekat TV3 tengah hot drama Dejavu Di Kinabalu pukul 7pm sampai 8pm . Ohh tak suka betol timing untuk drama slot Akasia ni lahhh! Kacau waktu maghrib je, dahlah semua pon ngetop ngetop, kalau boleh taknak miss satu episod pon , malahan satu saat pon taknak tinggal, makanya kena lah pandai-pandai adjust supaya tak solat di akhir waktu kan. Hmm ehh TV3, tukar boleh tak timing nie? buatlah dari 6.30pm sampai 7.30pm, kan nice tuuu . Tapi, siapa lah diriku ini, takde siapa pon dengar luahan hati ini. tsk tsk tsk :'(


Dah takpayah nak drama sangat . Aku kalau tak minat gilaa dekat citer ni, takkan aku buang masa tulis dekat sini. Untonglaa citer ni dapat masuk blog yang takde siapa baca nie. kahkah. Hmm tapi seriously citer sangat BEST, ROMENTIK, JIWANG, SWEET dan segala bagai lagi. 


yang buat lagi feeling haruslah Hero dan Heroinnya . 
Tiz Zaqyah a.k.a Nadhirah dan si hensem Akasha a.k.a Ammar


Akasha adalah salah sorang hero malaya yang menjadi pujaan hatiku. Cehhhh . hahaha suka style dia, pakai baju lain dari lain, sempoi gilaa, berlakon pon natural sangat! bila dia tersenyum , aku pon ikut tersenyum!!muahahha parah betol. Tiz pulak biasalah, comel macam kucing, pakai apa pon cantik, suara serak-serak basah tapi takde lah minat kat dia sangat.  Layan jelah tengok diorang ni berlakon Isnin sampai Khamis.kalau boleh nak mengikuti sebab citer ni pon lain dari yang lain jugak. Plot dia menarik*tetiba jadi pengulas drama Melayu*, tak boring oke tengok !sebabnya aku dah jatuh cinta dengan Akasha.eh eh? boleh ? hahah

Siapa yang tak mengikuti citer ni, biar aku citer kan siket-siket eh apa yang aku paham dan berdasarkan my point of view. Nadhirah ni sebenarnya dah bertunang dengan bos dia, Bazli lakonan Nazim Othman yang serious memanjang dan sangat caring dekat dia sebab sebelum ni Nadhirah ada penyakit jantung kronik. Tapi, sekarang Nadhirah dah sihat walafiat lepas jalani pemindahan jantung. Haa kiranya dia dapat jantung dari orang lain yang dah mati. Nadhirah ada sorang kakak iaitu Uzma lakonan Rabecca Al-Islam. tak suka aaa watak akak dia ni, annoying sangat, cekci pulak tuu. Oke, kenapa aku tak suka? nanti kejap lagi aku citer. Masuk pulak bab hero pujaan, Ammar. Ammar seorang interior designer yang baru balik dari Australia.Pergi Australia untuk merawat hati yang luka lepas makwe dia si Innara lakonan Aisyah Ilyas mati. Mulamula ingatkan pempuan ni Shikin Kamal, rupanya salah orang, dua-dua pon tak femes sangat! ewahhh engkau mengata orang tak femes, macamlah diri sendiri tu femes sangat izzati! oke, sambung balik. Dan macam ada jodoh, si Ammar dengan Nadhirah ni selalu sangat terjumpa secara kebetulan. Bila jumpa je, mulalah si Nadhirah ni pegang dada dia, konon jantung berdegup kencang letteww! Sebenarnya, jantung yang ada dalam badan Nadhirah tu, ialah jantung si Innara. Haaa patut pon berdegup kencang bila nampak Ammar, sudah tentu itu pakwe dia. So sekarang ni si Ammar dah jatuh cinta dengan Nadhirah, tapi Nadhirah ni dah ada tunang. Achaner tuuu? Walaupon macam tu kan, diorang tetap spend time together tu yang masuk mood sweet romentic dan lain-lain tuu. hihih.Yang buat saket hati, si Uzma sebok pulak nak tackle Ammar. kecohh la lu minah! -____-

Okeyyy tu je serba siket pasal citer ni setakat ini. Akan datang kita belum tahu tapi yang penting aku eksaited nak tengok walaupun Khamis minggu depan aku dah takdapat tengok. Abaikan pasal minggu depan. Lagi satu, yang buat citer ni best sebab diorang bukan berlakon dekat KL je, tapi dekat Kundasang,Sabah and Gunung Kinabalu pon diorang redah jugak. Tu yang hari-hari berangan nak pergi Honeymoon dekat Kundasang lepas tu panjat Gunung Kinabalu denga yang tercinta tuu. cehcehcehhh betapa televisyen mempengaruhi fikiran aku. kehkeh

Subhanallah, cantik kan? macam dekat NewZealand :D
 nak pergi sini suatu hari nanti.lallalalala~

Next, apa lagi yang ngetop dekat citer ni? of course lah background music dia. Tak lengkap cerita chenta tanpa lagu yang jiwang membuai perasaan. Bila tiba part romentic je mesti kuar lagu Butterfly, lagu blog aku ni. Hahah mood sangat Dejavu Di Kinabalu sekarang ni. Part korus tuuu, membuatkan aku terbang macam butterfly. Over sangattt!nyampah! wkwkwkw. Nak tahu tak, dalam citer ni, yang buat aku makin berchenta dengan Ammar,bila saat dia main Gitar sambil nyanyi lagu ni untuk Nadhirah. aauuwww terus mata aku keluar love . haha sweet kann . ada jugak diorang duet nyanyi lagu ni, suara Nadhirah dah la cekci, memang terbayang bayang je scene ni. Apa pon tak boleh aku ni. Rindu pulok nak dengar CA aku main gitar. puiiihhhh :p

Makanya, nampak tak keterujaan aku dengan citer ni. Haaa aku bukan manusia yang suka tengok TV sangat, hanya citer tertentu je berjaya buat aku melekat depan TV, contohnya citer Dejavu Di Kinabalu ni. hehe hopefully akan ada happy ending. Aku perlu pikir guane aku nak tengok citer ni bila dah masuk Cyber lah. takot tak sempat je nak hadap laptop tengok kat Tonton.my kannn. We'll see then. By the way, Ammar, i heart yuu! wakakka

Akasha pakai baju kuning ?? aku nak jugakkkk !


yeayyy KUNING sama dengan AKASHA
haha layan jelah tingtong aku ni 


















No comments:

Post a Comment