Sunday, February 27, 2011

Heppy First Monthly Test :)

Assalamualaikum and hye ..

Esuk (28/2/2011) dah start ujian bulanan 1. Heh takut la tapi aku dah ready menempuh soalan-soalan tersebut.
yeah!aja-aja fighting!mungkin orang kat rumah tak nampak aku study Haha tapi aku dah ready,insyaallah .doakan aku dapat A bergolek-golek haaa sebab ujian first ni lah orang kata penanda aras untuk ujian seterusnya . i'll try my best for it and hope u guys can pray for me :)

Good Luck to all Tasek's students!!!semoga mendapat result yang gempak-gempak ('',)



p/s : thanks for  'your' wish :)

Saturday, February 26, 2011

something than nothing

Assalamualaikum and hye :)


Hari ni ada workshop kat sekolah Haa tapi bukan workshop kereta ke apa jadah semua tu tapi ni workshop anjuran SLB a.k.a. Students Leaders Board . yeah im one of the committe member and workshop tu ada nama glamour-Speak to Be a Leader nampak menarik tertarik kau memang tembam kan? Alaa nak senang panggil jelah Bengkel Pengucapan Awam,lebih ringkas tepat padat dan bermatlamat.So bengkel ni ada dua bahasa , BM and BI.


Yang tak best nya aku bangun lambat!!!!nak gerak kol 7.30 aku bangun 7.23 HAHA buat lawak je di pagi hari lepas tu boleh bersoal jawab dengan ibu dulu lah hape lah baru mandi.naseb baik si Putri memahami so kitorang gerak pukul 7.50 . Hambek kau gila cepat aku bersiap tapi tak sempat sarapan,tak dapat minum air milo,terlupa bawak purse,tertinggal borang kebenaran lepastu tisu pun tak bawak Haila haila memang clumsy gilaa*jangan tiru aksi aku :p


Okey dah ckup cerita pasal ke-clumsy-an aku tuu. Bila dah sampai,ramai jugak datang awal Al maklumlah diorang bangun awal tak macam aku.so the workshop started at 8.30 by Cikgu Ali . Dia bagi tips untuk kami public speaking depan audience in BM.Yeah banyak benda baru aku belajar.Lepas ni boleh lah praktikkan.Ehem!haha.At the end of the session ada aktiviti which is aku kena jadi wakil kumpulan as a promoter jual barang and my group decided nak jual Pen . Pom pang pom pang aku cakap kat depan tapi dalam hati dah macam kompang kena palu,nervous gila HAHA but i make it oke la , not bad :)


Next ada aktiviti makan. nasib baik dapat makan tak lah aku kebulur sebab tak sarapan.Lepastu sambung workshop BI by Teacher Fadzleen yang superdupermantopp tu.Masa ni pun ada aktiviti which is setiap orang kena cakap about one chosen topic kat depan audience and the topic was random.Phewww !tiba tiba aku dapat topic antara yang tersusah. Hmm i mean topic lain maksudnya tersurat tapi aku punya mak sud tersirat.

A Glass Half Full

Bayangkan apa je aku nak kena cakap pasal that topic?But at last terkeluar lah broken english aku HAHA at least ada idea yang lain daripada yang lain. naseb baik aku ni suka merapu meraban ada jugak faedahnya :)

So workshop hari ni habis pukul 12.30 lepastu ada lagi buat kerja kerja lain yang berkaitan dengan SLB sampai pukul 5.30 . Bayangkan lah separuh hari aku pergi sekolah malam pulak tuisyen.Bila lah masa nak bersama anak-anak dan suami-suami kan? O.o Next week pulak ada monthly test aduhhh risau bangat nehhh .

Dah la,aku nak tidur . Mata ni kalau depan lappy tak pernahnya ngantuk kalau ngadap buku bukan main berair lagi dia. Hish! Gud nite everyone . Sorry no picture display aaaa.. belum diupload lagi . Bhaiiii :)

Thursday, February 24, 2011

Mr.Om dan Miss Pan :)

Assalamualaikum and hye every sweet and awsome person reading this :)


Since dah lama tak berblog , so aku nak asah balik skill merepek merapu meraban yang dah lama ditinggalkan, Thehehe Ada satu kisah aku nak ceciter kat sini Huhu yang tak baik dijadikan sempadan and yang baik jadikan pengajaran. Hmm lagi satu,kisah ni takda kena mengena dengan yang sudah meninggal dunia tapi yang masih hidup ada la kut? O.o


Tersebutlah kisah dua orang teman tapi mesra yang sering bergaduh bercakar-cakaran,bergurau senda bercanda ria tapi masih dalam batasan bernama Ombak dan Pantai *nama agak sentimental,HEHE tapi nak lebih glamour aku tukar lah jadi Mr.Om dan Miss Pan nampak lebih clear dari segi jantinanya kan? :p Ye,mereka sangat akrab dan sering berhubung tak kiralah menggunakan sains dan teknlogi mahupun melalui surat menyurat yang dilipat-lipat berbentuk samosa. Tahu tak samosa tu kejadah apa? Okeyy lemme tell you , samosa is sejenis makanan seperti karipap pap pap tapi bentuknya segi tiga. Comel kan?Kiranya Mr.Ombak ni keatif mampu melipat surat sebegitu rupa kepada Miss Pan. Dan bila Miss Pan terima samosa tersebut akan tersenyum lebarlah dia sampai ke petang :) lalu membalas dengan surat berbentuk Murtabak err i mean segi empat Hehe


Hari-hari berlalu agak menyeronokkan tambahan pula Mr.Om dan Miss.Pan berada di sekolah yang sama iaitu Sekolah Alam Akuatik (SAA). Hambik kau nama tak boleh blah :) Tapi yang menjadi masalah antara mereka ialah Miss Pan terlalu pemalu ibarat seorang yang tiada lubang hidung,tak mampu menghidu aroma sekitar lalu hasrat mereka untuk bersua muka di sekolah asyik terbatal. Kesian kesian kesian . Setiap kali tak jadi bersua disebabkan masalah tiada lubang hidung tersebut,Miss Pan akan berasa serba salah kerana mengecewakan Mr.Om yang kepingin nak bertemu.Tapi Mr.Om memang baik,dia tak pernah mengamuk keterlaluan,dia masih ingin berkawan rapat dengan Miss Pan walaupun Miss Pan  pemalu tahap infinity :) Sebab tu kasih Miss Pan untuk Mr.Om tinggi melangit. :D


Mr.Om sedang berjumpa dengan Miss Pan tapi belum sampai dah patah balik ..
What the Hack?? :)




Panas hingga ke petang rupanya gerimis selepas Zuhur . Masuk tahun baru Mr.Om dah tak sekolah lagi di SAA sebab sudah muak dengan pembelajaran Haha *suka hati aku je Tinggallah Miss Pan keseorangan bersama kenangan. Nasib baik Mr.Om rajin berhubung dengan Miss Pan, dapat jugak lah lepaskan tekanan belajar sebelum jadi meroyan. Pada suatu hari Mr.Om cakap dia nak pergi sekolah balik sebab nak ambil dividen Koperasi sebanyak RM5 sekaligus nak jumpa dengan Miss Pan yang dirindui.dan lepas je Miss Pan dengar khabar tu suka nya dia tak terkata. Tapi dia risau,dia risau penyakit malu nya tiba-tiba menyerang ibarat penyakit sawan yang langsung takda signal . Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan beri dia kekuatan untuk jumpa dengan Mr.Om sambil nyanyi lagu Hari Bersamanya-Sheila on Tujuh :)



Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya

Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya



 Pagi Selasa tu Miss Pan excited gila nak pergi sekolah sebab nak jumpa Mr.Om yang dah lama tak nampak batang hidung.Tapi at the same time dia nervous plus malu. Hehe asyik malu je memang nak kena pelempang ! Miss Pan tak boleh focus belajar sepanjang pagi tu sampai lah bunyik Krinnnngggggg!! loceng rehat berbunyik nyaring menandakan Miss Pan komfem akn terjumpa dengan Mr.Om by hook or by crook. Dia jalan lambat lambat , tahap keyakinan dia dah luntur,penyakit malunya mula datang tanpa diduga.Belum sempat kaki dia cecah  lantai kantin,Miss Pan dah nampak Mr.Om dengan kawan dia,Pak Kuda Laut.OMG!! Mr.Om dah ada depan mata tapi Mr.Om belum perasan kehadiran Miss Pan.Miss Pan pandang je Mr.Om dari jauh sebab dia tak berani nak bersua muka dengan Mr.Om lagipun dah lama tak jumpa ,penyakit malunya semakin serious. Kesian Mr.Om kan. 




Mr.Om pandang kiri kanan mata dia melilau cari Miss Pan. Dia tak tahu Miss Pan tengah tengok dia dari jauh.Dalam hati Mr.Om hanya Tuhan je yang tahu betapa remuk rendam nya hati dia sebab hajat nak jumpa dengan Miss Pan tak kesampaian.Dah lah rumahnya jauh tapi Miss Pan langsung tak sudi berjumpa dengannya sampailah ke hujung waktu rehat Miss Pan tetap tak muncul.Lalu Mr.Om hanya berkirim salam kepada Miss Pan melalui kawannya.Akhirnya Mr.Om balik ke rumah dan bertekad tak mahu datang lagi ke sekolah.Mr.Om kecil hati dengan Miss Pan selama lamanya.walaupun Miss Pan dah cakap sorryy through SMS.Miss Pan menyesal tak sudah tapi tak guna kan benda dah lepas.




Sekarang Mr.Om dah hilang tanpa kata.Mungkin dia dah jemu dengan Miss Pan yang asyik tak bersedia.Dah lama dia tak hubungi Miss Pan.Miss Pan sedar itu salah dia and dia tak mampu buat apa-apa.Miss Pan selalu doa semoga persahabatan yang terbina antara dia dengan Mr.Om akan berkekalan tapi itu semua hanya perancangan ,Tuhan yang menentukan.              -TAMAT






At last habis jugak cerita merepek meraban aku nih kan?Amacam oke tak?HEHE pandai aku mereka cerita.Hmm so moral of the story,hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia di depan mata . Kalau menyesal bila dia dah takda,semua tu dah tak bermakna. Tapi dalam kes Miss Pan ni,dia tak bermaksud tak nak jumpa Mr.Om cuma dia belum diberi kekuatan.Renung-renungkan dan selamat berbahagia :)






Thanks for reading <3

blog terbiar O.o

Assalamualaikum and hai..

Hmm dah lama gila kut tak online semua apa kejadah yang berkaitan sains dan teknologi ni Cehh ayat aku nak gempak aje kan?Okeylah senang citer dah lama tak online FB and ber-blogging Hehe Alasan?malas ahhh nak mention sebab korang pon dah tahu kot,bak kata orang, KLISE :)


Since dah lama tak online,blog ni dah berhabuk, bersawang, bernajis dan yang sewaktu dengannya aku tengok. So biar aku kemas siket,sapu-sapu ala kadar Haha Macam bagus je nak menyapu , bilik aku pun tak tersapu disebabkan ke-busy-an yang melanda .


Okelah banyak benda nak story, banyak benda aku dah pendam tinggal nak meledak aje tapi tak tahu sempat ataw tidak nak story kat sini. Hmm tadi bukak FB je macam macam perasaan tiba tiba ada. Choi betul lah ! watever :) Dah lah,till here then,nak meneutralkan emosi jap  Haha :p

Saturday, February 5, 2011

Aku....

assalamualaikum and hye, ayuh mari membaca :)

AKU tak sempat nak duduk goyang kaki, esuk dah sekolah !
AKU dah berjaya siapkan homework awal daripada biasa!
AKU dah lama tak makan tengah hari HAHA selalu makan petang je :)
AKU tengah online, tapi aku tak tenang kenapa ek? -,-
AKU belum print lagi folio PK yang .. hmmm yang ape ek?yang menyemak tuu..
AKU selalu sakit tangan bila menaip,kenapa ek? O.o
AKU bingit bila dengar akak cakap kuat kuat tapi kalau tak dengar rasa sunyi HAHA
AKU berterima kasih kat along sebab belanja chickencop malam tadi sedaapp gilos!
AKU nervous nak tunggu esuk,apakah?
AKU sampai termimpi mimpi pasal esuk HAHA dahsyat sungguh :p
AKU nak tengok sama ke yang aku mimpi tu dengan yang kenyataan ?
AKU malu nak pakai baju kemeja esuk,malu sangat-sangat!
AKU punya pengurusan masa is getting better :)
AKU cepat mengah bila naik tangga  tapi kelas kat tingkat tiga!
AKU tengah konfiuus!
AKU taknak bagi harapan palsu sebab aku kan baik HAHA
AKU seorang calon ESS-PEE-EMM ohh itu semua orang tahu!
AKU .. aku.. aku.. seorang perindu . oke dah. bye <3

Friday, February 4, 2011

Gong Xi Fa Cai :)

Assalamualaikum and hi ..


          Hmm sekarang tengah cuti raya cina and aku langsung tak menyambutnya.Ada kawan dengan cina tapi tak pernah pergi rumah diorang Eleh macam lah diorang pernah raya dekat rumah aku kan Haha memanglah tak pernah sebab aku tak ajak langsung Soryy ea lengloi sekalian Haha lengloi tu dulu cekgu sahar cakap maksud nye sama macam adik manis so aku ikut je ar annnn..selalu orang panggil amoi tapi aku nak jugak panggil lengloi :) ?*gedik So selamat hari raya cina untuk member - membe aku kat sekolah tu Malas nak letak nama lah nanti kesian diorang jadi famous amos Haha Ehh tahun ni deskmate aku Chinese taw!nama dia Zhi Tong yang gila pandai Addmath . Terkedu aku tengok dia buat laju tahap dewa tapi aku ?* Toink ! Laju jugak la kott haha tapi tu dalam harapan je Ish tengoklah nanti aku beat dia punya result Cehh :p


         Okey dah lah tu je nak wish kat mereka yang berkenaan So sekarang nak membebel pasal personal life aku.Ehemm nama je cuti seminggu tapi schedule aku gila pack ! hari hari tusyen Addmath dari pukul 8.30 sampai 10.30 pagi PAGI oke,i repeat-PAGI ! Tang mana je aku nak bangun lambat macam dulu?Pheww balik je rumah tengok si kakak ngan adik baru lepas mandi yang aku ni otak dah penat belajar Haih sabar je lah kann lagi beberapa bulan tamatlah episod kesengsaraan ku ini. Tu belum cerita homework cekgu tusyan bagi campur dengan homework Tasek ! Bila list kan dah macam beratur nak tengok wayang sehh,menandakan betapa banyak nya homework aku untuk cuti ni :)


haa sejibik macam aku tapi aku perempuan ayu :p


            Hidup aku masa cuti banyak dalam bilik je sedangkan yang lain tengah bergumbira tepuk tangan sama-sama kat depan TV Ehh lantaklah bukan aku suka sangat tengok tv lagipon masa mencemburuikuh Haha ayat takboley blah seyyhh Tapi sekarang ni hari Jumaat bersamaan lagi tiga hari nak naik sekolah homework dah 90% siap!hauyeayh pencapaian yang memberangsangkan . Good job Izzati ! nanti boleh bersuka ria pada pagi Isnin sebab tak perlu scan homework orang lain :) Tapi entah-entah ada orang cakap aku ni gila lembap buat homework kan?sukahati lah,am i care,loser?


          Tu jelah rutin aku cuti kali ni homework memanjang , tak homework mesti aku menghadap kerja sekolah , takpun mest busy buat pakej percutian cikgu bagi Haa kan dah sewel,sebab yang aku sebut tu maksud nya sama je *gilaaa :p Tapi yang best nya cuti ni family aku lengkap sebab along and akak balik so rumah jadi macam funfair penuh dengan suara masing masing nak bercakap tah siapa nak dengar pon aku tak tahu :) Hmm tiba tiba baru perasan cuti kali ni aku dok memerap sampai jadi memerang je kat rumah takde keluar bercanda ria kat mall?WTH?Haduuii boring nya *taksedar homework banyak :) Hopefully esuk ada lah agenda ke mana mana maybe nak beli baju sekolah kut Haha 


           Okeyylah itu saja laporan dari aku buat masa ini langsung takde yang menarik asyiklah cakap pasal homework takde benda lain . Well biasalah dah namanya student kan,tunggu nanti aku dah beranak pinak , boleh lah cerita pasal kerenah anak anak dan bapak kepada anak itu Ehem!okayy sudah melalut Dah dah aku nak pulang ke pangkal jalan,Bye !!! :)

rasa macam nak amek gambar macam ni semula dengan muka masam
sebab aku sedang terkurung ataupun dijajah dengan homework!




p/s:Lately ni aku rapat gila sehh dengan sorang budak namanya Infitah Kamaliah kat fb selalu
      chat sama-sama tapi kat sekolah dia lah paling pemalu macam aku tak taw dia tu 
      kepochi kan?haha Dia baik lagipun pipi dia gila tembun, macam nak cubit je ! <3