Thursday, February 24, 2011

Mr.Om dan Miss Pan :)

Assalamualaikum and hye every sweet and awsome person reading this :)


Since dah lama tak berblog , so aku nak asah balik skill merepek merapu meraban yang dah lama ditinggalkan, Thehehe Ada satu kisah aku nak ceciter kat sini Huhu yang tak baik dijadikan sempadan and yang baik jadikan pengajaran. Hmm lagi satu,kisah ni takda kena mengena dengan yang sudah meninggal dunia tapi yang masih hidup ada la kut? O.o


Tersebutlah kisah dua orang teman tapi mesra yang sering bergaduh bercakar-cakaran,bergurau senda bercanda ria tapi masih dalam batasan bernama Ombak dan Pantai *nama agak sentimental,HEHE tapi nak lebih glamour aku tukar lah jadi Mr.Om dan Miss Pan nampak lebih clear dari segi jantinanya kan? :p Ye,mereka sangat akrab dan sering berhubung tak kiralah menggunakan sains dan teknlogi mahupun melalui surat menyurat yang dilipat-lipat berbentuk samosa. Tahu tak samosa tu kejadah apa? Okeyy lemme tell you , samosa is sejenis makanan seperti karipap pap pap tapi bentuknya segi tiga. Comel kan?Kiranya Mr.Ombak ni keatif mampu melipat surat sebegitu rupa kepada Miss Pan. Dan bila Miss Pan terima samosa tersebut akan tersenyum lebarlah dia sampai ke petang :) lalu membalas dengan surat berbentuk Murtabak err i mean segi empat Hehe


Hari-hari berlalu agak menyeronokkan tambahan pula Mr.Om dan Miss.Pan berada di sekolah yang sama iaitu Sekolah Alam Akuatik (SAA). Hambik kau nama tak boleh blah :) Tapi yang menjadi masalah antara mereka ialah Miss Pan terlalu pemalu ibarat seorang yang tiada lubang hidung,tak mampu menghidu aroma sekitar lalu hasrat mereka untuk bersua muka di sekolah asyik terbatal. Kesian kesian kesian . Setiap kali tak jadi bersua disebabkan masalah tiada lubang hidung tersebut,Miss Pan akan berasa serba salah kerana mengecewakan Mr.Om yang kepingin nak bertemu.Tapi Mr.Om memang baik,dia tak pernah mengamuk keterlaluan,dia masih ingin berkawan rapat dengan Miss Pan walaupun Miss Pan  pemalu tahap infinity :) Sebab tu kasih Miss Pan untuk Mr.Om tinggi melangit. :D


Mr.Om sedang berjumpa dengan Miss Pan tapi belum sampai dah patah balik ..
What the Hack?? :)




Panas hingga ke petang rupanya gerimis selepas Zuhur . Masuk tahun baru Mr.Om dah tak sekolah lagi di SAA sebab sudah muak dengan pembelajaran Haha *suka hati aku je Tinggallah Miss Pan keseorangan bersama kenangan. Nasib baik Mr.Om rajin berhubung dengan Miss Pan, dapat jugak lah lepaskan tekanan belajar sebelum jadi meroyan. Pada suatu hari Mr.Om cakap dia nak pergi sekolah balik sebab nak ambil dividen Koperasi sebanyak RM5 sekaligus nak jumpa dengan Miss Pan yang dirindui.dan lepas je Miss Pan dengar khabar tu suka nya dia tak terkata. Tapi dia risau,dia risau penyakit malu nya tiba-tiba menyerang ibarat penyakit sawan yang langsung takda signal . Setiap hari dia berdoa supaya Tuhan beri dia kekuatan untuk jumpa dengan Mr.Om sambil nyanyi lagu Hari Bersamanya-Sheila on Tujuh :)



Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya

Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya



 Pagi Selasa tu Miss Pan excited gila nak pergi sekolah sebab nak jumpa Mr.Om yang dah lama tak nampak batang hidung.Tapi at the same time dia nervous plus malu. Hehe asyik malu je memang nak kena pelempang ! Miss Pan tak boleh focus belajar sepanjang pagi tu sampai lah bunyik Krinnnngggggg!! loceng rehat berbunyik nyaring menandakan Miss Pan komfem akn terjumpa dengan Mr.Om by hook or by crook. Dia jalan lambat lambat , tahap keyakinan dia dah luntur,penyakit malunya mula datang tanpa diduga.Belum sempat kaki dia cecah  lantai kantin,Miss Pan dah nampak Mr.Om dengan kawan dia,Pak Kuda Laut.OMG!! Mr.Om dah ada depan mata tapi Mr.Om belum perasan kehadiran Miss Pan.Miss Pan pandang je Mr.Om dari jauh sebab dia tak berani nak bersua muka dengan Mr.Om lagipun dah lama tak jumpa ,penyakit malunya semakin serious. Kesian Mr.Om kan. 




Mr.Om pandang kiri kanan mata dia melilau cari Miss Pan. Dia tak tahu Miss Pan tengah tengok dia dari jauh.Dalam hati Mr.Om hanya Tuhan je yang tahu betapa remuk rendam nya hati dia sebab hajat nak jumpa dengan Miss Pan tak kesampaian.Dah lah rumahnya jauh tapi Miss Pan langsung tak sudi berjumpa dengannya sampailah ke hujung waktu rehat Miss Pan tetap tak muncul.Lalu Mr.Om hanya berkirim salam kepada Miss Pan melalui kawannya.Akhirnya Mr.Om balik ke rumah dan bertekad tak mahu datang lagi ke sekolah.Mr.Om kecil hati dengan Miss Pan selama lamanya.walaupun Miss Pan dah cakap sorryy through SMS.Miss Pan menyesal tak sudah tapi tak guna kan benda dah lepas.




Sekarang Mr.Om dah hilang tanpa kata.Mungkin dia dah jemu dengan Miss Pan yang asyik tak bersedia.Dah lama dia tak hubungi Miss Pan.Miss Pan sedar itu salah dia and dia tak mampu buat apa-apa.Miss Pan selalu doa semoga persahabatan yang terbina antara dia dengan Mr.Om akan berkekalan tapi itu semua hanya perancangan ,Tuhan yang menentukan.              -TAMAT






At last habis jugak cerita merepek meraban aku nih kan?Amacam oke tak?HEHE pandai aku mereka cerita.Hmm so moral of the story,hargailah orang yang menyayangi kita selagi dia di depan mata . Kalau menyesal bila dia dah takda,semua tu dah tak bermakna. Tapi dalam kes Miss Pan ni,dia tak bermaksud tak nak jumpa Mr.Om cuma dia belum diberi kekuatan.Renung-renungkan dan selamat berbahagia :)






Thanks for reading <3

1 comment:

  1. mesti ada hikmah disebaliknya..=)
    mana tawu satu hari nanti bersua kembali..(^_^)
    ombak & pantai xkan berpisah la..=)

    ReplyDelete