Thursday, December 29, 2011

lama tak jumpa kan HAHA

assalamualaikum and hai :)


hari ni hari khamis . 
hari ni aku bangun pukul sembilan sebab tidur balik lepas subuh *buruk perangai
hari ni pagi-pagi aku dah texting dengan AIDA  ngeh ngeh dia makwe number satu :p
hari ni aku pepagi dah menjajar iron blouse , pashmina segala , ouh tema warna hari ni 
ialah pastel,takleh ceria-ceria sangat, aku kan tengah berkabung HAHA bengong 
hari ni breakfast Twiggies je separuh , dengan air milo lepas tu rasa kenyang . yeay !
hari ni AIDA datang rumah aku pukul sepuluh suku and pakai lappy nak isi borang upu sementara aku bersiap macam kura-kura . ohh takpe, aida setia menunggu  :)
hari ni aku dan AIDA menapak ke rumah PUTERI iaitu lagi sorang makwe aku tapi aku bukan pakwe dia weeee :p
hari ni kami naik cab pergi Taman Johor . asal tambangnya RM4 je, masa aku naik dengan akak RM7 ? whhatthehey ??muka akak muka orang kaya ke sampai di-paw sebegitu rupa?
hari ni pakcik cab tu tanya, "nak g mana dik?carik kerja ke?'' oke fine , agaknya muka kitorang macam muka penganggur . "tak lah, nak g jenjalan '' selamber puteri menjawab . ok bai , pakcik
hari ni kami naik bas dari Taman Johor ke CS . wahh pandai pulak berdikari kan. selalu ayah hantar . *bangga hehe
hari ni lepas berbulan tak jumpa Skem atau nama sebenarnya Faizul, tetiba jumpa dia kat depan MCD , jumpa jugak Bob :)
hari ni kami beli ticket citer Darkest Hour . yeay !
hari ni kami pergi MPH and aku beli novel baru . yeay lagi sekali !
hari ni kami makan Prosperity Burger kat Mcd . tak suka ahh . comot je , pedas, panas, tak puas *banyak cekadak kan aku
hari ni tengok wayang asyik jerit terkejut je HAHA 
hari ni cam pelik sebab surau CS cam lain ,tempat cermin dah lain .*whatever lah prempuan
hari ni masuk F.O.S. aku beli baby-Tee warna biru! yeay lagi untuk kali keempat ! sumpah, itu tshirt biru aku yang kedua seumur hidup *i dont attracted with blue too much like i adore pink damn much!
hari ni balik dari CS tumpang ayah Aida *jimat duit aku kannnn :) thanks pakcik !
hari ni bila sampai rumah , ayah cakap '' wahhh kemain lagi jalan sehari suntok!'' *peace yo ayah HAHA
hari ni tu lah, apa yang terjadi . serious , aku happy dapat meronggeng dengan diorang kat CS even masih 'sakit' :)




mereka are SAMURIAN yang bakal ke PLKN and dapat kem yang sama. cisss !
tak aci laa seyhh tapi tapi diorang memang tak pernah lupa kawan -BOB +SKEM :)


kesayangan yang sekepala. ada ke orang lain yang macam diorang ? hmm 
truly love both of you :) next week kita dating lagi okeeey

last but not least :-

empunya blog yang serabai dengan novel barunyaa*eksaited lettteeww!




pssst :- kalau hari ni ko datang, kan best :) tapi takyah lahh, nanti ko dengar aku jerit HAHA 


Wednesday, December 28, 2011

tak tawu nak letak tajuk ape

assalamualaikum :)


tak tawu nak cakap apa , menyesal pulak online. haha . sudahnya, end up kat this blog dengan hati yang errmm yang apa ekk? hmm maybe yang lumpuh. whatthehey punya ayat. yelaa, hati yang lumpuh is hati yang takleh buat apa-apa . heartless sangat sangat. dah lah. malas nak pikir . kang ado yang tak tido kang malam ni. k bai .


































untunglaaa >'',<

Saturday, December 24, 2011

alahai ..

hoi hoi hoi nak tahu tak??


masa lagu tu baru keluar kan, aku melting bila dengar lagu tu and pak cik tu pon letak lagu sama dekat port dia tanpa sengaja
haihh
-
-
-
-
-
sekarang..
-
-
-
-
-
 aku terkejut bila bukak port tu balik and lagu yang berulang-ulang kali aku dengar  jugak yang berkumandang
haha
satu kebetulan ke apa ni ? hish buat sakit jantung jee
orang suka, dia nak jugakkkkk !


cehhh !


oke bye :)



Wednesday, December 21, 2011



Assalamualaikum today taknak cakap bebanyak, just nak kongsi something knowledgable even orang dah tahu . 




CARA SENANG DAPAT PAHALA WALAUPON SELEPAS MATI :



--> Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali orang guna , anda dapat pahala 
     walau selepas mati .


--> Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna , anda akan dapat pahala .



--> Beri baju kepada orang , setiap kali orang pakai , anda dapat pahala .



--> Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .



--> Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada .



sekian, terima kasih . bye :)




Tuesday, December 20, 2011

teman aku ..


hye hye >,<
takde kerja aku online malam-malam hehe
dah lama tak macam gini sebab taknak mata terbiasa tidur lambat
cehh macam lah aku sekolah lagi kan
tapi mujarab jugak taw , tidur awal ni
err atawpon lagi tepat : tidur dengan teratur :)
buktinya mata aku kembali sihat HAHA tak serupa mata panda
sekarang ni teman aku ialah se-mug air milo ngeh ngeh . takde air lain?
ada, tapi milo ni lain siket hihi
and im wearing earphone listening the Hot.fm
jadik laaa. daripada termenung sorang-sorang memalam kan.
esuk *khamis result PMR keluar, good luck to my juniors
teringat dua tahun lepas, lagi seminggu nak dapat result aku dah takde selera dah
haha cuak sangat, tapi alhamdulillah berjaya jugak :)
result SPM ni, macam mana lah ek? hopefully dapat straight A's
and kalau dapat pergi oversea, aku nak sangat pergi belajar kat negara orang
tinggal lah apa yang ada kat sini . hehe macam sanggup je kan.
but, that's one of my dream 
dah laa, nak pi layan makcik macik kepoh kat fb
gudniteee.
*tetiba ada lagu patah seribu dengan ombak rindu kat hot.fm
i like <3


damn...!


Sunday, December 18, 2011

masa depan is future

Assalamualaikum :)


hari ni banyak sangat perkara or perkataan yang terluah melibatkan masa depan aku. hmm dari bangun tidur , first thing yang aku buat mestilah tengok phone kan. phone yang terlalu baik, manja dengan aku. hee macam orang pulak aku buat dia . phone tu macam baby aku . pergi mana-mana mesti bawak kalau tak bawak rasa macam sesak nafas . phone tu manja sebab apa taw? sebab bila ada aku je dia merengek-rengek . haha maksudnya dia berbunyik lah . tak kira la mesej ke hape, tapi bila aku pergi sekolah memang dia senyap and bila aku balik, dia baru nak bunyik. manja tak ? manja kan kan. ke orang yang mesej aku tu yang manja? haha point to ponder :) So pagi tadi aku tengok phone, awal pulak aku bangun. haha tapi menyedihkan pulak bila terbaca apa yang ada . hmm masa depan . hee malas nak cerita . buat aku dup dap dup dap je. aku ignore sebab aku takut . takut benda yang aku taknak terjadi, betul-betul terjadi . hmm




lepas tu mandi , sarapan. wahh ibu buat mee puteh singapore lah dengan air teh susu. tapi tahulah aku ni , tak minum pon air tu ,  aku buat air MILO aku sendiri . letak susu, letak milo, gaul baru tambah air panas then gaul lagi . tu cara aku. okeyy dah siap air favourate ! marvelous ! tapi pagi ni air marvelous tu rasa payau je kat tekak. kenapa tah.  lepas tu duduk and makan sarapan . aku breakfast sorang , sebab aku lambat . orang lain dah siap dah . haha. tu perangai aku nak buat camaner kan :)  sedap nya mee ibu buat , biasalah ibu. apa je dia masak tak sedap kan. tapi, aku makan siket je. mana selera aku tah. lepas makan, tengok kat sinki, pinggan cawan semua penuh . first time aku suka tengok  sinki tu penuh. so apa lagi . tugas di hujung minggu iaitu basuh pingan - pinggan tersebut . dalam hati berkata-kata, nasib baik ada pinggan ni, boleh berfikir tentang masa depan sambil basuh . kan . hmmm




doploh minit berlalu. dapur beres kott aku kemas . bukak apron. tengok kat ruang tamu , yang lain semua tengah khusyuk baca paper. aku ingatkan hari ni Hari Membaca Sedunia . ohh tak tak . hari ni hari ahad . hujung minggu rupanya , banyak berita kena baca . patutlah semua tekun je . whatever . aku ambik satu paper. hiburan punya. aku bawak masuk bilik. kenapa tak ada mood nak baca dekat ruang tamu dengan diorang? tah . aku nak bersendirian . hmm baca paper tapi aku benci baca gosip artis. so aku letak balik paper kat ruang tamu. aku bukak novel Gemersik Kalbu dah hancur buku ni aku baca berkali-kali. biarkan. aku baca , tapi kenapa aku fikirkan benda lain?




tak lama tu, kawan mak aku datang hantar barang. aku tak keluar langsung dari bilik. biadap nya aku. macam lah aku tak kenal mak cik tu. tapi tah lah.. aku betul-betul takde mood . hari ni pulak nak pergi rumah maktam kat pontian . a. k. a rumah cousin aku :- mira dengan biha . malas gila nak ikut tiba-tiba. tapi at last aku ikot jugak. duduk rumah bukan boleh selesai masalah. on the way to pontian , hujan lebat gilaa . seram . nasib baik ayah pemandu cekap. haha . masa tu jugak berlaku soal jawab dalam phone aku. sorang tengah bercelaru fikirannya, sorang cuba mempertahankan apa yang ada. sejam perjalanan, tak selesai jugak masalah masa depan ni . tu laaa biar lagi berlarutan . kan dah susah. haihh tak tenang jiwa aku. Then sampai rumah maktam. tengok biha tengah online. kaki online lah kau ni bie ! haha . lepas tu masa lepas sembahyang zuhur, aku tengok atas meja bilik diorang ada senarai universiti and course yang ditawarkan. ohh hemmjayy! tu mira punya ! semangat betul minah ni print dari website UPU.




Aku ambik list tu and duduk merenungnya. cehh macam apa je. satu hal lagi. satu hal yang aku kena pikir untuk masa depan aku . U mana aku kena pilih, course apa aku nak ambil. masa tengah pikir ni pon, phone aku berbunyik-bunyik jugak. kami masih bercakap hal yang sama. hmm aku mengharapkan masa depan kami cerah . huhu whatever . petang tu, tak jugak selesaikan masalah. aku penat dah . aku landing baik punya kat atas sofa tu , sambil baca novel . tapi kenapa aku asyik baca muka surat yang sama? whattthehey? argghh !
tak boleh jadi ni . aku kena luahkan apa yang berjoget-joget kat pikiran ni dengan someone. aku masuk bilik biha, time tu dia baru nak keluar dari bilik tu. aku tarik dia balik masuk bilik. ish ish . macam hape je. and , aku cerita benda yang melingkar kat otak ni pada dia. yeahh she's a good listener . aku suka saat ni . aku dengan dia je ada. and dia tolong aku. aku ni, nama je lagi tua dari dia, tapi dia still boleh jadi penasihat terbaik . thanks la bie :) masa nak balik tu, dah pukul lima lebih kott. aku rasa masalah yang serabai tu macam dah terlerai siket. alhamdulillah 




tapi sekali lagi, aku teringat kan masalah masa depan berkaitan U tuh . sebab aku nampak muka mira lah aku teringat ! haha. and she said , dia nak ambik Farmasi sama macam aku. insyaAllah, dapat lah tu nanti. aminn.on the way balik rumah, aku fikir lagi pasal masa depan dengan orang berkenaan . takutt gilaaa. haha . sambil tu ada gak cakap-cakap dengan ibu ayah pasal plan aku lepas dapat result. aku ingat nak buat diploma. taknak masuk matriks. ibu cakap, buat diploma ambik masa. enam tahun kot baru graduate. lepas tu ibu cakap, lambat grad,lambat kahwen . haha . dalam hati aku cakap , lambat ? hmmm tah kawen ke tak aku ni nanti . *sedih bebenor :p




Malamnya,lepas isyak, aku online. nak isi UPU, aku lupa markah koku. so tangguh dulu lah ye. tengah online dengan mood yang tak seberapa, phone aku bunyik lagi . ohh ini . dan segala persoalan campur debaran dah berakhir. reaksi aku? hmm aku senyum . senyum dalam hiba mungkin . biarlahh .mungkin ni yang terbaik buat masa ni . masa depan kita tak tahu. aku dok perhati, life aku selalu macam ni. yelah, end up dengan benda yang langsung tak disangka. contohnya, sekarang lah . ingat leh bertahan, rupanya tidak . haha . ketawalah wahai diri. jangan menangis sudah . contoh lain? hmm . masa dulu , aku tak pernah pikir aku sambung fom 4 kat tasek . aku plan , masa depan aku mesti kat sekolah asrama penuh or mrsm or teknik . ye, aku dapat , tapi aku pilih untuk stay kat tasek sampai lah Fom 5 . banyak hikmah yang datang rupanya. and now dah taw dah , its not too bad ambik SPM kat tasek . as long as kita nak, mesti kita boleh. perspektif yang pesimis tu harus ditukar kepada optimis . pandai aku bernasihat kat sini. 




so, tulah yang terjadik hari ni . sebenarnya ada isi utama dalam entry ni . sebab tu panjang . hehe . pikirlah sendiri . okey lah. itu saje ye . aku nak pi wat air milo ngan roti bakar . konon-konon nak sahur . esuk aku nak puasa . aku harap puasa esuk dapat bagi ketenangan and kekuatan untuk aku :) lagipun kalau tak puasa, komfem aku tak selera nak makan. kan?
gudnite assalamualaikum.












pssst :- kuatnya aku, tak rasa nak crying. alhamdulillah . mungkin belum lagi kottt . 
            btw, thanks a lot to you :)

Saturday, December 17, 2011

cuti tu penting

Assalamualaikum :)


aku tengah boring gilaa online pon macam boring jugak . bukak FB pon sekadar bukak . naseb laa si Faizul rajin menegur aku melayan kepala dia memang sampai bila pon tak habis. ada orang tu online sekali tapi haram tak tegur macam takde relation je . sedih betul - , - dah la online kat bilek ni mcam online dalam zoo. asyik kena gigit nyamuk manjang. nyamuknya aku tak nampak tapi kaki aku yang terlebih gatal. haihh


source : google lah mana lagi
aku taip nyamuk comel, keluar minatang ni HAHA comel kewww?

udah udah melalut je lebih aku ni. back to the topic :- CUTI tu PENTING sebenarnya ni salah sorang daripada classmates aku yang cakap. engat lagi masa ni still awal tahun kott dalam bulan dua . cikgu Kamariah yang suka bertanya ajar kami Sivik and dia suruh nyatakan benda yang penting dalam hidup. yes. macam member aku cakap, cuti is penting.  And here I am. im cuti-ing selama beberapa bulan without any planning yet.

tapi cuti kali ni lain dengan cuti sebelum ni. cuti ni akan membawa pengakhiran yang menentukan masa depan aku. hmm berhenti kejap. nyamuk datang menggigit lagi sekali. nak mintak adik ambik kan ridsect malas pulak nak bersuara. nak suruh aku bangun? lupakan. HAHA. baiklah. erm. ohh hemm jayy apa aku nak cakap ni? tiba-tiba tak taw nak membebel apa tengah malam buta ni. suddenly teringat kan kakak ku yang jauh nun dekat UTM Skudai kata nak balik this week tapi tak jadi . hailaaa

bila cuti memanglah happy boleh duduk rumah tanpa tekanan tapi bila cik bosan dah menjengah mulalah tak keruan. tapi buat masa ni , aku dah ajak aida lepak kat rumah aku next week. lama tak jumpa padahal baru 17 hari. semalam aku kol aida, bila dengar suara dia macam nak nangis pon ada. kenapa tah.


R.I.N.D.U 

Kesimpulannya, bila cuti rindu pon datang. hishh susah lah kalau rindu ni. makan pon tak selera je. mandi macam malas je. tidur macam susah je. HAHA . jangan layankan sangat lah rindu tu. bukan boleh ubah apa-apa. 

Aku perasan cuti ni satu je bagusnya. which is hari hari aku membaca . kiranya tabiat membaca tersemai. wahh gituu kata kau. haha . baca apa pon tak kesah lah, novel Adam & Hawa tu rasanya dah naik lunyai aku baca berkali-kali. and baru semalam aku keluarkan balik segala majalah yang aku beli dulu-dulu untuk dibaca naseb baik tak buang . kalau tak mesti kepala aku kosong tak dapat membaca. nak tidur pon harus baca. tak lain tak bukan baca mesej dalam phone . ewahh haha sungguhlah kenapa sapa yang text aku akan dapat mesej dari maxis yang kata memory phone aku dah full disebabkan aku sayang nak buang semua tu dari phone. macam orang gilaa :)

okey laa. masa menutup mata. kata je nak tidur , lepas sejam baru boleh lelap aku ni. so, gudniteeee >,<



*3 months already. alhamdulillah

Sunday, December 11, 2011

Jamuan Kontroversi HAHA

Assalamualaikum and hye :)


Mari-mari hari ni nak story kisah kami The Fifth Formers of Tasek 2011. kami tak seberapa ramai, tak sampai 100 pon jumlahnya, comel je aku rasa Haha tapi kami lah yang paling demand. hmmm ni sorang cikgu lah yang cakap. Aku ingat lagi dye cakap macam nih kat kami :


''sepanjang saya mengajar,takpernah saya jumpa batch yang demand macam awk semua..''

sampai hati cikgu. mungkin kami salah, nak enjoy tapi adatlah kan semua orang kalau boleh nak buat Annual DINNER since this is our final year to be together. haaa kan dah keluar slang omputeh! bukannya nak buat Annual Hi-Tea yang very the common.. hailaaa. nasib lah tak kena bambu dengan orang hotel tuu. nasib jugak la ada transport nak ke sana petang tuuu. yang penting, MEMBEBEL LEBIH , TAPI DATANG PON TAK KAN?  hmmm

Here we go, datang setelah berkonfrontasi dengan orang yang sepatutnya. kami pelajar, jadi kami ikot cakap yang lebih tua okey ? :D

Venue : M Suite Hotel,JB 
not bad lahhh tapi makanan dia tak sedap sangat erk?*my own opinion

Time : petang lah, lepas Zuhur. nak buat lepas Maghrib tak lepas kannn.kannn. kannn.

suka gambar nih. tah hape yang best sangat tah. we seems happy!


aku dan syerie :)
comel lah pipi dia. macm nak cubit jeee!HAHA


Okeylahh tu je kott nak share. overall hi tea ni okeyy :) banyak bermesra daripada makan. tu aku laaa. tak taw org lain. ngeh ngeh.

bye,assalamualaikum.




Saturday, December 10, 2011

SPM DAH habessss!!!!


yeay
SPM dah habis!!!
dah lama dah habes tpi baru ad mood nak menjerit kat sini
so
boleh la pikir macam-macam yang takleh dipikir sebelum habes SPM
takde sape nak larang kalau memanjang aku baca novel !
FREEDOM
even ada orang tak setuju dengan statement ni
haha
biar aku je rasa ke-freedom-an nih
''lepas SPM ramai yang bercintan cintun,yang berkapel''
tu kata Alya dekat FB 
tapi,thats reality.
ada jugak yang SPM belum habes dah buat semua tu..
haha *terasa tak?
watever it is, tu hak asasi manusia kan?
jadi di sini nak ucapkan
GOODBYE TASEK UTARA-my superduperbeloved school :)
GONNA MISS BADLY MY BUDDIES-my classmates especially my geng
hewwheeww
bulan December ni biarlah akubernafas kat rumah,jaga rumah tangga
nanti bulan January 2012 baru nak kerja, carik nafkah HAHA






pssst :- aku sorang je ke yang belum pulang buku text???