Sunday, December 18, 2011

masa depan is future

Assalamualaikum :)


hari ni banyak sangat perkara or perkataan yang terluah melibatkan masa depan aku. hmm dari bangun tidur , first thing yang aku buat mestilah tengok phone kan. phone yang terlalu baik, manja dengan aku. hee macam orang pulak aku buat dia . phone tu macam baby aku . pergi mana-mana mesti bawak kalau tak bawak rasa macam sesak nafas . phone tu manja sebab apa taw? sebab bila ada aku je dia merengek-rengek . haha maksudnya dia berbunyik lah . tak kira la mesej ke hape, tapi bila aku pergi sekolah memang dia senyap and bila aku balik, dia baru nak bunyik. manja tak ? manja kan kan. ke orang yang mesej aku tu yang manja? haha point to ponder :) So pagi tadi aku tengok phone, awal pulak aku bangun. haha tapi menyedihkan pulak bila terbaca apa yang ada . hmm masa depan . hee malas nak cerita . buat aku dup dap dup dap je. aku ignore sebab aku takut . takut benda yang aku taknak terjadi, betul-betul terjadi . hmm




lepas tu mandi , sarapan. wahh ibu buat mee puteh singapore lah dengan air teh susu. tapi tahulah aku ni , tak minum pon air tu ,  aku buat air MILO aku sendiri . letak susu, letak milo, gaul baru tambah air panas then gaul lagi . tu cara aku. okeyy dah siap air favourate ! marvelous ! tapi pagi ni air marvelous tu rasa payau je kat tekak. kenapa tah.  lepas tu duduk and makan sarapan . aku breakfast sorang , sebab aku lambat . orang lain dah siap dah . haha. tu perangai aku nak buat camaner kan :)  sedap nya mee ibu buat , biasalah ibu. apa je dia masak tak sedap kan. tapi, aku makan siket je. mana selera aku tah. lepas makan, tengok kat sinki, pinggan cawan semua penuh . first time aku suka tengok  sinki tu penuh. so apa lagi . tugas di hujung minggu iaitu basuh pingan - pinggan tersebut . dalam hati berkata-kata, nasib baik ada pinggan ni, boleh berfikir tentang masa depan sambil basuh . kan . hmmm




doploh minit berlalu. dapur beres kott aku kemas . bukak apron. tengok kat ruang tamu , yang lain semua tengah khusyuk baca paper. aku ingatkan hari ni Hari Membaca Sedunia . ohh tak tak . hari ni hari ahad . hujung minggu rupanya , banyak berita kena baca . patutlah semua tekun je . whatever . aku ambik satu paper. hiburan punya. aku bawak masuk bilik. kenapa tak ada mood nak baca dekat ruang tamu dengan diorang? tah . aku nak bersendirian . hmm baca paper tapi aku benci baca gosip artis. so aku letak balik paper kat ruang tamu. aku bukak novel Gemersik Kalbu dah hancur buku ni aku baca berkali-kali. biarkan. aku baca , tapi kenapa aku fikirkan benda lain?




tak lama tu, kawan mak aku datang hantar barang. aku tak keluar langsung dari bilik. biadap nya aku. macam lah aku tak kenal mak cik tu. tapi tah lah.. aku betul-betul takde mood . hari ni pulak nak pergi rumah maktam kat pontian . a. k. a rumah cousin aku :- mira dengan biha . malas gila nak ikut tiba-tiba. tapi at last aku ikot jugak. duduk rumah bukan boleh selesai masalah. on the way to pontian , hujan lebat gilaa . seram . nasib baik ayah pemandu cekap. haha . masa tu jugak berlaku soal jawab dalam phone aku. sorang tengah bercelaru fikirannya, sorang cuba mempertahankan apa yang ada. sejam perjalanan, tak selesai jugak masalah masa depan ni . tu laaa biar lagi berlarutan . kan dah susah. haihh tak tenang jiwa aku. Then sampai rumah maktam. tengok biha tengah online. kaki online lah kau ni bie ! haha . lepas tu masa lepas sembahyang zuhur, aku tengok atas meja bilik diorang ada senarai universiti and course yang ditawarkan. ohh hemmjayy! tu mira punya ! semangat betul minah ni print dari website UPU.




Aku ambik list tu and duduk merenungnya. cehh macam apa je. satu hal lagi. satu hal yang aku kena pikir untuk masa depan aku . U mana aku kena pilih, course apa aku nak ambil. masa tengah pikir ni pon, phone aku berbunyik-bunyik jugak. kami masih bercakap hal yang sama. hmm aku mengharapkan masa depan kami cerah . huhu whatever . petang tu, tak jugak selesaikan masalah. aku penat dah . aku landing baik punya kat atas sofa tu , sambil baca novel . tapi kenapa aku asyik baca muka surat yang sama? whattthehey? argghh !
tak boleh jadi ni . aku kena luahkan apa yang berjoget-joget kat pikiran ni dengan someone. aku masuk bilik biha, time tu dia baru nak keluar dari bilik tu. aku tarik dia balik masuk bilik. ish ish . macam hape je. and , aku cerita benda yang melingkar kat otak ni pada dia. yeahh she's a good listener . aku suka saat ni . aku dengan dia je ada. and dia tolong aku. aku ni, nama je lagi tua dari dia, tapi dia still boleh jadi penasihat terbaik . thanks la bie :) masa nak balik tu, dah pukul lima lebih kott. aku rasa masalah yang serabai tu macam dah terlerai siket. alhamdulillah 




tapi sekali lagi, aku teringat kan masalah masa depan berkaitan U tuh . sebab aku nampak muka mira lah aku teringat ! haha. and she said , dia nak ambik Farmasi sama macam aku. insyaAllah, dapat lah tu nanti. aminn.on the way balik rumah, aku fikir lagi pasal masa depan dengan orang berkenaan . takutt gilaaa. haha . sambil tu ada gak cakap-cakap dengan ibu ayah pasal plan aku lepas dapat result. aku ingat nak buat diploma. taknak masuk matriks. ibu cakap, buat diploma ambik masa. enam tahun kot baru graduate. lepas tu ibu cakap, lambat grad,lambat kahwen . haha . dalam hati aku cakap , lambat ? hmmm tah kawen ke tak aku ni nanti . *sedih bebenor :p




Malamnya,lepas isyak, aku online. nak isi UPU, aku lupa markah koku. so tangguh dulu lah ye. tengah online dengan mood yang tak seberapa, phone aku bunyik lagi . ohh ini . dan segala persoalan campur debaran dah berakhir. reaksi aku? hmm aku senyum . senyum dalam hiba mungkin . biarlahh .mungkin ni yang terbaik buat masa ni . masa depan kita tak tahu. aku dok perhati, life aku selalu macam ni. yelah, end up dengan benda yang langsung tak disangka. contohnya, sekarang lah . ingat leh bertahan, rupanya tidak . haha . ketawalah wahai diri. jangan menangis sudah . contoh lain? hmm . masa dulu , aku tak pernah pikir aku sambung fom 4 kat tasek . aku plan , masa depan aku mesti kat sekolah asrama penuh or mrsm or teknik . ye, aku dapat , tapi aku pilih untuk stay kat tasek sampai lah Fom 5 . banyak hikmah yang datang rupanya. and now dah taw dah , its not too bad ambik SPM kat tasek . as long as kita nak, mesti kita boleh. perspektif yang pesimis tu harus ditukar kepada optimis . pandai aku bernasihat kat sini. 




so, tulah yang terjadik hari ni . sebenarnya ada isi utama dalam entry ni . sebab tu panjang . hehe . pikirlah sendiri . okey lah. itu saje ye . aku nak pi wat air milo ngan roti bakar . konon-konon nak sahur . esuk aku nak puasa . aku harap puasa esuk dapat bagi ketenangan and kekuatan untuk aku :) lagipun kalau tak puasa, komfem aku tak selera nak makan. kan?
gudnite assalamualaikum.












pssst :- kuatnya aku, tak rasa nak crying. alhamdulillah . mungkin belum lagi kottt . 
            btw, thanks a lot to you :)

No comments:

Post a Comment