ohoho lamanya tak mencurah isi hati kat sini sampai tak tahu dah nak cakap apa. jangan salahkan aku kalau post ni banyak merapu . blog kiteww suka hati kiteww lahh *lempang diri sendiri* hahah. oke, marilah kita berpaling pada tajuk di atas. apekah yang merudum ? ekonomi ? ekonomi M'sia aku tak tahu, almaklumlah kiteww bukan dalam bidang itewww so baik jangan buat-buat tahu. kalau ekonomi diri sendiri tuuu , alhamdulillah masih ada jugak kertas-kertas dalam purse tu buat penyambung nyawa daku. wakakaka . Tapi tu semua orang bagi , alahai hasil ihsan orang rupanyaaaa -___- bila entah nak dapat rasa duit hasil titik peluh sendiri. oiihhhh i hate sweating !! taknak berpeluh , tapi tapi tapi , kena jugak carik duit sampai berpeluh supaya dapat duit sendiri . jadinya, bila anak-anak sedara datang rumah , bolehlah kongsi rezeki tu dengan diorang pulak. ehhh janganlah aku cakap macam ni, adik-bradik aku pakat beranak ramai-ramai sampai sedozen ^^
alololo aku giget sorang-sorang kang!! haaa.
kenapa yang depan tak berambut tu berketul-ketul badan dia. aishhhh ;)
eeiii tengok tuuuu panjang betul chikaro ni merapu dari tajuk kan! nak bagitahu ni, kesihatan daku merudum these few days! :'( tak payah ahhh buat smiley muka sedih siap ada air mata an an . Dimulakan dengan suatu pagi yang tak berapa pagi. bangun-bangun, pergi jenguk jiran belakang tuu, dia dah siap sidai baju ke belum. okeyyy makcik tersebut tak basuh baju agaknya hari ni. oh yeee, aku memang suka lumba dengan makcik tuu sape sidai baju paling cepat! muahaha dengan makcik pon nak lumba . whattheeeduck! nampaknya kali ni aku takde saingan lah ye. so aku dengan mamai nya mulakanlah sesi membasuh baju. alaaa bukan aku yang basuh pon, mesin yang buat kerja tu. tapikannn. bila part membilas tu kena pakai manual. -_____-sementara tunggu mesin, aku minom milo makan nasi goreng . okeyy time ni dah keluar sign ngade-ngade. minom milo macam nak muntah pulak padahal tu favourite akuu nasi goreng pon makan ciput je. abaikan perasaan ini teruskan membilas bebaju batch pertama. kedua dan ketiga . gilaaa banyak baju! takdelahhh aku kan cakap lebih, tak banyak mana pon. tapi banyak jugaklahhh sila percaya :D
percayalah sepanjang basuh baju, ada je rasa nak tumbang. kepala berdenyut-denyut, mata nampak tak nampak jee. cehhh lembik sungguh! tapi aku kuatkan jugak diri yang lemah ini. takkan nak buat kerja separuh jalan. at last setelah dua jam berhempas pulas dari membasuh-membilas-menghanger-menyidai kat ampaian bawah matahari terik*menci ar panas panas* settle jugak akhirnyaa. makcik belakang rumah masih belum menyidai baju walau sehelai. yeayyy aku menang kali ni sebab selama ni asyik tumpas je . puiihhh orang lepas subuh dah start memesin , aku lepas Dhuha pon lom tentu start nak menang guane ^^ Lepas ituu , sesi mengemas dapor pulak. ni lah tugas hari-hari sepanjang cuti ni. dah boleh dapat sijil . okey settle dapor. jenguk lagi sekali ampaian makcik belakang rumah. EH EH EH. dah penuh dah ampai diaaa!! unbelieveable! wakakaka tak sangka aku cepat beberapa minit . kehkehh puas hati ambo . trolololol~
Kemudian, masuk bilek, tengok diri sendiri dekat cermin, Ya Allah, sebijik macam MAID imported dari Indon . muahahhaha dengan seluar petak-petak macam kain pelikat ehh terpakai kain pelikat suami pulok dengan rambut takpayah nak cakap lah. Harap-harap takde orang nampak aku sidai baju masa tuuu . malu mak, nok ! kalau ada jiran yang nampak , mesti dalam hati berkata-kata, ''sejak bila Kak Tipah*bukan nama sebenar ibuku* ambik orang gaji nieeee..''
hai neng! saya bibik Indon mari . pengalaman nggak banyak dong!
kalau mahu khidmat saya uwangnya harus tinggi. rm3000/month .
okebai.
Nak dipendekkan cerita, semenjak peristiwa yang diceritakan tadilah aku mula rasa tak sehat. sakit-sakit badan. petang tu terus demam! demam urat ke demam rindu. ahhh tak payah nak ngade-ngade. demam urat kott sebab aku memang jarang basuh baju . bukan tugas daku, harap maklum. demam panas jugak laaa lepas makan panadol , terus selubungkan badanku yang kecil ini*kecil sangattt!! tangan di dada mata ke langit* dalam selimut ucuk itewww. ehhh selimut itu tak busuk pon, tapi kalau takde selimut tuu , memang aku tak lena tidor . hikhik*konon comel la ?* selera makan turut merudum hokeyhhh makan lebih siket , terus macam nak muntah! pastu diri lama-lama terus pening! haihhhh dah kenapa aku niee. sungguh rasa tidak selesa dengan diri sendiri .
So, tu je nak citer . alhamdulillah, mencapai matlamat nak update hari ni . cepatlah kembali ke keadaan asal wahai badan . banyak urusan kita kena buat lepas nie. MARA lah CUCMS laaah. malas pulak aku nak isi borang kalau dah asyik nak termuntah je. ni mesti sebab perut masuk angin lah ni. makan pon buat syarat jee.heishhhhh. okeyyy bye . nak pergi isi borang sebelum ayah bebel . hahah. assalamualaikum :)


No comments:
Post a Comment