Ehh tajuk ni sama je kan kan macam tajuk post yang dulu tuu . Ye aa aku kalau dah boring memang suka merepek meraban ikut suka hati aku je . Entry dulu aku cakap aku BORING , Tapi sekarang dah lama lama cuti ni aku dah tak rasa boring sangat dah sebab apa pon aku tak tawu laa maybe dah biasa kut cuti,Haha sungguh tak logik alasan tu kan?:) Mungkin jugak sebab rumah ni dah tak sunyi macam before ni Almaklumlaa si
Okeyy so sekarang ni ape pulak yang aku rasa? Ye,aku rasa RINDU!! Cehh cakap jea rindu mesti dah pikir lain kan. Memang aa suka hati lah kan , Haha . Aku sekarang seorang perindu setia . Perh,ayat tak boley blah pulak kau ni Izzati. Cakap pasal rindu ni,apa maksud rindu??For me rindu tu terjadi bila yang kebiasaan dah tak jadi kebiasaan lagi dah.*mendalam wooh maksud tuh.haha Siyesly,memang banyak sangat kebiasaan yang dah tak ada sekarang niy sebab tu aku rindu sangat sangat lagi lagi bila cuti sekolah ni :) So,meh sini aku list kan perkara-perkara yang tetiap hari aku dok terkenang-kenang time cuti ni :-
- Paling aku rindu mesti lah kesayangan-kesayangan aku kat sekolah tu haa.Classmates aku yang tersangat lah riuhh sekampung Tak sedar diri kelas kat bawah bilik guru ada hati nak bising macam kat Pasar Larkin macam cikgu Jasni cakap, Haha :) Hmm tahun 2010 ni actually boleh dikatakan semua classmate aku bertukar especially the boys.Yang tahun lepas semuanya dah pindah merata rata tinggal lah yang tak pindah and most of them are budak AA masa Form 3. So memang terasa lain la jugak masa awal tahun dulu sebab nak biasakan diri dengan budak budak ni.Cara diorang lain sangat dengan cara classmates aku last year.Tapi alhamdullilah,aku berjaya gak
bergandinganbersama sama diorang mengharungi onak and duri sepanjang setahun ni dalam kelas oren tuuuh,Owhhh rindu gila-gila seyyhh kat 4SN1.. :) Sorry aa aku ni banyak hiperbola kan kan?*sukahati lah!
- Lepas tuu aku rindu nak pegi sekolah pagi pagi . Pukul 6.55 selalu dah sampai dah,dah siap sedia menyingsing lengan
menirumenyalin homwerk budak cina yang pandai genius bijaksana tuh!Fuhh geram seyhh diorang semua otak macam hape tah lagi lagi Addmath lah kan,aku punya lah terkial kial dok paham step nak solve soalan tu,pusing je belakang si Zhi Tong dah siap dah!Boleh pulak dia buat keje subject lain? Pheww!tirusalin je lah kan jalan kerja dia dah buat tapi lepastuh gigih lah aku dengan Si Aida memaham kan balik.Kalau tak paham jugak buat buat paham sudaa.. :) Tapi memang rinduu gila lah nak tengok scenery budak budak kelas tu main copy copy homwerk,saling tolong menolong,Haha Bagus kan kitorang seboleh boleh taknak cikgu marah sebab tu berusaha siapkan jugak,Hoho
- Haa,lagi aku rindu nak PJ!Haha..Rindu nak pakat pakat dengan classmates malas nak bawak baju sekolah sebab malas nak salin baju after PJ :) Hahaa ni lagi satu ada hati nak buat masalah dengan cikgu Jasni tuu dah lah kelas dekat sangat dengan bilik bertapa dia!Kadang-kadang kalau PJ dengan cikgu tu dia selalu suruh buat yang bukan bukan.Ye aa aku kan berat tulang*berat bontot sebenarnya Haha.malas sungguh nak buat benda merepek repek tuuu nanti komfem sakit kaki tangan anggota badan semua nak turun naik tangga Almaklumlahh aku kan malas nak exercise so sekali buat terus sakit sakit sampai seminggu :) Lepastu next week nya slalu harap yang cikgu allow kitorang main sendiri.Nanti boleh main bola ke main musang-musang ke dengan the girls.Hahaha,macam budak tadika je kitorang main,kan?Suka hati lah!Hmm..Rinduu!!
- Dekat seniors Form 5 pon aku rindu jugakk! Kak Zaty,Kak Mai,Kak Soya,Kak Nad,ramai lagi lah . Penat nak list,Haha Rindu nak gosip gosip, nak bye bye diorang semua. Kadang kadang bila dah jumpa tak leh nak pisah punya lah banyak nak bergosip sampai tak hengat dunia :) Diorang semua baik sporting childish comel cantik cun,Hehe.Berbakul bakul aku puji ni ekhlas ke?Of coz lah ekhlas,tak kan lah tak kan?Ehh lupa plak kat sorang ni. Haha,Pakgad! sape pakgad? Ade lah orang tuu kan,haha.. Dah lama tak dengar dia dok teriak teriak panggil aku Makgad. kenapa Makgad?Well biarlah rahsiaa :) Tapi tahun depan dah tak jumpa dah diorang ni semua,dah SPM so takkan nak menyempit kat Tasek lagi kan?Bagi can lah kat aku and the Geng jadik senior tahun depan,Hehe*aku nak jadi senior kejam lah,boleh tak? :p Really hope dapat jumpa diorang lagi lepas ni :)
- Then,rindu nak tengok orang ramai-ramai kat Tasek . Selalunya time petang petang kat Tasek ni ramai orang stay.macam macam aktiviti lah kitorang ni buat.Kalau kawad mesti ada KP,KRS,PKBM.Yang ni memang wajib ada tetiap tahun konon konon gigih berlatih,Hoho tapi main je la lebih kut?Kan?Ni lah yang best nya kat Tasek sampai buat aku rasa nak pegi sekolah hari hari,sebab Tasek selalu meriah macam ada keramaian :) Kat dewan memang penuh aa kan kawad lah,badminton lah,usha orang lah . Ehh,usha orang?haha tak senonoh betul kan? Sape punya keje lah tak berfaedah langsung oke?No Good, Haha.Lepastu kat padang pulak mesti ada,komfem lah mesti ada punya,tak caya sudah*annoying gilaa mesti ada budak budak practise Bola dengan Rugby,Fuhh sape lah yang kemaruk rugby tuu kan?Tak tawu lah aku,Haha Ganas wooh game tuu sampai peluk peluk Hehe *suka nya kau izzati tenguk itu semua :p So,conclusionnya aku rindu weyh kat kemeriahan Tasek :)
Ni separuh je ni classmate aku!ramai tak datang sebab dah hujung tahun
Fuhh pemalas sungguh :p Tapi rindu gilaa :)
Ada gak gambar kenangan dengan seniors kesayangan ni,Hehe
tapi ada lagi tiga empat orang tak turun lah pulakk
Rinduu lah kat korang! <3
Ni kelas oren akuu..! Rindu sangat sangat!
Hmm excited pulok nak sekolah nak jumpe semua! :)
Owkeeyy itu saja yang nak aku bebelkan hari ni.Ekcely banyak lagi yang aku rindu tapi cukup cukup lah kan.Conclusionnya yang aku rindu semua banyak yang berkaitan Tasek :)
Bersyukurr wooh dapat sekolah sini sebab best gila gilaa.. Dah laa. Tak sabar pulak nak pegi sekolah lepas kan rindu kat semua yang ada tapi kat senior(S) tak boleh la kan diorang dah takde T_T Sedih pulak..Korang,korang kena taw taw,aku rindu sangat sangat sangat kat korang semua,yang tak mention pon,yang nak aku rindu pon kalau tak malu,termasuk sekali taw!Hmm lagi berapa hari je lagi nak sekolah dah..! Yeayyy!! :)
p/s: Selamat 'PENGANTIN BARU' , Semoga berbahgia :) HAHA *GEDIK




No comments:
Post a Comment