Saturday, March 31, 2012

hati

assalamualaikum awak . ye , awak . awak yang tengah baca post saya nihh .


kali ni nak bahasakan diri sebagai saya , dan awak untuk yang membaca boleh kan? kalau tak boleh , kena jugak bolehkan oke :) macam pelik , saya pon kekok jugak ni hehe, tapi nak jugak bersaya berawak ! saya nak cerita ni pasal hati saya, ye hati kurniaanNya yang sangat subjektif .




Few days ago, hati saya sangat tak tenteram . ye sampai stress dibuatnya .sebenarnya rasa ketidaktenteraman ni dah lama ada since awal tahun lagi . mesti awak nak tahu kan kenapa saya tak tenteram ? bukan saya sorang je rasa macam ni , tapi saya pasti kawan-kawan sebaya saya pon sama jugak . ni semua pasal UPU lah ! hehe *cehh macam berat sangat je masalahnya budak ni kan . saya penat taw fikir nak pilih course apa untuk sambung belajar ni , bukan setakat course , tapi which univercity pon sama . yelahhh masa tu result spm pon belum ketahuan lagi tapi dah kena isi borang , dah tu budak-budak kat fb asyik lah cakap pasal hal ni mana tak stress . however, saya amek keputusan untuk tunggu dulu sampai result saya keluar . baru lah jelas siket nak selesaikan segala kecelaruan di minda , barulah sedar diri kos mana yang layak untuk saya >,<




alhamdulillah, result saya selamat dikeluarkan *macamlah result tu ibarat baby yang baru dilahirkan setelah dikendong selama 9 bulan oleh ibunya, muehehhe. alhamdulillah, result saya dapat memudahkan sesi mengisi borang UPU tuhh . tapi . engatkan lepas dapat result , lapanglah siket hati ni, rupa-rupanya makin stress dibuatnya . makin susah nak buat pilihan . mana nak pikir dapat ke tidak kos yang saya idamkan tu, lagi nak pikir pasal peluang kerjaya lepas ni . benda ni bukan main-main , ni semua melibatkan masa depan yang saya langsung tak dapat teka . so , kenalah pikir betul-betul sampai memeningkan kepala . hari demi hari tarikh tutup nak isi borang tu makin dekat . ibu ayah dah berbunyik suruh isi cepat-cepat . heyyy depa tak tahu anak ketiga depa ni nak isi pasal maklumat peribadi kat borang UPU tu pon dah berdebar-debar , apatah lagi bahagian nak pilih-pilih kos tu . haihhh ni lah kelemahan saya , awak ! saya takut tak bertempat . hehehh . yang saya dapat buat , isi borang tu berkali-kali tapi bila sampai kat part nak memilih 8 pilihan tu, saya stop! kesian , LOSER ME !!





Akhirnya , saya tunggu along saya balik rumah dulu . saya nak dengar pendapat and bebelan dia . yelah orang dah ada pengalaman , dah berjaya pulak tu . hmm bukan sebelum ni dia tak pernah bagi panduan ke apa, rajin je dia call , texting dengan saya pasal ni semua . tapi, saya kan manja *ewww* so saya nak jugak suruh dia tengok apa yang saya isi . ohhh manja ke gedik saya nie ? hahaha . impian termakbul jugak bila penyudahnya dia yang penuhkan 8 pilihan tu ikut turutan . dengan saya sekali lah duduk sebelah kan . yeayyy !! rasa beban kat bahu ni jatuh serta merta . hmmm nasib baik ada along yang rajin melayan saya yang gelabah ni , awak ! lepas ni dah tak payah nak fikir pasal hal yang satu ni masa nak makan , nak tidur , tengah shower, tengah lipat baju tengah apa-apa pon! settle satu masalah , alhamdulillah :) boleh dikatakan 90% saya pilih program asasi di UIAM . saya tak pasti sama ada saya layak atau tak . tapi saya nak sangat belajar dekat sana , saya nak mulakan hidup baru , berubah ke arah yang lebih baik . tapi kalau tak dapat buat asasi ,  saya akan ke matriks . tak kesah lah, orang kata , kalaw nak berubah tu , dekat mana-mana pon boleh , yang penting nawaitu kita , kan ?






Sekarang ni saya cuma berdoa je banyak-banyak untuk diri saya and kawan-kawan tersayang agar dikurniakan masa depan yang cerah . humm memang manusia ni sangat lemah kan ? semua perlukan pertolongan dari DIA . macam saya lah , kalau dulu dok mintak keputusan SPM yang cemerlang , sekarang ni mintak ditempatkan dekat universiti terbaik, nanti dah dapat , doa lagi mintak dipermudahkan kehidupan baru hmmm malu pulak asyik meminta-minta. Tapi Allah tu maha pemurah , maha penyayang . DIA lagi suka kita meminta-minta daripada tak minta langsung ! saya bersyukur sangat , dengan apa yang ada ni, saya harap awak pon sama jugak and dapat yang lebih baik daripada saya . Awak nak tahu tak ? hati saya sekarang ni dok resah gelisah semacam . bukan pasal UPU lagi dah , tapi pasal hubungan sesama manusia . hmm susah nak descibre into word,wak . hati manusia ni tak boleh diteka apa yang tersirat . saya asyik fikirkan hal ni dua tiga hari ni , dulu pernah jugak hal ni menghantui otak , tapi hilang sekejap, baru-baru ni sebok pulak muncul balik !




hmmm tapi saya nak share dengan awak . kalau hati tak tenang , dekatkan diri dengan DIA . tapi kenalah berterusan , jangan bila ada masalah baru nak dekat , sombong namanya tuu . bukan setakat solat 5 waktu , tapi kenalah buat amalan sampingan kalau nak extra hasil . contohnya baca Quran . and yang terbaru saya amalkan baca Al-Mathurat lepas Zuhur and Asar . saya sedar , saya kena berubah untuk jaminan kehidupan kat 'sana' nanti. mula-mula memang susah nak buat , tapi tak salah kalau paksa diri untuk buat jugak ! lama-lama akan jadik kebiasaan , macam saya yang dah biasa online berjam-jam sehari , takkan baca mathurat setakat 20 minit tak boleh ? so unfair ! so, saya harap awak doakan saya istiqamah dalam hidup, oke .. orang sekarang dok berebut-rebut kejar cinta dunia yang tak kekal , cinta yang abadi tu pandang sebelah mata je, padahal cinta yang disanjung sangat tuu , tak indah mana pon*saya dah rasa , heww loser me, again !* tetap buat kita pening kepala memikirkannya . Saya perasan , ramai kawan-kawan saya sekarang rajin post hadis-hadis Nabi , terjemahan-ayat Quran dekat fb . thanks to you guys sebab dah bagi makanan rohani kat saya yang sangat perlukan itu semua :)





sama-samalah kita berubah ke arah yang lebih baik , orang dah tunjuk arah, kita bukan buta nak terus berjalan tanpa berhenti sekejap sampai kena hentam dengan lori ,tak sempat bertaubat . semoga hati saya dan hati awak akan tenang sentiasa dengan redaNya ^,^










*saya malu , saya bukan sesiapa nak cakap pasal hal agama , tapi tak salahkan kalau kita saling berkongsi dan beringat antara satu sama lain. saya pon macam awak , dalam usaha menjadi orang yang lebih baik di mata masyarakat dan jugak mata DIA . walau tak banyak perubahan , siket pon jadilah untuk tambah peluang kita merasa nikmat syurga :)


No comments:

Post a Comment