Assalamualaikum .
hai lama tak tulis kat sini . ni semua sebab ibu jari aku yang kanan ni luka macam kena pisau . masa kejadian bila pon aku tak sedar, tengok-tengok je jari ni dah pedih semacam masa basuh tangan . haihh takde kena mengena pon ! bukannya aku taip pakai ibu jari . hihi
baiklah, apa kabar semua? bajet macam ada orang baca je blog ni .haha . takpe takpe aku tengah boring memang cenggini . ibu, ayah dengan si adik bukan main lagi riuh kat depan tengok final Raja Lawak 6 . minat pulak aku rancangan tuh , nak tanya siket , lawak ke dherrr? biarlah kan , tahniah je lah kepada si pemenang . Encik Ayah bukan main sampai undi bagai . pemurah ayah aku tuu . Haaa banyak membebel sudah .
Hari ni dah hari Jumaat , minggu depan hari dan waktu yang sama, aku dah dapat tahu result SPM aku ghuper apa. haha 21 haribulan ni pukul 10 pagi insyaAllah segala penantian akan berakhir . phuhhhh cakap macam tak nervous langsung pulak . siapa je yang tak nervous ? aku pon termasuk dalam golongan yang nervous tapi masih dalam keadaan terkawal . belum ada lagi mimpi result ke hape . haiyaak tengoklah nanti malam hari selasa aku mimpi ke tidak . Masa UPSR dulu, aku mimpi aku dapat 4A1B. memula cam tak percaya kan, tapi sebenarnya betul okey mimpi tuhh . kalau diingatkan , memang aku meratap masa dapat result tuhh selama beberapa hari . ye ahhh ni salah satu keburukan kalau kita selalu berada di atas, bila jatuh secara tiba-tiba , hamek kawww! Tu pon, aku umur 12 tahun iman tak kuat lagi . haha Alhamdulillah , walaupun tak dapat 5A macam yang diidamkan, still boleh sambung belajar kat Tasek yang disayangi . awwww rindu Tasek! Masa PMR pon, aku mimpi malam sebelum pergi ambik result tuh . Sekali lagi mimpi tu jadi kenyataan, Alhamdulillah..
Tapi, result yang lepas dah takde gunanya lagi . Result SPM yang lagi 4 HARISAHAJALAGI akan jadi penentu masa depan aku . Aku sendiri masih kabur and tertanya-tanya macam mana lah keadaan aku nanti . Kalau keputusan tu seperti yang aku harapkan , mesti aku akan gembira banget , tapi kalau sebaliknya, reda jelah , nak buat macam mana . what you give is what you get back . Sekarang ni tiap-tiap malam sebelum tidur aku dok memikir pasal result . Makin aku pikir setiap subject , makin aku rasa tak yakin. Astaghfirullah, syaitooooonn sungguh konghajak ! Takpelahh aku serahkan semuanya dekat Yang Maha Berkuasa . Takdenya aku nak meratap kalau aku tak dapat Straight A's nanti . Aku dah lapanbelastahun dah, so i've to behave like one lah . Iman pon Alhamdulillah dah bertambah so aku harap,everything akan terkawal . Dah banyak ujian cabaran masalah aku lalui dengan tenang tanpa air mata takkan untuk kali ni aku tak boleh kan ?Aku harap aku dan kawan-kawan akan dapat result terbaik dan menggembirakan ibu ayah cikgu-cikgu semua . Aminnn :) Cukuplah aku dapat tengok semua orang happy dengan result nanti . its good enough .
Nak cakap pasal UPU pulak . Sampai sekarang aku belum isi yang LapanPilihanProgramandUniversiti tuh . aku sangat tak yakin sebenarnya . Aku just dah godeh segala laman web KPM tuh and another website yang berkaitan dengan Universiti dan Course yang aku minat lepas tuh aku tulis kat kertas lepas tuh aku letak kat sebelah komp ni . Kenapa ek aku lebih tertarik kat Medic Field yang kena belajar all the science subjects especially Bio and Chemist . Padahal aku lebih teror cececehh takdelah teror sangat tapi aku lagi rajin and cepat buat Maths? ni mesti sebab dari dulu aku dah niat nak jadi Pharmacist lepas tu terus usha-usha medic field yang lain langsung tak pandang Maths yang ku sanjung tinggi masa sekolah dulu . Lagipon si Along dengan Akak dah dalam bidang kira mengira ni. So sebagai adik yang sedang merancang masa depan, aku rasa bertanggungjawab meluaskan karier ahli keluarga . ahahaha cakap besar tau kau ni izzati . Dah lah , senang-senang tunggu je lah result tu keluar baru decide nak amik bidang apa -____-
Tak sabar sangat nak pergi sekolah Rabu ni bukan sebab tak sabar naw nak tengok result tapi tak sabar nak jumpa all the classmates . Mesti sume dah besar kan ? macam aku . ngehhehe . Kay la ehhh aku dah takde pape nak tulis lagi . Ni pon tengah chat dengan kakak pharmacist cantik pasal scholarship . hewhewww rindu pulak nak tengok muka kak Diba . awww gedik taw . k bai, assalamualaikum . :)

No comments:
Post a Comment