Saturday, July 13, 2013

Warkah dari Sahabat

Salam Ramadhan, dah puasa keempat dah ye. andddd I just receive this letter from one of my friend yang jauh di mata, dekat di hati.--Shabrina a.k.a Shab yang kecik molek, yang student uitm Penang tuuuu. Hee. Sebenarnya bukan lah shab pos surat ni ke rumah aku, dia post kat dinding Fb (read: wall)  aku je yelaaaa dunia dah maju so manfaatkan lah teknologi yang ado :) 

"Assalamualaikum. Bismillah. Assolatuwassalam ala Rasulillah.
Alhamdulillah dalam dunia yang semakin berputar ligat dan kehidupan yang semakin rumit setiap hari, sempat kita saling bertukar salam dan mendoakan kesejahteraan diantara satu sama lain. Diharap awak sentiasa sihat sejahtera dan diberkati-Nya.
Kehadapan awak yang sentiasa dalam doa saya,
Kita berkenalan kerana ada sesuatu yang menggerakkan kita ; Tuhan dan takdir. Kita berkenalan kerana dalam hati ada sesuatu yang bercambah ; ukhwah. Kita berkenalan kerana berkongsi satu persamaan ; minat kita terhadap tulisan-tulisan lewat alam maya.

Alhamdulillah bersyukur saya kerana kita ditemukan dan bersahabat. Kerana nikmat yang paling berharga sesudah iman dan kesihatan adalah memiliki sahabat yang soleh/solehah.

Saya harap persahabatan ini berkekalan, walau saya sedar tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah.
Awak, ada banyak perkara yang saya ingin tanya, yang saya ingin tahu, yang saya ingin dengar dari awak berkenaan tulisan-tulisan berkenaan kekecewaan dan kesedihan yang selalu awak paparkan.

Maaf bukan niat saya untuk menyibuk tetapi saya terlalu ingin tahu kenapa tulisan-tulisan itu yang awak pilih untuk dipaparkan.

Adakah awak dihantui masa silam yang memedihkan?

Ceritakan pada saya awak, saya ingin jadi pendengar awak yang setia, walau saya tahu pendengar yang paling setia bagi setiap manusia adalah Tuhan. Saya ingin berkongsi kepedihan awak.
Adakah kesedihan itu adalah kerana awak tidak mendapat bahagia yang awak impikan? Kerana manusia, saya juga tidak terkecuali, sememangnya akan bersedih, kecewa dan terluka dalam proses mencari kebahagiaan.

Awak nak dengar cerita berkenaan bahagia?
Tapi sebelum tu izinkan saya bertanya apa erti bahagia bagi awak?

Adakah ia sejenis peluang dan nasib baik dalam kehidupan? Adakah ia adalah rasa kepuasan dalam jiwa kerana berjaya memiliki apa yang diingini?

Adakah ia boleh diertikan dengan keadaan gembira yang dirasai diri?

Jujurnya saya juga tidak mengetahui apa sebenarnya erti bahagia. Kerana terlalu banyak perbezaan pendapat berkenaan bahagia diantara seseorang dan seseorang yang lain. Dan benarkan saya berkongsi apa yang saya rasa tentang bahagia.

Saya faham awak, kebahagian itu mungkin adalah ketika kita mengenali seseorang, menjadi teman seseorang, dan memesrai seseorang membuatkan kita berusaha untuk mengejar kebahagiaan yang kita impikan bersama dia.

Namun saya tertanya-tanya, adakah bahagia itu tidak tetap kedudukannya dan sentiasa berubah bentuk hingga perlu dikejar?
Rupanya jawapan itu ada pada diri sendiri. Bahagia itu ada dalam hati. Kita cuma perlu mengubah sedikit sudut pandang maka bahagia itu akan terpantul dari dalam diri.
Awak, kekecewaan dan kesedihan akibat keinginan untuk mencapai bahagia yang tidak kesampaian yang kita inginkan itu bukanlah atas hukuman Allah atau kesilapan kita sendiri.

Semua itu sebenarnya adalah ujian buat kita dan manusia yang ingin merasai makna kebahagiaan sebenar di dunia iniKerana kebahagiaan itu bukanlah kepuasan fizikal mahupun kepuasan jiwa, bukan juga pengalaman indah yang diciptakan minda, dan kebahagiaan itu juga bukanlah bagaimana sesuatu perasaan yang bermula itu berahkir seperti apa yang kita inginkan.
kebahagiaan hanyalah dapat dikecapi apabila kita kembali kepada fitrah. Kebahagiaan itu bukan berakhir dengan kepuasan diri sendiri tetapi harus berakhir dengan tujuan utama penciptaan manusia di muka bumi ini ; iaitu kembali kepada Allah.

Dan manusia punya banyak cara untuk meraih bahagia namun pilihan terbaik adalah melakukan penyerahan kepada Allah. Kerana dengan kembali kepada Allah, kita akan mengenali diri sendiri dan tujuan utama kenapa kita diciptakan.

Bahagia itu tafsirlah dalam erti apa sekalipun, ia akan menemui satu titik yang sama iaitu bahagia itu adalah apabila kita redha kepada apa jua yang Allah beri dan Allah kembali meredhai kita.

Maka janganlah terlalu berduka tentang terlepasnya bahagia pada masa lalu, awak. Kerana Allah sebenarnya sedang menilai awak untuk memerhatikan apa usaha yang awak akan lakukan untuk mencapai redha-Nya.
Awak juga selalu mengatakan betapa berdosanya awak pada masa lalu. Dan sebenarnya dalam jiwa saya, sentiasa ada perasaan mendesak untuk bertanya kenapa awak menggelar diri awak begitu.

Namun bila difikirkan itu urusan rahsia awak bersama Allah, maka saya menahan diri. Cuma saya hendak katakan, dalam dunia ini sentiasa ada ruang untuk manusia kembali diterima dan memperbetulkan diri.

Adam dan Hawa yang melakukan dosa diberi peluang bertaubat dan akhirnya diterima semula oleh Allah. Awak sangat beruntung sebenarnya, Allah menyedarkan awak tentang dosa awak dan dengan itu awak kembali berusaha untuk mentaati-Nya. Mintalah keampunan dan hidayah dari-Nya.

Juga, saya tahu awak takut dengan masa depan. Takut akan sesuatu yang tak pasti. Dan lebih-lebih lagi lewat dari tulisan-tulisan awak, awak takut untuk terputus hubungan dengan orang yang awak sayangi. Itu normal kerana kita adalah manusia biasa.

Tapi ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa akan kembali tenang. Maka marilah kita membaiki iman dan amal, kerana dengan imanlah kita tidak akan takut terhadap sesuatu yang tak pasti. Dengan imanlah kita akan diberi kekuatan dan ketabahan untuk menempuh masa hadapan.

Awak, lupakanlah kesedihan masa lalu. Kerana hidup bukan untuk mengenang masa silam sebaliknya untuk mencipta masa hadapan yang baik.

Saya sayangkan awak, dan ketahuilah sedikit demi sedikit hati saya menangis apabila melihat atau membaca tulisan awak yang mengandungi kesedihan.

Bahagia itu datang dengan keredhaan dan ketaqwaan pada Ilahi. Moga kita sentiasa dijagakan hati agar tidak berpaling dari-Nya dan moga kita diredhai. InshaAllah.

Yang menyayangi awak,
saya


Sedih pulak lepas baca surat nie. Hukhukhuk *menangis lima menet* by the way, surat ni pon Shab copy paste je dari mana-mana.. hehe Whatever it is, surat ni dah berjaya mengubat hatiku yang lara takde sebab ni. Banyak point best dalam ni kan? kalau awak dah baca tapi takde rasa pape tuu, mesti ada masalah jiwa. wkwkwkwk -,-

Terimakasih daun keladi Shab, lain kali post lagiiiiiii.
Love youuuuuuu :D






Thursday, July 4, 2013

things to be clarified :)

Assalamualaykum ...

Hari ni empat July. Yeayy welcome July, bermakna tak sampai seminggu pon lagi kita semua akan menyambut Ramadhan. Alhamdulillah, ahlan wasahlan ya Ramadhan. Bulan yang dinanti oleh semua umat Islam betul tak? winkwink

Makanya, hajat di hatiku ini nak menjelaskan beberapa perkara kepada umum cehhh umum lah sangat sebelum mulanya kita berpuasa. Bolehlah bukak buku baru di bulan puasa nanti tanpa sebarang perkara yang menghantui. Takdelah menghantui mana pon tapi pada aku, benda  ni perlu kot semua sedia maklum agar tak timbul sebarang kekeliruan di masa akan datang Hehehh apesal ayat skema sangat ni cik oi -,-

Okey first nak announce bahawasanya saya dah habis FIS! yahoooo. apa itu FIS? Fis ialah sejenis fasa di peringkat pendidikan. Hahaha skema terlampau tu. sebenarnya FIS ialah program Foundation In Science yang aku dok study dekat Cyber tu haaa. Alhamdulillah, setahun dah berlalu dan di saat aku menaip entry ni, my juniors dah register dah pon untuk intake 2013 ni. Welcome Jr semuaa! tak rugi tahu masuk cucms ni tapi korang akan berasa kerdil je ah masa memula masuk kampus tuu. Thats what i feel before. hihi Bayangkan lah senior sume dah masuk degree, ada yang dah tahun empat tahun lima kat medical school tuu, and kau baru daptar jadi student foundation. Rasa nak nyorokkan muka pon ado. Hahaha Tapi takpeee, sekejap je perasaan kerdil tu ado, lama-lama hilang laaaa :)

So marilah aku ringkaskan sedikit sebanyak pengalaman join program FIS ni. Kami seventh batch yang awesome! Heeee tu je nak ringkaskan. Nanti kalau aku rajin time bulan puasa ke.. aku akan buat review pasal program ni okeh. Daripada tidur je takde menda nak buat, ada jugak faedahnya aku berkongsi cerita huhuu Manalah tahu ada awak-awak yang kat luar tu eager tu know how this program kan. Almaklumlah, ni IPTS. So, takdelah terkemuka macam IPTA tu haaa. nak dapat info pon agak susah. Im talking based on my own experience yaa, masa mula-mula dapat offer MARA untuk study kat sini, i have no idea about this Uni. Hahaha so, insyaAllah i'll write something at least boleh jadi guide pada mereka yang memerlukan :)

hari-hari terakhir datang kelas before Final Exam :) 
tu baju batch kamiiii ^^

Mohon doakan aku dan rakan-rakan tersayang berjaya dapat result yang cemerlang gemilang untuk melayakkan kami terus di pinjamkan wang oleh MARA. hihi kalau tak, mana aku nak study woi. InsyaAllah, everything's will be fine Ameeen. Kalau tak de aral melintang, seminggu after raya we all gonna start our degree course. Berpisahlah kami, mostly akan masuk faculti MBBS, nak jadi doctor lah katekannn, aku masuk faculty Pharmacy sebab nak jadi doctor macam tak sanggup Hahaha :D


The next thing to be explained is me and my CA is no longer together. Alhamdulillah, dah dua bulan lebih siket , and Allah ease everything. Aku pon dah taknak ingat apa yang jadi, yang penting is masa depan yang aku sendiri taktahu macam mana. Semoga dia bahagia dengan yang baru. Express betul mamat tuu semoga kekal abadi both of you. Dia kadang-kadang suka tanya, dah lupa kat dia ke? Hello, mustahil oke nak lupa kewujudan dia, kenal bukan sebulan dua, dah nak masuk empat tahun rasanya. Dekat FB, Twitter semua hari-hari nampak perkembangan hidup si buncit itu, mana aku nak lupa kan. Hahaha. So insyaAllah sampai ajal pon takkan lupa apa yang jadi, cuma malas nak ingat kenang bagai semua tuuu. Takde bergunanya pon, just amek pengajaran jelahhh. Tapi, terima kasih hadir dalam hidupku ini, ada hikmah kita jarang jumpa, tak banyak mana pon kenangan yang kita ada, nak dibandingkan kenangan dengan pengganti ku iteww so senang sikit nak teruskan hidup ini. Degree ku empat tahun lagiiii, long way to go.

 Kalau tetiba ada jodoh untuk aku, terus kahwen jelah. Hihi Itu bermaksud lama lagi la kann. Biarlah lelaki tu jadi yang kedua dan terakhir dan mutlak milikku selamanya. Bukan serik bukan trauma, tapi tu lebih terjamin. Aku sebenarnya malas ah nak bebanyak kali in a relationship. Hati ni satu je tahu tak? aku pon tak paham macam mana ada manusia yang boleh bercinta berkali-kali dalam masa setahun ke hape. Senang benar memberi dan merubah hati kasih cinta dan sayang. Tu semua character and kesanggupan masing-masing kan.  Yang pertama kecundamg, so kalau Allah izinkan ada yang kedua, aku plan nikah and nak ke akhir hayat terus dengan si dia yang tak tahu siapa ituuu. Hikhik gedik sangat statement niii, takpe, bukan selalu. Kita hanya merancang, Dia yang tentukan. ^^,

"Hasbunallahu wa ni'mal wakil ni'mal maula' wa ni'man nassir"

Baiklahhh, lega hati ni bila dah bagitahu semuanya. Wehuuuu Imasinglelady. Hahaha Semoga lebih maju jaya lepas ni. *Ucapan untuk diri sendiri. 

Selamat berpuasa kawan-kawan. Tak sabar jugak nak beraya sebab nak jumpa kaum kerabat yang dirindui setelah sekian lama. Ok abaikan jelaaaa puasa dulu baru fikir raya. Till here, assalamualaikum u olls! :D







Thursday, June 13, 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum :)

Dah berkurun lama belog ni terbiar dan dibiarkan oleh tuan tanah kedaung ni. Takpe, rasanya takde siapa pon yang kesah -,- tapi kalau awak kesah, ohh so sweet of you thats all i can say. hahaha. Lama tak menaip untuk belog so, taip dua tiga patah perkataan, berhenti. pikir ayat. taip lagi, berhenti. gigit Oreo siket, sambung. berhenti lagi dan blablabla .. Kali ni taknak bagi ayat klise, bahawasanya saya sibuk dengan itu sebok dengan ini. tidak tidak. bukan alasan tu den nak bagi hari ni. Lama tak berkongsi cerita sebab MALAS. yeahh thats the word to describe me lol. Siapa cakap budak foundation/asasi ni sebok? walaupun programme ni setahun je belajar rushing macam haper, tapi takdelah sebok mana. Hari hari free je kalau kau nak meng-free kan diri. Boleh je bukak laptop berjam-jam tapi walaupun begitu, aku tetap tak mampu nak bagi perhatian pada mu wahai blog. Maafkan dakuuuu :D

Sudahlah tu bermukadimah sampai satu perenggan pon macam tak cukup. hekhek. So whats up? Know what, lagi seminggu je aku akan habiskan foundation kat CUCMS ni. rasa nak senyum senyum je bila pikir tak lama lagi boleh balik rumah. haha yaaaa dah setahun duduk kat sini aku masih homesick. Padahal selalu je balik masih sayu hati mengenang rumah dan family di JB. aku memang perempuan penuh emosi harap maklum :p  So, lebih kurang 5 hari lagi going to the campus mendengar lecture dari lecturer, dan dua hari untuk Final Exam. part exam tu aku macam seriau. Dengan result sem lepas yang masih rahsianyaa, buat aku berdebar je siang malam nak mengadap exam. InsyaAllah semuanya akan okey :) Doakan aku dapat cgpa above 3.50 please i beg you. *desperados!

Okey tu je yang aku nak share kali ni. Nanti dah selesai semuanya, InsyaAllah ada lah benda aku merepek kat sini. Byeee Assalamualaikum :) Eh, jangan lupa doakan saya...tq. 




Friday, March 15, 2013

Malam Sabtu.

Assalamualaikum selamat malam.

Tajuk belog ini akan  berdasarkan waktu beta menaip mula dari sekarang. Ye, hari Jumaat malam Sabtuu. Tujuan untuk menutup kelemahan diri yang selalu blur taktahu nak letak tajuk hape di setiap post. ngekkk. Okey nampak tak belog ni dah bertukar wajah? Nampak tak belog ni dah mula menonjolkan ciri-ciri keperempuanannya? Hahaha aku adalah suka sekali dengan theme ready-made ni sebab aku kan pemalas nak fikir what to do tapi at the same time I is boring melihat theme lama. Lalu terhasillah belog pink merah-merah ini. Sangat gigirl macam tuan dia. Puiiih. Hahah. Wajib tahu yang sekarang jiwa ni sangat suka warna merah warna kesukaan sejak zaman sekolah rendah lagi. Apa function aku bagitahu ni? Esok-esok kalau nak bagi aku hadiah, bolehlah bagi yang bewarna merah. wakaka taktahumalu.


Sebenarnya ini hanyalah a short update. Alhamdulillah midterm dah settle, result Physics dah dapat*nasib baik lulus, pffffttt* MUET pon dah settle all the components. Part writing yang buat diri ini rasa macam kena repeat. Hahaha mohon dijauhkan tak sanggup nak menghadapi debaran macam debar nak kawen jee. Macamana aku tahu debaran nak kawen haa? Gatal. Okey, esok pulak kanak-kanak foundation ada Biology trip ke Taman Negara Merapuh. sempadan Pahang-Kelantan-Terengganu katanyaaa. Jauh nya nak travel, mohon doakan kami semua selamat pergi and pulang ye :)


Oklaaa cik roomate sibuk pulak dok kemas itu ini untuk pergi camping esok. Better aku pon buat-buat sibuk check barang-barang Hihi. Selamat malam :)




Thursday, February 28, 2013

#hectic!

yeayy its me again, on Friday! Salam Jumaat untuk semua :)

Kenapakah ayat macam budak baik?? Well, daku memang baik, undeniable, cant deniable. 
Ok, stop merepek. Baiklah. Jumaat hari favourite daku sebab dah tak payah pergi kelas dengar lecture buat tuto dan sebagainya. Jumaat dikira sebagai weekend boleh? haha ok, lawak hambar. 

Move on. Fyi, next Monday and Tuesday saya akan menghadap soalan MIDTERM. maigaddd! midterm yang menyumbang 30% untuk final result semester 3. Bagaimanakah aku nak score subject Bio and Physics ni? Soalan quiz pon teragak-agak nak jawab, lepastu result kelaut, inikan pula midterm. Hmm kadang-kadang tak semestinya kita study bagai nak rak, then result kita pon cun bagai nak rak. Cehhh bukan nak cakap aku study bagai nak rak, study laaa tapi bagai nak rak itu tidaklaaaa, well yeayhh study. study awal-awal, malam before quiz tu baca lagi segala notes, namun result tetap membuatkan diriku hampa -__-.  Bab Physics jangan cakaplah, menangis aku sebab tension punya pasal. Cepatlah habis sem 3 ni, tak sanggup dah dapat result Physicssss. Mungkin banyak sangat dosa. Kena usaha lagi, dalam semua aspek. kan? InsyaAllah. Doakan lah saya berjaya melepasi semua dugaan ini dengan tenang.

Next, im done with the speaking component for MUET. hehe how was it?? Alhamdulillah, berpuas hati dengan apa yang aku dah lontarkan. topic BEST WAY TO HELP IN COMMUNICATION will never be forgotten. fiuhhhh. Another three components akan dihadap next week, lepas selesai midterm. Baguslah tak bercampur aduk. hihi

hari meMUETkan diri. 
saja gedik pakai spec orang. bila pakai specs, terasa muka sama macam akak :)


Ohh yee, last Tuesday, i joined futsal yu knowwww. Sekian lama tidak berlarian, hamek kauuu, pancit di tengah court. Event sesama budak Foundation kiteww batch 7 yang awsome sangatttt ! Tujuan nak fund raising Almaklumlah nak buat grand dinner kannn. Watever. Larat main dua game je, wakil kelas saya, 7B Bersatu katanyaaa. haha Third game masing-masing pakat tarik diri. wakaka penat wehhh macam nak pengsan rasanya. Lagipun, dah kalah, malas nak kalah lagi . pffffftt -__-

 naik kereta orang. Saya yang start enjin yu knoww. Yang bawak ialah Apis. 
Respect kat dia. Muka nakal tapi baik dan bertanggungjawab. 
Sesuai jadi suami ni, siapa mahu? wakaka
Kitorang berangan je ni ada kereta sendiri :p
 Kita mana ada kereta. menumpang je mampu tsk tsk tsk

Nampak tak siapa yang nak sepak bola tuuu? HAHA 
padahal jerit je lebih. Maaf kalau ada yang terpaksa dengar pekikan saya :p

Dah lama tak berpeluh satu badan. Untung ada futsal ni haaa bolehlah membakar kalori yang berleluasa. Haa game ni kitorang main dekat Seri Kembangan sesuai untuk yang kembang menjadi kempis. Sukahatiakujeee.  Nama tempat ni Tonga De Futsal ye, dan depan dia ada KFC yawww seronoknyaaaa! ke situ lah kami lepas game, topup balik kalori yang terbakar tadi. Good Job! Balik rumah, semua yang main menanggung sakit-sakit badan. Kecuali the boys kot. Muka memasing cam gian main futsal je aku tengok. Yang girls nampak sangat dah lama tak exercise. and Ye, im one of them :)

Jam sekarang menunjukkan pukul 3 petang. Bagi chan aku nak tidoq. Malam kang nak hadap notes Biology semoga tidak menjadi Biol. Itu jaa update untuk kali ini. Thankyou for reading! Assalamualaikum may Allah bless you :D



p/s : -its March, eleventh month :)
        -akward moment when we met the person-in-sleep, in real life^^