Friday, October 28, 2011

its saturday !

Assalamualaikum and hye !


wahh last saturday sangat best sebab aku hadiri event yang sangat sweet ! ehh bukan event , tapi event(s) . yup, dua events aku datang and dua-dua banyak makanan! haha . unfortunately , aku si kurus *kurus kewww? makan dekat satu event jepp tu pon dah kenyang macam nak muntah balik. haihhh tak senonoh :pp so, event apekah yang aku pergi?



firstly, jamuan pengawas North Lake High School. aicehhhh nama nak glamour kalah sekolah kat oversea tuu haa. event ni buat kat restaurant Remaja  Classic . aku datang-datang je hujan tengah lebat habis basah bajuku yang meletop lah pulakk . lepastu masuk - masuk je depa semua tengah ready nak bergambar beramai-ramai dengan VVIP segala. aku macam 'whattheheyy-is-going-on??? tiba-tiba rasa macam org asing LOL. then ucapan sana, sini amek hadiah segala makan time!!! ohh sedapp nya mushroom soup and garlic bread dia.. macam nak bawak balik , foods yang lain pon sedappp :)  tp,, soryyy aku tak ber-mood nak guna camera banyak berjasa tuuu ambik gambar event ni segala.. haha




sekiannn..


sekian untuk event pertama , tapi event kedua baru nak start ceghitaaa nih.. event apekah?

alhamdulillah, teacher eliyana kesayangan semua kawen jugak dengan gerek dye!
gerek ialah pakwe ye dalam bahasa sarawak..
heee congrats teacher!!

aku pulak yang excited pergi majlis teacher ! rasa bahagia  jeee haha.. aku yang takde kena mengena, ni apatah lagi si empunya badan.. mesti berbunga-bunga je dalam hati tuu.. berseri je muka teacher time tuu. wahhhh dalam hati ada taman <3

ni tengah tunggu time nak ambik gambar dengan teacherr..
biarlahhh family dia yang ramai tu duluu..
card tu  ktorang buat sendiri yawww.. siap ada 42 signature daripada 5 sn 1 :)


jum tengok muka pengantin baru kitewww jum? 

amboi !!! lawa bajuu !!
pinjam boley? *gatal :p

datang event teacher dah lewat gila disebabkan kesibukan melantak di Remaja Classic . Hhihi.. so tak merasa la kami nasik minyak teacher. malu lah, datang dah petang lepas tu nak makan pulak. haihhhh kempunan :(( okeylahh.. itu je kott nak cerite kat sini..tapi before that, aku nak bagi personal wishes kat my beloved teacher :-

selamat pengantin baruu..
i kagum gila dengan teacher and gerek bercinta dah seven years ,
end up dengan ikatan perkahwinan
semoga kekal ke akhir hayat okeyy
and have lot of cute babies !

* nanti boleh lah share rahsia long distance relationship dengan saye ehhh? heeee :pp





p/s : tak sabar nak ke oversea!!!! cer teka cer teka aku nak kemana?

Saturday, October 15, 2011

30 days more !!

Assalamualaikum and hye ! <3


lama nye aku tak merepek kat sini kan, al maklumlah I am a busy ess-pee-emm candidate. *busy ke lazy??bunyik dah hampir sama tuuu. tapi aku rasa, dua-dua kott. haha tak senonoh! dah lama tak tulis, rasa otak cam blank jeee tak tahu nak cakap apa. at last, terus sign out and tinggallah blog ni kesepian tanpa tuan :pp


baiklah, mari mulakan cerita aku yang senyap menyepi ni. *bajet ada orang rindu letteww! haha. buat point lagi senang kott sebab dari situ idea akan flow dari otak turun ke hati lalu ke jariku yang halus ni. hakhakhak 


**TRIAL RESULT kuhhhh :
     8A 1C . phewwww C untuk Cacat. terbaik lahhh physic aku dapat C. memang padan
     muka sendiri sebab malas baca buku, seronok naa raya beramai-ramai. and that's the
     result. paper 3 lagi sedapp , sebab salah experiment. lol ! padahal,cekgu dah ajar.
     rasakan izzati ! padan muka yeay! haha dah macam orang gila dah perempuan ni.tapi,
     baru Trial kott. COBAAN , and boleh buat my best in real SPM. dapat A- 
     pon jadiklahh, aku nak dapat A tegak nanti.. moral of the story :


what u give is what u get back
kalau belajar, dapat lah result cemerlang,
kalau tak, dapat lah result macam aku. 
haihhhhh


**KEM IBNU SINA at Savannah Hill*takde tempat lain agaknya
    aku tak engat bila tapi awal bulan October laaa..yang penting sangat lah best pergi sana. 
    bukan sebab apa,tapi sebab bilik aku and the geng ialah bilik terbaekkk dari ladang. 
    takde kongsi kongsi dengan sekolah lain,ada tv sendiri, ada tangga belit-belit. haha.. 
    rindu pulak nak sebilik dengan mereka yang sekepala otak.dah lah mase malam pertama
    tidur pukul 3.30 pagi. ape yang kami buat? jeng jeng jeng.. rahsia! haha tapi sangat best
    and aku rindu gilaaaa..one more thing, bila pergi kem ni, aku dapat jumpa The Bawang. 
     hee heppy sangat sebab dah lama tak jumpa, lepas tu bila jumpa macam banyak gila nak
    cakap. tapi, masa jealous kat kami. tak sempat pon nak lepak sama-sama sangat..moral 
    of the story,

sharing is caring, the more the merrier :))

empat je Bawang yang ada, lagi sorang takde :((
btw, imy guyyys! and i look fat there . haiihh


**MY LIFE  yang tak seberapa
    as stated up there, lagi 30 hari je nak SPM, lepastu merdeka lah ye, wahhh buruk
    perangai, belum apa-apa dah cakap pasal merdeka. haha ni bukan aku sorang yang
    perangai macam ni ye,, kat kelas pon ada countdown nak Holidays ! menaikkan semangat
    5SN1 !  so, makin hari , makin banyak kertas cekgu bagi kertas apekah??? Homework lah
    for sure, and aku rasa macam takkan habes je, macam sum to infinity jee.. tengoklah 
    macam mana, aku buat jugak walaupun macam tak berkurang homework tuuu *senyum 
    jelahhh. cekgu cekgu pon memasing sibuk berkempen, promote subject sendiri suruh
    kami study ! tak pikir pulak homework menimbun bila masa aku nak bukak buku tebal-
    tebal tu, nak hafal fakta segala ? tak pikir pulak penat mental macam nak pecah kepala,
    maybe sebab tu kalau tak tidur petang, malam komfem pukul sebelas dah belayar atas
    katil ..lepas tu konon kunci jam pukul empat pagi, nak study*ehem* tapi haram jadah aku
    bangun, asyik snooze je alarm yang berbunyik tuuu, sampai ke pagi baru sedar.whatt-
    the-teruknya-syndrome-SPM ni? tapi sekarang, ada orang dok bebel kat aku, dia tak bagi
    tidur petang. Hahaha, baiklahhh saye yang menurut perintah :))


bila stress,  hendphone pink sakura tu lahh aku kepit kemana-mana
banyak jasa si pinky tuhh  <3


Okeyyy tu je nak update hari ni.. hehe gedik betol. ehh tapi apesal sekarang ni aku sensitif lebih? senang je nak sentap, nak jelous segala. haila hailaaa.. ya allah, jauhkanlah segala perkara tak baik dari hidupku ini .hmmm..lagi satu, my chemistry teacher, cekgu Shima share this quote:-

''Start your day with something sweet,
end your day with something sweeter !!''

alahai, sukanyerr aku dengan quote ni.. sweet jee hihi . okeylahhh babai !! <3

Sunday, September 18, 2011

ape aku rasa?#4

First of all, 

sumpah, aku malas baca physic !! cepatlah habis SPM !!


alhamdulillah, selama ni yang dicari, dah ada dalam genggaman. 
hihihi. ayat tak agak-agak :pp

Thursday, September 1, 2011

peringatan..



''hadapi dulu apa yang saya nak awak hadapi,.. ''

Ya Allah, kurniakanlah aku kerajinan untuk belajar.Trial SPM aku dah dekat sangat ni, tapi aku tak belajar mana pon. macam mana nak belajar, asyik berjalan raya je! ni la padahnye. bila exam lepas cuti panjang macam sekarang ni.. memang result ke laut la jawab nye.. ermm.risau kalau aku tak dapat hadapi apa yang perlu aku hadapi*refer kata-kata di atas* apapon., kejar cita-cita sebelum kejar cinta . ye, im striving for that. insyaAllah, hati ni tak kan beralih , bersepah, berbahagi dengan yang lain. masa depan lebih penting kan? kalau takde masa depan, macam mana nak terus hidup dengan orang tu?setakat cinta takkan berbaloi la tanpa masa depan. so, tolonglah wahai izzati, belajarlah , jangan pemalas sangat ! engat janji yang dah dilafaz tuuu..

Monday, August 29, 2011


 ehem-ehem . testing testing one,two three ..



dengan rasa rendah diri yang tinggi menunjang ni, aku nak ucapkan:-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kat semua orang yang mengenali diri ini.
maaf kalau ada terkasar bahasa,
 terlebih gurauan,
terkurang layanan
ter moody tak tentu pasal,
 terburuk sangka,
terjelous tak bertempat. 
terkutuk sengaja atau tak,
terlawan kata
terdegil suruh belajar taknak.
terkena kan orang,
termarah korang kalau bising dalam kelas,
termasuk campur hal korang
dan ter-ter yang tak tertera kat sini
ampun ye, sedangkan Nabi maafkan umat, takkan aku tak boleh terima kemaafan kan? :)
tahun ni macam tahun lepas, tak balik kampung kerana my tok mak sudah pindah ke bandar.
amboi, advance sungguh!kau adeee ? kau takde..hakhak
okeylahh,
tu je mau cakap, selamat bergembira di hari raya
piece yaw ! :pp