Hmm lama dah tak mengupdate blog ni rasa macam kekok pon ada Hehe poyo sungguh tapi thats the fact. Actually,bukanlah sengaja tak rajin mengupdate tapi macam-macam benda terjadi in this almost two weeks.Apa yang two weeks nya izzati oi?Okeyy lemme tell you what is it k. Rasanya semua orang pon dah tahu its almost two weeks sesi persekolahan 2011 bermula . And almost two weeks jugak lah aku menjadi seorang senior terhormat.Ecehhh!:) Kenapa aku selalu perasan aku ni senior padahal ada Form Six kat sekolah tu?Haha Hmm maybe tulah naluri,amboii naluri?bukan main kut ayat aku :p Yelah dari Form 1 aku menetap kat Tasek tu belajar, main,
Tahun ni sangat lain dari tahun lepas tapi best tetap ada and aku nak hargai setiap moment kat sekolah sebab this gonna be my last year kat Tasek :) Hari pertama je dah huru hara Haha even dah Form 5 , kitorang emm i mean aku n the geng still macam budak budak tadika berebut nak naik kelas dulu sebelum budak lelaki sampai sebab nak cop tempat duduk Dah lah tahun ni kelas kat atas lepastu kena angkut meja sendiri yang berat macam nak mam tu Hoii ingat aku ni superb sangat ke?Nasib baik tak semput kikiki :) So tahun ni tahap kecergasan akan bertambah sebab kelas 5SN1/11 kat tingkat tiga,pagi-pagi dah kena mendaki kan, mana tak cergas. Dapat pulak kelas kat 5SN2/10 rasanya roh diorang still berlegar-legar lagi kat situu Haila haila sabar jelah hati,Haha :) Ehh tapi first day sekolah tahun ni aku dapat coklat Cadbury lah!Tenkiuuuu ye siapa yang sudi bagi tu , aku main-main je sekali dapat betul betul Wahh bertuah badan
Tapi kan masa rehat kenapa aku rasa pelik , janggal gilaaa bila time rehat?Haha Tak nampak dah budak-budak last year kat cantin tu,semua nya dah bertukar especially yang berdiri kat tepi tiang tu Haha tercari-cari seyhh Yeah aku still dalam process membiasakan diri dengan perubahan ni :) Nasib lah time rehat aku kena duty Almaklumlah aku kan pengawas terhebat! Hahaha *gelak kejam ooh cakap pasal pengawas , tahun ni macam pelik je aku pakai baju pengawas Haha nasib baik tak kena kutuk masa first day tuu , ke ada yang kutuk dalam diam? Cett ! Bila dah jadi pengawas masa perhimpunan kena berdiri tak boleh duduk So aku hanya memandang sayu dekat budak budak yang duduk. Cehh dah lah duduk berjemput si penjemput jugak yang tak dapat duduk Sabar je lah and aku malas nak pandang kat area lelaki sebab nanti tercari cari *lagi sekali Haha Lepastu kena jadi makgad kat situ kena tegur students suruh diam and this week aku berjaya tegur si mulut kepochi tuh and the geng, Rasa hebat di situu ye sebab dapat diamkan dia walaupun seketika Hee :p
Hmm sudah lah tu cakap pasal environment Tasek untuk 2011 ni meh sini aku cerita topic yang paling best which is my beloved 9 subject! Cikgu Juliewati jadi form teacher Yeay! best best sebab dah biasa dengan dia lepastu dia ajar Sejarah yang sangat seronok tu Ohh tipulah sejarah seronok kan aku just nak menyedapkan hati and membina sikap positive je Haha.Cikgu Liza ajar BM okey jugak kut sebab dia comel and aku harap dia boleh naikkan mood aku buat karangan yang da bomb Tak nak aa kan buat karangan tiru dalam buku rujukan tapi tu yang aku buat untuk karangan pertama beliau bagi *Psstt ini rahsia tau Hehe bukan apa,idea belum nak sampai,alasan je aku ni LOL.Teacher Fadzleen ajar BI pheww dia memang mantappp tak ada tandingan and its good dapat belajar BI dengan dia sebab aku terdorong nak speaking London Thehehe . Agama pulak still belum belajar dan bermesra dengan ustazah lagi tak tahu lah kenapa maybe sebab kitorang ni dah cukup didikan agama kut sebab tu ustazah belum masuk kelas Haha* ye ye je
Next subject is Mathmode diajar Cik Umi Hani Ah San . Beliau kata beliau keturunan cina , Oke aku iyekan aje tapi best belajar dengan beliau sebab she's very childish Hehe Mathmode pon macam senang je so aku bersemangat nak belajar lagipon subject ni tak seberat Addmath . Ehh Addmath??apakah?Haha kejam sungguh aku ni padahal tu subject favret and diajar cikgu kesayangan , Pn.Zanariah walaupun aku agak lem nak pick up.Jangan tak tahu ye cikgu ni ada hobi which is bagi banyak homework kat kitorang. Yeayyy senyum jelah kan tak perlu kata apa apa sebab tu semua ada baiknya and aku happy gilaaa macam orang baru kena proposed oleh si kekasih bila dapat buat Addmath tanpa meniru kerja si Chinese Hehe :p Chemist pulak dengan cikgu Shima . dulu aku tak kenal pon cikgu ni and bila nak mention dia kat orang lain mesti aku cakap 'cikgu yang putih tu' Haa nasib baik dia putih kalau dia biru? Lu pikir lah sendiri :) Okeylah Biology still dengan Sir Beh yang hensem tu :p First day dia dah sebarkan ideologi dia which is FRIDAY IS BIOLOGY STUDY DAY!*toink amek kau baru je berazam jumaat nak tidur petang Haha sekali kena baca Bio tapi last week aku tak baca pon sebab TERtido Huhu. Last but not least Physic dengan Cikgu Nisa.Suka nya aku kat cikgu ni sebab dia muslimah sejati. rasa kagum sangat sangat.Apa-apa yang dia buat msesti terkeluar ayat ni dari mulut aku : 'bagusnya cekgu ni :)' Insyaallah aku nak folllow cikgu ni slow slow :)
Tahun ni jugak buat pertama kali dalam hidup aku amik tuisyen luar Maybe dah tak tertahan dengan kekurang pandaian aku kut sebab tu ibu n ayah setuju Kalau tak jangan harap nak menjejak kaki kat tuisyen Haih macam apa je bunyik kan?Nampak sangat prestasi lepas PMR merudum tapi aku kompem kembalikan zaman kegemilangan ku itu SPM nanti.So aku tuisyen dengan
Okelah tu je aku nak gebang kat sini banyak lagi homework menanti , siap beratur lagi tu Haha Alhamdulillah misi aku nak siapkan homework without postpone it to another time berjalan lancar :) Ni semua classmate aku punya pasal lah,rajin tiba tiba tahun ni asal free je komfem semua tunduk buat kerja takde dah kecoh kecoh macam dulu sampai aku rasa insaf Haha Good Job guys! Lupa pulak, tenkiu ehh Nurul dengan Yana sebab bagi aku CoolBlog Coklet pagi Jumaat tu.Murah rezeki aku tahun ni asyik dapat benda best best even aku gurau-gurau je suruh belikan Well biasalah aku kan gedik tapi korang boleh pulak belikan betul betul saja nak bagi aku serba salah Haha Okelah , ehh dah dua kali okelah pon tak berhenti jugak tangan ni menaip.Next free time aku hupdate lagi.
Till here,then.Assalamualaikum :)
p/s:aku akan rasa macam LOSER bila salah tekan calculator ! :p
oohh baru aku sedar , aku ni addicted dekat Addmath! HAHA

No comments:
Post a Comment