Saturday, March 19, 2011

memory tercipta :)

Assalamualaikum and hye people ..

Nak taw tak , nak taw tak aku kan baru kan balik kan dari kan Savannah Hill (SH) taw. Hehe gediknya kau macam nak kena pelempang ! Yeah  pergi sana sebab ada Kem Bina Insan Rabbani. Alahai sopannya namaaaa..Tapi pengisiannya ialah teknik-teknik jawab soalan untuk subjek-subjek SPM . tu yang aku suka tuh !Pergi sana 3 hari 2 malam and the most important is aku jumpa ramai kawan kawan baru Hehe :) Mula-mula memang aaa rindu rumah kan tapi bila dah jumpa geng sekepala macam taknak balik pulak.Biasalah lumrah manusia .

Ekcely aku ni memang dah lama sangat tak join kem sebegini rupa sebab tulah aku sendiri volunteer Hehe nampak sangat gelojoh kan kan. Tapi seriouus,aku rindu sangat moment2 sepanjang kat sana . Makan dah lah 2 jam sekali lepastu kat meja makan memang aku dapat tugas serve kan air untuk diorang. So sekarang aku dah expert .Rasa-rasanya nanti ,tuang air kat rumah bakal mentua boleh pass . Haha. Tidur pon kat katil double decker and aku tidur atas.Wahhhhh tinggi gila so sekarang aku dah expert bab panjat-memanjat ni,Haha.

Tapi aku bersyukur sangat dapat se'compartment' dengan students Osman Awang yang sangat lah cantik menarik kau memang de bomb!!! Sebelah pulak dengan SDARYian yang meriah and mesra rakyat :) Best sangat dapat kenal kenal dengan diorang . Rugi tak bawak kamera,kalau tak aku dah upload picture diorang kat sini.Paling tak boleh lupa malam before nak balik , kitorang tidur lambat,borak-borak sekatil ramai-ramai dengan Osman Awangian sampai esuk pagi masing-masing ngantuk dalam kelas Addmath :)

Bak kata orang,setiap pertemuan mesti ada perpisahan kan. So lepas makan tengah hari semua balik ke pangkuan family masing masing .*ayat tak boleh blaaaa. Sedih betul tak dapat kenal lama lama ngan diorang tapi kitaorang dah plan nak jumpa kat luar lepas ni . Konon kononnya reunion :p  Hmmm tu jelah nak habaq kat sini. Ekcely kepala otak dah beku. Almaklumlah homework banyak tak siap lagi plus kena buat kerja-kerja sampingan yang ,merumitkan. Aduhhh.Berhenti merungut oke. Byeee ! :):)

Osman Awangnian a.k.a :Bawang :)
Shabana,Ayesha,Hanis,Fiqah,Syahira

SDARYian a.k.a. :Sardin :)
Ogy,Eyd,Aru,Iza,Syikin  

*im miss-ing you,girls <3



p/s: ~hari isnin ni aku kena bagi speech kat perhimpunan lah pulak in English. grrrr  
        *nervous. Doakan aku tak terketar-ketar.Chaiyok-chaiyok!!!!
      ~Anaemia tu penyakit pelupa ea???Buat lawak seyhh kau!:p

No comments:

Post a Comment