hari ni hari selasa. malam tadi aku penat sangat sampai tak larat nak buat homework,then ibu boleh cakap : kalau penat tak payah sekolah esok(hari ni). what???Wahai ibu,tidakkah ibu tahu sekolah itu amat perlu bagi anakmu yang nak dekat exam ni?yang tak perlu cuma aktiviti yang memenatkan. wait,my mum is not the one yg menyokong ponteng sekolah oke.dia just kesian tengokk aku yang lemah lembik ni setiap hari.Well ikut badan memang nak je ikut cakap ibu,tapi ikut hati tak boleh lah kan.sekolah itu penting :) *rajin siott aku
Kat sekolah macam-macam pulak jadi. atau lebih tepat lagi,macam-macam perasaan. suka ada,sedih sampai menangis tersedu-sedu ada,ngantuk ada,menyesal pon ada. yeah, aku kan perempuan penuh emosi haruslah ada semua tu :) tadi lepas rehat ada ceramah motivasi untuk fom3 sampai fom5 kat dewan. best la jugak sebab berjaya buat aku tak tidur. tapi ni jugak lah ceramah yang giler banyak psycho aku! Phewww dia main nama mak ayah. mana tak syahdu. aku dah agak bila dia start ungkit-ungkit pasal jasa mak bapak. siap dengan background music lagi. Lepastu dia pasang video pasal surat seorang ibu untuk anak-anaknya. Haa part ni aku dah syahdu dah tapi still control macho. Haha . At last dia suruh semua tunduk and dengar dia cakap pasal mak ayah. Ada ke patut dia suruh bayang kan bila balik dari sekolah,tengok banyak kereta kat luar rumah. Ada saudara mara datang. Time ni aku dah agak dah,apa motif dia LOL mesti dia cakap mak ayah dah meninggal dunia. Okeyy time ni kat area aku duduk , dah banjir air mata , bukan nangis tapi melalak. Hihi. aku dah lah tak boleh cakap pasal nih semua. Konfem sensitif. By the way,en abdul halim,tahniah buat motivasi ni untuk kami, especially aku. baru bertambah semangat nak belajar yeah!!
Hmm aku baru perasanlah.lately nih aku terlalu boros!! ye,boros sampai takde saving langsung. Sebab? koperasi sekolah ahhh! jual itu,jual ini. lepastu Form Six pon ada buat jualan. yang tak patutnya semua tu jajan yang merosakkan kesihatan. dan duit aku. Haih. duit habes,poket kering lalu badan gemuk! pui . tak suka nya! Aku nak review balik apa yang aku makan sepanjang sehari kat sekolah. err lagi senang makanan rutin aku.
mula-mula carik nasi goreng ayam/nasi puteh:rm2.50
lepas tu kalau tak tahan nafsu,beli air rm0.50 sebab terliur tengok ais
lepas dah habis sepinggan aku menyinggah ke koperasi dan mula memilih.
kadang-kadang 2packet Oatcrunch rm1.00 tapi sekarang aku gila biskut magic flavour Coklet rm0.80*murah:)
sekarang dah ada list baru which is air milo!!! ni memang takleh halang ahh kan, aku kan duta milo-rm1.20
sehari dua kotak air milo aku bedal. boleh bayang tak betapa rakusnya nya aku?
tu baru time rehat. belum masuk tengahhari lagi. petang lagi,time kawad aku kompem terbayang air goncang!
Udah lah tuuu,sekarang misi nak berjimat Thehehhe :pp
Aku harap sangat nafsu makan aku kembali macam tahun lepas. gila tak makan kat sekolah. ye ahhh tahun lepas koperasi tak menjual macam tahun ni. kalau tahun lepas dah ada jual air milo,dah lama aku suruh orang tu belanja. Haha *zalim+kejam
oke fine ni aida yang amik gambar. ni baru separuh apa yang aku telan,
lagi separuh dah selamat dahh :) ye,kami mewahh dengan makanan!
K lahh. nak makan. makan nasik goreng beli je. ibu kan wanita bekerjaya. penat kot nak masak bila balik kerja. So aku anak yang baik patutnya meringan kan beban dengan tak payah makan. Ni tak,tetap nak makan nasi. kalau tak ada nasi macam tak boleh tidur. Whattheeee???? malam ni pulak nak buat addmath ngan mathmod. hambek kauuu! semoga aku buat dengan cepat. *perasan :pp haaa terpandang pulak henpone pink aku. kesian dia. dah lama dah bebunyik. aduhh tah sampai bila nak macam ni.*fening-fening okey. dah bye semua.have a nice day!!! :))

No comments:
Post a Comment