Friday, July 8, 2011

lumrah yang memang lumrah kan?

Assalamualaikum and hye :)


Pernah tak korang dengar kata-kata ni :-

sedangkan pantai pon berubah,ni pulak hati orang

hewhewhew. mesti pernah kan?pantai berubah disebabkan something yang very damn bencana or whatever tapi bila tang hati?berubah sebab apa? -_- Hmm kalau dah pasal hati ni memang susah nak explore. rasanya kalau buat buku mengenai hati,memang tak kan pernah habes. mesti buku tu tebal gila or akan ada banyak jilid. sebab apa?sebab hati ni sangat complicated. kejap kata ye,tapi tak sampai brape saat , kate tak pulak.macam tulah hati. tak ramai yang tetap hatinya,well thats what we call as lumrah hidup. errr in another word,adat. right?


PERSAHABATAN
yeah,even dalam bersahabat pon ada pasang surutnya. tak mustahil kawan yang gila kamcing dengan kita tiba-tiba berubah jadi kawan yang anggap kita penting bila dia susah SAHAJA. atau, bila dia takde kawan lain. masa tu mula lah dia mengendeng dekat kita. bila jumpa kawan yang baru,asyik berkepit sakan. kita ni macam nampak tak nampak je. tapi bila kawan tu takde,baru lah nampak muka kita ni terang benderang. engat kita ni beg plastic ke? hanya digunakan bila perlu,taknak guna simpan je kat mana-mana. serious aku sangat tak suka orang macam ni. ye,aku pon hidup dalam situasi ni. damn. sedih? haruslah. dulu nak ke mana-mana selalu sama-sama. sekarang dah jumpa yang lain, tengok-tengok dia dah hilang. tak cakap pon nak gerak,sedangkan nak menuju ke tempat yang sama. sebelum ni,semua perkara kangsi sama-sama,sekarang semua jadi rahsia. antara mereka je tahu. tak patut. 


PERHUBUNGAN
lebih kurang sama macam kat atas tadi. kadang-kadang orang yang manis mulut ni senang-senang je cakap sayang lah,cintalah,rindu like crazy lah and whatever sweet talk yang lain,ada kemungkinan dengan senang-senang jugak boleh tinggalkan kita dalam sekelip mata. haaa. tengok-tengok dia dah makin jauh. bila kita nak ambik balik,dah susah.macam tak sangka sangat dia boleh bersikap macam tu. kejam? yeah kejam. sebab dia mainkan perasaan kita. walau kita beribu kali engatkan diri sendiri supaya jangan cair sangat dengan sweet talker macam ni. tapi at the end , kita jugak merana,merindu segala. dia? aku boleh kategorikan as heartless! yelah,dah bagi harapan,sampai ke bintang perancangannya,tapi at last dia ke sana,kita kat sini engat itu engat ini. dia? ada ke dia macam kita? entah-entah tak kesah. aku harap aku tak diperlakukan macam ni. please lah oke? kalau dah tabur kata-kata,sila tunaikan,buktikan. kalau tak boleh,baik jangan cakap. ni semua berbalik pada hati. 


PELAJARAN
Hmmm dengan pelajaran pon hati kita akan berubah-rubah kan? sekejap nak sangat belajar , semangat gila , tapi bila dah depan buku,semua tu hilang? ni semua seth tan punya angkara. tapi sampai bila nak macam tu. kalau ikutkan sangat hati ni,yang malas,yang asyik fikir benda tak sepatutnya difikir,sampai bila? jaga hati baik-baik oke?especially dalam pelajaran. ni untuk peringatan semua,termasuk aku.


Kesimpulannya,hati ni peranan dia sangat penting dalam hidup kita. kalau hati boleh dikawal,bahagialah hidup ni. Hmmm bagi aku,kalau nak bertindak,jangan ikut hati. sebab? hati selalu dipengaruhi nafsu. Tapi,bertindaklah mengikut akal,kerana akal sentiasa memberi rasional jika kita berfikir.Kalau nak bercakap,boleh guna hati. Orang kata,luah kan apa yang kita rasa. kan semua rasa tu datangnya dari hati? kalau tak cakap nanti menyesal tak sudah,kita yang susah. Itu yang aku practikkan dalam life aku. aku takkan bertindak guna hati. kalau lah aku guna hati yang penuh dengan salur darah ni,things are not going to be fine like nowdays. maybe,its look fine outside, but inside nye? ada siapa tahu?aku dan hati aku je tahu. biarlahh hati ni jadi tempat penyimpan segala rasa yang tak terluah. lagi bagus dari diluahkan. And,kalau nak ketenangan hati,berdoalah selalu pada  Sang Pencipta. bila ada something yang memporak perandakan hati ni,aku memang selalu dan terlalu meminta pada Dia supaya aku jadi tabah,redha dengan semua yang berlaku, Alhamdulillah,makbul :)

aku harap semua orang di sekeliling aku akan jaga hati masing masing. tetapkan hati,insyaallah kita sentiasa hepyy. i have to move on. penatlah jadi penunggu. =,=


No comments:

Post a Comment