Thursday, August 16, 2012

masih di perantauan :p

Assalamualaikum. 

this gonna be a long entry with full of random talk from me, hehe. dah lama tak spent time dengan belogg kannn. Hmm, sekarang ni semua mesti tengah semangat raya . yang duduk hostel, mesti sorang demi sorang dah mula balik ke rumah tercinta dengan muka bersewwi-sewwi . Same goes here , daripada lapan orang, dua dah kembali ke rumah masing. Mirah Mak , my roomate mesti tengah on the way balik Klate, bersinar-sinar muka dia aku tengok tadi. al maklomlah, sejak masuk sini tak pernah dia balik kampung so tak heran lah , haha aku pon rasa apa yang dia rasa :) Next, Syiqah pon dah balik Puchong, esok dia and family nak bertolak ke Kedah. Wahhh best nya balik kampung atuk nenek jauh-jauh. Aku tak merasa semua tuu tapi raya aku tetap istimewa dengan mereka yang tersayang kat depan mata. thats good enough for me^^

So esok, Jumaat pagi pagi, giliran si Ganu-Ganu -Mira and Dhirah and lagi sorang Klatanese,Huda balik rumah masing-masing, tengah berkemas lettewww. hihi nanti rumah ni sunyi lah takde dengar diorang bercakap loghat bahasa pelik-pelik dengan aku. Then si Sofi budak Tampin , mesti balik pagi jugak, Ica budak Melaka pulak balik pukul 2 petang. Tinggallah aku kat sini sampai Sabtu. Luckily ada a few others yang balik hari yang sama dengan aku, so bolehlah kumpul duduk kat satu rumah. Tak berapa kesahlah, sebab pagi Sabtu pon aku terus nak gerak jumpa CA sorang tuh. Mana boleh biar dia lama-lama kang dia ikot orang lain balik rumah, macam mana??ini tidak bolehhh terjadi. haha *redha jelah dia naik bas together sampai KL  dengan kawan dia tuu, nak cakap banyak pon, tak leh tukar apa-apa dah kan. heee think positive :)

Tahun ni persiapan raya macam nampak tak nampak je. Baju yang patut dipakai di pagi lebaran pon dibelikan si Ibu . Nasib lah mengikut citarasa daku. Yelahhh kiteww kan cerewet nak mampuih. Tapi kalau aku tak suka baju tu pon ibu kesah apa, "kau nak pakai, pakai, taknak pakai, sudah.." agaknya macam tulah ibu cakap kat aku kalau terlalu memilih. haha. Kasut raya pon tak beli !! pakai jelah apa yang ada, takde masa aku nak pikir pasal tu semua *cehhh tetiba jadi besederhana . kehkeh. Baju blouse pon ada satu je. agak lain dari kebiasaan ye, rasa pelik di situu. Tapi last week aku and the hosmet ke jalan TAR ya Allah perkataan "ramainya umat manusia" tak lekang kat bibir ni. sungguhlah aku tak pernah jumpa situasi macam tu sebelum ni. ramai-ramai bersesak cari keperluan berhari raya. pukul 9.30 pagi we all dah sampai okeyy kat jalan TAR . nampak tak betapa gigihnya nak pi shopping. cuba kalau nak pergi kelas, pukul 9.30 tu baru hegeh-hegeh nak mandi okeyhh. haha tak senonoh perangai . Dekat SOGO jangan cakaplah, masa we all sampai tu, SOGO belum bukak pon, tapi orang dah berderet beratur. tak sanggup aku nak masuk kalau dah macam tu rupanya. Dan dalam kesesakan jalan TAR tu, sambil berpimpin tangan dengan si ganu(s), dapat jugak aku beli sehelai jubah! heee dah lama mengidam nak ada jubah, tercapai jugak hasrat di hati. murah gilaaa, RM60 je. nanti sebelum balik, plan nak ke sana lagi sekali. komfem lagi murah kan kan kann. tu yang takut tak dapat tahan nafsu tuu. wakakaka

nom nom nom . sedap erghhh nasi lemak we all masak. haha . tak agak-agak puji diri sendiri. bangga gila dapat masak sebab kat rumah tak pernah pulak masak macam ni . hee
such an experience :)

Hmm aku dah buat satu well-plan khas untuk raya ni. haha cuba untuk meminimumkan barang untuk dibawa pulang. bawak yang sangat penting je, especially laptop dan Ebbing sebab dalam laptop full assingment dan exercises dan tutorial . manakala Ebbing ialah sumber rujukan utama,dah macam baby aku dah Ebbing nie, nak buat apa pon perlukan ia so by hook or by crook kena jugak angkut walaupun berat dia entah berapa kilo ntah. Its okeyyy ai kan ade si gagah perkasa . apa gunanya dia kalau tak boleh tolong insan yang lemah ini. wakaka. Makanya cuti raya bukan dikhaskan untuk beraya sahaja, tapi jugak untuk buat revision for final exam sem 1 ni. giler ahhh laju kemain kitorang belajar. baru masuk sini 6 minggu dah habis 12 chapter memang otak robot pon masing-masing -__-

Buat masa ni, sementara tunggu nak balik, haruslah aku memalaskan diri, layan diri depan laptop, tengok movie, main fb, dan sebagainya. sebab bila dah sampai rumah, takde masa agaknya aku nak buat ni semua. Tetiba teringat , lama dah tak tengok televisyen. see? cakap pon dah skema, macam bahasa Ebbing. whathhhheeechicken. Kesimpulannya, harap dapatlah kita semua sambut hari lebaran dengan gembira tanpa duka:) Ehh ni bukan entry nak ucap selamat hari raya lagi ni, simpan siket untuk update esok malam. kehkeh. see ya :D

ni pulak a few days sebelum masak nasi lemak. We cooked Nasi Ayam sempena menyambut our Mentor-Miss Eliza berbuka puasa di rumah kami . percaye ataw tidak ni lah fakta bukan auta. haha tapi gambar bila dah siap masak tak sempat den nak capture. masing-masing tahap kelaparan tidak boleh disekat . so gambar in the making pon boleyy :)


**Entry kali ni caca marba je kan. suka hati aku nak letak gambar kat perenggan mana, tonggang terbalik. hehe. maap lah ye ;)









No comments:

Post a Comment