Thursday, November 22, 2012

phewwww.

kalau dah free tuu, memanjang lah free sampai naik risau pulak sebab taktahu nak buat apa. cehh padahal boleh je bukak buku and study tapi nak jugakkkk study masa nak dekat exam. 

kalau dah busy tuu, nak makan pon tak sempat. dalam kepala ni asyik berzikir, 'what's next, what's next' . Tidur pon pukul dua tiga pagi. haiiii dah macam apa dah , kesian badan aku tonggang terbalik systemnya. Makan pon dah tak teratur, pagi makan kat kampus, petang balik kelas makan lah biskut ke segala cikedis, kang tengah malam lepas habis group discussion boleh pulak aku makan maggie. begitulah nasib ku -___-

So sekarang tengah tarik nafas lega sebab tuntutan kerja untuk minggu ni dah berakhir. at least khamis malam jumaat ni, aku dengan senang lenang nya berlujur atas katel hadap laptop, melaghakan diri. walaupun sebenarnya esok ada quiz math and lab report physic kena hantar. Itu takpe, perkara minor saje :p
Hosmets pon mensantaikan diri malam ni, haha senyap sunyi rumah ni tetiba. mungkin sibuk melaghakan diri jugak. haha

Bila free macam sekarang ni, senyap pulak baby pink and black aku tuu. Bila busy, berbunyik pulak mereka sampai terpaksa aku abaikan. terpaksa oke, terpaksa. bukan sengaja. Hmm Takpelahhh, masa menentukan :) 

Rasa nak tidur awal lah malam ni :p







No comments:

Post a Comment