Tuesday, July 30, 2013

Foundation in Science @ CUCMS

Assalamualaikum pembuka bicara cewahh cewahh


Here we are: 
Foundation in Science a.k.a  FIS to be short. Since saya baru je tamat this foundation program, boleh lah share a lil bit of my own experience here. my OWN ehhh so taknak janji apa-apa lulz

 CUCMS tu apa pulak?? 
Cyberjaya Uni. College of Medical Science. 

  • Ramai kat Malaysia ni yang taktaw kannnnn. termasuklah tuan punya belog ni. ehem. Tapi tak kenal maka tak cinta wkwkwk . Sekarang dah cinta k. 
  • Sobona eh CUCMS ni sebuah universiti Perubatan di Malaysia. Oleh yang demikian, takdelah budak Engineering, Architecture, Sastera dan sebagainya wujud kat dalam sini. Kalau terjebak cinta masa belajar kat sini, confirm kahwen dengan orang kerja kat spital. #ehh ni selingan je.
  • So, ada ke yang dapat offer utk program ni? Kalau ada, jangan risau untuk teruskan pengajian kat sini ye, yaaa i know, ramai yang plan utk sambung belajar kat IPTA lepas dapat result SPM yang cemerlang gemilang tu then mohon scholarship sana sini, and at last, dapat offer utk masuk ke CUCMS ni. Ni cerita kisah hidup sendiri sebenarnya. Hiks. Biasanya MARA akan hantar students foundation yang diorang sponsor masuk ke sini seperti saya dan mereka. yes, its IPTS- private uni which is jauh beza dengan apa yang diangankan oleh diriku ini. Tapi disebabkan kos idaman punya pasal, terus semangat terima tawaran ni even masa tu baru first time dengar nama CUCMS ni, dan takde sorang kawan pon yang dikenali dapat offer kat sini. Lupakanlah hajat nak study kat IPTA because im gonna finish my study here (till degree). Ni semua MARA yang aturkan kalau tak, mestilah saya masuk IPTA yang lebih sesuai dengan kemampuan :)



1 year Foundation + 4 years Bachelor of Pharmacy(B.Pharm)
1 year Foundation + 5 years Bachelor of Medicine&Surgery(MBBS)



  • Above is prog yang MARA offer DENGAN SYARAT final CGPA utk foundation must above 3.5. aiyaaak. Kalau tak, dia taknak sponsor lagi dah utk degree. Hamek kau kena bayar sendiri. Ok, Sambung cerita. On 5th Jluy 2013, mendaftarlah saya dan mereka di CUCMS ni. So, we're the seventh batch kat sini, lebih kurang 90++ sahaja and mostly MARA sponsored. Haaa aku punya prog ialah FIS,leading to B.Pharm. and most of my batchmate are leading to MBBS. yelaahh ramai kan nak jadi doctor, termasuklah diri ini, tapi lepas dah pikir banyak kali, takpelah blaja pharmacy jelah, tak sanggup nak on call. Hihi

this is the building. tipu siket ni, sebenarnya buruk siket lagi, warna kelabu asap huahuahua


  • andddd, ya its only ONE big building. tak macam Uni lain yang banyak blok. Huaaa sedih rasa tapi yang bestnya, semua benda ada kat dalam building nan satu ni. Err, i mean, from cafe, to library, to training room, to exam hall, to classroom, to toilet, jangan risau, toilet CUCMS ada banyak haha dan sangat bersih. Bukan setakat toilet tapi semua sekali lah always shine bright like a diamond! Thumbs up utk the cleaner :) Boleh jugak cakap, CUCMS ni kampus berkaca. Sebab? banyak nau dinding kaca. Boleh jadi cermin hiks.

Dah register, kemudian timbul persoalan, stay kat mana??


Cyber Height :)
Oke sebenarnya ni rumah lama utk student CUCMS. tak usah dikenang Uhukk
for now, this Uni dah ada hostel sendiri seperi di bawah:- 

CUCMS Varsity Lodge a.k.a. VL in short 

  • VL ni baru je siap and we are the first batch staying here. Best laaa, fully furnished k semua baruuu berhabuk lagi Hahah. Satu unit ada 4 bilik satu bilik ada dua orang. Maka, satu rumah dihuni oleh 8 orang students. Taknak citer banyak pon pasal VL ni, kalau berminat boleh lah pi tengok kat portal CUCMS :)

  • Alhamdulillah, untuk foundation ni, dapat housemates yang best sampai sayang sangat kat diorang, macam adik beradik. Pergi mana-mana mesti sekali, lepastu suka buat movie night layan citer psycho . Ohh aktiviti yang ni takdelah aku nak join selalu sebab i is penakut. Kesian diorang dok dengar aku menjerit ketakutan dari mula sampai habis movie tu. Hahah and mesti diorang dok rindu kat jeritan aku masa cuti ni kan kan :p

  • Haa lagi satu. Apa yang buat kita rapat dengan housemates ialah  pihak Uni akan group kan kita berlapan in everything. Satu rumah, akan masuk ke kelas yang sama, akan dapat mentor yang sama, akan dapat tutorial yang sama so boleh buat sama-sama Cehhh baiknya ayat padahal kalau tak sempat copy je orang punya Hihih. Sooo memang akan berkepit je dengan housemates, like mine. Rinduuu nak makan sama-sama dekat kafe, siap gabung meja ok, nak cukupkan lapan orang. Bukan kami je yang assabiah macam ni, rumah lain pon sameee je. Hehe. Kecualilah kalau that person tak suka berkawan dia akan jalan pergi mana-mana alone. Yang macam ni pon ada, k ada :)
Masa ni kat Cyber Height
bertujuh sebab yang Puchong tu balik every weekend :)

  • Kami berlapan, empat orang Pantai Timur, empat lagi orang Selatan. So betapa kecohnya la haiii masa mula-mula kenal. Haha yang Johor and Melaka selalunya guna words yang sama. Lain pulak yang jadi bila yang terengganus and kelatanese bersuara. Ni yang seronok. Heheh ni yang saya rinduuuu. So untuk degree nanti harapnya dapat housemates yang sekepala. Yang tak study 24 jam Hahah boleh stress kot tengok orang study tak kira masa, macam jiran kami, Sab :D
BERLAPAN masa jamuan Hari Raya 2012 :)
We are the Pharmacist soon InsyaAllah.

  • Next, nak citer pasal accomodation pulak. Basically, student CUCMS ramai yang bawak kereta. Ramai k boleh lah kalau nak cakap, macam satu rumah at least ada satu kereta. Cuma rumah saya je takde kereta. HAHA sadissss sangat bila ingat balik kenangan sepanjang setahun tak berkereta. Jarak antara VL dengan kampus takdelah walking distance. Sebab tu ramai yang ada transport sendiri. Kalau naik kereta, dalam lima menet dah boleh sampai kampus takdenya jalan jem kat cyberjaya tu haa, lagipon ada jalan dari VL ke kampus without traffic light. Bolehlah students racing sesama sendiri. Hihiks. Actually bukan lah teruk sangat kalau takde kereta, sebab pergi-balik kampus ada bas provided. Yee kamilah pengguna sejati bas CUCMS colour purple tuh. Yang jadik susah bila ini Uni, bukan macam sekolah yang waktu pergi balik fix without any changing. Selalu je waktu kelas and waktu bas tak serasi langsung. That is why susah kalau takde transport. InsyaAllah naik degree nanti ada lah kawan saya yang bawak kereta. Car pool is way to save the environment kan. Bukan nak cakap MESTI ada kereta pon. At least yang tak berkereta(like us) banyak taw pengalaman naik public transport nak ke sana sini :)

  • Kalau tempat makan, area VL ni yang boleh walking distance hanya satu. Huwaaa sedih k sedih. Tapi tu buat masa ni lah. satu Students Complex is under construction betul sebelah bangunan VL ni. InsyaAllah jom doakan complex ni cepat-cepat siap supaya macam-macam accomodation students dapat rasa. Hopefully by the time saya register for degree lepas raya ni ade lah penambahan accomodation kannnn. Hopefully >,<

  • Diulang lagi sekali, kalau ada kereta sangat happy duduk kat sini. Kat Cyber ni banyak je shoplots yang 24 hours. Kedai makan mamak piza Kepsi Nandos Makteh Senggoti semua ada. Shoplots paling famous ialah Domain. dekat je dengan VL, so yang penting transport. Heheh

  • Kalau gegirl gegirl nak meronggeng di hujung minggu, public transport banyak je nak hantar awak pergi Putrajaya Sentral, dari PJS naiklah ERL lepastu tujulah mana awak nak pergi. KL pon boleh sekelip mata. Tapi saya selalu pergi Alamanda jelah. tu paling dekat :)
nak masuk VL .

Part of ze Library :)

  • One thing yang best, FIS in here tak same macam matriks or any other places(i think so). Sebab in one year, sem divided into four. and each sem ada particular subject. Meaning that, tak semua subject kita belajar in one sem. Huoohhh this is much easier dari segi relax kan otak k not in term of exam.
                              sem 1: Chem1 - English- IT
                            sem 2: Physics 1- Chem 2- English, Math1
                               sem 3: Physics 2- Bio 1- English
                              sem 4: Bio 2- Math 2 

  • See? Hehe takde lah kena focus kat semua subject in each sem. Plus, for final exam, no more chapters yang dah masuk masa midterm. Double Hehe :D Eh yang above tu setakat yang saya tahu taw. Kot lah ade prubahan in few years akan datang, wallahualam. Alhamdulillah, tak berat kepala otak, nak cakap pack sangat pon tidak laaa. Tapi soalan exam tetap tahap pecah kepala nak jawab. especially cik Physics tu. Cis tapi insyaAllah kalau dah usaha Allah akan tolong :)

Rasanya dah banyak saya bagi overview pasal FIS @ CUCMS ni. Pasal lecturer ke apa, dont worry, superbbbb friendly sangat. Enjoy k masuk FIS kat sini, pergi camping dua kali. Tu yang mengeratkan ukhuwah kami.  Soo till here then. Thanks for reading ! Assalamualaykum ^^,








p/s: kalau ada salah dan silap, saya mohon ampun ya :) THIS IS ALL MY OWN PERSPECTIVE. and if nak tanya apa- apa, tanyalaaaaaa :D



No comments:

Post a Comment