Sunday, April 15, 2012

congratulations !



setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada :

PLATUN KADET POLIS(P) SMKTU 

sebab berjaya menggondol  johan Kawad Kaki (GO)
dan dapat ke peringkat negeri . 

*ayat macam dalam sijil . lepas ni print je, bagi sorang satu kat diorang HAHA


sangat berbangga dengan kemenangan mereka. even aku tak masuk pon , aku rasa teramat
 gembira . berbaloi jugak datang tengok diorang practise selama dua hari . lepastu ikot   
diorang lawan dekat SMK Impian Emas . puas dapat tolong mereka apa yang patut especially bab pakaian , banyak kali aku round kat setiap sorang nak make sure tiada bulu-bulu kelihatan di baju *ohh budak kawad tahulah apa yang aku sedang perkatakan ini . bukan bulu apa pon haha . yeah , u know it . no need I explain kan . lepas tuu , nanti aku nak follow diorang pergi kawad peringkat Negeri . Hmm tahun ni buat dekat Ulu Tiram je ? dekat Todays Mall pulak tuu . ada jugak nipis purse aku tu nanti kang ! macam taktahu je izzati ni suka beli macam-macam walaupun duit ada takde je . hihi . we'll see how it goes.nak make sure budak-budak ni buat yang lagi baik daripada persembahan diorang dekat IE ni . insyaAllah kalau menang , ke kebangsaan pulak ye dak ? kalau tak pon, at least diorang merasa jugak jadi wakil Johor Bahru :)


- okey bai tu saje nak berbicara di sini . assalamualaikum , tahniah juniors !



p/s :tahniah juga untuk sarjen platun ini sebab dapat anugerah Sarjen Terbaik . 
      go Pina go :) 



Friday, April 13, 2012

Thursday, April 12, 2012

people change

assalamualaikum .


aku tak tahu kenapa this few days ni aku rasa macam menyampah kat dia . bukan menyampah sebab apa, tapi sebab diri dia yang dah banyak berubah . ye , aku meluat ! meluat bila tiba masa tertentu . aku benci perasaan macam ni , aku tahu sangat tak baik kalau aku rasa macam ni kat dia , sepatutnya aku hormat dia , tapi kalau perangai dia dah berubah , aku pon keliru nak react macam mana . dulu dia tak macam ni , tapi sejak-sejak hati dia dah berbunga-bunga ni lah dia berubah ! dah pandai berdalih , carik alasan yang macam-macam . kalau sekali dua boleh lagi aku terima , aku layankan , tapi kalau dah berkali-kali aku pon muak ! kesian kat orang lain yang sangat mengharapkan pertolongan dia . bukan susah pon , tapi kalau dia lebih pentingkan orang lain , apa aku nak cakap . patutnya dia tolong ringankan beban orang lain, ni tak ! dia pergi layan orang lain yang belum tentu ada apa-apa dengan dia . huh entahlahhh aku nak cakap pon malas . kang jadi gaduh ! aku nak tunggu dan lihat je , jangan sampai aku yang diam and menurut perintah ni bukak mulut sudah lah . 





Monday, April 9, 2012

esok hari mereka

assalamualaikum.

esok aku and the gang nak ikut our juniors pergi lawan kawad .
hmm mesti diorang semua berdebar gila kann
kalau ada yang masih lupa fomasi tuu aku tak paham lah kenapa
even masa hari khamis lepas pon still ada yang pegang kertas untuk mengingat fomasi 
hope everything is gonna be great tomorrow, insyaAllah .
yang penting kena tunjuk performance yang terbaik!
biar terbeliak mata semua orang tengok kehebatan platun dari Tasek .
ada rezeki untuk menang , adalah kan? Allah tahu yang terbaik :)
aku pulak yang berdebar , haihhh poyo betul haha
malam ni kena tidur awal, tapi before tu kena siap gosok baju semua 
cehhh macam zaman sekolah pulak , hee rindu ;)




zaman dolu-dolu bersama platun KP :)




p/s : seminggu yang menuntut istikharah , insyaAllah ;D


Wednesday, April 4, 2012

guilty :'(

assalamualaikum.


hari ni aku pergi sekolah dengan si Aida sebab nak tengok prestasi the juniors menghentak kaki , err i mean kawad . aku siap pakai baju t-shirt kadet polis (KP) lagi okeyyy punya semangat kan . haha yelaa dah berbulan baju tu terlipat kat rak baju tak disentuh , tu yang aku pakai tadi . takkan aku nak pakai baju tu kat rumah , nampak naaa poyo . hihi Aida lagi terbaikk dia dah peruk baju tuh bawah katil . kesiaann sungguh , hmm nevermind lahh pasal baju pon nak kecoh kau ni izzati -,-




Kitorang sampai sekolah pukul 3 setengah macam tu lah , hari ni dah laa hari Rabu which is all the students ada Koko tapi hari ni kemain ada Talent Time kat dalam dewan . so masuk-masuk je perkarangan sekolah tuu semua orang ada dalam dewan hmmm nampak naaa budak-budak ni belum start kawad kan . sentap hati aku . aku sangat tak suka orang cakap lain, tapi buat lain . cikgu inform kitorang start training pukul 3 , tapi 3 setengah kitorang sampai , batang hidung pon takdee . tapi takpelah kann lagipon aku tengok dekat dataran tu budak unit lain tengah training . then kitorang menunggu jelahh kat bus stop luar tuu sambil dengar bebudak dalam dewan tu menunjukkan talent masing-masing . 




Tiba-tiba kedengaran pengumuman yang Suruh peserta kawad kaki kadet polis berkumpul kat depan makmal ICT . aku dengan Aida kebodohan yang teramat sebab kitorang mati-mati engat tu pengumuman dari sekolah Teknik JB . kalau yang taktahu sekolah Teknik tu berdepan je dengan Tasek , hmm siap ada dialog lagi taw .




aku : Haaa tu budak Teknik dah start dahh , jom jom ! *kemain eksaited awak 
aida : Makmal ICT diorang dekat mana ek ? *sambil berkerut dahi mengingat 
aku : pernah pergi sekolah tu ke?
aida : pernah , masa form 3 ada lawatan pergi sana 
aku : ohhh yang kite tak pergi tuuu *kalau dengan BFF memang berkite-awak dari dulu 


bijak nyaaa budak berdua nie , imaginasi tinggi sangat tanpa mengetahui pengumuman tu untuk budak kadet polis Tasek yang kitorang dok tunggu . haihhh naseb lah otak lambat pick up . Tak lama tuu tapi sebenarnya agak lama jugak , kitorang masuk dalam sekolah balik , aku sungguh menebalkan muka masa ni tahu ? sebab aku rasa diri ni sangat penyibuk , terasa macam semua budak sekolah ni pandang dan cakap , 'ehhh dia ni dah habis sekolah tapi sebok je nak datang-datang lagi siap pakai baju KP lagi ,wtf ! ' . hahaha sangat buruk fikiran aku kan . tapi kugagahkan jugak tulang empat kerat ni melangkah setapak demi setapak *ayat aku kemainnnn* suddenly masa tengah sorok-sorok kat kereta cikgu haaa kantoi kan malu ada lagi pengumuman sebijik macam yang tadi punya . aku si bodoh bersama Aida barulah tersenyum sebab budak-budak ni dah nak start training lepas tu laju-laju jalan pergi jumpa diorang dekat depan makmal ICT . masa ni masih tak perasan yang ni pengumuman kedua untuk diorang*sangat tak punctual lah juniors nihh berapa banyak pengumuman nak kena  buat baru korang berkumpul ? -__-






Cuaca sangat panas tahu hari ni ! budak-budak ni pergi kawad atas padang pulak tuu  dah lama aku berkurung dalam rumah tak kena panas, sekali bila dah keluar , hambekkk kau panahan cahaya matahari sangat menikam kalbu ! tapi , adatlah kannn kalau berkawad kena panas , kena hujan aku dah biasaaa . *cehhh bongkak kau !* tapi kannn memang lahh bila kawad atas rumput semuanya tak menjadi lemah longlai je , tangan pon alahai tangan ke apa tu ? patah-patah semuanyaa . haaa dah keluar dah segala istilah kawad ,haha. So, kami berpindah ke dalam dewan , kesiann kena kawad tengah panas, kalau aku pon aku tak sanggup ! Bila dalam dewan pon , kawadnya dah takde masalah sangat , just a few benda je sangat hodoh dipandang mata , dan bila diorang tengah berehat , berkumpul aku apa lagi , berdas-das aku fireeee!! hmm aku ni dah lah jenis bila dah marah orang, aku yang terasa sedih . huwaaa malas ahh nak engat balik ! mula-mula aku taknak komen bila sarjen kadet tu suruh komen , haaa last-last bila aku dah bangun dan bukak mulut , tak berhenti pulak . heishhh aku rasa suara aku kuat ! semua satu platun leh dengar tanpa perlu rasa was-was dah lama aku tak cakap kuat and tegas macam tuu . boleh sangat kalau jadi cikgu , hihi tapi sorry aku takkan pilih untuk jadi cikgu sebab aku kesian kan bakal pelajarku semuaa , alahai baiknyaaa :p






Haaa tu lah yang buat aku rasa GUILTY sangat-sangat . aku memarahi mereka , bukan memarahi tapi menegur untuk kebaikan semua jugak . hari Selasa dah bertanding tapi gaya kawad macam belum ready jaa . aku harap diorang tak benci akuuuu ! huwaaaa nak menangis nieee , untuk para kadet sekalian  :-


ehhh korang!!akak takde guna bahasa kesat kan ? akak just marah sebab korang tak focus and tak punctual sampai pengumuman tiga kali baru nak berkumpul . tu laaa lain kali buat kepala lagi , kan dah kena bebel dengan akak yang macam mak nenek niee. mintak maaf lahh tadi tak sempat cakap soryy pon , esok akak datang dan bebel lagi okey ? 


HAHA , esok aku datang lagiii ! yeay sukanya datang sekolah tuu ! walaupun macam menyibuk jee . hihi k lah bai ! tu je nak mengaduu , esok nak mintak maaf kalau ada budak yang manja terasa hati dengan teguran aku ,peace yawww -,-




p/s : bila dah balik rumah baru aku terfikir pengumuman yang aku dengan Aida dengar masa duduk kat bus stop tu bukan dari Sek teknik JB  whattheeee ... (: