Friday, May 4, 2012

30 Sifat Wanita Lelaki Patut Tahu...


Assalamualaikum! hari yang mendung menjemput rasa ngantuk je kan ?kihkih . hari ni aku nak share something interesting that I read from FB :)
Sila lah baca , tak rugi pon okeyyy beside dapat tambahkan pengetahuan . 
kalau anda lelaki, ehhh ada ke lelaki baca belog aku ni ? lagilah berguna infos ini . take note please :p




30 Sifat Wanita Lelaki Patut Tahu...



1. Bila dia berkata dirinya sedih tetapi dia tidak menangis, itu bermakna dia menangis di dalam hatinya.


2. Bila dia berdiam diri dan tidak mengendahkan anda bila anda melakukan kesalahan, adalah lebih baik beri dia masa untuk bertenang sebelum kembali memujuk.

3. Seorang wanita amat sukar untuk membenci sesorang yang dia cintai (kerana itu amat sukar bagunya untuk melupakan orang yg dicintai itu)

4. Jika seorang wanita mencintai seseorang lelaki, lelaki itu sentiasa ada di ingatannya setiap saat dalam sehari, walaupun di samping lelaki lain.

5. Bila seseorang lelaki senyum pada seorang wanita dan merenung ke matanya, wanita itu akan cair hatinya.


6. Seorang wanita suka dengar pujian, tetapi tidak tahu macam mana reaksi yang patut ditunjukan kembali.






gambar tiada kena mengena dengan tajuk ,hihi


7. Bila seseorang lelaki selalu mengayat seseorang wanita, wanita itu pasti mengagak lelaki itu sukakan dirinya. Jadi jika hanya menganggap sesorang wanita itu sebagai kawan, kurangkan senyuman dan elak dari merenung matanya.

8. Jika anda tak suka pada sesorang wanita yang menyukai anda, terangkan dengan lembut.


9. Jika seseorang wanita mula menjauhkan diri, biarkan dia bersendirian. Jika anda masih menganggap dirinya sebagai sahabat, beritahu padanya.

10. Seseorang wanita suka menceritakan perasaan mereka, tentang musik, puisi, gambar menarik dan juga penulisan menarik yang menggambarkan perasaan mereka (Ini menjelaskan kenapa wanita suka menulis blog atau jurnal tentang diri mereka)


11. Jangan sesekali beritahu seseorang wanita yang dirinya tiada berguna atau bernilai.

12. Jangan terlalu serius, itu mengundang kebencian.

13. Jika seseorang wanita menerima panggilan pertama dari seseorang yang dia sukai, dia mungkin menunjukan sikap acuh tak acuh. Tetapi sesudah telefon anda letakkan, dia akan melonjak kegembiraan dan ingin mencerita pada kawan-kawanya tentang panggilan anda itu.

14. Satu senyuman amat berharga buat seseorang wanita.




okeyy tak comel pon cartoon ni -,-




15. Jika anda suka seseorang wanita, buat langkah pertama. Biar dia kenali diri anda dahulu.

16. Jika seseorang wanita berkata dia tidak dapat bersama kerana sibuk dengan tugas, jauhkan diri, dia tidak memerlukan anda di saat itu.

17. Jika dia masih menghubungi atau mengharap panggilan anda, kekal bersamanya.

18. Jangan menduga perasaan wanita, tanyakan apa perasaan dia sebenar-benarnya.

19. Mendengar perkataan "Aku cintakan kamu" adalah satu pengesahan tentang kecantikan yang ada pada dirinya.

20. Selepas seseorang wanita jatuh cinta dengan seseorang lelaki, dia akan berfikir kenapa dulu dia tidak pernah perasan terhadap diri lelaki tersebut sebelum ini

21. When class pictures come out, a girl would first check who is standing next to her crush before actually looking at herself.

22. Bekas kekasih seseorang wanita akan sentiasa di memorinya. Tetapi kekasihnya sekarang sentiasa di hatinya.

23. Wanita suka untuk kegembiraan.

24..... "Hi" yang ringkas mungkin dapat memberi satu makna yang tak ternilai pada seseorang wanita.

25. Sahabat seorang wanita yang paling baik adalah seseorang yang tahu dan memahami perasaannya dan apa yang sedang dia lalui.

26. Yang paling dibenci adalah berpura-pura baik dengan seorang wanita tetapi hanya untuk merapati kawan wanita tersebut.



haaa ni shweett :)


27. Cinta adalah mengikut tertib berikut; kesetiaan, mengambil berat dan kebahagiaan untuk wanita yang dicintai.

28. Sesetengah perempuan sukakan kecantikkan, ada yang suka kebijaksanaan. Namun yang paling disukai adalah seorang lelaki yang mampu mencintai dan mengambil berat tentang diri mereka.

29. Seorang wanita hanya mahu dicintai, tidal lebih dari itu.


30. Jadilah diri anda seadanya.









okey cukuplah 30 . tu pon belum tentu diingat . haha . okey bai :D




p/s :layout blog iteww baru !! header semua pon kena tukar la nih ? malas nyaaa. ehh tetiba terminat warna ni lah, baby blue <3





Thursday, May 3, 2012

masam ?


adoi lah . 
kenapa boleh ter-masam masam ni .
kita kan manis .
aku salah ehh ? 
hmmm -,-







Tuesday, May 1, 2012

caca marba . erk ?

assalamualaikum . 


Aku serabut sungguh pasal gathering . ni yang aku tak suka kalau handle benda-benda macam ni. tapi demi kawan , aku turutkan jugak . haihh la kawan . tolong lah bagi kerjasama kalau ye pon taknak bekerja bersama-sama pon!aku jugak yang makan hati sorang-sorang -,-




esok my lil KP''s junior nak lawan kawad peringkat negeri . harapkan yang terbaik daripada mereka . aku tumpang menyibuk esok boleh kan ? haha *tak suka fikir nak pakai baju apa, bajet artis ke kau izzati?=,=




Takut dengan kucing masih tak hilang . aduhhh kenapa ni? susah la macam ni sebab kat dunia ni memang berkucing pon. hmmm . masa tu pergi kedai makan ada kucing, langsung tak jadi nak makan banyak . hihi punya la takut . deyyymm aku memang suka bazer duit orang ke apa ? kenapa dulu masa kecik aku tak takut kucing, dah besar gedang ni baru tak mengada-ngada takut ? *note:ibu said,nanti pakwe/suami aku kena bawak makan kat tempat high class yang tak berkucing je la gamaknya . wahhh kemain high maintenance khaannn . hakhak




nak ceghita ni , *kalau taknak baca, sila tekan pangkah merah sekarang* hari Sabtu malam Ahad lepas aku telah keluar malam dengan best friend ku, Zie . whattheeheyy anak dara keluar malam ? tak bertamadun langsung . heww sanggup aku kutuk diri sendiri . hakhak. TAPI haaa ada tapi nya tuu. kami bukanlah keluar bersahaja nak buang masa, kami keluar nak jumpa kawan sekolah rendah yang dah lama gila  sangat tak ketemu! siapakah ? jeng jeng jeng . ada orang tu siap tanya lagi, laki ke fomfuan aku nak jumpa ni? haha jeles ke bang ? actually her name is Yana for short . Yana pindah KL *wahh orang KL giteww* masa darjah 3 . sedih gila time tu walaupun masih hingusan , tetap merasa kehilangan seorang sahabat . nanti aku nak post pasal kisah kami bertiga lah . hihi  . Jumpa dia malam tu sekejap sangat dekat Bazar Karat JB tu haa plan pon last minit tapi dapat jugaklah melepaskan rindu :) i love you both Zie and Yana . ehh ter-habiskan RM60 pulak malam tuu . wehh kau bab buang duit takpayah ajar eh Izzati . ehh biasa brooo !




sebenarnya tak tahu nak update apa . kahkah sebab tu entry ni caca-marba . kejap cakap pasal gathering , kejap cakap pasal budak kawad, kejap cakap pasal ketakutan dengan kucing kejap cakap pasal keluar jumpa kawan lama . aku pelik dong , page view blog ni banyak pulak tetiap hari sejak dua menjak tiga menjak ni . siapakah yang menye-stalk belog cikai ku ini . hmm point to ponder T___T


aku suka lah pakai bawal printed ni corak dia cunnn, senang tak payah iron kalau nak pakai . HAHA
cakapjelahkaupemalasizzati :)






okeyyy bai . 


Saturday, April 21, 2012

ehh ?


masih macam dulu eh .
ingatkan dah berubah.
hmmm sesungguhnya orang yang bersabar ni ada ganjarannya, kan?
hoping for the best in the future :)
insyaAllah .

keramaian @ Kempas Indah :)

Assalamualaikum selamat petang , jangan tidur petang taw nanti boleh jadi gila . haha


mukadimah agak mengerikan ye walaupon aku sendiri selalu je tidur petang , wakaka setakat ni belum gila lagi, masih waras . alhamdulillah >,< Hari ni hanya mahu share photos yang di captured masa Ustazah Fdzilah buat BBQ kat rumah dia untuk budak-budak 5SN1 2011 pada 14 April. rasa disayangi sangat-sangat sebab ustazah sanggup buat event ni khas untuk meraikan keputusan SPM kitorang yang semuanya gempak . Alhamdulillah untuk subjek Agama Islam , all of us managed to get A :) Jiran-jiran dan guru-guru lain turut dijemput memeriahkan lagi suasana . Best sangat sebab dapat jumpa my classmate yang dah lama tak jumpa. selalu jumpa dekat FB je , tak feel langsung -,-  So thank you ustazah sebab adakan majlis ini walaupun siang tu hujan sangat lebat , takut aku nak keluar .




dimulakan dengan ini budak . her name is Izzah anak ustazah 
sangat bam bam . sedap je peluk tapi dia gengster kalau mula-mula kenal . 
lepas tu , suka je kalau orang panggil dia Izzah Hariz . ombak rindu lah sangat 
nama tu dah lah sensitif . terasa mak =,=


hmm yang tiada dalam gambar ni Wan, Aida, Shab,Haziq.
aida pergi mana entah , tapi yang lain tak dapat datang :(


ustazah Fadzilah . big thanks to her , muaahhxx :)


cikgu Ali and the boys yang memeriahkan suasana .
 kalau buat event , mesti ada cikgu Ali kay baru best . 
ohh gambar boys tak banyak pulak kali ni , semua pemalu . erk -,-


mana aida hah ? aida suka menghilang ke apa ni -,-
ehh perasan tak, teacher Eli came join us that day!
puas hati dapat jumpa beliau even teacher main merajuk-merajuk kannn . hehe :)
oh ye,cikgu Surya pon datang , tu anak-anak dara dia yang kecik kat bawah tuu .


dah nak balik . baru ada Aida . tapi geng Salmah pulak yang balik awal . 
tengok Izzah tuu , geram betul dengan dia ^^,


Lama jugak dekat rumah ustazah , dah pukul 10 lebih baru gerak balik . Thanks syafik sebab hantar aku, putri dengan yana. Wahh ramai betul member yang dah berkereta sekarang . senang , main tumpang-tumpang . aku bila entah nak drive . adoi T____T . Haaa lepas ni kitorang dah plan nak buat Final Gathering. kasi gempak sikeeet ! harap jadi kenyataan, InsyaAllah :)