Saturday, July 14, 2012

for the sake of stomach :p

assalamualaikum :)


memandangkan tahap ke-busy-an di tahap kritikal, maka dengan ini haruslah buat short entry supaya masa diluangkan di depan laptop dapat dikurangkan sekaligus membantu diri sendiri untuk lebih fokus dalam pelajaran. padahal buat apa kerja pong kena pakai laptop okeyyy . makanya lagi sekali, haruslah sambil memyelam minum air . sambil buat tuto, sambil buat lab report, mari sama-sama kita menaip entry di belog yang hidup segan mati tak mahu ini.


sekarang sudah 12.50 am dan makhluk kat rumah ni masih aktif buat segala tugasan yang diberikan oleh para lecturer tersayang walaupon mata memasing dah 30 degree je aku tengok. haha. penat gilaaa oke aku and the hosmet hari ni. semalam tidur lambat gilaa, pukul dua pagi . buat apa entah , kitorang jelah tahuuu. wakaka lepas tu bila bangun pagi, memasing tak puas hati dengan diri sendiri sebab bangun lambat. lepas tu, sarapan together-gether . ohhh ya, one thing that we practise here is makan sama-sama. gather di meja makan warna hitam tuu, kalau tak cukup kerusi, pandai-pandailah tarik kerusi dari meja study, then we eat, laugh like crazy and talk talk talk about everything. yeaahh baru seminggu lebih kenal, tapi we live like a happy siblings :) sambil makan, sambil merancang masa depan . bukan masa depan apa pon, masa depan PERUT kami lahhh . mesti fikir what to eat . what to cook , what to buy for cook. lalu terhasillah cadangan nak pergi membeli barang-barang dapur since minggu depan dah start puasa. tsk tsk :'(  First time daku puasa diperantauan , hope ALL IS WELL especially my perut . huahuahua


We plan to cook. so haruslah penuhkan dapur dengan segala barangan memasak. Makanya, marilah pergi membeli belah di Alamanda setelah meng-google apa yang patut. nak cari pasar, tak wujud rasaya kat Cyberjaya ni. Alhamdulillah, Alamanda menyediakan Carefour untuk kita semuaaa. yeahhh cepat-cepat bersiap, yang belum mandi, dikerah mandi hahahah anak dara apa ni !! haippp biasa lagi diaaaa.
Dan nasib sangat baik hari ni bila pakcik bas Kolej yang patutnya hantar kitorang kat bus stop Street Mall, bermurah hati hantar sampai ke Alamanda. yeahhhh pakcik ni meman ohsemmmm angat!!! :)


Sampai di Alamanda, pusing-pusing dulu, masuk Padini woowwww nak borong boleh ? tapi apakan daya, elaun Mara pon belum masuk , makanya haruslah menahan nafsu yang didorong oleh syaitooonnn ni. baiklah duit tu digunakan untuk beli buku-buku di MPH . Dan buku yang bertuah ialahhhhhhhh ....


hihi aku beli kongsi dengan roomate ku orang Melaka, Nafisah :) 
masih belum baca lagi. almaklumlahhh itew kan busyyy :p

jalan lagi dan lagi dan makan dan ke surau dan jalan lagi, barulah kami ke Carefour membeli belah apa yang patut . perencah nasi goreng pelbagai jenis telah habes dikaut oleh Nafisah, Sofia dan Huda berjaya menemui roti yang tersorok di hujung Carefour, Teah juga berjaya mendapatkan beberapa tin susu pekat manis untuk dibawa pulang dan aku pulak tak sanggup telan air liur tengok air Tropicana Twister Orange lalu membeli sebanyak dua botol, dengan harga yang murah angattttt ! mari kita minum air jus yang sihat lagi sedap ye hosmet :) Dan a few barangan dapor lagi telah dipilih, amira dan nadhirah dari terengganu menolong mengangkat beg-beg plastik ibarat baru pulang dari pasar sampai telur tergolek ke belakang lalu pecah . muehehhe takde rezki nak makan sume telur-telur tersebut . 

sambil tunggu yang lain settle, kita duduk dulu. kat sini lah kejadian telur pecah berlaku tapi masih sempat dicover oleh kami supaya tidak tertangkap :p

ehehh rombongan turut disertai jiran kami  :) 
satu Malaysia tawwww . 

Dan pengalaman turut dikutip bila menaiki bas Nadi Putra , hanya perlu bayar lima puluh sen dan kami dapat meronda di sekitar Putrajaya disebabkan salah naik bas. Luckilyyyyy seorang lai pakcik bas yang ohhsemmmm sanggup angkut kami dan bawak kami ke Putrajaya Sentral walaupon agak jauh . Next, kami naik bas Rapid KL sampai lah ke Cyber Height tercinta dengan bayaran seringgit sahaja . ohhh dekat je rupanya Putrajaya Sentral dengan Cyber Height :) Next time kita ronggeng ke KL pulak yeee :D  Ohhh terlupa , aku rasa comel sekarang bila all the time memakai ini :.....

hikhik omelnyaaa selipar rumah kiteee . ade strobellyyy besor kat atas tuuuu <3 

Okeyyy tu jee nak kabar . For the sake of stomach, we gain new experience and I alreadyyy look cute with that seliperrr. hahah anoying gilaaaa . gudnite :)

Tuesday, July 10, 2012

new lifee ^^


My first day entering kuliah wearing the purple Young Mercy corporat shirt I think :)
ohhh ada Oathtaking Ceremony, yang sangat ringkas lagi bermakna. 
ohhh masa ceremony ni, kitorang nyanyi CUCMS anthem , me like it !! 
lepas tuu, ada sesi amek gambar beramai-ramai, semua sebok nak free style,haha
firts class? Intro to IT and App. 
hmmm . aku tak minat pon, tapi kena jugak ambik tahu, kalau tak, macam mana nak jawab exam ?
second class of the dayy, Chemistry 1. 
only 2 hours, but we already the finished the first chapter. homaigod homaigod. sesak nafas!
already get the first assignment and tutorial(s).
alhamdulillah, i got super superbb hosmet! pandai-pandai belaka. dapatlah aku menumpang ilmu mereka :)
hosmet aku ada yang dari Kelantan and Terengganu. 
Ahahha each time they talk, i will laugh like no end. muahahaha
sebab ? entah, sebab aku tak pernah kot sebumbung dengan orang dari negeri lain, loghat lain benor dari loghat Johor, teruja , pelik and best sangat sebab dapat belajar bahasa-bahasa diorang . 
contohnya :
-kotok kalang = pencil box
-ngeyok = senget 
dan lain lain yang buat aku terpinga-pinga. hihi :D
nanti aku cakap lagi lah, diorang dah bising sebab aku dengan rumet lagi sorang ni nagdap laptop macam dekat CC. haha and the rest tengah bukak kedai kopi kat meja makan. 
we're like sisters :)
Makanya, harus capai 3.50 pointer untuk final exam ni. WAJIB !!!
dan harus mempertajam bahasa Inggeris, dekat sini semua speaking kot !
aku terasa kerdil . haha . 
okeyy bai. baju pon belum iron. 
take care everybodyyyyyyyyyy <3







Friday, July 6, 2012

selamat sudah :)

Assalamualaikum kita bersiaran secara langsung ye, dari Cyber Height ,Cyberjaya. heheh. 


Just a very short and simple update and allow me to speak bahasa rojak or might be known as broken english. haha. *have to empower my english language. errrr OhhmaiiEnglishhhhhh!!!


Aku dah selamat mendaftar di CUCMS, semalam . Alhamdulillah, everything's fine and fun here. Nasib tak rasa homesick haha sebab i got a very very nice and friendly people around me. Roomate aku, dua-dua pon okeyyy, housemate aku? takpayah cakap ahh, memang boleh buat geng mengilai di tengah malam. hakhak, sangat terbaikkkk! :)


The brothers and sisters*abang and kakak faci letteww* pon baik bertanggungjawab hensem cantik bijak prihatin sangat sangat. Rasa selamat walaupon dekat area ni ada orang Negro. hihih. Aku masih dalam orentasi, esok habes lah ! hauyeahhhh!! tapi next week dah start pakai otak yang dah barkarat ni untuk menimba ilmu. Hopefully otak akan berfungsi dengan baik :D


Nantilah, ada masa aku cakap pasal kawan-kawan dekat sini ye, jangan risaw, diorang baik belaka.Oke dah  tu je nak update. haha tak senonoh rasanya update pendek-pendek cenggini. Ohh yea, aku malu gilaa kot bila some of my friends here already found this compang camping lagi mengarut blog. haihhh ni semua pasal CUCMS . hahah menyesal aku buat entry bertajukkan nama kolej sendiri, lain kali kena letak nama lain supaya tak keluar dekat Google.  


Makanya, Goodnight, roomate dah tidur, aku je yang masih tak geti ngantuk. tapi malas ah nak bercerita malam ni. Assalamualaikum ;)




p/s : To the Foundation Students CUCMS batch 7 nak bagi ucapan siket, hee : SELAMAT BERKENALAN, MOGA UKHWAH YANG TERJALIN KEKAL KE AKHIR HAYAT.STRUGGLE TO GET THE BEST RESULT. ''NURTURING THE PASION TO CARE'' *tetibe keluar tagline kolej*










Tuesday, July 3, 2012

berangkat .

Assalamualaikum :D


Haihhh macam tak percaya je aku dah nak berangkat pergi sambung belajar dekat CUCMS . 
Dah lama benor aku bertapa kat rumah ni. haha
Barang dah siap pack, walaupon mula-mula kusot gila nak susun macam mana barang yang terlampau banyak tuu
Berhari-hari baru settle, harap takdelah yang tertinggal. 
Kang susah pulak mak ayah aku nak hantar -__-
banyak gilaaa barang aku, macam pindah rumah. lebih kurang laaa nak duduk sana selama setahun kan :)
Hmmm sedih nya nak tinggalkan rumah.
First time ni tinggalkan rumah lama-lama . sebelum ni aku kan anak dara pingitan, duduk dengan mak ayah
Mesti rindu ibuuu ayah!!mesti rindu akak dengan adik!!haha
Nanti adik akan lebih aman, sebab takde siapa marah dia, aku kan kakak yang garang*phewww
Hmm adik tak ikot pon hantar aku, sekolah kan lebih penting. Tadi bangun tengok dia pergi sekolah, sedih pulak hati ni, haha emo sungguh!
Petang ni bertolak ke Kajang dulu, tidur rumah pakcik aku.
Esok baru gerak daftar dekat Cyberjaya. 
Bila lah agaknya aku nak balik rumah lagi? raya ? lambat lagiiiiiiii :(
Kalau puasa pon, macam suntuk sangat je. 
Tengok kan jelah, HE knows best kan? :)
Doakan lah semuanya berjalan lancar
Doakan lah aku tak homesick yang terlampauuu! 
Doakan lah bakal housemates ku yang sedang-sedang aja. 
Doakanlah aku lebih tabah dan berdikari dekat sana. 
Aminnnnn . 






p/s: lepas ni segala update kita akan berlintas langsung dari Cyberjaya ,hihi new phase in my life <3
gonna miss my home and family soooo much.
CA, miiicchhyuu too ;)








Wednesday, June 27, 2012

Dejavu Di Kinabalu : mata keluar LOVE^^

Assalamualaikum . 


Sekarang ni dekat TV3 tengah hot drama Dejavu Di Kinabalu pukul 7pm sampai 8pm . Ohh tak suka betol timing untuk drama slot Akasia ni lahhh! Kacau waktu maghrib je, dahlah semua pon ngetop ngetop, kalau boleh taknak miss satu episod pon , malahan satu saat pon taknak tinggal, makanya kena lah pandai-pandai adjust supaya tak solat di akhir waktu kan. Hmm ehh TV3, tukar boleh tak timing nie? buatlah dari 6.30pm sampai 7.30pm, kan nice tuuu . Tapi, siapa lah diriku ini, takde siapa pon dengar luahan hati ini. tsk tsk tsk :'(


Dah takpayah nak drama sangat . Aku kalau tak minat gilaa dekat citer ni, takkan aku buang masa tulis dekat sini. Untonglaa citer ni dapat masuk blog yang takde siapa baca nie. kahkah. Hmm tapi seriously citer sangat BEST, ROMENTIK, JIWANG, SWEET dan segala bagai lagi. 


yang buat lagi feeling haruslah Hero dan Heroinnya . 
Tiz Zaqyah a.k.a Nadhirah dan si hensem Akasha a.k.a Ammar


Akasha adalah salah sorang hero malaya yang menjadi pujaan hatiku. Cehhhh . hahaha suka style dia, pakai baju lain dari lain, sempoi gilaa, berlakon pon natural sangat! bila dia tersenyum , aku pon ikut tersenyum!!muahahha parah betol. Tiz pulak biasalah, comel macam kucing, pakai apa pon cantik, suara serak-serak basah tapi takde lah minat kat dia sangat.  Layan jelah tengok diorang ni berlakon Isnin sampai Khamis.kalau boleh nak mengikuti sebab citer ni pon lain dari yang lain jugak. Plot dia menarik*tetiba jadi pengulas drama Melayu*, tak boring oke tengok !sebabnya aku dah jatuh cinta dengan Akasha.eh eh? boleh ? hahah

Siapa yang tak mengikuti citer ni, biar aku citer kan siket-siket eh apa yang aku paham dan berdasarkan my point of view. Nadhirah ni sebenarnya dah bertunang dengan bos dia, Bazli lakonan Nazim Othman yang serious memanjang dan sangat caring dekat dia sebab sebelum ni Nadhirah ada penyakit jantung kronik. Tapi, sekarang Nadhirah dah sihat walafiat lepas jalani pemindahan jantung. Haa kiranya dia dapat jantung dari orang lain yang dah mati. Nadhirah ada sorang kakak iaitu Uzma lakonan Rabecca Al-Islam. tak suka aaa watak akak dia ni, annoying sangat, cekci pulak tuu. Oke, kenapa aku tak suka? nanti kejap lagi aku citer. Masuk pulak bab hero pujaan, Ammar. Ammar seorang interior designer yang baru balik dari Australia.Pergi Australia untuk merawat hati yang luka lepas makwe dia si Innara lakonan Aisyah Ilyas mati. Mulamula ingatkan pempuan ni Shikin Kamal, rupanya salah orang, dua-dua pon tak femes sangat! ewahhh engkau mengata orang tak femes, macamlah diri sendiri tu femes sangat izzati! oke, sambung balik. Dan macam ada jodoh, si Ammar dengan Nadhirah ni selalu sangat terjumpa secara kebetulan. Bila jumpa je, mulalah si Nadhirah ni pegang dada dia, konon jantung berdegup kencang letteww! Sebenarnya, jantung yang ada dalam badan Nadhirah tu, ialah jantung si Innara. Haaa patut pon berdegup kencang bila nampak Ammar, sudah tentu itu pakwe dia. So sekarang ni si Ammar dah jatuh cinta dengan Nadhirah, tapi Nadhirah ni dah ada tunang. Achaner tuuu? Walaupon macam tu kan, diorang tetap spend time together tu yang masuk mood sweet romentic dan lain-lain tuu. hihih.Yang buat saket hati, si Uzma sebok pulak nak tackle Ammar. kecohh la lu minah! -____-

Okeyyy tu je serba siket pasal citer ni setakat ini. Akan datang kita belum tahu tapi yang penting aku eksaited nak tengok walaupun Khamis minggu depan aku dah takdapat tengok. Abaikan pasal minggu depan. Lagi satu, yang buat citer ni best sebab diorang bukan berlakon dekat KL je, tapi dekat Kundasang,Sabah and Gunung Kinabalu pon diorang redah jugak. Tu yang hari-hari berangan nak pergi Honeymoon dekat Kundasang lepas tu panjat Gunung Kinabalu denga yang tercinta tuu. cehcehcehhh betapa televisyen mempengaruhi fikiran aku. kehkeh

Subhanallah, cantik kan? macam dekat NewZealand :D
 nak pergi sini suatu hari nanti.lallalalala~

Next, apa lagi yang ngetop dekat citer ni? of course lah background music dia. Tak lengkap cerita chenta tanpa lagu yang jiwang membuai perasaan. Bila tiba part romentic je mesti kuar lagu Butterfly, lagu blog aku ni. Hahah mood sangat Dejavu Di Kinabalu sekarang ni. Part korus tuuu, membuatkan aku terbang macam butterfly. Over sangattt!nyampah! wkwkwkw. Nak tahu tak, dalam citer ni, yang buat aku makin berchenta dengan Ammar,bila saat dia main Gitar sambil nyanyi lagu ni untuk Nadhirah. aauuwww terus mata aku keluar love . haha sweet kann . ada jugak diorang duet nyanyi lagu ni, suara Nadhirah dah la cekci, memang terbayang bayang je scene ni. Apa pon tak boleh aku ni. Rindu pulok nak dengar CA aku main gitar. puiiihhhh :p

Makanya, nampak tak keterujaan aku dengan citer ni. Haaa aku bukan manusia yang suka tengok TV sangat, hanya citer tertentu je berjaya buat aku melekat depan TV, contohnya citer Dejavu Di Kinabalu ni. hehe hopefully akan ada happy ending. Aku perlu pikir guane aku nak tengok citer ni bila dah masuk Cyber lah. takot tak sempat je nak hadap laptop tengok kat Tonton.my kannn. We'll see then. By the way, Ammar, i heart yuu! wakakka

Akasha pakai baju kuning ?? aku nak jugakkkk !


yeayyy KUNING sama dengan AKASHA
haha layan jelah tingtong aku ni