Monday, August 29, 2011


 ehem-ehem . testing testing one,two three ..



dengan rasa rendah diri yang tinggi menunjang ni, aku nak ucapkan:-

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

kat semua orang yang mengenali diri ini.
maaf kalau ada terkasar bahasa,
 terlebih gurauan,
terkurang layanan
ter moody tak tentu pasal,
 terburuk sangka,
terjelous tak bertempat. 
terkutuk sengaja atau tak,
terlawan kata
terdegil suruh belajar taknak.
terkena kan orang,
termarah korang kalau bising dalam kelas,
termasuk campur hal korang
dan ter-ter yang tak tertera kat sini
ampun ye, sedangkan Nabi maafkan umat, takkan aku tak boleh terima kemaafan kan? :)
tahun ni macam tahun lepas, tak balik kampung kerana my tok mak sudah pindah ke bandar.
amboi, advance sungguh!kau adeee ? kau takde..hakhak
okeylahh,
tu je mau cakap, selamat bergembira di hari raya
piece yaw ! :pp

24 ramadhan 2011 :)

Assalamualaikum and hye ..

5SN1'S BREAK FAST EVENT

alhamdulillah, tahun ni lagi sekali dapat buka puasa dengan my beloved classmates yang haruk tuu. unfortunately yang tahun lepas punya aku tak record kat sini. haha record ey? macam hape je. tapi kalau tahun lepas kitorang decide makan steamboat kat D'Terrace , tahun ni kitorang makan bufet kat JB Catering,Larkin. :) thank you to shafiq sebab dia lah orang yang very responsible lagi dedicated nak handle event ni. kalau bukan dia, siapa lagi ?

tahun lepas makan ini. kena masak sendiri, susah kott, leceh !

so, tahun ni makan ini :-

nasi arab plus nasi beriani*nampak na tamak HAHA
air sampai dua pulak tu *buruk perangai 

and 
tahun lepas pakai macm ni :-

kasual lah konon ? :p


tahun ni i was wearing baju kurung yang ayu. 
ayu kewww? kahkah :p*tak sopan sungguh cara gelak


oke stop it. dah dah la tu meng-compare-kan tahun ni dengan tahun yang lepas. dua dua pon best and ada kenangan sendiri dalam jiwa sanubari setiap yang pergi. cehceh, ayat nak BM sastera. haha. so, nak cer pasal tahun ni punya,  i repeat , di jb catering. kitorang memang dah rancang dari awal nak buat event ni, tapi bila dah busy dengan segala gerak gempur bagai, aku ingat tak jadi. tapi , jadi jugak rupanya. again. thankyou shafik, kau la penyebab event ni terjadi. haha. keputusan very the drastic . isnin-bincang. selasa-bayar and booked meja. rabu-terus pergi melantak.


meet this man, syafik the dedicated one :)

ouhh well tahun ni aku and the gang sampai paling awal boleh? unfortunately. tak boleh masuk terus sebab ticket kat shafiq. whattheee-macam-apa-tunggu-tercongok-kat-luar-tu? dengan pakai baju kurung segala. si aida siap pegang cake secret recipe lagi. haha. putri kata, dah macam rombongan meminang . 

the  delicious marvelous cake from someone yang dekat di hati kitorang.
thank youu :)

lapan orang satu meja . okeyyy best dapat makan ramai-ramai.
lagi lagi aku sekepala dengan fara*yg pakai baju oren. brape kali tawaf kat bufet ek? :p
konon nak explore tempat tu, padahal . ..

Jb Catering ni best jugak sebab meriah gila. ramai gila orang. nasib baik masuk agak awal. boleh pilih lauk and 'explore' tempat tu puas-puas sebelum sesak mesak. padahal, owner tu yang suruh kitorang hentikan segala bersembang sebab takut kitorang tak dapat lauk . thanks pakcik. jasamu dikenang :) . tapi, macam biasa lah, tak semua yang diambik habes dalam perut. makan pon tak seberapa . kecoh je lebih. tiba-tiba rasa menyesal tak makan banyak banyak. air dia pon sedappp ! then, after solat Maghrib, ada sesi potong memotong cake. heee sumpah best time ni. semua cikgu yang ada ambik turn potong cake . mesti orang lain cakap kitorang kecoh. haha

salah satu cikgu yang datang, cikgu Zana-ajar addmath wok!
siap nyanyi lagu hepy bithday lagi untuk beliau.
love you cikgu :)

and followed by other teacher and sesi makan memakan cake tersebut. ermm very the sedapp terasa di tekak puasa-puasa ni. haippp macam budak kecik la kau izzati.  dah la tak puasa. HAHA . err tapi yang aku geram , si bego makan jagung aku. grrrr! siot boleh? orang ambik, dye makan. sabar je lah. nak buat macam mana.oke. lepas makan kitorang lepak-lepak kat luar. and , paling best dapat main bunga api ! YEAY ! lama sangat tak main. sebab tu excited mengalahkan ank jiran aku yang belum sekolah . thanks to salmah sebab seludup bunga api . haha. plus ada cikgu ali, lagi bertambah best sebab dia sporting tak hengat. 

ehem ! siapa ni? lalalalala
dia cikgu okeyyy. ajar kitorang sivik .
ni je la gambar yang ada masa main bunga api*loike :)

then, sebelum balik ambil gambar ramai-ramai. kecoh? tak payah nak cakap. lets take a look :-

ramai tapi ada yang dah balik :)


okey lah. tu je mau storyy, and the rest is history and memory to all of us. Aicehh padahal dah takde mood nak cerita lepas terbaca something. haha emosi betul, *cuba la khusnus zhon siket wahai diri :) last but not least, haruslah ada gambar aku and the gojes . hahaa :-

sebok la cikgu kat belakang tu :p

hmm tahun depan mesti tak dapat nak beramai-ramai macam tahun ni kan ? huh, so sad :(
takpe, sampai bila nak berhimpit je dengan diorang kan. dah la, nothing else to say, im speechless . babai :)




Friday, August 19, 2011

assalamualaikum and hye :D


actually takde nak cakap atau cerita ape pon, just melayan nafsu nak menaip je. haha. bila tengok jam, dah pukul dua belas tengah malam lebih kott.apa semua orang tengah buat ek? kat rumah aku ni,tv sebesar meja kopi tu terbukak, ibu baring depan tv,engatkan dia tengok,tapi tv yang tengok dia. ayah pon sama, dua-dua sama naik. haha, biasa laaa, mak ayah memang macam tu :p adik and kakak pulak tengah layan lagu raya dalam bilik. whatthe-semangat-nak-raya la diorang ni?aku je takde perasaan sangat,almaklumlah,nak Trial lah katakan. along ? dia takde kat rumah ni. nanti jumaat ni dia balik from KL,bertambah meriah lah. suka nya !




aku tengah takde koje ni. hari jumaat malam aku memang hadiahkan untuk badan ni berehat, bersantai tanpa belajar.. plus, im just finished my gerak gempur. hambek kau! memang bertempur lah aku menjawab exam, walau susah and pelik macam mana pon soalan tu,aku kena buat jugak, . dah namanya pertempuran,kalau lari,berdosa besar kan? haha. ni aku belajar agama lah ni. sampai akak aku kata kalau aku buat kuiz personaliti warna, result untuk aku gonna be - HIJAU . eww? aku tak berapa minat warna tuu. and sebab apa hijau? sebab dia bagitau, aku suka cakap based on fakta. haha. betul la kut ! kalau aku belajar Bio, mesti aku cuba relate dengan hidup aku, and then guna segala istilah tu bila cakap dengan orang lain. whatthheeobsession? watever :)




and sekarang ni aku pon tengah online fb. haha. emm. what's the word ek? sambil? samping? haaa. okey,got it-saling. apa saling ni? yeah,saling memprivate kan diri dekat situ ye? haha. interesting sista!! kudos ! watever,forget that shaizer thinggy.. and,aku baru baca blog my cousin ni. hmmm. tak sangka kau pon berkonflik dengan Addmath. to you-Yanie*imissyou,babe! errmm. if you are reading this laaa. aku harap kau tak putus asa dengan adddmath. tak sangka kau pun macam aku sampai mengalirkan air mata sebab subject ni. haha. aku rasa da berkali-kali kot subject ni saketkan hati aku. tapi yang paling aku ingat, satu hari tu bila aku rasa pressure sangat dengan addmath kat sekolah, plus member aku laju je buat, aku tak tahan. and pergi kat my other friend who sit at the back , and i cried there. haihhh. malu? pedulik kan. asal aku rasa lega . bila dah dapat tisu untuk kesat air mata, and rasa lega sikit, baru aku duduk dekat tempat aku balik.yeah, thats my way. aku tak kesah nangis kalau tu dapat kurangkan pressure aku . so, anggap je la addmath is easy. ye dak?*sedapkan hati






next- aku dapat rasa weekend ni tahap kebosanan akan naik setakuk lagi. haha . nasib la esok kena stay tempat yang aku tak gemar. apa pon tak boleh ! handphone pulak takde kredit.  elok la tu. mati kutu aku dibuatnya kat sana nanti. bila la nak top up ek? aku dah lah takde saving langsung. well. biasa lah, tu la padah bila tak sayang duit. at last, nak top up pon tak mampu, kau mampu?? :p tapi, memandangkan hari ni dah habes exam,aku bagi peluang kat diri ni baca novel. hakhak. dah lama aku pendam nak baca. at last ada jugak peluang. hmm. tajuk novel? :-Kerana Terpaksa. best jugak . and one of the dialog yang aku masih engat , ''just go with the flow,masa depan kita tak tahu, so,hargailah apa yang ada jangan nanti bila tak ada,rasa menyesal,''. haih tiba-tiba jiwang. haha biarlah. aku kan perempuan penuh emosi.






okeylah,tu je aku nak menceceh kat sini. kesian ek , cakap sorang-sorang . takpe la,, hati aku ada nak dengar  segala yang dipikir oleh otak and tangan ada nak menyampaikan apa yang dirasa kat hati. sampaikan entry ni tak bertajuk. kasihan sungguh , ibarat rumah tak berbumbung. haha . *tak payah nak simile sangat lah izzati oi. so, goodnite semua. selamat meneruskan puasa yang tinggal sepuluh hari je lagi :)

Sunday, August 14, 2011

alahai





alahai
dari pagi sampai petang hadap buku sampai lebam
apa yang lebam?
mata aku laaa..
alahai
macam ni ke nasib bila tak nak blaja last minit?
paper sejarah hari khamis ni,tapi aku pulun baca hari ahad.
paper agama hari isnin,tapi aku pulun baca dari hari khamis
alahai..
sekarang ni agama dengan sejarah dah bercampur gaul dalam otak ni.
jangan nanti sampai masa nak jawab ,tertukar fakta sudah
ataupun,
bila sampai masa,semua aku lupa.
ya allah,mintak simpang malaikat 44
alahai
sekarang gerak gempur pon macam dah nak terbalik aku rasa
nanti SPM macam mana?
hope everything's gonna be fine lah.
aku harap result aku nanti berbaloi-baloi .
insya allah :)