Wednesday, January 4, 2012

iteww nak cerita pasal memori ('',)

Assalamualaikum :)


hari ni hari pertama sekolah untuk 2012 ni . tapi aku ponteng . wakaka macam berani je nak ponteng . padahal memang dah habis sekolah . haha . aku mana pernah ponteng-monteng ni . aku kan baik*ehem* Tapi walopon dah bukan bergelar budak sekolah, aku pulak terlebih eksaited . ngeh ngeh :p 


Pepagi lepas subuh terus tak sambung tidur , *amboih, amalan mulia tetiba HAHA* . Ye aaaa , aku kan akak yang baik, mesti nak tengok adik sendiri pergi sekolahhh. huwaaaa! sedihhh taw. selalu aku pergi sekolah sama-sama dengan diaaaa . berkali-kali aku cakap kat ibu ''Nak pergi sekolahhhh..'' dan ibu dengan kereknya menjawab '' hek eleehhhhh..'' okey fine . takde sape layan kerenah manja cekadak aku kan . takpe takpe . first day adik sekolah, dihantar bapa . yeayyy !*untunglaaaaa*


lepas ibu pon dah gi kerja , aku pon membaringkan diri sendiri . takkan orang lain nak baringkan kot. hikhik . lepas tuu tengok MHI, dah boring , bukak pulak Hot.fm . semua orang dok cakap pasal sekolah . haihhhh tensi aku sensorang kat situuu. dah laa mata tetiba jadi kebal . nak tidur pon tak leh . whatttheeheyy ! tetiba aku teringat hari pertama aku pergi sekolah rendah . HAHA . 



Nostalgia lah jugak kalau nak cakap pasal kenangan baru masuk sekolah ni . tapi aku takdelahh sampai menangis segala*bangga sekejap* . yang penting, ibu hantar aku , lepas tu seminggu jugaklah ibu datang time rehat tengok aku makan ke hapee. ngeh ngeh . adik beradik aku yang lain takde la sampai macam tu sekali. baru aku sedar , perangai 'renyah' aku memang dah terbit dari kecik . hehehe .Lagipun, dulu aku sangat lahhh pemalu dan pendiam. ya ampunnn . memang berbeza kot dengan sekarang . sekarang dah tak pendiam dah . tapi pemalu masih tebal, susah nak hilang . haha peace yo :)




sekolah agama pon ada ceriter sendiri . haha . ni lagi memalukan . ehh tak tak . ni lagi menge-sian kan . kesian kan siapa?? bukan aku . tapi ayah aku . masa first day kat skolah agama, kan sebok-sebok beratur untuk naik kelas kan, then si ayah yang teman aku, tetiba pergi tandas . meninggalkan anakda yang gilaaa pemalu ni sensorang . oke pembetulan . bukan sensorang . ramai lagi orang lain kat situu . pas tu , bila dah masuk kelas , ayah still takde and dia tak tahu aku masuk kelas mana. aku pon macam bodoh , tak reti nak ambik meja, kerusi sendiri . nasib baik ada pakcik tolong . aku pon duduk senyap-senyap dalam kelas tuu. tak lama tuu, ayah masuk kelas aku , dia tengah carik anak dia yang konon hilang ni . semua kelas dia dah masuk , tapi tak jumpa aku. bila dia masuk je kelas aku, dia sebut laaa nama aku kann. siap lalu tepi aku lagi. Si pemaluuu ni dah macam bisuuuu boleh diam je tengok ayah dia tercari-cari . bangang kan akuuuu? ye, aku sedar , aku memang macam tuu. HAHA . last last, time nak balik baru jumpa ayah kat pagar. nasib baik ayah masih nak tunggu aku. buatnya dia tinggalkan aku? mahu nya aku menangis sampai malam T___________T
ohhh please, jangan salah kan ayah aku, jangan cakap dia tak kenal ke anak sendiri? memang dia tak kenal, sebab aku pakai tudung . huahuahua . budak kecik, biasa aaa, pakai tudung tak semenggahhh.




itu lah kenangan HARI PERTAMA sekolah . sekarang , dah besar dah. dah boleh kawen dahh . eh eh?haha . ok dah . itu je nak cerita pasal memori silamku . silam tak silam sangat la . Haaa . nak cerita ni . tadi kan , lepas dah tak boleh tidur masa semua orang takde, aku mendobi . emmmm. i mean, basuh baju . pas tu , masa sidai baju tuu, sambil sidai sambil boleh pulak terbau minyak baby kepunyaan jiran yang ber-baby . aummmmm. terus terpikir , best nya lah ada baby . wangi pulak tuuuu . ala tomei-tomei HAHA . berangan je aku ni . lupakanlah . esuk aku dan put nak carik kerja. nak ketawakan diri sendiri lah pulak. macam. biar betul , budak ni nak kerja ? heh . All the best untuk diri sendiri dan kawanku , puteri .
k bai , penat membebel :)


last day sekolah taw masa ni :(
babai tasek . 
mishhh yuu muah muahhh 







No comments:

Post a Comment