Monday, February 6, 2012

traveller ?

Assalamualaikum >,<


rindunya nak online dekat rumah . hihi gedik sangat ! okey lama taw aku takde kat rumah . daripada hari jumaat lepas sampai lah ke hari khamis minggu ni . cehh macam lama sangat , padahal seminggu pon tak sampai . hmm alahai macam mana nak duduk hostel lepas ni ? T_______T




sebenarnya takde siapa pon nak tahu aku ke mana pon kan. mengaku je lah . aku tahu aku ni siapa . takde sapa pon nak pedulik . dah lah bila balik JB terus dapat berita yang super mengejutkan . hmmm sudah lah izzati . let go jek ah. move on ye . ngehehehe ehh apa ni dah membebel pulak . takpelah, kalau takde siapa nak tahu aku kemana pon, aku tetap nak cerita jugak . aku tawu , mesti ada homo sapien (nama scientific untuk manusia) yang akan baca entry ini . *ohh perasannye kaw! :p




setelah berminggu-minggu duduk rumah jadi penganggur yang nak carik kerja tapi memilih , aku decided ikot my sister , cik Ili *setiap kali aku nak search nama dia kat fb, mesti aku tertaip Ali . huahua berjalan-jalan ke Kolumpo(read-Kuala Lumpur) jumpa kawan dia yang dah lama tak jumpa. cehh macam jejak kasih kan . Yang lain dari lainnya , kitorang travel naik pengangkutan awam *alahai skema bahasa :p




memang ahh boleh jadi bahan lawak jugak sebab kitorang jenis yang teramatlah jarang naik public transport , memang tercangak-cangak je  . tak termasuk berdebar-debar lagi . memalukan sungguh . haha tapi ni lah yang dipanggil PENGALAMAN . pengalaman mematangkan kehidupan. yeahh ! i like that statement . banyak public transport yang kitorang naik :- BAS BERHENTI-BERHENTI, KOMUTER, LRT , TEKSI, BAS EXPRESS . so now dah boleh buat muka berlagak sebab dah tawu cara nak naik benda alah tu semua . hihi dasar gadis desa . ye ahh , bukan selalu aku pegi sana . lagipon, KL je yang ada banyak public transport cam tuh . dekat johor ni pergi mana pon naik kereta sendiri . *konon la? haha


yang tengah tu tak terlibat dalam pengembaraan ini . haha


 Okeyyy kay kay . actually mula-mula kami stay dekat rumah cousin kami area Semenyih , kajang . dekat sana tak pergi mana-mana pon , duduk je termendak kat rumah . haha whatthelifeless kan. takpelah , takde rezeki nak beronggeng dengan diorang nampaknya . Hari selasa barulah gerak ke KL dengan kenderaan :-


**teksi anei dari Semenyih--->stesen KTM Kajang(RM 16 yeee)
**komuter dari Kajang--->Terminal BTS(RM1.80/person)


Dah lah kitorang tak naik coach wanita masa guna komuter . haihhh ya allah memang aku sorang je perempuan kat baris tempat duduk tu . sebelah kiri , lelaki . sibuk benor cik abang tu bergosip . dengarkan aje laahh . sebelah kanan ada pakcik tua . oke, pakcik ni very behave . ngehhehehe. depan aku pon lelaki jugak . tu yang pandang bawah jee. bila angkat muka, tengok dia dah tidur . bagus ! si kakak duduk sebelah lelaki penidur tuu. okeyyy seram aku sebenarnya , agak-agak mesti muka aku keras semacam kan . hmmm~


Next, berjaya jugak sampai ke TBS . wahhhh satu kejayaan ni ! lepas dah blur blur cari cara nak ke Sri Petaling, at last kitorang naik LRT. yeahh ! 


**LRT dari BTS--->Sri Petaling(RM1.00/person)


Lebih kurang pukul 6.45 petang sampailah budak berdua ni dekat condo kawan kakak aku di Vista Komanwel :)  Ohhh housemate dia semua ada . tapi kitorang menumpang kat master bedroom . haaa nama kawan kakak ialah Kak Sida dan ada roomate yang bernama Kak Diba yang sangat cantik macam artis ! huahuaaa sukanya kitaaa! Ramah tamah diorang ni . Dah lah bijak pandai ambek course Pharmacy kat IMU(International Medical Uni) under JPA . baru aku tahu U ni wujud untuk semua budak medic . untunglaa dapat sponsor dari JPA kannnn T___T


Esoknya pagi-pagi dah bangun*semangat engkau jah nak meronggeng ! *ikut kakak-kakak pharmacist pergi redeem baucher kat Kedai Buku Kamal. haha nama sangat humble . sebenarnya kat situu semua jual buku-buku medic ! haa kau adaa? Okeyyy dah  dipendekkan cerita . lepas beli buku kami naik :-


**Teksi ke KL Sentral untuk letak buku dalam locker (RM5.00/Locker)
**Komuter dari KL Sentral--->Mid Valley(RM ?? aku dah lupa . thehe)




Jelas sekali kitorang pergi meronggeng ke mana kan ? mana lagi ... Mid Valley lah . agenda penting dah semestinya nak tengok wayang :))


gila taw tengok cerita Sumpahan Kum-Kum :)
best lah jugak cerita ni . 
puas aku menjerit bila time dah malam . harharhar


Tapi sebelum tu pergi makan dulu . kitaa makan Sizzling Yee Mee. dah kenyang baru masuk panggung sambil kunyah popcorn Kak Diba . hehe


mereka berusia 21 tahun . so yang 18 tahun ni sila bawak diri jadi photographer :)



petangnya pulak ber chit chat di Cafe SweetChat 
akak belanja kitaa Ice Choc :))


First time dalam hidup aku solat Zuhur , Asar , Maghrib kat shoping mall . punyalah sakan berjalan . haha . tapi yang buat aku kagum , surau tu tak pernah putus dengan Muslim , sentiasa dikunjungi . alhamdulillah :)


dah pukul 9 malam baru jumpa jalan nak balik rumah . hewheww
sampai rumah pukul 10 -online fb sekejap lepas tu terus tidur . yeeaayy :p


Esoknya pagi-pagi dah bangun , kemas barang-barang and get ready to go back home yang dirindui . Nasib baik dah expert jalan kat sana*cehhh konon* so kami jalan sendiri je sebab kawan akak pon ada kelas pagi tuuu. 

**LRT Sri Petaling--->BTS (RM 1.00/person)
**bas Konsortium dari BTS --->JB (RM 31.00/person)


tiket bas pukul 12.00 tengah hari . sempat lah jugak melawat TBS-BTS tu beli jajan and air milo segala sebagai bekalan nak menguyah dalam bas . weyyy my akak lagi die hard fan of air milo you know . siap beli dua kotak . whattthhe -obsession ? Then, bas agak selesa , sit besar gedabak, alahai tertidur saya. lalalalala..lepas bangun tengok ehhh dah nak sampai dah ! yehhhh . turun kat Taman Johor je ayah ambek bawak balik anak dara dia nih . 


the traveller . dia kakak iteww .
semua dia support aku . ngeh ngeh


Nanti aku dah ada duit aku belanja dia balik okeyy.promise !!! :))
at last habis jugak cerita journey aku kali ni . 
journey yang penuh pengalaman . tapi siket-siket kena update dengan along ke mana yang kitorang pergi . yang paling penting , apa yang kitorang naik . huahua . nampak sangat ke-desa-an kami . untunglah ada yang ambik berat :)
okey lah byeee . rindu rumah dah terubat >,<



















No comments:

Post a Comment