Wednesday, February 8, 2012

vanilla coklat *senyum sampai telinga :)

 Assalamualaikum ..


haiyaaa aku tengok sekarang ni bukan main lagi demam Vanilla Coklat (VC) melanda . hihi , ada ke orang tak tahu pasal VC ni ? alahai , kesiannyaaa . VC ni kan drama yang tengah hot gilaaa sekarang kat TV3. punya lah hot sampai bila hari Selasa je, mesti para Facebookers akan update pasal drama ni . termasuklah aku . ehem !*nak jugakkkk*




hari ni nak cerita ke-eksaited-an tengok VC ni . thehehe . hishhh aku tak boleh lah , kalau dengar tajuk dia pon, boleh tersenyum sorang-sorang macam orang gila. tapi aku terfikir jugak , ada ke orang lelaki tengok cerita ni ? hewhewww. sebab aku rasa cerita macam ni gegirls je kot yang suka layan . ye dak ?? semalam catat sejarah , tengok cerita ni sambil histeria bertiga-tiga. huahuha. siapa lagi kalau bukan aku and my akak and my adik . tu laaa siapa suruh si Zara Aisyah dgn Amir tu sweet-comel sangat ? agak-agak jiran kitorang dengar tak anak dara mengilai semalam ? erkkk .




tapi yang gambar ni apehal Zara tembam gila lepastu Amir muka lembut tak macam anak jantan?
ehhh terkritik pulak :)


Kalau nak cerita betapa aku eksaited memang ahh agak over. kadang-kadang baru hari Ahad, mulut ni dah menyebut-nyebut pasal cerita VC ni . kadang-kadang baru hari Isnin, dah gelabah kononnya malam ni ada VC padahal cerita ni malam hari Selasa . hahaha . whatthheheyy . lepas tu dah sampai hari yang ditunggu-tunguu lagi lah kemain eksaited . sanggup tak nak pergi mana-mana bila malam menjelma semata-mata nak tengok cerita ni . rugi kalau terlepas sebab TV3 bukan ada ulangan macam astro yang asyik dok ulang cerita sama sampai lapan belas kali >,<


tapi kalau nak pikir logik, ada ke kisah macam VC ni dekat dunia realiti ? ni kata adik aku semalam. amboii banyak betul responden cerita ni ye? heheh tu lah perempuan . mulutnya tak pernah diam :p  Hurmmm mungkin ada, tapi manisnya taklah berpanjangan . macam cerita ni jugak. baru-baru kawen , semua nak sweet ! cuba kalau dah lama kawen dah beranak pinak . ada ke nak pergi Cameron sampai dua kali dalam masa tak sampai tiga bulan ? haaa . *tetiba emo?* hahaha . ada jugak responden seterusnya cakap, dapat bini cantik, siapa tak terpikat ? dari benci, terus jadi sayang . kan ? fitrah manusia , semua suka yang cantik. tapi Allah dah cipta makhlukNya berbagai rupa. semua ada cantik kita yang tersendiri , terserahlah kat kita nak menilainya :) tapi point aku disini , kecantikan tu kekal ke ?? sekelip mata je Allah boleh tarik. buatnya yang cantik tu kena simbah asid , terus jadi _____ kan. hoho tetiba aku jadi pengkritk plus penceramah pulak malam ni ye.  baiklahhh . Back to this drama, bukan cantik Zara atau hensem Amir tu yang buat diorang terpikat kat each other, mesti ada factor lain yang buat diorang jatuh cintaa. wuuu sweet kan Zara yang tak reti masak tu buatkan bubur untuk Amir yang sakit ? Amir tu pon pembersih memang sesuai lah dibuat laki  :))


walau Zara tak sehebat cik kak Masterchef M'sia ni at least dia ada Amir . kau adaaa?


okeyyy hari pon dah malam , tak elok cakap pasal cinta-cinta ni . kita kan budak lagi.hikhik. 
kesimpulannya, aku memang obses tengok drama ni, kalau tak percaya , datang ah rumah hari selasa malam :)
kesimpulannya lagi, jangan cintakan orang disebabkan paras rupa. paham ? tapi itu pendapat aku , tak boleh terima? its up to you .
**tak sabar nak tengok next episode !
**yee aku admit Amir memang hensome , kikikiki ('',) siapa cakap tak. rabun lettewww 
**ni semua pandangan peribadi aku. harap maklum .
**okeyyy bye !









No comments:

Post a Comment