Hari Ahad, hari sebelum Isnin. Aku ambik peluang ni untuk berehat-rehat* ceyyy padahal sebelum ni cakap nak study on weekend* Memang aku dah study pon okehh tapi dalam setengah jam sahaja. kuikuikui. Penat rasanya badan ni, semalam berjalan sakan tak ingat dunia. hahahha. dah dua minggu berturut-turut kami dok keluar tengahari balik malam. Tu laaa siapa suruh dok kat PINGGIRAN Cyber ni. kan jauh nak kemana-mana. so, haruslah sekali keluar, keluar lah engko sepuas-puasnyaaa.
Last week, went to Alamanda. gerak pon dah tengahari, naik bas pulak tuu, so paham-paham jelahhh naik bas kan, bukan naik kereta sendiri. tabah jelah ikut route bas tersebut .kalau bas tu pusing tempat yang sama sampai dua kali pon, engko duduk jelah dalam bas tu diam-diam, haha macam yang aku and the geng buat . jangan risauu, sampai jugak kat Alamanda tu nanti :) Bila sampai, pergi beli tiket wayang dulu, niat di hati nak tengok cerita Bait, tapi aku pon tak paham kenapa dekat GSC Alamanda ni strict sangat, sampai nak tengok ic setiap sorang yang nak masuk panggung ni. Kalau belum 18yo mengikut bulan, cannot cannot ya. haihhh hangin je kitorang,sebab salah seorang dari kami, belum 18. hakhak. siapalah gerangan itu ye, yang penting bukan aku. So setelah bermusyawwarah*Wahhhh kemain ayat* dua kali, kitorang decidelah tengok movie yang semua orang boleh tengok, dan cerita bertuah tersebut ialah Halim Munan . wakakaka aku nak sebut pon tak sampai hati . Sedihhh oo tak dapat tengok Bait, nasib lah Halim Munan dapat mengubat kekecewaan :)
malas nak cakap banyak. aku bagi 6/10 lahhhh ^^
Then, aktiviti wajib, ialah masuk ke MPH dan membeli novel, hehe . sukaaaanyaaa saya! dah lama kempunan nak tambah koleksi novel , so lepas dah dapat duit MARA ni, marilah kita gunakan ia ke arah novel. haha ~apapontakboley
hari tu, masa jumpa Aida, dia dok sembang ramai budak KMNS baca buku ni everywhere.
sebab tu aku beli :) rate ? 8/10 . tahniah-tahniah *tetiba*
Setelah masuk sana, masuk sini, tengok-tengok jam dah pukul 8 lebih. huhuu! apa ni anak dara balik malam! dah lah bahaya kalau naik bas kannn. nasib baik kat luar Alamanda tu ada banyak teksi. makanya, kitorang grab satu teksi MPV, muat la kan kami bertujuh . satu kepala - RM5 sangat lah berbaloi sebab dari dia hantar dari Alamanda sampai ke depan pintu Varsity Lodge ni. takpayah engko nak turun naik bas dengan barang hasil shopingan di Carefour macam orang apa dah . Sampai rumah, transform diri dari busuk ke wangi, then tamatlah hari ituuu :)
ehhh belum habis ya. mood menaip tengah ada ni. aku nak citer pasal 'jalan sakan' untuk dua minggu sekaligus. aku bab berjalan memang nombor satu, hehe *semoga encik suami nanti tabah :p* Minggu ni, dengan semangat wajanya*mentang-mentang tengah berwang* we decided carik printer dekat Low Yatt. kami sedar, Low Yatt itu sangat jauh tapi bila lagi nak jelajah KL kannn. haha . bajet reti je!
Sebab sebab kena beli printer :-
1. kitorang nak kumpul aset :p
2. bila dah ada printer sendiri, kerja jadi lagi mudah.
3. takpayah nak harap dekat orang lain , lagipon lagi sekali, printer ni nak pakai lama, insyaAllah lagi 5 tahun baru aku habis study, so mestilah nak ada printer sendiri.
4. Lebih jimat , kalau dok print kat printer orang,setiap kali dia tukar catridge baru, kena bayar mahal.
so printer sendiri, boleh pasang external tank ink , kan jimat :)
Dipendekkan cerita, meh aku bagitawu cara nak ke Low Yatt yang boleh dinamakan syurga segala penggemar gadgets :) i yang tak minat ni pon jadi terambang mata, biasalah nafsuuuu. nasib baik iman kuat, kalau tak ? hahaha sendiri paham la.
Cyberjaya---->Putajaya Sentral : Bas Rapid KL U429 (RM2)
Putrajaya Sentral----> Pasar Seni : Bas E1 (RM3.80)
Station Pasar Seni---->Station Masjid Jamek--->Station Hang Tuah : Lrt (RM2.20) **exchange train dekat Masjid Jamek, tak boleh direct dari Pasar Seni sampai Hang Tuah**
Macam tak percaya aku dah pandai bagi direction area KL ni. hakhak . puihhhh ni pon ada gak kitorang tanya-tanya orang, call-call kawan hosmet aku, akhirnya sampai jugak ! Tapi kalau dari KL Sentral, terus je naik monorel direct sampai station Imbi, ni lagiiiiii dekat, takpayah nak jalan sangat. Okey sambung cerita. Bila dah keluar dari station Hang Tuah tuuu, jalan kaki je sampai Plaza Low Yatt. dekat sangat dengan Time Square, tu yang sempat singgah tu. eh? haha. Setelah mengharungi orang ramai yang arghhh sangat menyesakkan dada kat dalam tuuu, akhirnya dapatlah kami sorang sebijik printer . Alhamdulillah :)
dua kedai je kami survey. printer + external tank ink : RM247 .
okey lahh. jauh dari jangkaan bajet. hehe . *selamat duit aku*
kedai printer ni dekat level 3 , tapi nak pasang external tank dekat level 2.
ohh dun worry, apek kedai tu yang tolong angkutkan bende alah ni. kalau tak, peluh-peluh lah kitewww*lempang diri sendiri , gedik oihh*
Okeyy sempat jugak usha-usha smart phones kat situ, sempat jugak pegang iphone 5 yang baru keluar tu, *pegang je mampu, sob sob -__- * sempat jugak kawan aku beli tuttttt baru *untungla* haha. nasib baik iman kuat, kalau tak, melayang juga duit aku semalam . wakaka. Aku tak sangka, sebegitu ramai orang dekat sana. padahal, jual gadgets je pun. kat Johor, orang lek lek je. haha . Tapi kalau dah pelbagai gadgets terhidang depan mata, harga pon boleh ditawar menawar, mestilah orang tertarik nak pergi. macam kami jugak >,<
Sudah kepetangan*bahasa apekah ini, kepetangan?* baru we all keluar dari tempat sesak ituu, dan menuju ke Times Square . Tak buat apa pon, masa dah suntuk, sempat makan jee, sempat membeli di FOS je, lepas tu gerak semula ambik printer dekat Low Yatt. Satu la aku nak kompelin di sini, apesal surau dekat TS tuu, kecik sangat sangat??? sungguh tak selesa okehhh, bersesak macam sardin kat dalam tuu, padahal tempat shoping, tempat games, punyalah besar. cakap banyak pon, bukan ada orang ambik peduli, so, mari kita diam-diam je. berdoa semoga keadaan diperbetulkan :)
Jam 9.45 malam, gerak pulang ke hostel. Luckily, menaiki kereta abang kawan aku. takkan nak angkut tiga bijik printer tuuu naik public transport ? sungguh kasihan. hewwhewwww. Pukul 11, sampai rumah . terus call ibu, buat laporan harian. then, sempat pulak ibu gosip-gosip dia jumpa mak CA masa pergi majlis APC. hahaa . walaupun anak-anak sorang kat Peghelis, sorang kat Cyberjaya, the ibu(s) boleh pulak ada kat satu tempat yang sama. hehe shooo shomell . CA suka sangat aku citer benda ni kat dia. nyampah ai! haha.
Okeyyy habis dah benda yang aku nak share kali ni. mission accomplish !. thanks for reading :)




No comments:
Post a Comment