Dengan rasminya, mengisytiharkan aku dah selamat menamatkan
So dah habes sem 1 , sementara nak masuk sem 2 in the following weeks, marilah bergegas pulang ke JB tercinta. happy tak terkata, aku cuti sem 5 hari, kau ado?? haha orang lain cuti berbulan-bulan , tapi aku cuti tak sampai seminggu, watever it is, redha jelahhh jangan banyak komplen. sedar tak sedar raya dah nak habes agak-agak lagi seminggu dua, habislah bulan Syawal ni. hmm lets share my Hari Raya story. Raya tahun ni, tahun dua ribu dua belas ada manis ada pahitnya . Raya pertama alhamdulillah, meriah seadanya. dapat berkumpul adik beradik ibu dan ayah walaupun aku sampai paling last. perantau lah katakan^^
RAYA PERTAMA
suka gambar ni sebab along pon buat gaya sama macam adik-adik dia yang gedik lagi comel hihi gambar ni gegar sangat sebab akak capture sambil gelak-gelak
haha apa pon tak boley~
haha apa pon tak boley~
lepas sesi mintakmaaf-dapat duit raya yeayyy satu family pergi rumah mak long pulak.
semua sedara mara akan gather kat sini termasuk nendaku, Tok Mak :)
di atas ni cousins yang paling ngam bila dah jumpa. ehh ni baru siket. ada jugak yang takde dalam ni.
ni pon baru siket okeh. eeii rasa menyesal je sebab tak hirau nak capture raya moments . bukan selalu dapat gather beramai-ramai :(
seronok gila dapat makan ketupat rendang kuih raya yang aummm dapnyerrr!hahah annoying sangat. Raya pertama kami sejak dua tiga tahun ni memang macam ni lah. takde dah beraya kat kampung. konon orang bandar lah sangat! hmmm raya tahun ni, Tok Mak sakit kuat , tak dapat dia nak bergembira dengan anak cucu cicit dia, dia just baring je dalam bilik =='
RAYA KEDUA
Beraya di Kota Tinggi, rumah Makngah :)
heyy best nye dapat jumpa anak kesayangan ni. kite panggil dia Omey^^
walaupun dia ego taknak hirau orang, cehh haha ikot mood betul budak kenit sorang ni.
aku suka pergi rumah makngah sebab banyak baby!
this time pergi, semua dah rancak berjalan, nak tangkap pon susah haha
yang cekci ni kite panggil dia Mia^^
RAYA KETIGA
beraya di Pontian, rumah Maktam.
taktahu kenapa Adik pakai songkok ayah atas kepala. macam lah tak boleh letak kat belakang kan.
nasib kau laaa ter-masukkan gambar ni kat sini, hahaha ^^
RAYA KEEMPAT
Duduk di rumah meleweh-leweh, kunyah kuih raya selagi boleh
sambil siapkan assingnment cehhhh siaplah sangat! :p
*ehh ni gmbar kat cyber height lahhh
RAYA KELIMA
gambar ni kasi extra large siket!hehe
beraya berkonvoi empat buah kereta ke beberapa buah rumah teman-teman and cikgu yang dirindui
ni kawan-kawan 5SN1 2011, tapi ramai tak dapat join , but its okey guys ^^
ukhwah masiih tak luntur even masing-masing dah terpisah. alhamdulillah :)
dengan cik Siti kite, hewwheww terlerai rindu aku kat dia yang suka main merajuk rajuk ni haha
RAYA KEENAM
beraya di Pulai Jaya hahhaha sangat tidak boleh diingat lah . buat aku malu dengan diri sendiri je :p
gambar ni kasi extra large siket!hehe
beraya berkonvoi empat buah kereta ke beberapa buah rumah teman-teman and cikgu yang dirindui
ni kawan-kawan 5SN1 2011, tapi ramai tak dapat join , but its okey guys ^^
ukhwah masiih tak luntur even masing-masing dah terpisah. alhamdulillah :)
dengan cik Siti kite, hewwheww terlerai rindu aku kat dia yang suka main merajuk rajuk ni haha
RAYA KEENAM
beraya di Pulai Jaya hahhaha sangat tidak boleh diingat lah . buat aku malu dengan diri sendiri je :p
Percaya atau tidak, tapi aku sendiri masih tak percaya sebenarnya. bahawa aku telah beraya ke rumah si CA !!omaigodddd hahahh apa yang aku lakukan? nasib tak pergi sorang-sorang, tapi memang tak lah pon nak pergi sana sorang . Pergi dengan akakku dan suaminya*suamilah sangat!* dan adik. hehe banyak betul peneman. Bukan apa, he already met my Ibu few times before here and there haha so my turn pulak to meet his Ibu baru lah adil . barulah namanya serious :) Yess me not kidding about this matter LOL.
Me so nervous okeyy nak pi rumah dia. haha fuhh kiri fuhh kanan! macam-macam aku bayang. siap suruh dia kunci siblings dia yang lelaki dalam bilik jangan kasi keluar kat hall. wakakaka ai kan pemaluuuuuu :p First time wehhh wakaka. Masa on the way, aku text my best friend cik Puteri, boleh pulak dia tanya ada bawak buah tangan ke apa untuk mak dia? whattheeeehey. buat cuak je aku dah lah tak bawak pape pon. Abaikan , yang penting muka mesti senyumm*bak kata Puteri, chewahhh orang ada pengalaman memang gitu laaa. haha* Nervous bukan sebab nak jumpa mak dia, tapi sebab his whole family ada kat rumah tuuu! gila kau tak cuak! nak menghadap encik Ayah tu yang aku takut dan segan sebenarnya. hihi tapi nanti lambat laun jumpa jugak kan, so lets face the family calmly :)
Alhamdulillah, mendapat sambutan hangat! hahah takde apa pon. aku je cuak lebih *ehhmestilewww* biasalah adat orang beraya, mesti duduk dulu, lepas tu makan mee Ibu dia buat pedas gilaaa tapi kena makan jugak. kena biasakan diri dengan style pemakanan family ini yang kuat pedas unlike my family. haha. Air Ribena kannn kelass kau Jahhhh. hahah. Tak sempat lama pon, lepas makan sambil borak-borak, suddenly dapat call from Ibu and she informed us that Tok Mak meninggal dunia. Inna Lillah hi Wainna Ilaihi Raji'un :(
Bergegas balik dari Pulai Jaya, masih terkejut dengan pemergian arwah. tapi semuanya tenang time tuu. Thanks to my CA's family for the layanan. tak sangka tengah beraya rumah dia, dapat berita sedih ni kann. tapi at least , hajat masing-masing dah tercapai .
RAYA KETUJUH
Pengebumian arwah. Pity Ayah, aku sedih bila tengok ayah nangis . yes, ayah anak paling sejati . Al Fatihah to my nenek .
RAYA KELAPAN
Dengan berat hatinya, pulang ke Cyberjaya . Assignment separuh siap, tutorial langsung tak sentuh. memang cemerlang aku kan! hahaha. Pulang dengan bas , hmmm syahdu je rasa sebab teringat time balik JB, berdua, bila tinggalkan JB , sorang . cehhh tayah nak emo sangat . hoho terasa cuti rayaku sangat pendek, dengan kemanisan di awalnya, tapi kesedihan di hujungnya. dah takdir kan ..
Makanya, habis sudah cerita raya guwe. bolehlah daripada takde raya langsung . Walaupun dapat raya seminggu je then berperang pulak dengan final Exam sem 1. Sempena hari raya yang dah masuk minggu ketiga ni, aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki dekat semua yang mengenali diri ini baik kawan-kawan, cikgu-cikgu, sedara mara dan semua lah! termasuk stalkers belog yang tak semenggah ini haha. Andai ada terkasar bahasa, terlebih gurauan, terpakai duit tapi tak pulang-pulang*kalau ada, bagitau, aku ni nyanyuk siket, selalu je lupa* termarah terjeling terjeles tercubit, tertumbuk*ehem* terdegil tergarang tersakitkan hati terkecewakan dan segala ter yang lain, maafkanlah daku yang hina ni. kadang-kadang tak sedar apa yang aku buat tu, orang tak senang kan . kosong-kosong lah ye :)
salam lebaran <3

No comments:
Post a Comment