Thursday, January 17, 2013

camp chronicles

Assalamualaikum everybody :D

Hee happy sangat sekarang ni sebab takde kerja kena buat. Hahaha . So alang-alang dah free, and mood nak berbelog ada ni, kita nak share some precious experiences masa berpeluang pergi camping last December . Ceghiter dah lapuk baru nak update, suka hati laaaa T__T . 


Camp Chronicles nama diberi ^^
tempatnya di Hutan Lipur Ulu Serting, Jempol-first time pergi 
tiga hari dua malam penat tak terperi 
tapi experiences seumur hidup sekali :)

bertolak dari Cyber lebih kurang pukul 3pm and sampai around 7pm dalam hujan lebat sejuk angat!

lepas taklimat dari pakLong beserta #LawakHambar beliau, masing-masing dok start pasang khemah. 


Okey seriously bagi aku yang kali terakhir pergi camping masa Form1 dulu itupon sebab terpaksa kuikui tersangat kekok dengan ini semua. itu ini tak selesa dengan cuaca lembap khemah sempit berpasir takde lampu. hoihhhh sangat menguji iman. Hahaha satu khemah empat orang. dahlah semuanya gedang-gedang kaki panjang mana nak selesa terpaksa tidur sambil melipat kaki sobsob.


malam pertama wuwuwu . Layan jelah ice breaking diorang. macam biasa duduk in group :)
time ni lah dapat kenal dengan group members dari lain kelas especially May intake and July intake.

Ohh walaupun nama kem ni sangat gempak, Chronicles sangatttt tapi nama group sangat tradisional. Hihi comel okey bila ada group bawang merah bawang putih, group si tanggang, group Singapore dilanggar todak dan etcetera etcera sebanyak 10 kumpulan besar. Tapi bila buat aktiviti under pihak kem ni, we divided into smaller group. dari 10 group, jadi 4 sahaja. Makanya, group members bertambah. Group aku, namanya Si Tanggang berkolabrasi dengan group Raja Bersiung, terhasillah group Tanggang Bersiung! hahaha such a unique name ya know :D

Malam tu, lepas ice breaking ada pulak Night Walk yang gila challenging tak dapat nak digambarkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Pukul 12 tengah malam, beratur dalam satu barisan panjang, sambil berpegang tangan without lepas, kami dibawak menjelajah sungai di dalam hutan. Panjang sungguh perjalanan. Kau bayangkan dalam gelap, nampak cahaya dari kelip-kelip je, lepastu air sungai boleh tahan deras sejuk macam salji, pasir sungai yang tak rata, sekejap-sekejap tenggelam terbenam kaki dalam pasir tuu, mana tak takut. muahahha I kan penakot. Siap merangkak bawah jambatan, masuk dalam terowong okey! Nasib baik ada Maya, dialah yang tolong aku yang penakut serba-serbi  ni. Bila kaki dah terendam dalam air sejuk berjam-jam, kaki aku of course akan cramp. dan itu yang terjadi. Bila dah naik darat, terus berhenti untuk urut kaki. Hhaha gila lembik aku nie. Thank you Maya for your help. Dia baik gilaaaa >,<

Sampai tapak kem, dah pukul 1 or 2 pagi kot. mandi dengan alahai air gunung you know, sangat sejuk dan entahlahhh, bersih ke tidak tah. haha. Abaikan jangan merungut,izzati. Lepas tu balik khemah tidur dengan melipat kaki walaupun tidoq-tidoq ayam jeee. Dah lah sejuk sangat bila dah pukul empat lima pagi. Rasa nak balik Cyber jeeee -,-


esoknya, Senam Pagi dengan penuh kegirangan. haha. comel tak kami ?? :p

tempat makan. Makanan semua okey, mengenyangkan :)

ready for the next activities yang unexpected. hahah
ohh ye, camp ni hanya untuk students foundation 2012/2013. kami tak ramai, lebih kurang 100 je :)

First(ni warming up je ni) :-
dalam kiraan lima, no one can stand on rumput!! tengoklah perempuan gelabah tuu, haha. yee, aku la tuuu. 
sebok nak pegang Maya :p

Then , dalam kiraan 10, semua orang kena basah! Oh maaaiiiiiiiiyaaa! hahaha
aku macam tak percaya bila semua orang terjun tanpa fikir panjang ke dalam paya ni. 
like seriously? takde cara lain ke nak bagi basah? I is takuttttt. tapi at last terjun jugak. mihmihhh

See? kami semua obedient okey. Hahah sanggup terjun paya dalam sekelip mata. Masa ni cuak jugak, tapi buat-buat cool sudaaa -,-

Disuruhnya menyanyi tapi bibir dalam air. kahkahhh 
the boys suka laaaaa tuuuuu ^^

naik ke darat, dan sambung game ini. Game taktahu nama apa, tapi yang penting putus urat perut sebab banyak gelak. Besttttt !

Kemudian, game ini. Masuk paya lagi. Semakin serasi nampaknya air payau ni dengan kami. wakaka

Selepas itu, bermula lah susah payah mengharungi rintangan dalam hutan bertemankan lumpur, selut busuk masam peluh  dan sebagainyaaa. arghh. Alhamdulillah, group Tanggang Bersiong sentiasa pentingkan kerjasama ! :D

Sorry apis dan acop. (sorry lagi kalau salah nama, hahaha) sebab memilih gambar ni. 
terserlah kejantanan korang . kehkheh percaya tak aku yang lembik ni berjaya buat benda lumpoq ni ? bangga pon ada niiii >,<
lemah semangat nampak benda-benda lumpor ni. tapi takpe, dah nama pon kem dalam hutan, so layankan ajee. kuatkan semangat! chaiyookkk 

comot je memasing lepas keluar dari hutan tuu. banyak sangat halangan dalam hutan tuu, sampai photographer pon tak sempat captured. haha so yang ado je lahh :)

kene tunjuk cheer every group. Power tak group Tanggang Bersiong? haha nice job team :)

activity belah petang. Ini the boys kumpulan aku. haha masing-masing berlagak masa game baling dadu .

and we are the girls. heheh kami menang game ini. kaki kemain menjangkau panjang-panjang. haha peace!

next game di petang hari. Gigih okeyyyy ^^,

main netball dalam paya. kau mampu? hahah siap jadi GK konon sebab tinggi :p
padahal aku bawak je bakul tu ke hulu ke hilir . malangnya kalahhhhhh sebab GK bergerak . krikkrik

main rakit-rakit pon ada. buat sendiri okey rakit tuuu. aku tak reti mendayung . haha
tapi tetap menang sebab diorang hebattttt :D

Lawan kawad beragam . hihi lawak sangat lahhhh . 

malam penutup kami ada aktiviti Festival Kampung by English Club.
so each group kena buat English drama berpandukan nama kumpulan masing-masing. 
Makanya, kami telah merevolusikan kisah Si Tanggang.

Me as the Narrator and the others is the actors :)
Ohh nama pon Festival Kampung, everyone is compulsary pakai kain batik and kain pelikat ikot style tersendiri . Great idea lah lecturers english nie . love them !
Jangan taktahu that we won the 1st place for the drama. hoorayyyy !

Hari terakhir(yahooo). pagi-pagi joging kawasan kampung dengan adik-adik dari rumah Chow Kit. 
They also were camping there tapi diorang sampai sehari lambat dan balik pon sehari lambat :)
budak-budak yang very very very rock okeyyy!

main game Goreng Pisang dengan budak-budak kecik tuu. Takpe, give them the chance, hahaha .

balik dari jogging, breakfast, then masuk hutan lipoq tu untuk Jungle trekking :) first time daki gunung yang masih dara , kau taktahu apa perasaannya . mengah okeyy. haha. orang lembik macam ni lerrr..

jerih perih mendaki gunung beramai-ramai sambil mata perhati pacat ada ke tidak ni akanku kenang sampai bila-bila. berjam-jam dalam hutan ni. nasib baik tak kena gigit nyamuk mahupon pacat :)

sampai ke destinasi yeayyyy . air terjun tingkat ke berapa entah. lagi tinggi pon ado, tapi cukup lah setakat ini. kami nak pulanggggg!!

Dan selamat turun ke tapak kem dengan macam-mcam pengalaman, dan insiden. haha. Ehhh baju aku tak kotor langsung masa daki gunung ni. punyalah aku jaga rapi supaya takpayah susah-susah nak bersihkan. wakakka ada ke orang daki gunung, takdok langsut terpalit kotoran? ada, iaitu diri ini .Hihih . Okeyyy habis semua aktiviti, dengarlah siket ucapan pihak kem di sana yang menjaga kitorang penuh dedikasi dan tanggungjawab. Ada jugak sesi penyampaian hamper kepada kami, mcam biasa ler kan. Lepas lunch, terus sumabat barang masuk bas, dan kembali ke kehidupan sebenar. Yeahhh tiga hari dua malam di tempat orang, tengah-tengah hutan memberi perspektif lain untuk aku. Hahaha merasa jugak segala susah payah penat lelah. Rindu teros kat Cyberjaya yang berhutan konkrit ni. muahahha. Lain kali, kalau ada kem sebegini, aku suggest korang untuk pergi. Hmm aku? kalau boleh taknak dah, penat dia hoiiiiihh lain macam! 
Belum lagi proses nak membasuh segala baju kotoq berpasiq dari sana. Haaa orang terrer je boleh buat. Tak terrer hantar dobi :p

Itu sahaja, panjang lebar kan? macam ni lah kalau mood tu dah datang. satu laporan lengkap aku hamparkan. hihi. Sekarang beta nak tidur esok Jumaat , ada kelas, bukan takde! Till here then, thanks for reading! yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Buat jahat jangan sekali*tetibaaa

All of us. Foundation in Science 2012/2013 . 










No comments:

Post a Comment