Pernah dengar tak HEALTH IS WEALTH ??
Siapa yang tak pernah tahu, sekarang ni mesti sudah tahu . hewhew . Health is Wealth yang bermaksud Kesihatan is equal to Harta . Kalau tak sihat, takde maknanya kau hidup di atas dunia yang fana ni. Tak kisahlah kita ni kaya atau tidak, yang penting sebenarnya ialah kesihatan . Dapat kesihatan yang baik, samalah dengan kita punya harta yang sangat berharga :) kalau banyak harta sampai tujuh keturunan guna pon tak habis, setiap tahun pergi melancong luar negara setiap bulan beli pakaian berjenama, tapi ade penyakit pon tak syok jugak. kan? Nampak tak bahawa kesihatan tu sangat penting, hidup sihat takdelah masalah kita nak Amal Makruf Nahi Mungkar ^^
Ohh rasanya post ni agak boring, skema, nerdy blablabla..hahah Suka hati akulah nak tulis pasal apa. Blog ni pon salah satu medium nak berkongsi ilmu and pendapat serta nasihat walaupun diri ni taklah sehebat berilmiah tahap maksima :) Sejak-sejak dah masuk CUCMS ni aku lebih di-expose kepada benda-benda ilmiah, bergaul dengan orang-orang yang lagi matang, yang lagi banyak ilmu di dada so secara tak langsung terasa best kalau dapat share apa yang aku dapat. thehhehehe . Okey back to the topik. Apa topik kita hari ni? Ye, Kesihatan atau nama omputehnya Health dipilih menjadi topik pada hari ini. Sebagai seorang pelajar di medical school, mestilah saya belajar banyak benda pasal kesihatan. Ditambah pulak bila Sem 3 ni ada subject baru, which is Introduction to Medicine and Pharmacy setiap hari jumaat selama satu jam setiap minggu, bertambah-tambah knowledge pasal bidang perubatan di benak fikiran daku. Semakin kuat keinginan nak jadi seorang doktor walaupun realitinya im gonna continue my study in Pharmacy. Takpelahhh, mungkin farmasi lagi sesuai dengan diri ini. jadi Pharmacist berjiwa Doctor pon cun apa >,<
So sihat ni terserlah melalui appearance kita. betul tak? Bebas dari sebarang penyakit dan mampu hidup bahagia tersenyum gembira tandanya kita sihat. Ramai orang berusaha nak megekalkan kesihatan diorang, tapi awak tahu tak macamana nak mulakan sihat itu? Err i mean, instead of jaga physical kita, mentally sepatutnya dididik sebaik mungkin as well as rohani supaya kita boleh sihat dan terus sihat! Itulah point daku untuk post ni. Langkah pertama untuk jadi sihat (ketepikan pasal makan makanan seimbang, pergi joging seminggu tiga kali blablabla)
First and Foremost: Free Your Heart From Hatred
-jangan ada benci dalam hati-
Hidup kat dunia ni biasalah, macam-macam orang kita jumpa. Kalau setakat jumpa je takpe, ni siap tinggal sebumbung lagi. Takpon, sekelas, sekampus, sekawasan dan etcetera. Kalau dah kata orang tuu, mestilah dipakejkan dengan perangai sekali. Dan perangai tu pon macam-macam jugak. Ada yang kita boleh terima, ada yang totally bertentangan dengan diri kita. Yang bertentangan tu yang susah siket untuk kita adapt kan kan? Kadang-kadang jadi menyampah pon ada jugak wakaka. Tapi ingat, janganlah perasaan tu bertukar jadi benci. Sebab apa, sebab benci ni akan bagi kesan dekat hati. Haa tu yang bila dah benci sampai nak tengok muka dia pon tak boleh, itu tanda-tanda hati dah mula infected oleh syaiton. Mulalah kita rasa stress segala. Perasaan benci patut nya dibuang, kalau tak suka pon, buat taktahu sudah, kononnya orang tu tak wujud, baru kita boleh happy.janganlah kejahatan dibalas dengan kejahatan jugak. Barulah hidup boleh sihat bila hati sentiasa tenang without kebencian terhadap apa-apa. Mindset is essential ya know :)
Takpayah nak benci sangat, tak kemana pon.
dapat penyakit lagi ada.
Secondly: Free Your Mind from Worries.
-toksah risau aihhh-
Kalu tadi bebaskan diri dari kebencian, sekarang kena bebaskan dari kerisauan pulak. Bukan tak boleh nak risau langsung, tapi janganlah risau yang melampau. Benda kecik pon kau nak pikir macam-macam apehal. Teringat sorang kawan ni, Hari Selasa on the way nak balik hostel, we plan for the next day's activities. Nak pergi joging lepas Asar, then aku ajak dia pergi balkoni super besar yang baru bukak dekat hostel ni lepas Maghrib. Jangan pelik, pemandangan dari balkony tu superb sangat, thats why aku ajak dia pergi situ. Then lepas Isyak, ada usrah pulak. Makanya, tiga aktiviti nak dibuat pada hari esok, dan dia cakap "Banyak pulak kerja untuk esok, tetiba schedulle jadi pack.." hahaha whattheefruitttt apekah yang pack sangat dengan semua plan tu? It should be simple and sebenarnya semua plan to help us to release stress. So kawanku itu tak sepatutnya cakap jadual pack as it can make her worry! Bila dah worry, nanti nak tidoq pon susah. Haaa betapa aku risau dekat kawan yang suka risau melampau ni. Hihihi. Sebab risau ni boleh drag kita kepada macam-macam lagi. Risaulah pada yang perlu, jiwa tak berserabut, baru boleh sihat ceria. Tapi kalau ada dua test dalam satu minggu subject core pulak tu dan kau tak risau langsung, layan korea sampai tengah malam bawak ke pagi, itu aku yang jadi risauuuu -____-
Dont forget to : Live Simply
Hidup sederhana. Takpayah nak serabut otak untuk dapatkan kemewahan yang tak kemana tuu. Lainlah kalau kemewahan tu diguna pakai untuk bersedekah dekat anak-anak yatim atau orang yang memerlukan. Hidup beserdahana ni banyak faedah nya. Takdelah kita jadi riak takbur. Kiranyaa, mentally akan sihat bila kita hidup sederhana mengikut kemampuan. Dan kemampuan kita semu berbeza-beza. Kalau jutawan business man kawen sampai ratus ribu habis, kita tak boleh nak kata diorang membazer, tak besederhana kan kan? Sebab diorang memang mampu buat semua tuuu. Lainlah macam aku ni, orang biasa-biasa je, tetiba kawen setanding dengan wedding Farid Kamil. Naik kuda gitewww. Sakit pulak CA nak carik duit bayar semua itu. wakaka. Senang cakap, besederhanalah dalam setiap perbuatan kita :)
Last but not least: Give More, Expect Less
Hok ni kena lah apply dalam semua perkara yang kita buat dalam hidup. Bagi sebanyak yang boleh kita bagi seikhlas hati, dan takpayah lah harap balasan yang sebanyak apa yang kita dah bagi. Kata ikhlas kan? Tak semestinya kita akan dapat apa yang kita nak, walaupun kita dah cuba buat yang terbaik. Mungkin kita dapat siket, tak sebanyak yang kita inginkan, tapi sebenarnya, itulah yang terbaik untuk kita. Banyak je contoh boleh bagi, dalam relationship, kalau kita bagi text goodnight sweet dream bagai, jangan lah harap si dia akan reply. Mungkin si dia tu pergi main futsal or sebok layan game FIFA mahupon DOTA. ehem. Kalau perempuan pulak, alasannya mesti sibuk baca novel sampai lupa nak reply text takpun, dah tertidur macam sleeping beauty. ehem ehem. Tapi dalam hati nak jugak dia reply kan. muehehe takpee, asalkan dia bukan tengah bermain cinta dengan orang lain, its oke. Ada je hikmah kalau tak dapat apa yang kita harapkan. Contoh kalau pasal text tu tadi, mungkin kalau dia reply, kita tak jadi nak tidoq. Berbalas-balas text pulak, penyudahnya tidoq lambat. Not good. Kalau dalam study pulak, kita dah study hard, tapi kalau boleh takpayah lah harap dapat result gempak teramat gempak. kang tak dapat, menangis tak berlagu, tak makan sampai seminggu. Haaa kan dah sakit. susah pulak nak sihat nanti. Doa dan tawakal jelah, supaya kita dapat result yang terbaik untuk diri kita :)
Maaf awak semua kena baca panjang -panjang. Tapi takpe, membaca tu jambatan ilmu. Sebab tu as a blogger, i try to share knowledge. Cehh macam bagus je ayat. haha. Walaupun ada post yang kadang-kadang nampak agak sampah*phewww kasarnya* tapi mesti ada ilmu tersirat. Alaaaa sedangkan time PMR SPM pon kena buat rumusan tersurat tersirat kan. Mesti semua dah pandai carik ilmu yang terselit di sana sini dalam belog ni :)
Terima kasih sudi membaca, janganlah lupa amalkan langkah-langkah yang aku bebelkan dari tadi. InsyaAllah, will lead us to a healthier mind !! :D Assalamualaikum..
Ni dia kawan aku yang suka risau terlebih. haha
no worry, im always with u Shiqa:)







No comments:
Post a Comment