Sunday, January 6, 2013

third semester.

Assalamualaikum. 

Hmm right now inside my room in Cyberjaya(but aku selalu je berangan dekat Ireland-tahhapehape). Tadi baru je lepas tengok AJL27. hewwwheww kembang kempis hidung kita bila lagu Yuna menang. rasa nak senyum sampai esok boleh? hahahha. Tak sia-sia bukak tonton.com and tengok dari situ berseorangan. hosmet lain sume dok layan movie. #Ohhh aku bukan yang jenis melayan movie. Dan akhirnya Terukir Di Bintang menang lagu faveret kitaaaa tuu. Sadis bila dalam rumah ni, aku sorang je yang minat Yuna. watever yang penting Yuna menang. Dah berapa kali taip nama Yuna. hiks!

Okey beralih pada hidup aku yang selagi bernyawa ni, kena diteruskan. Esok dah start trimester semester tiga. wahhh lepas tu masuk sem 4 lepas tuu habis foundation lepas tu masuk fakulti InsyaAllah . Empat tahun lepastu habis belajar lepastu kerja lepastu kahwin. eh eh!! amboih over sangat . tapi siapa taknak jalan hidup dipermudahkan ye tak? ;)

Sambung balik. esok dah start sem 3. kelas Biology yang pertama untuk Foundation ni. and no more Chemistry. Other than that, Physics 2 akan menggantikan Physics 1 . hehe lemah lutut bila berbicara pasal Physic. Kalau boleh tahun ni nak kurangkan makan. haha aku rasa aku makan banyak sangat sejak duduk Cyber ni haa. bila balik rumah Jb, tengok diorang makan punya la siket. rasa macam portion untuk aku macam portion orang Obese je =,=

#Aktiviti cuti guwe
teman adik carik barang sekolah. haha
ohh my adik dapat 8A PMR dia. congratsssss <3

selain ituu, pergi makan dengan mereka jugak. 
CA marah betul kalau aku makan fast food. haha. 
garang sangat!! menyampah tapi sayang >,<

aku makan banyak!!! tak sukaaa ;'(

Next, dating dengan Sab. 
memang kitorang jela yang tengah cuti, so berdua jelah keluar. 
She's such an easy going person. 
sentiasa on je kalau bab berjalan. aku sukaa ;)

Randomly itu saje yang aku buat selain daripada kemaskan almari baju budak berdua tu yang hoiii MasyaAllah lepas tu try masak ayam masak merah ambek kau pedass! haha ni mesti sebab dah terbiasa makan pedas pedas dengan hosmet lepastu kat rumah selamber masak pedas padahal orang kat rumah tak makan pedas langsung. Tapi kalau bagi CA yang makan, mesti dia telan je, dia kan raja pedas. #Ni apehal asyik cakap pasal dia, nampak sangat rindu. eh! :p

Sudah lah tuu. berbual macam esok takdok kelas pulak. Aku nak tidur dulu. Aihhh beg semua apa aku tak kemas lagi malahan tak carik lagi. taktahu ada ke tidok pen pensel buku untuk kelas esok. haha Astaghfirullah teruk sangat dah ni. Esok pagi jelah settle kan. hihi. Assalamualaikum. semoga hari-hari kita semua dikurniakan barakah dariNya :D



p/s : rinduuuuuuu.. rindu serindu-rindunyaaaaaa. malammmmm kau bawalah rindu ku untuk dirinya yang jauh darikuuuuuuu. Aku dah mabuk sangat dah ni. berbulan dah woi tak nampak muka. dengar suara pon tidok selalu. takpelaaa sabar sabar  :*



No comments:

Post a Comment