Friday, January 25, 2013

How to gain HEALTH.

Assalamualaikum :)

Pernah dengar tak HEALTH IS WEALTH ??

Siapa yang tak pernah tahu, sekarang ni mesti sudah tahu . hewhew . Health is Wealth yang bermaksud Kesihatan is equal to Harta . Kalau tak sihat, takde maknanya kau hidup di atas dunia yang fana ni. Tak kisahlah kita ni kaya atau tidak, yang penting sebenarnya ialah kesihatan . Dapat kesihatan yang baik, samalah dengan kita punya harta yang sangat berharga :) kalau banyak harta sampai tujuh keturunan guna pon tak habis, setiap tahun pergi melancong luar negara setiap bulan beli pakaian berjenama, tapi ade penyakit pon tak syok jugak. kan? Nampak tak bahawa kesihatan tu sangat penting, hidup sihat takdelah masalah kita nak Amal Makruf Nahi Mungkar ^^

Ohh rasanya post ni agak boring, skema, nerdy blablabla..hahah Suka hati akulah nak tulis pasal apa. Blog ni pon salah satu medium nak berkongsi ilmu and pendapat serta nasihat walaupun diri ni taklah sehebat berilmiah tahap maksima :) Sejak-sejak dah masuk CUCMS ni aku lebih di-expose kepada benda-benda ilmiah, bergaul dengan orang-orang yang lagi matang, yang lagi banyak ilmu di dada so secara tak langsung terasa best kalau dapat share apa yang aku dapat. thehhehehe . Okey back to the topik. Apa topik kita hari ni? Ye, Kesihatan atau nama omputehnya Health dipilih menjadi topik pada hari ini. Sebagai seorang pelajar di medical school, mestilah saya belajar banyak benda pasal kesihatan. Ditambah pulak bila Sem 3 ni ada subject baru, which is Introduction to Medicine and Pharmacy setiap hari jumaat selama satu jam setiap minggu, bertambah-tambah knowledge pasal bidang perubatan di benak fikiran daku. Semakin kuat keinginan nak jadi seorang doktor walaupun realitinya im gonna continue my study in Pharmacy. Takpelahhh, mungkin farmasi lagi sesuai dengan diri ini. jadi Pharmacist berjiwa Doctor pon cun apa >,<


So sihat ni terserlah melalui appearance kita. betul tak? Bebas dari sebarang penyakit dan mampu hidup bahagia tersenyum gembira tandanya kita sihat. Ramai orang berusaha nak megekalkan kesihatan diorang, tapi awak tahu tak macamana nak mulakan sihat itu? Err i mean, instead of jaga physical kita, mentally sepatutnya dididik sebaik mungkin as well as rohani supaya kita boleh sihat dan terus sihat! Itulah point daku untuk post ni. Langkah pertama untuk jadi sihat (ketepikan pasal makan makanan seimbang, pergi joging seminggu tiga kali blablabla)

First and Foremost: Free Your Heart From Hatred
-jangan ada benci dalam hati-

Hidup kat dunia ni biasalah, macam-macam orang kita jumpa. Kalau setakat jumpa je takpe, ni siap tinggal sebumbung lagi. Takpon, sekelas, sekampus, sekawasan dan etcetera. Kalau dah kata orang tuu, mestilah dipakejkan dengan perangai sekali. Dan perangai tu pon macam-macam jugak. Ada yang kita boleh terima, ada yang totally bertentangan dengan diri kita. Yang bertentangan tu yang susah siket untuk kita adapt kan kan? Kadang-kadang jadi menyampah pon ada jugak wakaka. Tapi ingat, janganlah perasaan tu bertukar jadi benci. Sebab apa, sebab benci ni akan bagi kesan dekat hati. Haa tu yang bila dah benci sampai nak tengok muka dia pon tak boleh, itu tanda-tanda hati dah mula infected oleh syaiton. Mulalah kita rasa stress segala. Perasaan benci patut nya dibuang, kalau tak suka pon, buat taktahu sudah, kononnya orang tu tak wujud, baru kita boleh happy.janganlah kejahatan dibalas dengan kejahatan jugak. Barulah hidup boleh sihat bila hati sentiasa tenang without kebencian terhadap apa-apa. Mindset is essential ya know :)


Takpayah nak benci sangat, tak kemana pon. 
dapat penyakit lagi ada. 


Secondly: Free Your Mind from Worries.
-toksah risau aihhh-

Kalu tadi bebaskan diri dari kebencian, sekarang kena bebaskan dari kerisauan pulak. Bukan tak boleh nak risau langsung, tapi janganlah risau yang melampau. Benda kecik pon kau nak pikir macam-macam apehal. Teringat sorang kawan ni, Hari Selasa on the way nak balik hostel, we plan for the next day's activities. Nak pergi joging lepas Asar, then aku ajak dia pergi balkoni super besar yang baru bukak dekat hostel ni lepas Maghrib. Jangan pelik, pemandangan dari balkony tu superb sangat, thats why aku ajak dia pergi situ. Then lepas Isyak, ada usrah pulak. Makanya, tiga aktiviti nak dibuat pada hari esok, dan dia cakap "Banyak pulak kerja untuk esok, tetiba schedulle jadi pack.." hahaha whattheefruitttt apekah yang pack sangat dengan semua plan tu? It should be simple and sebenarnya semua plan to help us to release stress. So kawanku itu tak sepatutnya cakap jadual pack as it can make her worry! Bila dah worry, nanti nak tidoq pon susah. Haaa betapa aku risau dekat kawan yang suka risau melampau ni. Hihihi. Sebab risau ni boleh drag kita kepada macam-macam lagi. Risaulah pada yang perlu, jiwa tak berserabut, baru boleh sihat ceria. Tapi kalau ada dua test dalam satu minggu subject core pulak tu dan kau tak risau langsung, layan korea sampai tengah malam bawak ke pagi,  itu aku yang jadi risauuuu  -____-


Dont forget to : Live Simply

Hidup sederhana. Takpayah nak serabut otak untuk dapatkan kemewahan yang tak kemana tuu. Lainlah kalau kemewahan tu diguna pakai untuk bersedekah dekat anak-anak yatim atau orang yang memerlukan. Hidup beserdahana ni banyak faedah nya. Takdelah kita jadi riak takbur. Kiranyaa, mentally akan sihat bila kita hidup sederhana mengikut kemampuan. Dan kemampuan kita semu berbeza-beza. Kalau jutawan business man kawen sampai ratus ribu habis, kita tak boleh nak kata diorang membazer, tak besederhana kan kan? Sebab diorang memang mampu buat semua tuuu. Lainlah macam aku ni, orang biasa-biasa je, tetiba kawen setanding dengan wedding Farid Kamil. Naik kuda gitewww. Sakit pulak CA nak carik duit bayar semua itu. wakaka. Senang cakap, besederhanalah dalam setiap perbuatan kita :)



Last but not least: Give More, Expect Less

Hok ni kena lah apply dalam semua perkara yang kita buat dalam hidup. Bagi sebanyak yang boleh kita bagi seikhlas hati, dan takpayah lah harap balasan yang sebanyak apa yang kita dah bagi. Kata ikhlas kan? Tak semestinya kita akan dapat apa yang kita nak, walaupun kita dah cuba buat yang terbaik. Mungkin kita dapat siket, tak sebanyak yang kita inginkan, tapi sebenarnya, itulah yang terbaik untuk kita. Banyak je contoh boleh bagi, dalam relationship, kalau kita bagi text goodnight sweet dream bagai, jangan lah harap si dia akan reply. Mungkin si dia tu pergi main futsal or sebok layan game FIFA mahupon DOTA. ehem. Kalau perempuan pulak, alasannya mesti sibuk baca novel sampai lupa nak reply text takpun, dah tertidur macam sleeping beauty. ehem ehem. Tapi dalam hati nak jugak dia reply kan. muehehe takpee, asalkan dia bukan tengah bermain cinta dengan orang lain, its oke. Ada je hikmah kalau tak dapat apa yang kita harapkan. Contoh kalau pasal text tu tadi, mungkin kalau dia reply, kita tak jadi nak tidoq. Berbalas-balas text pulak, penyudahnya tidoq lambat. Not good. Kalau dalam study pulak, kita dah study hard, tapi kalau boleh takpayah lah harap dapat result gempak teramat gempak. kang tak dapat, menangis tak berlagu, tak makan sampai seminggu. Haaa kan dah sakit. susah pulak nak sihat nanti. Doa dan tawakal jelah, supaya kita dapat result yang terbaik untuk diri kita :)


Maaf awak semua kena baca panjang -panjang. Tapi takpe, membaca tu jambatan ilmu. Sebab tu as a blogger, i try to share knowledge. Cehh macam bagus je ayat. haha. Walaupun ada post yang kadang-kadang nampak agak sampah*phewww kasarnya* tapi mesti ada ilmu tersirat. Alaaaa sedangkan time PMR SPM pon kena buat rumusan tersurat tersirat kan. Mesti semua dah pandai carik ilmu yang terselit di sana sini dalam belog ni :)
Terima kasih sudi membaca, janganlah lupa amalkan langkah-langkah yang aku bebelkan dari tadi. InsyaAllah, will lead us to a healthier mind !! :D Assalamualaikum..

Ni dia kawan aku yang suka risau terlebih. haha 
no worry, im always with u Shiqa:)



Thursday, January 24, 2013

GIRL.


When a GIRL is quiet,
Millions of things are running in her mind
When a GIRL is not arguing,
She is thinking deeply
When a GIRL looks at u with eyes full of
questions,
She is wondering how long you will be
around
When a GIRL answers "i'm fine" after a
few seconds,
She is not at all fine
When a GIRL stares at you,
She is wondering why you are lying
When a GIRL lays on your chest,
She is wishing for you to be hers forever
When a GIRL calls you everyday,
She is seeking for your attention
When a GIRL sms's u everyday,
She wants you to reply at least once
When a GIRL says I love you,
She means it
When a GIRL says that she can't live
without you,
She has made up her mind that you are
her future
When a GIRL says "i miss you",
No one in this world can miss you more
than that.



Thursday, January 17, 2013

camp chronicles

Assalamualaikum everybody :D

Hee happy sangat sekarang ni sebab takde kerja kena buat. Hahaha . So alang-alang dah free, and mood nak berbelog ada ni, kita nak share some precious experiences masa berpeluang pergi camping last December . Ceghiter dah lapuk baru nak update, suka hati laaaa T__T . 


Camp Chronicles nama diberi ^^
tempatnya di Hutan Lipur Ulu Serting, Jempol-first time pergi 
tiga hari dua malam penat tak terperi 
tapi experiences seumur hidup sekali :)

bertolak dari Cyber lebih kurang pukul 3pm and sampai around 7pm dalam hujan lebat sejuk angat!

lepas taklimat dari pakLong beserta #LawakHambar beliau, masing-masing dok start pasang khemah. 


Okey seriously bagi aku yang kali terakhir pergi camping masa Form1 dulu itupon sebab terpaksa kuikui tersangat kekok dengan ini semua. itu ini tak selesa dengan cuaca lembap khemah sempit berpasir takde lampu. hoihhhh sangat menguji iman. Hahaha satu khemah empat orang. dahlah semuanya gedang-gedang kaki panjang mana nak selesa terpaksa tidur sambil melipat kaki sobsob.


malam pertama wuwuwu . Layan jelah ice breaking diorang. macam biasa duduk in group :)
time ni lah dapat kenal dengan group members dari lain kelas especially May intake and July intake.

Ohh walaupun nama kem ni sangat gempak, Chronicles sangatttt tapi nama group sangat tradisional. Hihi comel okey bila ada group bawang merah bawang putih, group si tanggang, group Singapore dilanggar todak dan etcetera etcera sebanyak 10 kumpulan besar. Tapi bila buat aktiviti under pihak kem ni, we divided into smaller group. dari 10 group, jadi 4 sahaja. Makanya, group members bertambah. Group aku, namanya Si Tanggang berkolabrasi dengan group Raja Bersiung, terhasillah group Tanggang Bersiung! hahaha such a unique name ya know :D

Malam tu, lepas ice breaking ada pulak Night Walk yang gila challenging tak dapat nak digambarkan dengan tulisan mahupun kata-kata. Pukul 12 tengah malam, beratur dalam satu barisan panjang, sambil berpegang tangan without lepas, kami dibawak menjelajah sungai di dalam hutan. Panjang sungguh perjalanan. Kau bayangkan dalam gelap, nampak cahaya dari kelip-kelip je, lepastu air sungai boleh tahan deras sejuk macam salji, pasir sungai yang tak rata, sekejap-sekejap tenggelam terbenam kaki dalam pasir tuu, mana tak takut. muahahha I kan penakot. Siap merangkak bawah jambatan, masuk dalam terowong okey! Nasib baik ada Maya, dialah yang tolong aku yang penakut serba-serbi  ni. Bila kaki dah terendam dalam air sejuk berjam-jam, kaki aku of course akan cramp. dan itu yang terjadi. Bila dah naik darat, terus berhenti untuk urut kaki. Hhaha gila lembik aku nie. Thank you Maya for your help. Dia baik gilaaaa >,<

Sampai tapak kem, dah pukul 1 or 2 pagi kot. mandi dengan alahai air gunung you know, sangat sejuk dan entahlahhh, bersih ke tidak tah. haha. Abaikan jangan merungut,izzati. Lepas tu balik khemah tidur dengan melipat kaki walaupun tidoq-tidoq ayam jeee. Dah lah sejuk sangat bila dah pukul empat lima pagi. Rasa nak balik Cyber jeeee -,-


esoknya, Senam Pagi dengan penuh kegirangan. haha. comel tak kami ?? :p

tempat makan. Makanan semua okey, mengenyangkan :)

ready for the next activities yang unexpected. hahah
ohh ye, camp ni hanya untuk students foundation 2012/2013. kami tak ramai, lebih kurang 100 je :)

First(ni warming up je ni) :-
dalam kiraan lima, no one can stand on rumput!! tengoklah perempuan gelabah tuu, haha. yee, aku la tuuu. 
sebok nak pegang Maya :p

Then , dalam kiraan 10, semua orang kena basah! Oh maaaiiiiiiiiyaaa! hahaha
aku macam tak percaya bila semua orang terjun tanpa fikir panjang ke dalam paya ni. 
like seriously? takde cara lain ke nak bagi basah? I is takuttttt. tapi at last terjun jugak. mihmihhh

See? kami semua obedient okey. Hahah sanggup terjun paya dalam sekelip mata. Masa ni cuak jugak, tapi buat-buat cool sudaaa -,-

Disuruhnya menyanyi tapi bibir dalam air. kahkahhh 
the boys suka laaaaa tuuuuu ^^

naik ke darat, dan sambung game ini. Game taktahu nama apa, tapi yang penting putus urat perut sebab banyak gelak. Besttttt !

Kemudian, game ini. Masuk paya lagi. Semakin serasi nampaknya air payau ni dengan kami. wakaka

Selepas itu, bermula lah susah payah mengharungi rintangan dalam hutan bertemankan lumpur, selut busuk masam peluh  dan sebagainyaaa. arghh. Alhamdulillah, group Tanggang Bersiong sentiasa pentingkan kerjasama ! :D

Sorry apis dan acop. (sorry lagi kalau salah nama, hahaha) sebab memilih gambar ni. 
terserlah kejantanan korang . kehkheh percaya tak aku yang lembik ni berjaya buat benda lumpoq ni ? bangga pon ada niiii >,<
lemah semangat nampak benda-benda lumpor ni. tapi takpe, dah nama pon kem dalam hutan, so layankan ajee. kuatkan semangat! chaiyookkk 

comot je memasing lepas keluar dari hutan tuu. banyak sangat halangan dalam hutan tuu, sampai photographer pon tak sempat captured. haha so yang ado je lahh :)

kene tunjuk cheer every group. Power tak group Tanggang Bersiong? haha nice job team :)

activity belah petang. Ini the boys kumpulan aku. haha masing-masing berlagak masa game baling dadu .

and we are the girls. heheh kami menang game ini. kaki kemain menjangkau panjang-panjang. haha peace!

next game di petang hari. Gigih okeyyyy ^^,

main netball dalam paya. kau mampu? hahah siap jadi GK konon sebab tinggi :p
padahal aku bawak je bakul tu ke hulu ke hilir . malangnya kalahhhhhh sebab GK bergerak . krikkrik

main rakit-rakit pon ada. buat sendiri okey rakit tuuu. aku tak reti mendayung . haha
tapi tetap menang sebab diorang hebattttt :D

Lawan kawad beragam . hihi lawak sangat lahhhh . 

malam penutup kami ada aktiviti Festival Kampung by English Club.
so each group kena buat English drama berpandukan nama kumpulan masing-masing. 
Makanya, kami telah merevolusikan kisah Si Tanggang.

Me as the Narrator and the others is the actors :)
Ohh nama pon Festival Kampung, everyone is compulsary pakai kain batik and kain pelikat ikot style tersendiri . Great idea lah lecturers english nie . love them !
Jangan taktahu that we won the 1st place for the drama. hoorayyyy !

Hari terakhir(yahooo). pagi-pagi joging kawasan kampung dengan adik-adik dari rumah Chow Kit. 
They also were camping there tapi diorang sampai sehari lambat dan balik pon sehari lambat :)
budak-budak yang very very very rock okeyyy!

main game Goreng Pisang dengan budak-budak kecik tuu. Takpe, give them the chance, hahaha .

balik dari jogging, breakfast, then masuk hutan lipoq tu untuk Jungle trekking :) first time daki gunung yang masih dara , kau taktahu apa perasaannya . mengah okeyy. haha. orang lembik macam ni lerrr..

jerih perih mendaki gunung beramai-ramai sambil mata perhati pacat ada ke tidak ni akanku kenang sampai bila-bila. berjam-jam dalam hutan ni. nasib baik tak kena gigit nyamuk mahupon pacat :)

sampai ke destinasi yeayyyy . air terjun tingkat ke berapa entah. lagi tinggi pon ado, tapi cukup lah setakat ini. kami nak pulanggggg!!

Dan selamat turun ke tapak kem dengan macam-mcam pengalaman, dan insiden. haha. Ehhh baju aku tak kotor langsung masa daki gunung ni. punyalah aku jaga rapi supaya takpayah susah-susah nak bersihkan. wakakka ada ke orang daki gunung, takdok langsut terpalit kotoran? ada, iaitu diri ini .Hihih . Okeyyy habis semua aktiviti, dengarlah siket ucapan pihak kem di sana yang menjaga kitorang penuh dedikasi dan tanggungjawab. Ada jugak sesi penyampaian hamper kepada kami, mcam biasa ler kan. Lepas lunch, terus sumabat barang masuk bas, dan kembali ke kehidupan sebenar. Yeahhh tiga hari dua malam di tempat orang, tengah-tengah hutan memberi perspektif lain untuk aku. Hahaha merasa jugak segala susah payah penat lelah. Rindu teros kat Cyberjaya yang berhutan konkrit ni. muahahha. Lain kali, kalau ada kem sebegini, aku suggest korang untuk pergi. Hmm aku? kalau boleh taknak dah, penat dia hoiiiiihh lain macam! 
Belum lagi proses nak membasuh segala baju kotoq berpasiq dari sana. Haaa orang terrer je boleh buat. Tak terrer hantar dobi :p

Itu sahaja, panjang lebar kan? macam ni lah kalau mood tu dah datang. satu laporan lengkap aku hamparkan. hihi. Sekarang beta nak tidur esok Jumaat , ada kelas, bukan takde! Till here then, thanks for reading! yang baik dijadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Buat jahat jangan sekali*tetibaaa

All of us. Foundation in Science 2012/2013 . 










Thursday, January 10, 2013

Syukran .

Assalamualaikum dan salam Jumaat :)

Well now is already hari kesebelas dalam tahun 2013. Alhamdulillah masih diberi peluang hidup kat dunia ni menikmati segala nikmat dikurniakanNya. Hmm aku ada terdengar kata seseorang dimana dia cakap tahun ini bukan tahun yang baik untuknya. Amboihh mana dia tahu tahun ni tak baik untuk dia?? Mungkin currently, Allah uji dia dengan perkara yang dia tak suka, dengan kegagalan dia untuk mencapai sesuatu yang dia ingin sangatsangat, tapi who knows, mungkin esok-lusa-minggu depan-bulan depan , hari-hari yang akan datang in future Allah kurniakan segala apa yang dia mahukan. Haa like kejayaan,kebahagiaan all those things yang buat dia Happy. Kita tak tahu perancanganNya untuk kita semua. So aku harap siapa yang baca apa aku ceramah bebelkan ni dapat point di situuuu. Bersyukur dengan apa yang dikurniakan, jangan bersangka yang bukan-bukan ye sayang ... Aku nasihatkan orang bermaksud aku jugak mengingatkan diri yang lemah ini :)

Berbalik pada aku. Ye aku, bukan kau . ngeh ngeh biadap. Okeyyyy basically sepanjang 2013 yang baru je menjengahkan diri kat kita semua ni, so far what can I say is, Alhamdulillah hidup aku tenang aman harmoni bahagia without any hard feelings pon. Alhamdulillah. nak kata happy pon tidak jugak. Its more to calm. yeahh that the word, TENANG. Keadaan rumah ni bersama lagi 7 hosmets pon tenang, masih lagi tenang dan aku harap ketenangan ni berpanjangan Haha. Pergi kelas, menimba ilmu cehhh menimba lah sangat, blurrrr jugak aku during Biology lesson kahkah. Tapi tetap tenang, entahlah its like everythings flow very very fine around me. banyak lagi ketenangan yang tak mampu nak tulis kat sini, etcetera etcetera. Alhamdulillah.

 aku yang tenang sekali memakai labcoat sambil feeling-feeling dah kerja. 
mihhmihhh.

Semua makhluk pon mengharapkan ketenangan abadi kan kan? Me too >,<  Bajet comel pulak buat emoticon tuh puihhh hahah. Nak kabor tu je hari ni tentang syukur dan ketenangan yang dialami dan mengharapkan tenang tu takkan pergi.InsyaAllah. Tahu kan yang Dia tahu semua tentang kita, makanya, takkan Dia nak membebani kita dengan perkara yang kita tak mampu . He knows better than us. 

Tengah sedap tidur sebab kelas start petang tapi tiba-tiba dapat call kata pagi tu ada kelas, jangan mengeluh
Penat kena naik bas hari-hari pergi balik kampus, takmow mengeluh. 
takde makanan sedap-sedap sesedap masakan ibu, pon jangan mengeluh.
Boyprenggg Girlprengg merajuk sampai taknak layan kita , jangan mengeluh.  
tak dapat result idaman, jangan mengeluh. 
kerja tapi asyik kena marah je, sabar banyak-banyak jangan mengeluh.
budak sekolah, cikgu kasik homework banyak sangat pon, buat lah setakat termampu,jangan mengeluh.
dah kawin tapi masih menunggu untuk bertiga, ada rezeki tuuu, takmow mengeluh. 
pergi shopping mall nak shopping sakan tapi kena jimat duit tuuu ehem jangan mengeluh.
Belajar Physics tapi tak paham ehem ehem jangan mengeluh
Merindui orang jauh sampai rindu tuu berbakol-bakol pon, please jangan mengeluh. 

Bagi aku, daripada mengeluh baik lah kita berdoa supaya hajat, keinginan kita semua termakbul. Menangis jelahhh daripada mengeluh . Hewwhewww mengeluh tu macam kita ni tak redha dengan segala yang diuji. Jadi, mari menangis sambil berdoa instead of mengeluh !! Taoi janganlah kau menangis tak berenti. Buta baru taw! Mari bersyukur dengan semua yang ada!!

Ucaplah Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah :D
Tak susah pon cakap Alhamdulillah, lagi dapat pahala ada laa ^^


Thanks for reading ;)


Sunday, January 6, 2013

third semester.

Assalamualaikum. 

Hmm right now inside my room in Cyberjaya(but aku selalu je berangan dekat Ireland-tahhapehape). Tadi baru je lepas tengok AJL27. hewwwheww kembang kempis hidung kita bila lagu Yuna menang. rasa nak senyum sampai esok boleh? hahahha. Tak sia-sia bukak tonton.com and tengok dari situ berseorangan. hosmet lain sume dok layan movie. #Ohhh aku bukan yang jenis melayan movie. Dan akhirnya Terukir Di Bintang menang lagu faveret kitaaaa tuu. Sadis bila dalam rumah ni, aku sorang je yang minat Yuna. watever yang penting Yuna menang. Dah berapa kali taip nama Yuna. hiks!

Okey beralih pada hidup aku yang selagi bernyawa ni, kena diteruskan. Esok dah start trimester semester tiga. wahhh lepas tu masuk sem 4 lepas tuu habis foundation lepas tu masuk fakulti InsyaAllah . Empat tahun lepastu habis belajar lepastu kerja lepastu kahwin. eh eh!! amboih over sangat . tapi siapa taknak jalan hidup dipermudahkan ye tak? ;)

Sambung balik. esok dah start sem 3. kelas Biology yang pertama untuk Foundation ni. and no more Chemistry. Other than that, Physics 2 akan menggantikan Physics 1 . hehe lemah lutut bila berbicara pasal Physic. Kalau boleh tahun ni nak kurangkan makan. haha aku rasa aku makan banyak sangat sejak duduk Cyber ni haa. bila balik rumah Jb, tengok diorang makan punya la siket. rasa macam portion untuk aku macam portion orang Obese je =,=

#Aktiviti cuti guwe
teman adik carik barang sekolah. haha
ohh my adik dapat 8A PMR dia. congratsssss <3

selain ituu, pergi makan dengan mereka jugak. 
CA marah betul kalau aku makan fast food. haha. 
garang sangat!! menyampah tapi sayang >,<

aku makan banyak!!! tak sukaaa ;'(

Next, dating dengan Sab. 
memang kitorang jela yang tengah cuti, so berdua jelah keluar. 
She's such an easy going person. 
sentiasa on je kalau bab berjalan. aku sukaa ;)

Randomly itu saje yang aku buat selain daripada kemaskan almari baju budak berdua tu yang hoiii MasyaAllah lepas tu try masak ayam masak merah ambek kau pedass! haha ni mesti sebab dah terbiasa makan pedas pedas dengan hosmet lepastu kat rumah selamber masak pedas padahal orang kat rumah tak makan pedas langsung. Tapi kalau bagi CA yang makan, mesti dia telan je, dia kan raja pedas. #Ni apehal asyik cakap pasal dia, nampak sangat rindu. eh! :p

Sudah lah tuu. berbual macam esok takdok kelas pulak. Aku nak tidur dulu. Aihhh beg semua apa aku tak kemas lagi malahan tak carik lagi. taktahu ada ke tidok pen pensel buku untuk kelas esok. haha Astaghfirullah teruk sangat dah ni. Esok pagi jelah settle kan. hihi. Assalamualaikum. semoga hari-hari kita semua dikurniakan barakah dariNya :D



p/s : rinduuuuuuu.. rindu serindu-rindunyaaaaaa. malammmmm kau bawalah rindu ku untuk dirinya yang jauh darikuuuuuuu. Aku dah mabuk sangat dah ni. berbulan dah woi tak nampak muka. dengar suara pon tidok selalu. takpelaaa sabar sabar  :*